Wednesday, October 9, 2013

Diari Suri Bekerja Di Rumah : Tidak Salah Untuk Kaya


Assalamualaikum,

Tertarik dengan tajuk di atas, ianya merupakan artikel dari penulisan pakar motivasi Dr HM Tuah (boleh didapati dalam majalah Mingguan Wanita gambar luar majalah adalah Noryn Aziz dan siapa dah seorang lagi pelakon yang sudah berhijab tu). Ok bukan aku nak bagi kupasan tentang apa yang Dr. HM Tuah tuliskan cuma aku nak sembang-sembang kosong mengenai tajuknya "Semuanya Mahal Kalau Miskin"

Pertama kalinya, aku memang bersyukur snagat-sangat sebab Allah berikan aku peluang untuk melakukan apa yang aku suka. Siapa sangka aku yang seorang lepasan kejuruteraan dahulunya hanya mampu duduk di rumah menjadi guru online sahaja. Banyak kali sudah episod gagal mendapatkan kerja, gagal temuduga pegawai tadbir dan gagal temuduga KPLI. Bayangkan betapa kecewanya aku suatu ketika dahulu. Kecewa kerana tidak mampu untuk menjadi seperti orang lain yang rata-rata memang berjaya memiliki kerjaya idaman. Pernah sekali hari Sabtu yang lepas aku suarakan pada en suami "Bestnya si polan ini boleh sambung ngaji (pelajaran) peringkat PHD di UK, mama ni duduk rumah sajo" Tahu apa en suami jawab "Mama, ni 4 orang anak mama ni, jadikan demo ni (mereka) orang-orang yang berguna biar boleh pergi merata dunia, mek (MIL) dulu tak reti gapo satu tapi Alhamdulillah anak-anak mek 11 orang berjaya semua"

Memang deras airmata aku mengalir laju. Iya, kadang ada juga ketika aku suka beremosi sendiri (salahkan kepada PMS). Memang, kadang-kadang kita suka melihat kejayaan orang lain tapi tak pernah bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada kita. Sebenarnya dari dulu lagi aku berniat untuk menjadi cikgu. Jangan dikira berapa kali mengisi borang KPLI dan paling terakhir bila aku gagal temuduga KPLI. Masa tu aku dalam pantang selepas bersalinkan Husna. Terus terang, luka sakit bersalin pun masih terasa tapi gagahkan juga menghadiri temuduga yang dibuat di Petaling Jaya. Selepas gagal mendapat tempat di KPLI, aku memang padamkan terus niat aku untuk menjadi cikgu dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Alhamdulillah, selepas itu memang tidak ada penyesalan mahupun kesedihan lagi. Aku mula sukakan kerjaya aku di dalam syarikat kontraktor tempatan, mula meneruskan hidup dengan bekerja sambil berniaga secara dalam talian.

Berniaga memang merupakan "passion" aku sejak zaman belajar lagi. Pernah juga menjual kain, tudung dan produk MLM tapi semua sekadar suka-suka sahaja. Mungkin darah daging berniaga memang ada dalam diri. Mak aku juga seorang peniaga dan mak juga seorang surirumah. Perkaitan yang sangat jelas di situ. Sesungguhnya perancangan Allah ini sungguh teratur. Kenapa? Kerana Allah mahu aku mengikut jejak langkah mak aku; mak juga berniaga dan melakukan banyak benda untuk mencari duit antaranya menolong ayah mengusahakan tanaman tembakau, menanam kacang tanah, membuat kerepek tapi ini semua dilakukan semasa aku masih kecil. Bila aku dah menginjak dewasa, mak berniaga di kedai menjual lauk pauk pula. Jadi seharusnya aku tidak perlu merasakan yang aku ini "tak berguna" hanya kerana aku surirumah sahaja. Tetapi seharusnya bangga sebab aku adalah penyambung tradisi keluarga. Bukan makan gaji tapi bekerja sendiri mencari gaji :)

Ok apa kaitannya dengan "semuanya mahal kalau miskin"? Aku setuju dengan kata-kata itu, bukan kerana aku kaya. Bukan macam tu, sebenarnya ia semua berkisarkan tentang pemikiran diri kita. Kalau dulu semasa aku bekerja makan gaji, bila naiknya harga minyak, wah! aku pun turut melenting membebel semua barang naik. Aduhhh, susu anak berhabis dalam RMXX setiap bulan, belum campur makan minum lagi. Memang tertekan sebenarnya kan? Tapi itu dululah, semasa pemikiran aku masih lagi di "takat" itu sahaja. Sekarang ini, bila harga minyak dinaikkan sekali lagi (atau berkali-kali) tipulah kalau aku tak membebel kan? HAHA cuma kali ni pemikiran aku sudah bersedia. Takpe, harga barang bukan setiapkali minyak naik pun akan naik, memang sentiasa naik memandangkan kita sedang menuju ke arah negara yang membangun. Tak kanlah nak harapkan masih kekal seperti zaman dulu kala kan? Jadinya aku dah semat dalam fikiran yang aku harus berusaha lagi menambah pendapatan keluarga dengan bekerja dengan lebih kuat lagi.

Aku ada 4 orang anak. Semuanya jenis kuat makan. Ya Allah kalau tengok kan Haziq si kurus kerempeng tu memang tidak percaya dia itu sebenarnya kuat makan. Di hospital tempoh hari selepas makan makanan hospital makan pula nasi mama yang dibeli di kafetaria. T_____T"
Sebab itu aku suka bekerja mencari duit sendiri, bukan bermaksud tak nak duit en suami tapi dalam situasi ini aku suka ada duit dan membelanjakan duit mengikut kehendak aku. Biasalah, sekiranya kita pernah bekerja jadi bila tiada duit dalam tangan ini rasa macam serba tak kena. Sebab itu aku mencari duit sendiri dengan menggunakan kemahiran yang aku ada iaitu dengan cara mengajar orang berniaga melalui talian. Hampir 4 tahun melakukan secara sambilan, kini Alhamdulillah boleh fokus secara sepenuh masa tapi dalam masa yang sama tidak perlu mengabaikan anak-anak. Inilah yang Allah mahu berikan cuma dulu Allah biarkan aku merasa dahulu segala kepayahan dan kepahitan mencari kerja dan bekerja dengan orang. Terima kasih Allah!

Selain itu aku juga punya impian sendiri. Mahu kaya bukan setakat kaya-raya tapi mahu menunaikan segala impian yang tertanam dalam diri. Tapi buat masa sekarang cukuplah kalau dapat membantu mak ayah dan melangsaikan segala hutang yang ada. Impian lain seperti mahu berjalan-jalan ke merata negara juga ada cuma kena tunggu masa yang sesuai aje. Yerlah, tertekan juga bila asyik tengok en suami aje yang keluar rumah mengembara ke sana ke mari. HAHA iya, dia keluar bekerja tapi aku pun nak juga merasa. Tambah pula kalau tengok blog-blog kawan-kawan yang berada di luar negara. Masya Allah lagi lah keinginan itu melonjak-lonjak (tapi kena tahankan apabila melihat baki akaun yang tidak seberapa)

Tapi tidak mengapa, tanam impian dahulu supaya ianya menjadi satu perangsang untuk kita supaya lebih berjaya. Fokus , fokus dan fokus dalam melakukan setiap kerja. Warga suri jangan takut untuk menanam impian, jom keluar dari kelompok selesa, cabar diri lakukan sesuatu yang kita suka dan minat. Kemudian kembangkan dengan menjualnya pula. Mahu tahu caranya? Boleh PM aku untuk analisa.

Sehingga bertemu lagi.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

1 comment:

Dalila Yusof said...

Samalah kita...hu2, betul la..kdg2 kita nak jadik macam orang lain tp Allah dah aturkan jalannya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015