Akhirnya dalam pukul 3 petang kami meninggalkan bumi Kundasang. Bye bye Kundasang! Bye bye Kinabalu..Insya Allah, ada rezeki kami datang kembali;)
Haziq malu-malu kucing posing dengan kakak-kakak:)
Bye bye Kundasang!
Perjalanan dari Kundasang ke Kota Kinabalu makan masa dalam sejam lebih juga..Sebelum check-in di Promenade Service Apartmen, abang teksi telah bawa kami ke sini untuk melihat view bandar Kota Kinabalu..Aku tak tahulah nama apa tempat ni..Kami singgah sekejap je untuk tangkap gambar pemandangan:)
Selepas tu, terus ke Pusat Bandar cari hotel yang aku tempah..Hak kelakarnya, abang teksi faham aku booking di Promenade Hotel so dia bawakan kami ke Hotel Promenade..Nasib baik aku sempat sedar diri sebabnya aku bukan booking di hotel tapi booking service apartment. Biaserlah cari yang budget hotel je pon so Promenade Service Apartmen ni tersangat-sangat sesuai untuk kami:)
Kami check in pukul 4 petang tapi masa ni bilik tak ready lagi. Mula-mula tu aku booking 2 bilik studio tapi last-last aku tukar ke family suite + tambah 1 extra bed..Agak lama jugalah menunggu di lobi
Lepas je solat, kami terus keluar..Lokasi pertama adalah bangunan City Point berdekatan apartmen kami sewa. Pakat-pakat jalan kaki je..Masa ni takde guna naik teksi sebab rata-rata jalan jem so baik jalan kaki lagi cepat:)
Kami ke CP sekejap sahaja, temankan Kak Na beli handset nak bagi Adibah..Lepas tu terus menapak lagi ke Pasar Malam yang berdekatan Le Meridien Hotel (aku tak tahu dah nama tempat kat situ, ikut je Kak Na sebab Kak Na selalu juga datang memborong mutiara di Labuan ni)
Harga barang-barang di Pasar Malam kat sini memang murah jika dibandingkan dengan Pasar Kraftangan..Aku sempat beli baju anak-anak & sedikit buah tangan je kat sini..Tapi Ya Allah..panasnyalah cuaca malam tu..Peluh sampai menitik-nitik..basah baju ni T__T'
Mutiara toksah cakaplah..rambang mata nak pilih...
Malam tu Ashraf memang tak nak bagi kerjasama yang sepenuhnya..Menangis je..Aku tahu dia rimas sebab dia ni mana boleh duduk tempat sesak-sesak dengan manusia ni..Mula-mula tu kami ingat nak makan di Pasar Filipina, dah duduk tempah dah segala air, ikan bakar semua tapi last-last Ashraf menangis tak nak duduk..Last-last panggil abang teksi suruh ambil kitorang depan Medan Pasar Filipina tu..
Tapi i tell you what, memang happeninglah waktu malam di KK, penuh ngan umat manusia..toleh kiri kanan mesti terlanggar manusia..hehehe
Harga makanan di Pasar Filipina tu boleh tahan juga mahalnya:P Tapi sesekali makan..apa salahnya kan..
Niat untuk makan terpaksa kami batalkan, tapau bawa balik bilik je semuanya..huhuhu
Anak-anak monyet ni aku beli pada harga RM15 sepasang (ibu & anak), siap boleh cakap "I love you" lagi..Dekat airport Labuan, harganya cecah RM25 youuuuuuuu..Seb baik aku rembat 4 ekor anak beranak..At least ada juga kenangan dari Pasar Malam KK youuuuuuu:P
Balik malam tu kengkonon nak keluar balik lepas Ashraf tidur..tapi nan hadonyaaa..Memasing kelembapanss lepas membaham ikan bakar yang di tapau tadi..Serious sedap sambal pencicah dia..Laju je aku makan:) *memang selera sokmo kam*
Malam tu tido agak lewat..Plan esok nak ke Pasar Ikan Masinlah, nak g Pantai Tanjung Aru lah..so masing-masing ketiduran dalam kepenatan..
Pasni entry last Travelogue di Sabah..yeay!!
1 ulasan:
terus rasa nak bakar udang dan sotong petang ni.hahahaha
Catat Ulasan