Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 22 April 2013

Mini Frittata, Baked Fish, Deko Dapur, Menu Baru The Chicken Rice Shop

Assalamualaikum,

Tudiaaaa, ambik sikit punya panjang tajuk..Well, tu adalah summary aktiviti yang aku buat hari Sabtu yang lepas, baru sehari tu..That's why i love weekend; bila en suami & anak-anak ada bersama. Seharian kami duduk dalam rumah sahaja haritu. Makan apa yang ada kat dapur..Bila malas keluar, as a mother aka chief chef in the house, akulah yang kena be creative nak sediakan makanan dalam rumah ni:)

Since malas sangat nak masak beria, tiba-tiba teringatkan resepi telur bakar yang kawan aku Has pernah upload dalam Instagramnya. Mat Salleh panggil frittata sebab aku pernah tengok juga few version of frittata yang dimasak oleh chef-chef kegemaran aku di Food Network Channel tu!!

My version of frittata senang sahaja, bahan-bahan : 3 biji telur, capcicum & tomato (potong dadu), lada hitam & garam. Pukul telur & semua bahan dalam mangkuk sampai kembang then masukkan dalam dulang muffin.

Sebelum tu aku letakkan kepingan keju (sekeping pun cukup) untuk diletak di atas telur tu. Bakar pada suhu 200 degree selama 5 minit. Tapi selalu tengok-tengokkan sebab kita tak nak permukaan itu hangit yaa tuan-tuan puan-puan.


This is my own version of frittata..Macam-macam boleh tambah lagi ke dalam telur tu seperti daun bawang, bawang besar, cendawan & etc. Kalau tak nak melekat kat bawah dulang tu sapukan dulu dengan minyak zaitun / unsalted butter.


Kami makan dengan roti burger yang aku sapukan butter & bakar atas kuali..Alhamdulillah kids love it:)

Bila masuk tengahari, chef masih malas nak masak nasi so aku sediakan baked fish menggunakan kepingan ikan dory. Resepi baked fish aku pernah letak dalam blog dulu cuma haritu aku gunakan ikan salmon. (Resepi Baked Salmon) Kali ni susu segar dah habis so aku just masukkan minyak jagung (supposed guna minyak zaitun tapi stok dah habis juga:P). Alhamdulillah rasa boleh tahan juga sedap & of course my family love it!! Anak-anak aku ni makan semua & diorang bukan jenis makan nasi sangat so bila sediakan menu macam ni, bertambahlah suka diorang makan:)


Keju pon aku gunakan cheddar cheese je sebab tu rupa bila dibakar jadi macam tu, kalau guna mozarella / parmesan cheese mungkin lebih semengah lagi (kot) HAHA Like i said before, nak kena creative dalam masakan; guna apa sahaja barang yang ada dalam peti tu:)


Petang pula en suami tolong pasangkan tempat nak gantung periuk yang aku beli dari Ikea minggu lepas. Al maklumler, dapur ni kan work station aku so kenalah arrange mengikut keselesaan aku bekerja kan? Ececece..padahal kalau korang masuk dapur ni, ya amponssssss bersepah:P


Abaikan bontot kuali yang berkilat ittewww..HAHAHA


Bolehlah kan..Maklumler semua periuk ni nak guna so gantung kat luar sajork senang nak ambil..Lagipon kalau simpan dalam kabinet susah nak ambil & kadang-kadang ada lipas dok bersarang dalam tu..geram je aku!

Oklah, malam tu kami keluar makan kat luar. Mana boleh tahan woo seharian tak makan nasi..HAHA nanti gigils ler kaki ai tau so ajak en suami ke Carrefour Bukit Rimau (kini dikenali sebagai Aeon Big) sebab dah lama nak makan nasi ayam dekat The Chicken Rice Shop tu. Anak-anak pon suka!!


Ada menu baru iaitu Ayam Sodap Belado ciptaan Dato' Chef Ismail tapi aku tak cuba pon sebab anak-anak aku tak makan pedas. tapi bagi uols yang suka pedas, silalah cuba yaaa..Harga boleh tahan juga mahal:P


Oklah, malam tu balik rumah dah pukul 10 malam. Sempat menonton The Avengers dekat saluran Astro 431..Best jugak citer tu.

Jap lagi sambung cerita hari Ahad plak. Thanks for reading!! Entri tak berfaedah langsung..HAHA bye!

3 ulasan:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

wahhhh terliur tgk menu2 atas tue ... aku time weekend time mengemas sampah2 recycle ..heh..heh..

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...

menariknya frittata tuh..mcm simple jek..kena try nih..hehehe..nway , anak2 kite pon suke bebenar makan nasi ayam kat chicken rice shop ni..zara jek kena order sepinggan utk die makan snidri, tkleh kongsi2..ekekekeke

Fiza Rahman berkata...

Tak der resipi ker beb ☺

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^