Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 10 Oktober 2011

Tips Shopping Di Ikea

Aku tahu korang suka IKEA..Kalau tak masakan entry aku yang Seharian di Ikea boleh cecah unique reader sampai 300+ orang..Huhuhuhu Tocei tocei..Kalau tak percaya tengok gambar di bawah sebagai bukti:P *ngeee*
Photobucket
 Tengok pada 5hb tu view sampai 315 orang..huhuhu *lap air mata* terharu noksssss

 Tapi to be honest..aku sendiri pun tak pernah jemu kalau bercerita pasal Ikea..Entah apalah yang merasuk dalam jiwa ni..Eh Ikea je pon..Bukannya Empire, bukannya Harvey Norman, bukannya Lorenzo pon..Like i said before, barangan Ikea ni mampu milik so janganlah takut nak masuk Ikea ya:P Tapi of course before going here, ada beberapa benda yang korang kena tahu..Korang memang bertuah sebab kali ni aku nak berkongsi dengan kamu, kamu iya..kamu kamu yang tak pernah masuk Ikea ni, macamana caranya untuk shopping di Ikea;) *yang dah tahu tu, shuuuh duduk diam-diam*

Pada yang sedang mencari inspirasi untuk mendeko-deko rumah ataupun rimas dengan keadaan rumah kecil serabut dengan banyak barang, bolehlah masuk ke laman web Ikea dulu cuci-cuci mata..Yang bagusnya semua barang sudah diletakkan di bawah kategori masing-masing iaitu ada living room, kitchen, Childrens..eh macam-macamlah..Kalau korang sedang survey sofa, carilah di bawah chairs / living room, jangan cari bawah kategori mirrors pula, konpemlah tak jumpa kan..hikhikhik..Apa yang bagusnya, setiap produknya siap dengan maklumat seperti harga, material, panjang, pendek & sebagainya (sama macam katalog Ikea juga)..Senang bagi korang nak buat perbentangan budget keluarga kan:P

Lepas dah usha-usha tu, silalah google map ke Ikea pula..Hahaha..aku ingat lagi first time aku nak ke Ikea, haruslah aku google hafal jalan segala kan..At least takderlah sesat barat sampai ke mana-mana kan..Ramai yang tahu Ikea ni kat Kota Damansara tapi bukannya kecik KD ni..Aku kalau dari Shah Alam, aku suka ikut highway NKVE & keluar exit Kota Damansara..Tak sampai 40 minit dah sampai (kalau jalan tak jem)..Tapi nasihat aku, kalau nak pergi on weekend..silalah keluar awal & make sure sampai sebelum kedai buka sebab kalau ko lambat..huhuhuhu..melilau cari parkinglah korang!! Parking Ikea free kalau kita shopping dalam tu so make sure bawa tiket sekali supaya cashier Ikea boleh scan tiket korang tu..

Bila dah sampai di Ikea, percayalah Ikea ni giler besar & sebolehnya korang makanlah siap-siap supaya badan bertenaga..Pada yang bawa anak tu, jangan bagi perut anak kosong sebab kalau anak-anak buat perangai, korang jugak yang naik angin kan?? muahahahaha:P

Mulakan langkah anda dengan bismillah naik ke tingkat atas dimana terletaknya showroom-showroom Ikea..Sebelum tu, baik ambil benda di bawah ni dahulu;-
Photobucket
nampak tak kertas, pensil & tali ukuran tu?? Haaaa, silalah ambil ya untuk mencatit lokasi barangan yang korang nak nanti

Untuk pengetahuan, tingkat atas tu banyak terdapat contoh-contoh dekorasi seperti ruang tamu, bilik tidur, dapur, ada juga sofa, rak buku, meja & macam-macam lagilah..FYI, pada setiap barang kat display tu ada tag memasing..So silalah ambil perhatian ya, selain dapat tengok harga korang juga kenalah tulis lokasi barangan tu di bahagian bawah nanti..Memandangkan kebanyakan barang Ikea adalah jenis pasang sendiri (DIY) so korang kenalah ambil sendiri juga barang-barang tu, jangan gegatal nak suruh pekerja diorang amikkan, konpem diorang tak layan..muahahahaha:P

Dekat bahagian atas juga terdapat cafe di mana korang kena beratur panjang boleh merasai keenakan meatball yang selalu digembar-gemburkan tu:P Bahagian tepi cafe ada terdapat surau so kalau rasa nak spend seharian di Ikea, jangan lupa solat ya;)

Oklah, malas dah aku nak taip panjang-panjang..tata;)

1 ulasan:

Tie HT berkata...

best jugak yer sopin kt ikea :)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^