Di sini aku nak kongsikan restoren kegemaran kami sepanjang berada di Kundasang. Plan untuk masak memang terkuburlah dek kerana kesuntukan masa & sebenarnya tak payah tempah chalet yang ada kelengkapan masak pon..Sebabnya masakan di Kundasang ni boleh diterima tekak kami & untuk di situ memang sentiasa ada disediakan sup. Agaknya cuaca sejuk, makan apa-apa pon konferm dihidangkan sup:)
Nama Restoran tu Restoran Hidayah. Betul-betul terletak depan dataran tempat orang selalu berhenti untuk bergambar dengan Kinabalu..Sambil makan sambil tengok gunung:)
Antara makanan yang femes di sini adalah chicken wingnya..RM1.30/pc Makan panas-panas..Anak-anak aku memang sukakannya..Sekali beli sampai berpuluh-puluh ketul..Al maklumlah, kami kan ramai *padahal pelahap* Seawal tengahari dah ada orang bakar chicken wing ni so kalau korang ke sana..Jangan lupa untuk merasa ya!
Owh ni sayur-sayur yang kami beli di Pekan Kundasang..bagi je dekat tukang masak & suruh diorang masakkan..Sedap & segar, terbaik dari ladang:)
sup campur..tengok, tak kedekut dengan isi ayam..rasanya pon sedap! Makan dengan sambal lada..mak aih, pedas berdesing!
sayur campur goreng dengan ikan masin..sedapnya ratah..memang banyak giler (2 pinggan macam ni) so memang kami tak habis & siap tapau bawa balik lagi (tapi tak makan pon). So moral of the story, jangan tamak masa beli sayur tu T___T
Ashraf aku suapkan nasi + sup..Hari pertama makan juga, hari kedua dia macam tak sihat, aku rasa nak tumbuh gigi kot sebab air liur keluar dengan jayanya & dia tak nak makan nasi / benda pejal..Larat dengan minum susu & hirup kuah sup sahaja..Lepas tu badan naik macam ruam merah-merah gitu..Memang kesian anak aku ni..Lagi satu aku rasa dia rindukan papa dia..huhuhu
Balik malam tu masing-masing terbongkang kekenyangan..Tapi aku tak boleh tidur juga masa awal-awal sebab Ashraf menangis..Sudahlah kena berjaga sorang-sorang..cuak juga rasanya..Tapi by the time pukul 12 malam, aku dah ke lalala land..Sampaikan blackout pukul 1.30 pagi aku tak sedar (maklumlah cuaca kat situ sejuk so takyah pasang air-cond ke apa)..Kak Na & SIL aku yang terjaga masa black out tu, nasib baik sekejap sahaja..
Nilah keadaan chalet yang aku sewa tu..Memang luas, ni bahagian atas di mana ada 1 katil King & 2 katil single, depan tu masih ada ruang, ada TV, lepas tu dapur di belakang & toilet ada 2..Kami semua tidur kat atas..Anak-anaklah paling seronok sekali..Mak anak masing-masing ketakutan..HAHAHA
Esoknya, awal-awal pagi lagi abang teksi call kejutkan supaya bersiap awal untuk ke tempat yang sama tengok Gunung Kinabalu..Cepat-cepat kami bersiap..Memang sejuk gilerlah cuaca kat sini..Mandi pon ala kadar sahaja:P
Aku
Di sini memang clear kalau nak tengok puncak..Kalau tak silap, masa ni dalam pukul 8 pagi..kabus masih tak keluar lagi..hehehe
Eh bibik ni..lagi-lagi dia yang nak interframe dalam gambar:)
Lepas tu kami bersarapan di Restoren Hidayah (lagi)..
Nampak tak air liur Ashraf menjejes keluar..kesian anak mama tak sihat..Dalam-dalam tak sihat, merasa juga kamu ke Kinabalu ya sayang!
Nantikan entry di Kinabalu Park pula:)
6 ulasan:
best giler ok? isk..kalau hsbnd aku tgk ni mesti die geram jek dgn pemandangan kat kinabalu tuh...phewww
dulu ila pun mkn kat sini jugak.. kata hubby... cuma kedai ni je yg halal area situ
Maya,
tu aku ambik dr kamera cabok je..kalau pakai DSLR konpem meleleh ailio korang tengok gambar tu:P
Ielah,
kitorang makan kat situ je, malas dah nak pk tempat lain..lagipon dekat ngan hotel:)
Nak tumpang tanyalah...abang teksi tu dapat kat mana...hihihi...maksud saya mcm mana nak booking?
sy nk tanya kt kundasang sng x nk cri kdai mkn halal,.... klo bley sy nk tw area kundasang kt mna yg ada kdai mknan halal...
majoriti kat pekan kundasang tu restorennya halal,penduduknya ramai yg muslim...
Catat Ulasan