Wednesday, March 12, 2014

Idea Bisnes Dari Rumah : Bisnes Membungkus Kerepek

Imej : Carian google & koleksi ABDR
Teks : Zaila Mohamad

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya sendiri melakukan bisnes membungkus kerepek sebagai salah satu pendapatan sampingan saya. Segalanya bermula pada tahun lepas di mana saya mengambil tempahan kerepek untuk jualan hari raya. Alhamdulillah, memang mendapat sambutan yang menggalakkan di mana saya berjaya menjual lebih dari 100 kg pelbagai jenis kerepek. Sekarang ini walaupun sudah melepasi musim perayaan, namun permintaan masih lagi ada terutamanya melalui ejen-ejen yang pernah saya lantik semasa bulan puasa dahulu.

Ingin tahu bagaimana caranya? Di sini saya kongsikan bagaimana memulakan bisnes operasi membungkus makanan kering (kerepek) tanpa memerlukan modal yang besar.

Umum diketahui bahawa masyarakat Malaysia terutamanya orang Islam memang akan membelanjakan sedikit (atau banyak) wang untuk membeli juadah kuih-muih atau kerepek untuk dihidangkan kepada tetamu di hari raya. Jadi, saya mengambil peluang untuk berniaga bisnes kerepek kerana kerepek harganya tidak mahal dan tidak mudah rosak. Bagaimana saya memulakannya?

1) Pertama sekali harus ada sumber di mana kita dapat membeli kerepek pada harga yang murah. Seeloknya kita berurusan dengan kilang atau pusat jualan kerepek yang dapat menyediakan pelbagai jenis kerepek dalam satu masa. Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan sebuah kilang kerepek yang terletak berdekatan juga dengan rumah saya. Jadi memang tidak ada masalah untuk mengambil stok.

2) Saya bermula sebulan sebelum puasa lagi di mana saya menghebohkan di dalam blog saya untuk mencari ejen jualan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Alhamdulillah ramai yang menghantar maklumbalas dan ingin untuk menjadi ejen saya. Rata-ratanya di kalangan ahli keluarga, kawan-kawan dan juga kenalan di alam maya. Terima kasih buat semua!

3) Saya memberikan sampel-sampel percuma kepada ejen-ejen untuk diedarkan di sekolah mahupun tempat mereka bekerja. Di dalam bulan Ramadhan, saya meletakkan tarikh tutup untuk meletakkan tempahan dan menetapkan tarikh untuk penghantaran juga. Apabila bayaran dibuat, saya akan menghantar stok kepada ejen-ejen. Namun, untuk memudahkan urusan saya juga terpaksa mengeluarkan sedikit modal sebagai pendahuluan untuk membayar segala tempahan di kilang kerepek.

Baca selanjutnya di sini :

Idea Bisnes Dari Rumah : Bisnes Membungkus Kerepek

Untuk mendapatkan bacaan untuk 101 Idea Home Based Bisnes, bolehlah mendapatkan ebook ini :


Tempah di sini : BORANG TEMPAHAN



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015