Sedihnya, waktu di Kota Kinabalu aku tak banyak jalan-jalan..Owh banyak kisah tak best berlaku di sini.
Mula-mula tu badan Ashraf yang agak panas & keluar bintik-bintik merah. Lepas tu dengan buat perangai tak nak dengan orang lain selain aku. Sikit-sikit nak dukunglah apa..Serious memang mencabar keimanan sungguh Ashraf sorang! Lepas tu tak nak makan, aku bagi bubur pon tak nak..Risau aku! So petang tu aku ke Klinik 24 jam yang ada di bawah Promenade Service Apartment ni..Doktor cakap mungkin Ashraf alergik dengan habuk so dia bagi ubat sapu & antibiotik..Tapi aku tak bagi pon ubat antibiotik tu sebab heran aku, kalau doktor yang biasa aku jumpa di Shah Alam ni, kalau tengok keadaan Ashraf demam / sakit meleret 2,3 hari baru bagi antibiotik kan..So pepandai aku je buat keputusan (lagipon aku cuak tengok botol ubat macam kemek) Haisyyy..kalau travel dengan anak kecik macam nilah..kena sentiasa bersiap sedia dengan ragam mereka..
Lepas tu, dalam pukul 4.30 pagi black out lagi..Kalau kat Kundasang black out juga tapi tak apalah sebab sejuk kan so memang tak terasa..Ni di Promenade ni bilik dahler tertutup, takde air-cond, gelap gulita..Nasib baiklah handset aku boleh buka lampu..Merasalah berjaga dari pukul 4.30 pagi sampai ke matahari naik kipaskan Ashraf..Faham-fahamlah anak aku sorang ni memang tak boleh tidur kalau tak sejuk..Masing-masing dah takde mood dah..Bangun pagi ingat nak check out dah..Plan semua berubah di mana kami akan terus balik ke Menumbok..Tapi sebelum tu Kak Na & SIL aku akan ke Pasar Ikan Masin cari udang kering & kuih cincin sementara kami tunggu dalam teksi sahaja.
Aku memang takde mood dah haritu..Asyik-asyik nak mengamok saje..Bayangkan tak tidur dari pukul 4.30 pagi sampailah kami check out dalam pukul 8 pagi. Owh dengan black outnya, panas tu satu hal..Ashraf buat perangai lagi..Lepas tu barang nak packing bawa balik punyalah banyak sampaikan kena beli extra beg plastik lagi..Nasib baiklah masa nak turun dari apartment kami (Tingkat 3), lif kat situ guna generator so Alhamdulillah lif masih lagi berfungsi..Kalaulah disebabkan black out lif pon tak jalan..rasanya mahu ada yang buat amukan puaka di situ..HAHAHA
Bila turun bawah g ckeck out, rupanya baru dapat tahu 1 Sabah black out. Bila aku dah balik sini ada terbaca berita tentang black out ni..Hehehe terus tergelak teringat kenangan kat situ. Pasni Kak Na jangan serik travel dengan aku..Aku memang macam ni..suka mengamuk bila perut kosong, kalau perut kenyang suka hati~lalalalala SIL aku memang dah faham perangai aku..kami memang ada LOVE-HATE relationship..bergaduh tapi sayang:P
Oklah, secara keseluruhan..hari ke 4 sekejap je kami berada di bumi KK..Abang teksi datang ambil & kami ke Pasar Ikan Masin sekejap & abang teksi bermurah hati bawa kami sight seeing Pantai Tanjung Aru..tengok jelah memandangkan masing-masing keletihan tak nak turun bergambar..Insya Allah, satu masa nanti, bila Ashraf dah besar, aku nak datang lagi (of course kali ni kena bawa papa Ashraf sekali, barulah anak manja itu tak rindukan papa dia)
Owh, sedikit review tentang Promenade Service Apartment ni;
- Bilik ok, memang selesa..Aku ambil family suite ada 2 katil King & ada sofa, meja makan, wardrobe, peti keselamatan, dressing table, TV, toilet 1 je & siap ada mini fridge.
- Tingkat 1 sampai 3 je yang dijadikan bilik ole Promenade Service Apartment so nanti akan ada banyak Blok..Memang mengelirukan juga mula-mula tu..Sampaikan kami kena menapak sedikit dek kerana tersalah masuk blok..hehehe
- Lif dia scary weh..lif lama..kena hati-hati sket..kalau lambat masuk tetibe dia tertutup sendiri, toksah tekan lah butang lif tu memang dia tak makan saman punya..So pada yang ada anak-anak kecil, sila jaga-jaga supaya anak tak tertinggal..Selalunya kalau Pak Guard ada, dia akan tolong tahan lif tu dengan tangan dia..tapi kalau pak guard busy..sila berhati-hatilah ya:)
- Kedai makan berlambak kat bawah hotel, mamak ada semua ada so jangan risau!
- Lokasi stategik, walking distance je dengan Pasar Malam, Pasar Filipina cuma kalau kami ni pemalas sket nak berjalan secara jemaah dek kerana bawa ramai kanak-kanak ribena kan, tu yang kami panggil je abang teksi datang ambil..Lagipon dah bayar so kenalah suruh kan *dasar mem besar*
Ashraf sukalah kalau duduk bilik berair-cond..dasar anak mama!
Owh..itu sahaja..gambar tak banyak pon masa hari-hari terkahir ni..Masing-masing kepenatan dah kot..So selepas je Kak Na siap beli ikan masin, kami terus bertolak balik ke Menumbok..Pukul 12 tengahari kami sampai di jeti..Rasa macam tak sabar nak balik landing ke rumah Kak Na dah..
Kat sini kena tunggu bot penuh baru diorang jalan..Kalau nak sewa sebiji bot kena bayar dalam RM200+ Tak koser so tunggulah turn bot penuh..Owh tiket adalah RM15/person. Kanak-kanak pon sama juga so kami kena RM135 pergi & RM135 balik. Murah dah tu sebab cepat jika dibandingkan naik feri yang makan masa 1 jam lebih (kot)..Tupon kalau feri tu tak rosak..hehehe
Beg yang beranak pinak..dalam ni penuh ngan kuih cincin..Aku + adik ipar kongsi beli 10 peket tapi semua bagi kat kawan-kawan, kami sendiri tak sempat nak merasa T_____T"
Jeti Menumbok, sehingga bertemu lagi:)
Inilah bot-bot yang akan digunakan..bila penuh 1 boat, nanti diorang akan keluarkan satu-satu
haaa baca jangan tak baca..Kang tak fefasal jatuh sungai kang
bot dari Labuan dah datang
ini pula feri tengah loadingkan barang-barang, jangan tak tahu kereta berpusu-pusu keluar tau..Tu yang makan masa kalau naik feri..nak tunggu semua selesai kan lambat..
Pengalaman naik speed bot memang tak dapat dilupakan..Lepas ni aku nak cuba naik speed boat dari Labuan ke Brunei pula:)
Bye Bye Menumbok;(
Sampai rumah dalam pukul 1 tengahari..Bergegas Kak Nor masak..Petang tu aku duduk rumah dengan Ashraf sajork memandangkan anak jantanku masih tak sihat..Kesian Ashraf..Malas nak heret dia ke Ujana Financial Park lagi..Aku suruh adik ipar aku je yang belikan coklat..Beli pon tak banyak sebab takut nanti excess luggage, tak fefasal kena bayar..hehee
Malam tu lepak-lepas, makan-makan, borak-borak je dengan Kak Na..Kak Na tempah cheese cake yang serious sedap yang pernah aku makan..No wonderlah penuh dengan keju sebab kat situ barangan macam tu murah:) Harga pon murah je; RM40 sebijik kek yang besar..Aaahhh rasa menyesal bila tak tempah bawa balik sini..Now kalau teringin nak makan..jauhnyerlah nak pergi:(
Esok tu flight aku pukul 1035..Sedih rasanya nak berpisah dengan Kak Na;( *waah sikit pon tak rindukan en suami yaaa*
Oklah..tu je entry penutup percutian kami..Bye!
3 ulasan:
hehe sah2 la keno travel dgn hubby doh pasni.before gi trip meme belako excited,masuk last day pakat dok sabo nok kelik doh dok,plus anok tok sihat,berona.kalu muhriz kak,everytime jale die tak akan pop,hari tue sapa 4 hari!terlebih risau dah.sampai rumah sendiri terus membuang.mace2 hehe
haaa bila tu nak mai brunei? molek benar ler kalau naik speed boat...kalau naik kete dari sabah ke brunei leceh skit nak kena cop pasport banyak kali...pastu sangat la sakit hati kena berbaris tunggu turn nak naik feri utk seberang sungai ...tunggu sampai 2-3 jam utk seberang sungai yg hanya amik masa seminit...sakit ati tak??huhu...kalau buat jambatan kan senang..huh
Zaila,
aku lak yg pening.hotel,van x settle lgk.
Smg smpt hdknya.
Apapon best baca travelogue ko nih,next time mtk hubby jgn bg excused ;-)
Catat Ulasan