Assalamu'alaikum,
Laaaaamanya diriku tak post entry masakan sendiri kan? Nak wat macamana since diri ini terkena virus M..hahaha Tapi tak boleh layankan sangatlah virus M ni sebabnya lately ni 2,3 malam Ashraf selalu terjaga malam nangis..Aku & en suami suspek dia lapar..Kesian Ashraf..sejak dia dah tak makan bubur, aku jarang sangat masak menu yang sesuai dengan dia..Isy teruknya mama Ashraf ni;(
By the way, kami sekeluarga memang suka makan makanan berkuah especially during dinner. Senang nak masak, main campak-campak je. Makan dengan pasta (makaroni ke ribbon pasta ke bihun ke mee kuning ke) or else aku akan masakkan beras Ashraf (yang telah siap diblender) & makan as nasi air (bubur nasi)..
Ini ribbon pasta with chicken soup..ceawahhh nama menu nak letak dalam omputih sajork..padehal sup ayam belasah campak apa yang ada dalam peti je pown..Cara aku : tumiskan bawang putih, halia & kakah sup (perencah sup~owh aku beli siap2 dari kampung, complete semua rempah dalam tu, lupa pula brand apa, nanti aku share) & masukkan isi ayam yang sudah dipotong kecil-kecil, paling best kalau ada hak tulang-tulang..HAHAHA *ni manusia ke jin ni makan tulang ayam ni:P*
Pastu masukkan air..agak-agaklah nak banyak mana kan..kalau nak kuah banyak lebihkan sket..Bila dah mendidih, masukkan sayuran seperti cendawan shitake, carrot, seleri, tomato & kacang peas..Pendek kata apa sahaja sayuran yang korang suka:P Aku tak masukkan cili sebab tak nak pedas..kesian pula bebudak ni tak boleh makan nanti so penyelesaiannya portion aku akan tambah dengan sambal cili yang aku buat siap-siap..Tak pedas adalah tak syok ok! Owh jangan lupa tambahkan garam & gula dalam sup nanti..Sambil masak sup, rebuslah siap-siap pasta dengan sedikit minyak zaitun & garam!
Alhamdulillah..anak-anak aku ni jenis makan semua..tak memilih..haih so menurun perangai mama & papa;)
Malam tadi masak spaghetti Aglio Olio (eh betul ke namanya ni?) since kat dalam peti ada udang. Aku rasa masak benda alah ni paling senang sebab main campak-campak aje..tak percaya?? Tapi kenalah sediakan bahan-bahan dia dulu like;
- udang yang dibelah belakang (sila buang benda hitam (tahi udang ke?) yang ada)
- bawang putih & bawang holland (dadukan)
- cili flakes ~ aku tak jumpa benda alah ni d pasaraya so aku belah cili merah buang biji & hiris halus-halus..some say boleh guna dry chillie pon boleh
- cendawan shitake / button mushroom
- actually kena ada some seafood like lala ke kupang ke tapi since takde aku pakai isi ketam tu je..hehe
- susu segar & keju
- garam & gula
Cara-caranya:
sila campak semua dalam kuali..hahaha kidding! Ok cara pertama silalah rebus dahulu pasta tu; aku guna vermicelli (haluih sket), kalau nak guna fettucini punya pon ok juga..Ketahui jenis-jenis pasta di sini (List of Pasta)
Pastu at the same time (dapur yang lainlah kan) panaskan minyak zaitun/minyak biasa pon boleh jew tapi rumah aku pakai minyak jagung untuk menumis sebabnya minyak zaitun mahal maaaaaaaa(apa kes nak bagitahu semua ni), masukkan bebawang, goreng sampai kekuningan tau..then campakkan cili merah tu, campakkan udang & segala seafood yang ada..kacau-kacau..
Sesekali curahkan susu segar ke dalam kuali supaya berkuah sedikit. Bila pasta dah masak, tapis & tos terus campak dalam kuali..taburkan keju juga..Siap!
tapi aku punya ni macam kering sketlah..tak macam Secret Recipe punya..tapi tak kisahlah nokss..janji boleh makan:)
Lepas tu aku adalah terover rajin, g masak nasi pula untuk buat nasi goreng tom yam..Dah lama plan nak buat tapi selalu tunda so since semua barang ada, terus campak-campak dalam kuali then siap!
Bahan-bahan :
- nasi putih
- paste tom yam (aku pakai yang kiub punya) tapi kalau korang tak nak pakai paste silalah buat sendiri (google r resepinya sebab aku sendiri pon tak tahu)
- isi udang
- seafood & macam biasa aku pakai isi ketam
- bawang putih & bawang merah
- cili merah mayang halus
- serai mayang halus
- bunga kantan mayang halus
- daun limau purut mayang halus
- sayuran seperti kacang botol, sawi ke atau apa sahaja yang korang ada
Cara-cara :
- tumiskan minyak, bawang merah, bawang putih
- masukkan udang & segala seafood
- masukkan tom yam paste
- masukkan garam sket
- masukkan nasi, kacau hingga sebati then masukkan sayur
- hidangkan!
Bertambah en suami makan:)
Oklah, bye!
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
6 ulasan:
bdk2 mmg suka makanan yg berkuah...sonang omaknye memasak..hihi
huuu..ni bukan resipi org malas nih..dah cukup menariklah utk budak2 makan..klu malas mcm mama zara zareef ni..masak nasi, buat sup kentang/ayam..taruk kicap..agagagagaga
owh sedapnyer resepi yg kedua tu.xpernah msk..tp leh cuba
kalo malas confirm tak masak zaila oi..okey la ni masak macam2..tgk spagetti tu terliur dah haku
semua buat rs terliur. nak2 ns grg tomyam tu
bada,
a'a..senang nak masak..hehehe
Lily,
eh ye ke?? ingatkan simple dah tu..hahaha
Iela,
silalah cuba ya..senang je pon..
Lilly,
silalah buat ya..aku tengok gambar pon terliur juga..eh!
Has,
kalau beli yang kedai buat lgs edap..hehehe
Catat Ulasan