Actually aku malas nak g GA sebenarnya so just call teacher Haziq & dia nasihatkan aku datang juga sekejap & bayar yuran pendaftaran untuk chopkan tempat..So aku pon apalagi terus call mak pada kawan Haziq merangkap Geng Bas Sekolah (GBS) Haziq, terus kami sepakat nak hantar diorang untuk sesi pagi pula..Senang nanti dah masuk sekolah takderlah jadi kejutan budaya kan..Ia juga sebagai latihan untuk aku & en suami bangun awal untuk siapkan anak-anak juga..Hikhikhik..Kalau Haziq sekolah pagi, van GA akan ambil mereka di taska dalam pukul 7.30 pagi so nak tak nak, aku kenalah hantar awal sket, kalau tak..mahu hari-hari anak aku kena tinggal:P
So alang-alang ke GA, sempatlah aku masuk meninjau kelas Amirul iaitu 5 Zheng He & sempatlah juga bersembang dengan teacher Haziq..Alhamdulillah, selepas setahun bersama GA..aku dapat tengok perubahan pada anak aku..Bukanlah totally change kan tapi at least adalah sedikit perubahannya..Kalau nak tahu, anak aku ni jenis stok yang pemalu & kurang keyakinan diri..Ingat lagi masa 1st time aku g Open Day Genius Aulad tahun lepas, haritu boleh dia bantai menangis macam baby kat situ..Lepas tu takut nak naik & turun tangga tapi untuk kunjungan kali ni, macam dah yakin sket *yerlah kan sebab dia dah biasa ngan tempat tu* cuma tang pemalu je tak boleh buang..teacher cakap kalau tanya slow je jawabnya..Herm takleh buat apalah..benda ni ada dalam gen dia..Hahahaha
kemas je tersusun buku-buku tu..setiap bilik dilengkapi hawa dingin so aku memang pakaikan sweater untuk Haziq..maklumlah dia kan ada athma so kalau sejuk-sejuk, dia mudah batuk..Alhamdulillah, sepanjang belajar di sini, jarang sangat kena athma..memang kena beringat selalu ah, jangan biarkan dia tak pakai sweater & kalau nampak semput terus bagi ubat..Insha Allah, akan reda..
Tak ambil banyak gambar pun..seganlah dengan teacher Haziq:P
Pada mereka yang berminat untuk menghantar anak-anak ke sini, di sini aku kongsikan yuran tahunan yang harus dibayar..Ada 2 option yang boleh kita pilih iaitu Option A dengan membayar sekaligus RM788 untuk setahun atau pilih Option B bayar RM568 dahulu & balance RM220 pada setiap 2nd term iaitu dalam bulan May setiap tahun.
Registration : RM100
Administration Fee : RM220
ICT Fee : RM50
Material Fee (1st Term) : RM198
Material Fee (2nd Term) : RM220
Yuran bulanan adalah RM238 sebulan & kalau kita ambil perkhidmatan van kena bayar RM85 sebulan.
Oklah, bukan nak promote tapi just for sharing..aku tahu ramai yang tertanya-tanya kan..so bolehlah buat budget siap-siap di kala anak masih kecil ni;-)
oklah, tata!!
5 ulasan:
zaila
fuhhh..mahal gak yek..
lynn daftarkan ain g TABIKA PERPADUAN thn dpn..ada area rumah..
x tau dapat ke x lagik..harapnya dptler..
emm bagus GA ni..tp kat area serdang xde kot.. little khalif mmg byk... ila tgh timbang tara nak stay kat kan syfqh kat tadika sediaada or nak pindahkan ke smartreader..tp kos mahal sgt...
littlehumblelynn,
aku rasa pon mahal juga, tp pejam mata jelah..huhuhu
Iela Fazielah,
haritu aku pon survey juga little caliph, rasanya ok juga
salam... tumpang tanya... yuran tahunan ngan bulanan tu lain yer?
dua-dua kena bayar?
nak tnye lah..GA ni memg separuh hari je ke?
Catat Ulasan