Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 8 Mei 2012

Travelogue Sabah Day 3 ~ Kinabalu Park

Assalamu'alaikum,

Sambungan dari hari ketiga, tempat pertama yang kami pergi selepas sarapan adalah ke Kinabalu Park yang terletak berdekatan dengan hotel Strawberry Garden (sebelum hotel)..Masuk ke sini kena bayar (lupa pula berapa tapi kami kena RM15 untuk 4 dewasa & 5 kanak-kanak)

Untuk naik ke atas Pondok Timpohon pon memang memerlukan seorang yang pakar..Kalau kamilah yang bawa kereta ni, harus undur ke belakang, bukannya maju ke depan..Jalan mendaki yang berliku-liku (sama macam jalan lama nak balik kampung aku di Klate nung),ditambah pula cerun yang tajam..mak aih..tahan napas jugaklah sekejap..

Tapi bila sampai di atas, teksi tidak dibenarkan masuk, so abang teksi drop kami di depan Pondok Timpohon ni & kenalah mendaki sket ke atas..huhuhu Keluar habis segala peluh jantan betina..huhuhu


Inilah Badang Kinabalu yang dilaporkan ditemui di Pondok Timpohon pada 29/04/2012 yang lepas:P



Ada beberapa rombongan Che Kiah yang ingin menakluk Kinabalu..cayalah!!



Kami naik sekejap di atas platform ini untuk mengambil gambar..Ramai juga rombongan Mak Jemah dok bergambar..Haisssyyy..macam diorang saje yang datang jauh-jauh untuk bergambar..Lama kami tunggu baru boleh ambil gambar juga. Husna tu dok jeling dekat rombongan Mak Jemahlah tu:P



Haziq memang tak reti duduk diam..susah sangat nak ambil gambar dia statik..Kena angin Kinabalu tu yang jadik hyperaktif tu!
 

Kat sini pon ada pemandangan Kinabalu tapi tak berapa jelas sangat..Banyak dilitupi kabus dah masa ni


Husna dengan keluarga angkat beliau..Mana nak dah ngan aku ni..Asyik-asyik berkepit dengan kakak Adibah, kakak Alia & kakak Aqilah..Beruntung Husna!! Haziq pula malu-malu nak join geng pompuan..hehehe


Pada sesiapa yang berminat untuk menakluki Gunung Kinabalu..silakan..silakan..haku tak nak..tak larat dowh!


Subhanallah..tenang je rasanya di sini


Peace uolsssss


Kan betul, Husna kamceng dengan kakak-kakak je..Dah tak heran dengan mama dia dah


Fesyen rambut Haziq ni nak serupa dah dengan orang pribumi kat sana..hakhakhak *aper punya mama daaa, mengata anak sendiri*


Masa ni dah turun & ada satu spot cantik untuk ambil gambar..so apalagi..turun juga meninggalkan jejak kami:)


Ni abang teksi yang tolong ambilkan gambar ni..Alhamdulillah gambar rombongan Che Jah ke Kinabalu semua ada dalam gambar ni; Kak Zura (SIL), bibik (aku), Kak Na (kakak aku) & Kak Nor(bibik Kak Na)
Bayangkan macamana kami berhimpit di dalam teksi Unser..Best!! LOL


Yang nampak macam urat-urat tu kalau tak silap aku adalah air terjun yang turun dari atas puncak gunung


gambar close up sket, kat atas sana dah takde pokok-pokok..yang ada batu-batu aje *cewah, bercakap macam dah pernah naik*


Tengok HUsna, mana nak bergambar dengan aku dah..Asyik-asyik dengan famili angkat dia:)


Haziq tu tengah melompat tu..Ashraf pula takde mood, tak nak pandang kamera langsung..Masa ni memang dia dah start panas badan..Mungkin keadaan cuaca yang kejap sejuk kejap panas kot..

Kami tak lama pon di sini..Bukannya nak daki sampai atas pon so lepas bergambar, terus turun ke Kundasang balik untuk ke Kundasang War Memorial Park:)

Macam biasalah..bersambung naaaaaaa

6 ulasan:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

zai aku pernah smp kat kaki gunung jer ... lama dulu dah .. sejuk best tmpt nieh ..siap mkn kepak ayam panas2

maya amir berkata...

subhanallah..cantikkk gilerr hokay? tak sabar aku nak tunggu next entry..

yatie chomeyl berkata...

sapo yg sabotaj kerat rambut haziq jd gitu tu? hihihihi

DaZzlingLilLy berkata...

best giler kinabalu..tingin nak pegi jugakkk...

Eliss berkata...

terus rasa nak menyanyi lagu kinabalu :)

Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh hati saya rindu...

Zaila Mohamad berkata...

Diana,

anak-anak aku suka gile makan chicken wing kat sana, aku dah makan chicken Labuan, Kundasang & KK, semuanya sedap!

Maya,

close to nature..Subhanallah..memang cantik ciptaan Allah ni:)

Yatie,

papa diolah T__T

Lilly,

aku doakan ko cepat2 g sana k:)

Eliss,

wahwahwah..dan dan tu nyanyi ya:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^