Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 25 September 2012

Tips Memilih Perabut

Assalamu'alaikum,

Lamanya takj menulis perihal deko-deko..cewah..perasan Eric Leong sekejap..Bukan apa, sejak jadi bibik sepenuh masa ni, rumah memang 24 jam bersepah, lepas kemas sepah balik kemas sepah balik..Biaserlah kalau dah ada 3 orang kanak-kanak ribena yang sentiasa panjang akal nak bermain..baik aku biarkan aje, kalau dimarah buat tambah stress ibu mengandung aje:P

Apa aku melalut ni?? ok hari ni aku nak kongsikan beberapa tips sebelum memilih perabut di dalam rumah..Sekadar berkongsi pengalaman sendiri..cewah!

1) Warna Perabut

Selalunya pilih yang "match" dengan warna ruang tamu. Tapi kalau nak selamat, pilihlah warna-warna tanah yang gelap seperti coklat gelap, kelabu, hijau lumut atau hitam (yang pasti warna hitam paling banyak dipilih sebab susah nak nampak kotor kan?) Tapi percayalah..kabinet hitam ni senang mengumpul habuk..huhu Macam kabinet TV aku kat bawah ni;


sekali sekala bila datang mood rajin je baru kabinet ini berkilat..kalau taaaaak...buat-buat tak nampak sahaja debu-debu yang ada tu:P

2) Saiz Perabut

Sebelum membeli sesebuah perabut, tersangatlah penting untuk kita mengetahui saiz ukuran ruang yang ada..Jangan nanti bila dah beli tak muat nak bawa masuk rumah. Contohnya rumah mak aku kat kampung; beli kerusi sofa sikit punya besar gabak tapi tak ingat yang pintu kat rumah takde yang jenis sliding so kesudahan sofa tu kena buka perelai satu-satu..hehe Nasib baik boleh buka, kalau tak boleh buka? Nampak gaya kena jual baliklah sofa tu:P

3) Ikut Kemampuan

Of course yang ni aku selalu utamakan..Membeli bila rasa harga itu betul-betul berbaloi..Biar lambat asal selamat duit dalam poket..hehe Setakat ini masih takde masalah membeli perabut buatan Malaysia kerana berbali dengan harga yang kita bayar tu..Pembelian terkini rak kasut kat bawah ni, aku beli di kedai Perabut Bahagia sempena promosi raya, harga RM199 sahaja..kalau di kedai yang lain harga adalah RM300+


Oklah kan..secocok dengan warna dinding rumah kami:)

K lah..itu sahaja tips yang aku praktikkan sebelum membeli sesuatu perabut. Korang macamana pula??

3 ulasan:

Cho Zila berkata...

memang warna selamat hitam atau yang gelap2. tapi selain dari kutip habuk , nyamukpun berkenan tau..
suka warna cerah tapi tang cepat nampak kotor tak leh tahan ler pulakkan..
yang penting sedap mata memandangkan.. dan ikut bajet kitaler...

eyndayusoff berkata...

Pilih perabot ikut kesesuaian ruang, harga berbaloi, tahan lasak, warna eynda pastikan tak lari dari 3 kaler pilihan...

DaZzlingLilLy berkata...

sama,first mmg kena kena tgk warna match tak dgn ruang..yg lain bergantung kemampuan opkos..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^