Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 23 April 2013

Mencari Seafood Di Pantai Remis, Kuala Selangor

Assalamualaikum,

Masih lagi cerita hari Ahad yang lepas, hihihi dah takde modal nak cerita apa so aktiviti hujung minggu jelah yang akan jadi modal untuk blog ni:P

Pagi Ahad kami mulakan dengan breakfast ala omputih gitteww..Aku buat home made mushroom soup, garlic bread & minum bersama kopi O..Bolehlah untuk mengalas perut kami ni..


Dalam tengahari, en suami ajak ke Pantai Remis untuk mencari stok seafood yang segar-segar. Pantai Remis ni terletak di jajahan Kuala Selangor. Kalau tak silap aku sebelum daerah Jeram. Ada simpang kecil masuk menuju ke kawasan kecil di pesisir pantai (ke kuala aku pon kurang pasti). Kat sini ada pelbagai gerai jualan yang menjual siput, kupang & macam-macam lagi binatang yang aku sendiri tak pernah jumpa. Harga memanglah berpatutan kerana mungkin penjual dapat bekalan terus dari pembekal. Kalau tak silap, aku pernah beli lala di sini pada harga RM3 sekilo sedangkan di Econsave harga RM8 sekilo..hehehe

Tapi sebelum tu, singgah makan tengahari dulu di food court yang ada di tepi Pantai ni. Kat sini makanan biasa-biasa sahaja tapi boleh dikatakan ada banyak gerai yang menjual makanan seperti pasar malam. Selain itu, ada juga gerai yang menjual layang-layang & barang permainan kanak-kanak.


Kami makan nasi goreng, mee goreng & kerang bakar di sini. Memang huru-hara kalau keluar makan dengan Ashraf! Sudahler cuaca panas, makanan panas, bikin panas aje Ashraf ni..huhu Kerang bakar haritu rasanya ok cuma kerang agak kecil sedikit jika dibandingkan kali pertama kami makan dulu. Mungkin musim ni kerang kecil (kot) HAHAHA


ABC penghilang dahaga..memang menjadi rebutan di antara anak-anak!


Lai Chi Kang pon sedap!


Lepas makan singgah membeli kerang. Kalau tak silap RM7 untuk 2 kg. Siput sedut tu RM7 sekilo tapi aku tak beli pon gara-gara malas nak membersih siput tu..Kalau gulai dengan keladi kan sedap tapi baikler beli yang dah siap sebab memikirkan selut yang ada tu..tak koser mak!


Memang best kat sini. Arnab, ikan gopi, ikan mas & macam-macam lagi ada dijual tapi sayang sebab aku tak boleh nak explore dari satu gerai ke gerai yang lain disebabkan budak-budak ni kepanasan..Tengahari memanglah panas kan:P So memang beli then terus masuk kereta cari aircond. Mungkin kalau datang petang sedikit baru best kalau nak jalan-jalan cuci mata:)


Pemandangan sekitar Pantai Remis. Ramai juga orang yang datang bersantai bersama keluarga. Budak-budak sekolah pon ada juga.

Balik tu terus rebus kerang dengan serai. Bersungguh kami anak beranak makan..Anak-anak siap sedut air kerang tu sruup sruuup lagi. Alhamdulillah kerang takde yang buruk & pasir pon takde sama sekali. Memang puas hati pergi jauh-jauh untuk beli kerang ni:) Actually takderlah jauh sangat pon dari Shah Alam ni, lebih kurang setengah jam perjalanan jek pon so sambil-sambil bawa anak berjalan-jalan duduk dalam kereta je pon:P

Malam tu kami makan di Restoran Chinese Muslim kegemaran kami. Kalau ke sini tak sah kalau tak order kue teow daging. So far aku rasa yang kat sini adalah yang tersedap pernah aku rasa:) Harga pun boleh tahan murah jika nak dibandingkan dengan Pak Hailam Kopitiam. Tapi tak semua makanan kat sini kena dengan selera kami so mana yang kami suka aje kami akan pesan & makan & makan berulang kali..hihi


Tengoklah Ashraf tu, memang tak senang hati kalau makan kat luar tapi nak buat macamana, sabar jelah sementaran diorang masih kecil ni..Nasib baiklah en suami ada skill pegang baby sambil makan..HAHAHA Bolehlah aku makan dengan tenang juga:)

Oklah..itu sahaja laporan aktiviti kami di hari Ahad. Pada yang berpeluang ke Kuala Selangor, jangan lupa singgah Pantai Remis beli kerang! HAHA

Bye!!

4 ulasan:

Fiza Rahman berkata...

Sedap plak tgk ABC tu.

Betul lah beb. Bila ada anak kecik ni nak makan pon tak berapa nak aman. Klo makan mesti bersepah sana sini. Ada anak kecik katakan. Tuan kedai kena redha lah ☺☺

NrlAidaHml berkata...

wahh memang menarik tempat ni..kerang pon ade mcm2 jenis!!harus singgah ni nanti..hihihi

Tanpa Nama berkata...

akk, saya selalu g sini sebb kawasan ni dekat ngn umh saya...hehehe...akk try kat selera corner...mknn kat situ lagi sedap...nak nak kuah kicap tok cecah kerang bakar dy...fhhhh...memg sedap gla....

Unknown berkata...

Mcm mane nk pergi sini yer..smlm pergi dapat area dkt medan ikan bKar tu je

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^