Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 24 Mei 2012

Field Day Genius Aulad Kota Kemuning

Assalamu'alaikum,

Kalau ikutkan macam malas nak bercerita tapi rasa rugi pula sebab nanti macamana Haziq & Husna nak baca bila diorang dah besar nanti kan?? *Kalaulah blog ni masih wujud*

Kejadian adalah pada Ahad yang lepas iaitu acara sukan Tadika Haziq di Zoo Negara. Aku rasa bukan acara tahunan pon sebab tahun lepas takde pon acara sukan macam ni. Pastu aku ingatkan semua cawangan Genius Aulad pon buat kat sini tapi rupa-rupanya tak. Bila baca blog Gee, blog AnaSuzana, blog Cho Zila, rupanya baru tahu yang setiap cawangan adalah berbeza lokasi & tarikhnya. Haisyyyyy Naperlah buat di Zoo Negara, kemain jauh kami nak pergi..Ikutkan hati aku yang mengandung ni macam malas je nak pergi tapi mengenangkan dah bayar tiket masuk situ (RM18/dewasa & RM4/kanak-kanak) rasa macam rugi je tak g. Sudahlah Haziq kena bayar RM60..So alangkah kerugian sangat-sangat kalau tak pergi *orang kedekut memang macam tu selalu berkira* HAHAHA

So seawal jam 6.30 pagi aku dah bangun, kejut anak-anak & kami bertolak ke Zoo Negara & sampai dalam pukul 8 pagi. Masa tu dah ramai parent yang ada. Aku ingatkan cawangan Kota Kemuning saje tapi rupanya gabung dengan 2 lagi cawangan yang lain (kalau tak silap cawangan USJ & tak ingat) Sorry..tak ambil perhatian sangat masa diorang dok announce:P


Masa mula-mula datang kena register di kaunter depan..Punyalah ramai orang sampaikan aku salah masuk line T_____T Buat penat je beratur separuh jalan pastu tahu tu cawangan lain..huhuhu


Dah namanya hari sukan, aku pakaikan anak-anak dengan baju biasa je..takderlah nak bergaya sakan..kang peluh-peluh juga kan..


Ada juga anak-anak yang pakai uniform sekolah lagi..ni mesti mak bapak tak baca message book ni takpon anak diorang semangat nak pakai uniform sekolah:)


Masa daftar diorang bagi paper bag Zoo Negara, dalam tu ada air mineral, roti garlic, buku dari Karangkraf & topeng binatang macam Amirul pakai ni..Aku ingatkan ada nasi ke mee ke so mak kecewa T_____T


Bila je pintu Zoo dibuka, masing-masing berjalan masuk ke dalam Zoo. Ramai juga parent yang datang bagi sokongan, siap beli tiket tambahan lagi..Geng Van Sekolah Amirul pon semua datang so memang sukalah anak-anak aku..sebabnya dahlah teman sesekolah tapi teman senursery juga:)


Ni 2nd time Haziq masuk Zoo Negara, 3rd time bagi aku, 1st time buat Husna, Ashraf & papa diorang..HAHAHA


sambil jalan tu jumpa binatang..berentilah kejap nengoknyaaaaaaaaa..tu badak sumbu ya kengkawan


Awat anak dara macam terpele'ot urat tangan tu??


Jalan punya jalan, jumpalah tempat berhimpun untuk parents & anak-anak..


khemah urusetia & ada hadiah-hadiah kat situ


tengok, lautan ibubapa & anak-anak..Memang ramailah kan..ada juga aku spot few blogger yang lain tapi memandangkan aku bukan dalam mood untuk bersosial, sila ampunkan ya perangai aku yang tak semenggah ni:P Tak tahulah nape, semuanya malas..malas nak bersiap, malas nak make up, malas menguasai diri..Rasanya aku lah hak paling selekeh haritu..Seb baik orang tak ingat aku bibik:P


Tapi dalam kemalasan, gambar anak-anak tetap aku ambil..kata nak buat kenangan kan...


masa ni tengah baca doa..


lepas tu kena baca ikrar pula..punyalah panjang ikrar yang kena baca..lebih kurang macam perjanjian ibu bapa untuk anak-anak lah..


masa ni ramai-ramai buat chicken dance..kat bawah pondok tu ada teacher-teacher tengah buat chicken dance..kebanyakan anak-anak tahu lagu ni sebab diorang memang diajar di sekolah:)

Lepas tu, game pon bermula..ada lebih kurang 20 games yang ada tapi minimum kena main 8 games (dapatkan cop dari setiap teacher yang jaga games tu) untuk dapatkan hadiah. Lagi banyak cop lagi besar hadiahnya!

Game pertama yang aku main adalah Syrup for Mummy..Memula ajak Haziq tapi haram..mamat ni dah mula buat muka cuak, g menyorok tak nak main..Nasib baiklah ahli famili yang lain boleh main so aku suruh Husna masuk main.


Caranya senang aje, mummy kena duduk atas kerusi & nanti anak-anak akan buatkan air sirap..Nasib baiklah Husna jenis dengar cakap & ikut je arahan cikgu yang ada kat situ..Bangganya mama:)


Anak pompuan kenalah pandai buat air..hehehe


Mula-mula tuangkan air & sirap (dengan bantuan cikgu) & kacau..pastu bawa ke mama



Alolololololo sweetnya:) Seb baik mama takde alahan pada air sirap so merasalah minum air sirap pepagi hari..


Pastu kena hantar balik ke meja..Dah siap buat task ni baru dapat claim chop dari teacher tu:)
*Oh My English! Bukan choplah weh tapi stamp* HAHAHA


Nasib baiklah Ashraf mood ok je pagi tu..so takderlah nangis ke apa..cuma Haziq je yang tak nak main..Aperlah Haziq ni..


budak penjaga garisan:)


Husna masam muka je tunggu turn nak main..Tengok, ada budak geramkan kakak dia:)


oooooh geram nak tarik rambut rupanya..hehehehe


Pastu kami masuk lagi game Shopping Spree di mana anak-anak kena shopping mengikut arahan mummy..Memula Haziq beria nak main, siap beratur dengan aku lagi tapi elok je teacher tiup wisel dia p bantai menangis..bukannya nak main tapi menangis..huhuhu sabar jelah anak jantan aku yang manjer ni..terpaksalah panggil Husna gantikan tempat dia..


Pastu lepas tu pandai pula datang menolong..Haziq..Haziq..memang macam ni perangai Haziq..malu tak bertempat!

Pastu ke games buat cookies ke apa namanya..tapi adunan diorang buat tu lembik sangat..melekit plak tu..hehehe Husna yang main juga:)

Lepas tu main Musang Berjanggut di mana kena asingkan bahan-bahan dapur yang dah bercampur..Yang ni semangat kerjasama kena ada..Haziq & Husna banyak menolong aku..Alhamdulillah!



Nasib baik si kenit ni ok..cuaca takderlah panas sangat tapi dah buat kami berpeluh..Antara games yang aku main lagi dengan anak-anak adalah games lipat kain (lupa namanya), bangles for mummy (buat gelang dengan manik), lukis & teka, jahit uncang kacang, buat karipap (en suami yang join) & last sekali join games basuh-basuh pinggan ni, ape ke dah namanya?? Haziq memang tak nak mainlah since his classroom teacher yang jaga so Husnalah yang main semuanya


Sempat juga sambil-sambil tu borak dengan teacher Mariam..Alhamdulillah, teacher cakap Amirul dah banyak berubah dari pendiam ke banyak cakap..Tak dinafikan perangai pemalu dia tu masih ada..Manja yang lebih bila bersama kami..Eh!


Husna memang boleh diharap..Inilah yang membezakan anak lelaki & pomfuan..anak pomfuan ni cepat dengar arahan manakala anak lelaki banyak main je..tapi bila dah besar..Wallahu'alam..semoga anak-anak aku jadi anak yang soleh & solehah & mendengar kata semuanya..Amin


Habis je main games tu kami pon g redeem hadiah..Herm..sikit jelah hadiah yang dapat..dapat mug besar je sebijik

Pastu kami g cafe yang ada berdekatan situ..Mak aih punyalah ramai orang..sebab takde makanan yang disediakan so aku budget ramai yang lapar..Kayalah tokey kedai makan ni..hehehe Aku beli aiskrim je buat upah Haziq & Husna sebab berperangai baik masa games tu..hehe tapi baru je pagi tadi dalam ikrar cakap tak akan bagi upah pada anak-anak..Alaaaa bukan selalu pon belanja diorang makan air krim tu..hehehe

Haziq konpem-konpemlah suka:)

Balik tu singgah sekejap tengok animal show kat Show Amphitheatre ni tapi malas nak tunggu lama-lama..Sudahlah ramai orang..huhuhu

Masa ni persembahan burung bangau ke burung apa tu??


kat bawah amphitheatre ni ada akuarium besar..so layan anak-anak tengok ikan sekejap..


Ashraf yang nak terjun dalam kolam..geram tengok ikan agaknya tu:)


Tengoklah ikan tu..besar giler..agaknya makan apalah ikan ni ya?? Jangan makan orang sudah!


Ikan ni lagi besar..geli aku nengoknya..dok terbayangkan ikan ni boleh telan manusia..HAHAHA

Oklah, itu sahaja gambar yang ada..Kami pon tak stay lama dalam Zoo Negara ni..Memanglah rugi sebab tak dapat tengok semua binatang kat dalam ni & tak merasa naik train pusing-pusing dalam Zoo, tapi dek kerana ada agenda lain..terpaksalah kami balik awal..Takperlah anak-anak..nanti mama bawa lenkali ya..

Secara keseluruhannya, bagus juga diadakan aktiviti macam ni untuk parents & anak-anak..Memang nampak muka anak-anak masing-masing excited masuk Zoo Negara..Semoga tahun depan diadakan lagi tapi janganlah buat jauh-jauh sangat pasai mama malas nak bangun pagi..HAHAHA

Tahun depan turn Husna pula sekolah di Genius Aulad. Oklah..bye!

6 ulasan:

Ami berkata...

haziq malu meow meow hehe

maya amir berkata...

wahh best gile field trip gini..tapi kalau aku mood tgh malas,sama jeklah ngan ko..malas serba serbi..hehehe

mummY daniSha berkata...

Tahun depan turn Husna pula sekolah di Genius Aulad??eh bukan husna skool kat GA ke heheee

alaa..sy dah byr rm75 tp x dpt join..=(

yatie chomeyl berkata...

ho deh, anok jate sokmo malu x bertempat gitu...tamboh2 kalu depe ore ramai; mujur husna sporting ;)

Lynn Abd Latib berkata...

Sure penat kan?tp xper its worth it kalo ank2 happy!!

Zaila Mohamad berkata...

Ami,

manja lebih anak jate tu:P

Maya,

tuler..sape2 jumpa aku haritu konpem ingat aku sombong tapi sebenarnya aku dalam keadaan malas..hehehe

mummy danisha,

pasaipa tak join?? rugi tau:P
Husna belum start lagi..next year dia umur 5 yo br hantar..kalau nak hantar skrg..kopaklah mama & papa dia:P

Yatie,

tulah, seb baik Husna sporting..kalu dua2 buat perangai..mahu ada jah hok balik terus haritu

Lynn,

letih tapi suka tengok anak2 suka:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^