Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 10 Mac 2014

#PrayforMH370

Assalamualaikum,

Sudah hampir 3 hari akyat Malaysia bersedih dengan berita kehilangan pesawat MAS MH370 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Terlalu banyak spekulasi dan andaian yang disebarkan di dalam media sosial. Walau apapun, kita doakan semoga Allah permudahkan segala urusan dalam mencari dan menyelamatkan semua anak kapal MH370.



Dalam situasi ini diharapkan kita sebagai rakyat Malaysia dapat bersatu dan banyakkan berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan dalam segala urusan mereka yang mencari. Kalau boleh cuba untuk elakkan dari membuat atau melakukan perkara berikut :

1) Tekan butang share untuk berkongsi mana-mana maklumat yang kita tidak tahuianya sahih atau tidak. Baik melalui facebook, Twitter, Whats app atau segala jenis media sosial yang lain. Cuba untuk jangan bertindak pandai atau lebih tahu dari pihak berkuasa. Jangan cuba untuk menjadi yang pertama dalam menyebarkan berita kerana kita tidak tahu besar kemungkinan berita yang kita share itu adalah yang palsu. Aku pun terkena juga apabila berita pertama yang mengatakan pesawat mendarat secara kecemasan di Nanming, China. Jadi, jangan terlalu teruja untuk berkongsi berita.

2) Jangan bercakap perkara yang boleh menyentuh atau mengguris perasaan keluarga mangsa. Dunia siber ini kadang-kadang boleh menampakkan "true colours" masing-masing. Bagaimana seseorang sanggup meluahkan atau mengeluarkan kata-kata kesat tanpa memikirkan perasaan saudara seagama ataupun sesama rakyat Malaysia. Jadi, tolonglah jangan jadi mereka yang tergolong dalam golongan yang sakit jiwa atau mentalnya yang suka-suka hati meluahkan perasaan marah atau kecewa dalam facebook. Cuba bayangkan jika kita juga berada di tempat mangsa, adakah kita juga akan bertindak sedemikian?

3) Membuat spekulasi atau andaian yang tidak sahih. Sekarang ini bukan sahaja kerajaan Malaysia yang bertungkus lumus mencari pesawat malang berkenaan, tetapi mendapat bantuan dari segenap negara lain. Betapa semangat kejiranan masih ada dan kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya merasa bersyukur dan berterima kasih kepada negara Vietnam, China, Singapura, Australia, Amerika Syarikat dan beberapa negala lain yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam usaha mencari pesawat MH370.

4) Tidak kiralah dengan siapa kita berkawan; dengan anak mangsa ke, dengan anggota penyelamat ke, polis ke hatta anda anak seorang Perdana Menteri pun, jangan sesekali membocorkan maklumat yang tidak sepatutnya diketahui umum kepada pihak media massa atau orang awam. Pendek kata, toksahlah nak berlumba siapa yang paling cepat nak bagitahu maklumat. Contohnya ada seseorang pernah share di statusnya mengatakan "Pihak media Malaysia lembab, suami kepada kawan aku yang berada di XXX dah bagitahu yang confirm %%%%" Itu adalah contoh salah satu kebodohan kita untuk menjadi penyiasat tak bertauliah. Jangan sesekali memakan diri ya.

5) Seeloknya kita hanya diam dan membiarkan pihak berkuasa yang menjalankan kerja mereka. Kita jangan hanya tahu menulis sahaja tetapi seeloknya usahakan supaya mengadakan solat hajat dan sentiasa berdoa semoga mereka semua yang berada di dalam pesawat MH370 semua selamat atau dipermudahkan dalam segala urusan yang berlaku.

Oklah, semoga bermanfaat. Memang nak buat kerja pun takde mood tapi hidup ini harus diteruskan. Semoga ada hikmah disebalik apa yang berlaku dan mendekatkan lagi kita kepada Yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu iaitu siapa lagi kalau bukan Allah SWT.

1 ulasan:

Syusya Yokoyuki berkata...

betul tu kak,,hope sudi follow blog saya..terima kasih
http://bizonlinemasb17.blogspot.com/

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^