Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label Isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu semasa. Papar semua catatan

Selasa, 11 Ogos 2015

Terima Kasih Siraplimau.com

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana masih meluangkan masa singgah blog aku yang tak seberapa ini. Baru-baru ini terkejut juga apabila dimaklumkan oleh seorang teman di facebook yang blog aku tersenarai di dalam laman web SirapLimau.com. Pada yang tak tahu, SirapLimau.com banyak berkongsi tips-tips keibubapaan, kehamilan, rumahtangga dan macam-macam lagi lah! Selalunya mereka akan mencari kisah-kisah menarik di blog melalui carian Google ataupun ada penulis yang akan berkongsikan entri di dalam laman web mereka. Tak sangka juga, salah satu entri iaitu http://siraplimau.com/resepi-periuk-noxxa-mudah-sedap/ (boleh klik untuk baca) ada menyenaraikan resepi dari blog ini. Maklumlah, Mek La kan suka berkongsi resepi mudah dan senang di dalam blog. Alhamdulillah, setakat hari ini sudah seramai 34.9k rakyat Malaysia yang sudah membaca entri tersebut. Tak salah kalau kita berkongsikan kebaikan kan? Semoga lebih ramai rakyat Malaysia yang akan membeli periuk Noxxa melalui aku (eh!) Aamin :)




Rupa-rupanya bukan satu resepi yang tersenarai. Yang di atas ini siap ada gambar lagi, memanglah mudah sangat masak menggunakan Noxxa ni, kalau tak percaya sila beli melalui aku (eh terpromote lagi). Satu lagi resepi adalah home made ikan sardin, sehinggakan entri tersebut juga menjadi antara entri yang femes setiap minggu di blog ini. Inilah kuasa blog kerana blog akan dijumpai melalui carian di Google mahupun di enjin carian lain. Terima kasih SirapLimau.com, ianya sangat membantu dalam menaikkan blog aku yang suam-suam kuku ni.

Iklan sekejap :

Bagi yang berminat untuk menyertai kelas asas blog fanpage & beriklan di Instagram secara offline di Shah Alam, boleh hubungi aku melalui :

E-mel : zailamohamad@gmail.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Melalui blog aku banyak menambah sumber pendapatan dan semua hasil carian di Google banyak menyumbangkan pautan (link) blog ini juga. Jadi, zaman serba canggih ni rugi kalau tak gunakan kelebihan berblog secara percuma. Jadikan blog sebagai salah satu sumber pendapatan kita dan satu cara untuk diri kita dikenali juga. Bukan untuk mengejar glamour tapi untuk menyampaikan maklumat dan pemikiran yang mungkin tidak sama :)

Semoga bertemu lagi. Bye!

Rabu, 27 Mei 2015

Kenapa Dengan Secret Recipe?


Assalamualaikum,

Semalam kecoh satu Malaysia apabila semua media menyiarkan kenyataan yang status Halal Secret Recipe ditarik balik. Namun mengikut pemahaman aku, bukan status halal kandungan kek tetapi status ditarik balik sijil Halal tu sebab kebersihan yang tahap paling teruk. Hermmm, sebenarnya dah laaaama sangat aku tak makan kek di SR tu. Kali terakhir mungkin masa mengandungkan Aaliyah dulu, ke sebelum tu lagi tapi masa tu aku makan di SR Giant Kemuning Utama. Tahun ni bila dah pergi ke Giant Kemuning Utama ni tengok-tengok SR ni dah tutup. Mungkin sebab kat situ tak ramai orang jadi mereka terpaksa tutup. Atau mungkin kerana entri aku dulu pernah menceritakan yang restoran tu dipenuhi lalat dan makanan sudah tak macam dulu lagi (boleh cari dalam entri lama-lama) dan yang pasti dah lama aku tak teringin untuk makan kek di sini. Tempah dengan kak Aishah Hussein di sini (Tips Resepi Mudah Untuk Surirumah), memang akan teringat-ingatlah akan kek Kak Chah buat ni:)

Pengajaran daripada kes macam ni, lebih baik belajar buat kek sendiri tapi dalam kes aku ni yang tak berapa pandai, baik beli dari mereka yang kita kenali dan percaya hasil tangannya adalah yang terbaik buat kita. Semoga selepas ini lebih ramai lagi surirumah yang akan maju ke depan menjadi pembuat kek yang berjaya. Bukan tak boleh tapi sebenarnya ramai yang tewas di tengah jalan sebab gagal menguruskan akaun perniagaan. Apabila untung tak seberapa (sebenarnya mereka tak nampak mana perginya wang berniaga) mulalah mahu kembali bekerja semula. Boleh baca entri perkongsian saya di sini iaitu 5 Tanda Bisnes Semakin Berkembang di sini : www.zailamohamad.com

Nasihat saya, sebelum lakukan apa-apa cari ilmu dahulu dan berguru dengan mereka yang betul. Walaupun sudha ada mentor pastikan diri sendiri juga bersedia dan mahu mengambil tindakan untuk berubah. Ilmu tanpa tindakan pasti akan sia-sia sahaja. Hingga berjumpa lagi. Assalamualaikum.

Isnin, 30 Mac 2015

GC Tea GS Tea GST EH!

Assalamualaikum,

Esok lusa sudah masuk bulan April 2015. Hadoi, bulan yang paling ditakuti oleh semua rakyat Malaysia kerana bermula 1 April semua barang akan dikenakan GST sebanyak 6%. Hermm, tak semua juga ya tapi rata-rata memang akan ada kenaikan barang dan penurunan harga barang. Kita tengok ajelah mana yang turun dan mana yang naik *sambil gigit jari*

Sebenarnya aku tak suka sangat berbual (sebenarnya menulis) tentang GST sebab malas nak serabutkan kepala otak dengan sesuatu benda yang aku sendiri masih tidak faham. Bukan tak faham, tapi malas nak faham-fahamkan. En suami bukan tak membebel pasal GST malah sepanjang masa ada sahaja input yang dia berikan tapi aku hanya dengar dan layankan sahaja dengan mengiyakan semua apa yang dia cerita. Aku faham, mesti en suami pun akan merasa sedikit tertekan memandangkan dia seorang yang menyara kami sekeluarga. Mana tak marah weh, bayangkan untuk cukai pendapatan sahaja en suami sudah membayar 2 bulan dari gaji nya untuk setahun. Cukai lain zakat lain. Eh! tercerita pula di sini. Bukan merungut tapi macam inilah bila dah banyak sangat kena potong terasa lah juga bahangnya kan?

Jadi, aku sebagai seorang isteri yang prihatin dan tak nak membebankan suami dengan nafsu serakah aku yang suka membeli online ni, maka gigihlah kak la menjual. Semua barang pun nak jual. Tapi prinsip aku, tak nak jual jika bukan aku yang cuba sendiri atau tak nak jual jika ianya bukan produk yang aku tahu / tengok sendiri testimoninya. Pendek kata bukan mudah untuk aku menjual produk kesihatan ni. Seingat aku awal tahun 2009 dahulu aku pernah jual produk Intra tapi lepas tu tak sambung dah kesnya masa tu tak cukup ilmu dan malas nak teruskan. Kali ini gigih aku mencuba produk terbaru di pasaran keluaran syarikat bumiputera kita iaitu Rashwealth Group Sdn Bhd yang diberi nama GC Tea. Aku pernah ceritakan tentang Kak Na yang ada kencing manis juga mengamalkan minum teh ini dan alhamdulillah sekarang bacaannya terkawal. Bukan nak kata produk ini bagus tapi dia juga sudah berubah dengan mengamalkan gaya hidup sihat; banyak minum air masak, makan tak jaga sangat tapi banyak bergerak. Sedar tak sedar berat badan juga turun sekali.

Oh sungguh saya jeles, sebab itu aku bertekad untuk mengamalkan juga teh ni. Bukan susah pun hanya panaskan seuncang teh dalam satu teko dengan air panas dan ulang minum sampai uncang tu rasa tawar. Sekotak boleh bertahan 2 bulan. Hermm, setakat ini baru minum dalam 6 hari atau lebih (tak ingatlah) dan apa yang aku perasan selepas aje minum badan mesti berpeluh-peluh dan akan membuang angin atau buang air besar. Sesuai sangatlah pada mereka yang ada masalah sembelit ya.


Antara kandungan yang terdapat di dalam GC Tea, semuanya bahan-bahan semulajadi dan tiada pewarna atau perisa tiruan. Semua guna yang segar-segar aje, terbaik dari ladang tau!

Sesiapa yang ada tanam pokok mulberi di rumah tu bolehlah buat amalkan minum, bagus sangat untuk kesihatan tapi tanya diri mampu ke nak minum teh yang kita proses sendiri? Baik minum GC Tea sebab dah siap proses dan diletakkan di dalam uncang.


Setakat ini aku tak boleh nak bagi testimoni lagi yang aku dah kurus. Nak kena konsisten minum dan amalkan lagi. Nanti kalau kurus pun bukan boleh suka-suka hati nak tayang gambar sebelum dan selepas, biarlah orang yang mengenali aku sahaja yang tahu (ayat poyo) dan nampak akan perubahan ini. Di sini aku kongsikan dulu testimoni mereka yang sudah berjaya turun berat badan dengan mengamalkan GC Tea


Bagi yang berminat untuk mencubanya sila laju-laju PM / WA di 012-970 6828. Bagi pesakit kencing manis, sampel percuma akan diberikan bagi yang betu-betul mahu mencubanya sahaja.

Berbalik kepada cerita GST ni, pandangan aku lah kan ; kita sebagai rakyat marhaen ni apalah sangat kuasa kita untuk menentang pihak kerajaan. Bercakap pung pang pung pang (menulis status di facebook) atau berbual di kedai kopi tidak akan mengubah apa-apa pun. Bukan aku menyokong kerajaan tapi aku malas nak bazirkan tenaga kudrat yang Allah bagi untuk membuat sesuatu yang bukan bidang kuasa kita. Iyalah, aku kan surirumah kalau dok bising barang naik harga pun bukan akan ada pusat zakat dan datang sedekah barang.

Jadi pilihlah untuk BERUBAH. Aku sebenarnya terkesan sangat dengan kata-kata kakak aku sendiri yang mengatakan aku ni EGO. Bukan tak tahu nak buat tapi EGO untuk berubah. #sentap mak nyah! Betul juga, aku ni bukan seorang surirumah yang tak ada pendidikan, bukan yang jenis tak reti membaca atau mengaji jadi mengapa nak ego sangat untuk tidak mencuba sesuatu yang baru? Paling tidak pun jika tak berjaya kurang-kurang aku boleh cakap "OOO aku dah cuba buat ni, tapi tak menjadi" BUKAN dapat dosa pun kan? Selagi di bawah restu suami, insya Allah pandai-pandailah jaga diri. Sentiasa bersyukur adalah satu kunci paling utama untuk bahagia.

Seperti penulisan aku di sini : Sahaja Aku Berniaga Kerana Allah Taala, maka niat untuk berniaga itu harus diperbetulkan juga. Bukan kekayaan yang mahu dicari tapi mahukan perubahan dan keselesaan untuk kebaikan keluarga. Bayangkan musim barang naik serba naik harga, mampukah kita bertahan hanya dengan makan gaji sahaja? Awal bulan dapat gaji tolak perbelanjaan dah tinggal berapa dah? Kalau yang surirumah pula, kalau dapat suami kaya tak apa, tapi kalau suami yang gajinya cukup-cukup makan macamana? Mahu tak bergaduh masam muka bila segala keperluan kita tidak dipenuhi.

Eh terpanjang pula celoteh pasal GST ni ya? Pendek kata ayuhlah BERUBAH. Sebenarnya ada banyak cara untuk berjimat-cermat dan pelbagaikan sumber pendapatan untuk kita lalui musim kenaikan barang dengan bergaya. Tak payah nak stress bagai. Kena rajinkan diri sahaja, buang EGO buang MALAS dan buang MALU. Kalau tak cuba tak tahu dan sekarang pun walaupun aku sudah lama berniaga online tapi masih belum putus asa untuk mencuba. Kita tidak tahu di mana rezeki kita akan berada kan? Haaa kan dah kena "brain wash" dengan Kak La.

Oklah supaya tidak dibenci oleh pembaca blog ini, Kak La undur diri dulu. Petang ini nak masak apa ya untuk berbuka? Ada cadangan tak? Sudah semestinya minum GC Tea untuk buang angin dalam badan ni.

Iklan :


BERITA BAIK! Pes nasi arab tak naik harga sempena GST ni, jadi masih kekal pada harga RM15 sekotak. Jadi jika berminat boleh dapatkannya dengan WA ke 012-970 6828. Stok dalam tangan ada mandy ayam dan mandy kambing sahaja :)

Jumaat, 13 Februari 2015

Perginya Seorang Murabbi


Sumber gambar dari sini : Berita Harian Online

Kota Bharu: Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka pada jam 10.55 pagi, sebentar tadi.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ayahandanya Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia kira-kira 40 tahun yang lalu.
Terdahulu jenazah Allahyarham yang juga Mursyidul Am PAS disolatkan di Masjid Pulau Melaka kira-kira jam 10 pagi.

Perginya yang tak akan kembali lagi. Sesungguhnya Kelantan dan Malaysia bersedih dengan kehilangan ini.

Al fatihah buat Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 1931 - 2015.

Rabu, 31 Disember 2014

Selamat Tinggal 2014 Semoga 2015 Lebih Bermakna


Assalamualaikum,

Hari ini hari terakhir dalam tahun 2014. Sejak dua menjak ini, banyak pula kejadian sedih atau musibah menimpa negara kita Malaysia. Terbaru tentang musibah banjir di Pantai Timur dan juga beberapa negeri yang lain. Tak lupa juga musibah kapal terbang Air Asia QZ8501 yang telah disahkan jatuh terhempas di tengah lautan. Salam takziah buat semua mangsa. Semoga tabah menghadapi dugaan yang melanda.

Bagi perjalanan diari hidup aku pula, tahun ini pun mencatatkan banyak kenangan manis dan pahit dalam tahun ini. Tapi rasanya lebih banyak yang manis-manis aje kot? Bukan apa, bukan tak ada dugaan tapi rasanya aku ni jenis yang tak nak ingat sangat jadinya ingat yang manis-manis sahaja (kot)

Apa-apa pun syukur tahun ini sudah menginjak 2 tahun aku berada di rumah dan masih bekerja dari rumah. Ramai yang bertanya apa yang aku buat untuk jana pendapatan? Jawapannya berniaga kecil-kecilan sahaja. Alhamdulillah cukuplah buat beli licu ngan bedak sediri tanpa mengharapkan belas ihsan suami :P

Herm, rasanya tahun 2015 pun aku masih selesa untuk terus berada di rumah bersama anak-anak. Mungkin akan lebih giat menjalankan kelas asas blog & fanpage secara offline pula. Niat di hati nak bantu seramai mungkin surirumah agar boleh berdikari dan menjana pendapatan dari rumah. Tak kisahlah nak jual / buat apa, selagi tidak bertentangan dengan hukum agama dan undang-undang apa salahnya kan? Oh lagi satu mahu keluarkan ebook sendiri juga yang mana masih dalam proses untuk siapkan ebook sulung aku iaitu hasil perkongsian pengalaman selama 6 tahun aku berniaga secara online dan offline, jangan lupa untuk beli ya :)

Alhamdulillah antara kenangan manis tahun 2014 sepanjang tahun ini yang akan aku ingat adalah kelahiran cahayamata bongsu (setakat ini) kami iaitu Nur Aaliyah Hafizah pada bulan Julai 2014. Berpantang dalam bulan puasa lagi tu! Syukur tak terhingga dengan rezeki ini. Tahun 2015 kalau boleh nak berehat sekejap dari mengandung dan melahirkan anak :P

Selain itu melihat wajah (gemuk) sendiri di dalam majalah Keluarga & Sri Dewi juga adalah satu kenangan manis bagi diriku yang tak berapa nak terkenal ni. Walaupun hanya sekadar berkongsikan pengalaman berniaga semasa hamilkan Aaliyah tapi sebenarnya aku cukup teruja untuk berkongsi pengalaman mengandung bersama semua. Bagi aku, keadaan fizikal kita bukanlah satu halangan untuk terus bergerak iaitu berniaga. Lagipun sekarang ini semuanya hanya dihujung jari sahaja, tak perlu nak keluar ke hulu ke hilir membawa barang. Eh tapi adalah sesekali kan keluar beli barang untuk dijual tapi bukan setiap hari.


Kalau dari segi pencapaian aku sebagai seorang surirumah berpendapatan, aku rasa tahun ini lebih baik dan terurus bebanding tahun sebelumnya. Awal-awal berhenti kerja tu macam masih "blur" lagi tapi alhamdulillah tak lama kemudian aku ditemukan (lagi) dengan Pn Masayu Ahmad dan seterusnya bersama sehingga kini di bawah jaringan Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Harapan aku sudah tentulah mahu lebih cemerlang dari tahun ini dari segi pengurusan duit dan masa. Syukur sangat-sangat sebab tahun ini juga aku telah mempunyai pembantu. Tapi tak tahulah sampai bila pembantu ini akan bertahan kan? Kita tengok sahaja ;)

Percutian keluarga ke Sabah juga menjanjikan kenangan manis buat aku dan anak-anak. Walaupun awal-awal dicemari insiden kehilangan Mykid Haziq tapi lepas tu alhamdulillah semuanya beransur baik dan anak-anak juga gembira. Sampai sekarang pun si Ashraf sibuk nak pergi Sabah lagi. Hu hu hu Ingat dekat ke Kota Kinabalu tu dik?

Episod gembira memang best apabila bercerita tapi episod sedih? Simpan dalam hati sahaja kan? Yang paling sedih sudah tentulah sewaktu kehilangan henbeg sehari sebelum hari raya tempoh hari tapi apalah sangat yang hilang tu jika nak dibandingkan dengan penderitaan mangsa-mangsa banjir di Kelantan Terengganu Pahang Johor dan Perak sekarang ini. Sebab itu aku malas nak ingat, redha dengan kehilangan dan biarlah Allah yang membalas segala perbuatan jahat anak bangsa sendiri yang suka mencuri tu.

Oklah, semoga tahun 2015 menjanjikan tahun yang bahagia dan kaya raya buat semua. Selamat menyambut tahun baru ya. Jangan lupa beberapa hari lagi ulangtahun kelahiran nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW juga :) Selamat bercuti dan terima kasih kepada pembaca blog aku yang cukup setia membaca coretan aku yang ntahapahapa ini. Terima kasih!

Isnin, 29 Disember 2014

Sesi Persekolahan 2015 Di Tunda

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda negara ketika ini, demikian umum Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).
Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).
"Seperti semua pihak maklum banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.
"Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 sekolah daripada tujuh negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
"Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu," katanya dalam satu kenyataan.
Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambil kira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Muhyiddin berkata, sekiranya keadaan banjir pulih, pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh berkenaan untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing.
Ini katanya, bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Sumber dari sini : Berita Harian Online

Rabu, 24 Disember 2014

Banjir Di Kelantan, Ayuh Bagi Sumbangan

Assalamualaikum,

Kita hentikan dulu cerita tentang Sabah. Tak sampai hati rasanya untuk masukkan entri baru apabila melihat negeri kelahiranku dilanda musibah yang terburuk abad ini. Ya Allah, besarnya dugaan mereka yang terlibat dengan banjir. Semoga Allah lindungi mereka semua dan berikan kesabaran dalam menghadapi segala musibah ini.

Gambar-gambar ini diambil dari sumber facebook yang kawan-kawan kongsikan. Mohon kongsi di sini ya. Allahu akbar! Sesungguhnya segala yang berlaku di muka bumi ini adalah hasil dari perbuatan kita juga. Mungkin ini amaran Allah dan semoga lepas ini kita cepat-cepat bertaubat dan jangan lalai dalam melaksanakan perintah Allah.


Yang ini katanya di Taman Negara


Ini pula jalan ke Cameron Highland tapi tak tahulah sahih ke tak, mohon selidik dulu ya




Yang ini di Gua Musang




Yang ini di bandar Kuala Krai. Terbaca status kawan yang bandar Kuala Krai sudah ditenggelami air, hanya hospital sahaja yang masih belum dinaiki air. Sedihnya bila dapat tahu yang kawan kata mak saudaranya sudah 3 hari tidak boleh balik kerana jalan ditutupi air. Allahu akbar, janganlah ada anak-anak kecil di rumah. Tak dapat bayangkan macamana.

Kakak ipar aku (kakak en suami) juga terlibat sama dalam musibah banjir ini. Rumahnya di Manek Urai sudah dinaiki air dan sampai sekarang kami tidak dapat berhubung lagi dengannya. Semoga Allah lindungi Kak Num sekeluarga. Kawan-kawan juga, jom pakat-pakat berdoa semoga air banjir ini cepat surut.





Pada yang berkemampuan bolehlah berikan sumbangan apa-apa yang perlu. Saat-saat macam ini memang mereka amat memerlukan keperluan asas seperti makanan, selimut, susu anak, ubat-ubatan dan macam-macam lagi. Boleh salurkan sumbangan di bawah ini ya




Semoga esok ada khabar gembira buat semua mangsa banjir. Ya Allah permudahkanlah segala urusan hamba-hamaba MU yang dhaif ini ya Allah.

Semoga mangsa-mangsa banjir semua bersabar di atas segala musibah. Insya Allah kami semua ada untuk memberikan sokongan dan doa yang berterusan. Aamin

Rabu, 30 April 2014

Alhamdulillah Catuan Air di Selangor Sudah Tamat


Assalamualaikum,

SHAH ALAM: Catuan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya membabitkan kira-kira 2.2 juta akaun pengguna sejak awal Mac lalu, akan ditamatkan serentak mulai esok. 

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, sebentar tadi. 

Khalid berkata, keputusan menamatkan catuan air itu dibuat kerana yakin bekalan sedia ada mampu menampung permintaan untuk tempoh lima hingga enam bulan. 


Katanya, kerajaan negeri tidak perlu menunggu empangan mencapai takungan 50 peratus kerana yakin usaha yang dilaksanakan seperti mengepam air kolam selain hujan berterusan di kawasab tadahan hujan dapat meningkatkan bekalan. 

"Buat masa ini jumlah bekalan air di tiga empangan utama iaitu Empangan Sungai Selangor, Empangan Sungai Tinggi dan Empangan Klang Gates berada pada paras 40 peratus," katanya.

Khalid juga berkata, Selangor berhasrat menggunakan kepakaran Thailand bagi menjalankan pembenihan awan menerusi kaedah 'Enjectable Flare Rack'. 

Katanya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi mendapatkan sokongan dan kebenaran Kerajaan Persekutuan. 
"Berdasarkan maklumat yang diperoleh terdapat sekatan untuk melakukan teknik ini kerana dipercayai mempunyai unsur yang mungkin memberi kesan kepada isu keselamatan negara," katanya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Catuanairdihentiserentakesok

Alhamdulillah, akhirnya berita gembira bagi semua rakyat Selangor yang terlibat dengan catuan air. Esok bolehlah guna air dengan suka hati. Kalau tak, mesti takut-takut nak membazir sebab dibuatnya air takungan habis kang naye :P

Pengalaman aku sepanjang berlaku catuan air sebenarnya tidaklah seteruk pengalaman orang lain. Memang bersyukur sangat-sangat sebab walaupun rumah kami terlibat juga dalam catuan air tapi bekalan air masih mencukupi buat kami sekeluarga (air tangki cukup untuk bekalan 2 hari). Yang bagusnya, jadual aku membasuh pakaian juga telah ditetapkan selang 2 hari iaitu apabila air sudah ada. Masa ini memang pulun lah membasuh segala pakaian kotor dan baju kerja en suami. Jika hari air dicatu, kita rilek-rilek aje di rumah dan kadang-kadang makan tengahari pun en suami yang belikan sebab air tidak ada di sinki dapur :)

Memang sentiasa ada hikmah yang tersembunyi bukan? Bil air bulan lepas pun percuma, harap-harap bulan ini juga sama memandangkan penggunaan air tidak sebanyak dulu.

Oklah, sehingga bertemu lagi. Sejak dua menjak ni, aku memang sibuk sikit. Maklumlah sudah ada projek baru iaitu projek ejen jualan raya. Alhamdulillah sambutan memang menggalakkan dan ramai juga yangmendaftarkan diri.

Bye!

Rabu, 2 April 2014

Bulan April Selangor Masih Buat Catuan Air


Assalamualaikum,

Tadi baru aje masuk laman Syabas (http://www.syabas.com.my/) untuk melihat jadual catuan air bagi bulan April. Nampak gaya catuan bagi zon 3 (daerah Shah Alam) akan bermula pada hari 6hb. Syukur Alhamdulillah bolehlah puluh basuh baju lagi esok :)

Sebenarnya ada hikmah juga bila terjadi kes catuan air ini. Kalau dulu kita selalu leka dan gunakan air dengan sewenang-wenangnya, tapi sekarang ini kenalah beringat sedikit. Macam aku, kena pastikan pakaian penting seperti baju kerja en suami dan baju sekolah Haziq dibasuh pada hari yang ada air. Pada hari yang tiada air pula air tangki hanya akan bertahan cukup-cukup untuk 2 hari sahaja. Jika TERGUNA, maka air dalam tandas akan tiada. Kenalah pula tadah air di sinki jika mahu mengambil wuduk atau melepaskan hajat :P

Paling best bila terkena catuan air ni, tiba-tiba sahaja dapat bil air secara PERCUMA. Selalunya kena juga bayar dalam RM8-RM11 sebulan, tapi kali ni SYABAS siap hutang lagi. Ada juga di antara kawan-kawan yang memang tidak pernah kena bayar bil air di Selangor ini. Wah! bagus sangatlah kan, aku memang tabik springlah sebab pandai menggunakan air dengan berhemah :)

Oklah, bagi mereka yang berada di Selangor dan mahu melihat status catuan air, boleh ke laman sesawang SYABAS untuk melihat sendiri sekiranya taman perumahan kalian terlibat sama atau tidak.

Sehingga bertemu kembali. Tata!

Isnin, 10 Mac 2014

#PrayforMH370

Assalamualaikum,

Sudah hampir 3 hari akyat Malaysia bersedih dengan berita kehilangan pesawat MAS MH370 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Terlalu banyak spekulasi dan andaian yang disebarkan di dalam media sosial. Walau apapun, kita doakan semoga Allah permudahkan segala urusan dalam mencari dan menyelamatkan semua anak kapal MH370.



Dalam situasi ini diharapkan kita sebagai rakyat Malaysia dapat bersatu dan banyakkan berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan dalam segala urusan mereka yang mencari. Kalau boleh cuba untuk elakkan dari membuat atau melakukan perkara berikut :

1) Tekan butang share untuk berkongsi mana-mana maklumat yang kita tidak tahuianya sahih atau tidak. Baik melalui facebook, Twitter, Whats app atau segala jenis media sosial yang lain. Cuba untuk jangan bertindak pandai atau lebih tahu dari pihak berkuasa. Jangan cuba untuk menjadi yang pertama dalam menyebarkan berita kerana kita tidak tahu besar kemungkinan berita yang kita share itu adalah yang palsu. Aku pun terkena juga apabila berita pertama yang mengatakan pesawat mendarat secara kecemasan di Nanming, China. Jadi, jangan terlalu teruja untuk berkongsi berita.

2) Jangan bercakap perkara yang boleh menyentuh atau mengguris perasaan keluarga mangsa. Dunia siber ini kadang-kadang boleh menampakkan "true colours" masing-masing. Bagaimana seseorang sanggup meluahkan atau mengeluarkan kata-kata kesat tanpa memikirkan perasaan saudara seagama ataupun sesama rakyat Malaysia. Jadi, tolonglah jangan jadi mereka yang tergolong dalam golongan yang sakit jiwa atau mentalnya yang suka-suka hati meluahkan perasaan marah atau kecewa dalam facebook. Cuba bayangkan jika kita juga berada di tempat mangsa, adakah kita juga akan bertindak sedemikian?

3) Membuat spekulasi atau andaian yang tidak sahih. Sekarang ini bukan sahaja kerajaan Malaysia yang bertungkus lumus mencari pesawat malang berkenaan, tetapi mendapat bantuan dari segenap negara lain. Betapa semangat kejiranan masih ada dan kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya merasa bersyukur dan berterima kasih kepada negara Vietnam, China, Singapura, Australia, Amerika Syarikat dan beberapa negala lain yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam usaha mencari pesawat MH370.

4) Tidak kiralah dengan siapa kita berkawan; dengan anak mangsa ke, dengan anggota penyelamat ke, polis ke hatta anda anak seorang Perdana Menteri pun, jangan sesekali membocorkan maklumat yang tidak sepatutnya diketahui umum kepada pihak media massa atau orang awam. Pendek kata, toksahlah nak berlumba siapa yang paling cepat nak bagitahu maklumat. Contohnya ada seseorang pernah share di statusnya mengatakan "Pihak media Malaysia lembab, suami kepada kawan aku yang berada di XXX dah bagitahu yang confirm %%%%" Itu adalah contoh salah satu kebodohan kita untuk menjadi penyiasat tak bertauliah. Jangan sesekali memakan diri ya.

5) Seeloknya kita hanya diam dan membiarkan pihak berkuasa yang menjalankan kerja mereka. Kita jangan hanya tahu menulis sahaja tetapi seeloknya usahakan supaya mengadakan solat hajat dan sentiasa berdoa semoga mereka semua yang berada di dalam pesawat MH370 semua selamat atau dipermudahkan dalam segala urusan yang berlaku.

Oklah, semoga bermanfaat. Memang nak buat kerja pun takde mood tapi hidup ini harus diteruskan. Semoga ada hikmah disebalik apa yang berlaku dan mendekatkan lagi kita kepada Yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu iaitu siapa lagi kalau bukan Allah SWT.

Selasa, 3 September 2013

Diari WAHM SAHM SOHO : Minyak Naik, Apa Peranan Surirumah Kepada Keluarga


Gambar hiasan : senda gurau pagi Selasa :) 

Assalamualaikum,

Pasti ramai yang sudah tahu bahawa berkuat kuasa hari ini harga minyak petrol RON95 telah pun dinaikkan sebanyak 20 sen. Syukur dua puluh sen kalau naik empat puluh sen atau seringgit macamana? Selalulah berfikiran positif macam ni ya :P

Kalau harga minyak tak naik pun, harga barang-barang lain dah lama naik, lepas ni diharapnya semoga kerajaan kita janganlah duduk goyang kaki sahaja, silalah bekerja menjejak harga-harga barangan di pasaraya supaya kita rakyat-rakyat ini tidak akan rasa kesan kenaikan daripada harga minyak tu. Sekarang ini pun sudah terasa kalau ke pasaraya bawa RM50 dapat dua tiga ketul barangan sahaja. Bagi yang beranak ramai macam aku ni lagilah kena kuat iman, kena tahan nafsu untuk membeli..huhu

Di sini aku senaraikan beberapa langkah yang boleh diambil oleh surirumah di luar sana sebagai langkah untuk menangani masalah kenaikan harga minyak : 

1) Membuat senarai barangan dapur : 

terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menambahkan satu lagi bidang kerja surirumah iaitu sekarang menjadi tukang semak harga barang. Iyalah, kenalah bijak menguruskan barang dapur supaya tiada pembaziran yang akan berlaku. Kalau dulu selalu beli sayur hijau banyak-banyak kemudian kering dalam peti (aku lah tu) jadinya selepas ini kena cari cara supaya sayur akan kekal segar walaupun sudah seminggu di dalam peti. Takpun beli sayuran yang memang jenis tahan lama seperti labu, terung, kobis, lobak merah dan cendawan. Sayuran hijau pula boleh beli cuma kena pastikan dimasak terus atau bekukan di dalam freezer supaya tahan lama.

2) Berjimat cermat

Masih ingat lagi dengan entri ini (Peranan Seorang Surirumah Dalam Keluarga) di mana aku telah mengambil langkah-langkah penjimatan untuk mengurangkan bil elektrik rumah ini. Alhamdulillah, ianya berjaya diturunkan sebanyak RM40. Memang kita sebagai surirumah kena sentiasa waspada dan didik anak-anak supaya tutup kipas dan lampu setiapkali tidak mahu menggunakannya. Memanglah kita tidak boleh menurunkan bil elektrik kepada yang asal dahulu (dalam RM100+) tapi sekurang-kurangnya ada perubahan dan duit yang dapat dijimatkan itu boleh digunakan untuk membeli keperluan yang lain seperti susu anak mahupun barangan dapur yang lain.


gambar : sekarang ni bilik kerja aku (SOHO) sebelah tingkap jadinya kalau petang buka sahaja tingkap angin sepoi-sepoi masuk dalam bilik..nyaman sungguh! Tambahan pula selepas hujan, dengan pemandangan hijau memang menyejukkan mata memandang:)

3) Perbaiki ekonomi keluarga dengan berniaga

Memang tak dinafikan lagi berniaga memang salah satu cara untuk menambahkan wang poket belanja keluarga. Pengalaman aku sendiri yang sekarang ini sudah fokus dalam berniaga, pendapatan ribuan ringgit memang bukan satu lagi angan-angan, yang penting usaha kenalah seiring dengan cita-cita. Niat juga kena betul, jangan niat untuk kaya raya semata-mata tetapi biatlah untuk ubah nasib keluarga & anak-anak kemudian bantulah mereka yang tidak berkemampuan. Alhamdulillah, aku sendiri sejak tidak bekerja baru sedar akan kuasa sedekah betapa ianya mampu membawa kita ke tahap yang lebih tinggi. Jadi, jangan takut untuk bersedekah, niatkan dalam hati nak berbisnes untuk bantu orang lain. Insya Allah, rezeki kita tidak akan pernah putus. Buat surirumah yang lain, ayuh bangkit dari zon selesa, gerakkan sedikit kaki tangan supaya sentiasa sibuk mencari peluang untuk membantu surirumah yang lain. Betapa ramai yang hidup susah gara-gara duit belanja rumah tak pernah cukup, dapat pula suami yang malas bekerja, sungguh mencabar kan? Tapi ini semua boleh diubah, yang penting usaha & niat yang berterusan:)

Iklan sekejap : Kelas asas blog & fanpage yang aku kendalikan masih lagi mengambil pelajar baru. Alhamdulillah dengan sambutan yang menggalakkan, bukan setakat para suri yang mendaftar tetapi juga mendapat perhatian dari golongan profesional yang lain seperti jurutera, pensyarah, pekerja swasta & juga kerajaan, semuanya dengan matlamat untuk membina tapak jualan online dan mencari pendapatan sampingan. Bagi mereka yang tidak mempunyai produk, jangan risau kerana kami (Akademi Bekerja Di Rumah) menyediakan produk seperti makanan sunnah, pakej-pakej buku, produk digital dan juga sekarang ini dengan adanya protege di bawah aku yang menjual pelbagai produk seperti tudung, pakaian kanak-kanak, produk makanan dan banyak lagi. Peluang menjadi ejen dropship memang sentiasa terbuka luas. 

Berminat untuk menyertainya, sila :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / whats app : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

4) Membuat simpanan sendiri

Sebagai surirumah sudah tentulah kita juga harus mempunyai wang simpanan mahupun apa jua simpanan dalam bentuk barang kemas, saham mahupun insuran sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghadapi apa jua cabaran mahupun dugaan hidup yang bakal melanda. Sebolehnya cuba disiplinkan diri menabung dan simpan duit itu di tempat yang selamat. Alhamdulillah berkat duit berniaga aku mampu untuk membeli pejabat idaman hati (SOHO) boleh baca entri ini (http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/diari-wahm-sahm-soho-ilham-soho-dari.html) , boleh membuat pelaburan dengan Public Mutual dan Insya Allah dari masa ke semasa akan difikirkan lagi. Kalau dulu masa bekerja asyik fikir nak beli barangan sahaja (handbag, baju, barang kemas dan lain-lain..biasalah perempuan kan banyak nafsu) tapi kini sejak tak ada sumber pendapatan yang tetap, memang aku sentiasa berwaspada agar tidak terlalu boros dalam berbelanja:) Alhamdulillah bermula dari bulan ini sudah mampu membayar bil broadband sebanyak RM98 sebulan, Insya Allah lepas ni cuba untuk langsaikan hutang PTPTN secepat yang mungkin. Moga Alla permudahkan segala urusanku

5) Jaga hubungan dengan pemberi rezeki

Memang inilah akar tunjang atas segala apa yang kita buat. Sejak bekerja sendiri, memang terasa sangat-sangat yang kita ini sebenarnya terlalu bergantung kepada si DIA (Allah SWT) si pemberi rezeki. Kalaulah hubungan denganNYA rapuh, manakan mungkin kita akan mendapat nikmat rezeki. Lagi satu kenalah bersyukur, walaupun hanya dapat jualan sebanyak RM10 sahaja (biasanya dapat RM100 tapi kadang-kadang ada juga dapat RM10) jadi kena sentiasa bersyukur, jangan ingat nak banyak sahaja tapi bila dapat yang sedikit dicemuh pula:P Setiapkali dapat duit, pastikan simpan untuk diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan, zaman IT sekarang nak derma cukup senang, bila ternampak kawan-kawan share dalam facebook tu silalah bantu, transfer sahaja ke dalam akaun Maybank melalui internet banking, kalau shopping online pandai sudah pastinya dema online lagilah pandai :))

Oklah, aku rasa itu sahaja antara langkah-langkah yang boleh di ambil. Insya Allah kalau ada kelapangan dan masa aku akan merapu lagi. Buat masa sekarang nak makan nasi dahulu..hihi


gambar : mana tak cekak pinggang en suamiku, setiapkali isi minyak penuh tangki cecah RM100..hihihi botak kepala lutut tapi Alhamdulillah nasib baik en suami ada bini rajin bekerja..kuikuikui

Maaf pada yang terasa, sekiranya cara yang aku sarankan itu salah, apa kata bagi cadangan supaya kita masing-masing dapat membantu menaikkan taraf kewangan keluarga masing-masing. Jazakallukhairan.

Salam kasih sayang buat semua. Jom nikmati kesan kenaikan harga minyak dengan minda yang positif:)

Selasa, 12 Mac 2013

Perkembangan Terkini Di Sabah, Seorang Lagi Wira Negara Terkorban

Seorang anggota keselamatan terkorban dan tiga pengganas ditembak mati di Kampung Sg Nyamuk, Tanjung Batu - Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin

Sumber dari fanpage BERNAMA

Al-fatihah buat perwira negara....

Isnin, 4 Mac 2013

Perkembangan di Sabah, Ya Allah Lindungi Kakakku Di Labuan Sana

Assalamualaikum,

Rata-rata mesti ramai dah tahu tentang perkembangan terbaru di Sabah kan. Al-fatihah buat mereka yang terkorban. Insya Allah syurga balasan buat mereka yang mempertahankan negara. Jom sama-sama kita doakan semoga keadaan di Sabah akan kembali aman. Jangan lupa lakukan solat hajat mohon Allah lindungi saudara Islam kita di sana. Buat para isteri/famili polis / tentera yang bertugas di sana, bertabahlah..sama-sama kita terus berdoa semoga Allah lindungi orang-orang yang kita sayang..

Teringat akan kak Na & anak-anak buahku; Adibah, Alisa & Aqilah yang berada di Labuan. Semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah selalu. Rindunya kami dengan Kak Na. Kalaulah mereka semua berada di sini kan bagus. Sudah tentulah orang yang paling happy adalah Husna & anak-anak aku yang lain. Tapi apakan daya, kami dipisahkan oleh Laut China Selatan..huhuhu

Tahun ini Kak Na akan cuba minta untuk ditukarkan ke Semenanjung. Mungkin ke Shah Alam tapi tak tahulah dapat ke tak, kalau dapat Alhamdulillah bestnya aku rasa sebab kurang-kurangnya ada juga tempat untuk menumpang kasih kalau en suami outstation. Senang sikit untuk Kak Na balik ke kampung menjengah mak & ayah. Kalau sekarang ni, susahnya nak balik ke kampung melainkan pada cuti sekolah di hujung tahun sahaja. Sudahler tiket kapal terbang mahal, kalau asyik nak balik aje, boleh bengkok kepala lutut tu:D

Dalam adik beradik aku, kami berdua je perempuan. Kak Na anak ke dua & aku anak ke 4 tapi jarak kami memang jauh, hampir berbelas tahun rasanya! Seingat aku Kak Na memang baik, kalau masa aku kecil dulu selalu ternantikan kepulangan Kak Na setiapkali cuti sekolah / raya. Dulu masa tingkatan 4 & 5 pon aku sempat tinggal dengan Kak Na & bersekolah di sekolah tempat Kak Na mengajar dulu. Lepas Kak Na berhijrah ke Labuan & aku pula berkahwin hubungan kami terputus sekejap. ALhamdulillah sekarang ni kami selalu berhubung melalui telefon & facebook. Anak-anak aku pon selalu rindukan Mok Na. Tahun lepas masa bulan 12 Kak Na aku sempat berkunjung ke rumah aku.

Sekadar berkongsi gambar anak-anak bersama dengan Mok Na kesayangan mereka;-


Tengok muka Husna yang happy bila berada bersama-sama dengan kakak-kakak pengasuh:)


Kak Na memang sukakan kanak-kanak. Lepas tu suka manjakan anak-anak aku. Masa kami ke Labuan dulu pon pantang nampak mainan mesti nak belikan untuk anak-anak aku. Sebab tu budak-budak ni cepat sukakan Mok Na dari mama dia sendiri..HAHAHA


Masa ni Ashraf tak jadi abang chik lagi..manja sangat dengan Mok Na & kakak kilok


Di Dataran Putrajaya. subhanallah cantik sangat pemandangan di sini. Anak-anak bebas berlari di atas rumput yang menghijau..Rindunya mereka!


Bergambar berlatarbelakangkan Masjid Putrajaya


Tengoklah Husna tu..suka bila dikelilingi Mok Na & kakak-kakak


kenangan bergambar di hiasan krismas di Jusco Bukit Tinggi


Buat Mok Na, kami sekeluarga sentiasa doakan keselamatan Mok Na & anak-anak di Labuan sana. Cuti sekolah nanti datanglah lagi ke rumah kami lagi. Semoga tahun depan Mok Na dapat balik ke Semenanjung, lagi senang untuk kita berjumpa sokmo=)

Di bawah ini adalah perkembangan terkini di Sabah yang dipetik dari Berita Harian online.

Serang hendap di Semporna: 19 anggota PDRM terperangkap dikeluarkan

Lahad Datu: Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai Tentera Sultan Sulu, ketika operasi di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, malam kelmarin. 
Operasi yang diselesaikan hampir 24 jam itu turut menyaksikan sekurang-kurangnya enam anggota kumpulan bersenjata terbunuh, manakala seorang lagi maut dibelasah penduduk kampung. 

Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini Jumaat lalu.
Polis juga berjaya mengeluarkan 19 anggotanya yang terperangkap di kawasan perkampungan atas air itu. Seorang penduduk wanita berusia 50 tahun dilaporkan cedera dipercayai terkena tembakan rambang kumpulan bersenjata dan dirawat di Hospital Tawau.

Sumber dari sini.

Sama-sama kita sedekahkan al fatihah buat perwira negara yang telah pergi meninggalkan kita. Sama-sama juga kita berdoa agar Sabah akan kembali aman seperti sedia kala..Amin

Khamis, 18 Oktober 2012

Bantu Segera Adik NurZahra Damia


Anak Sakit Zuraidah Reda Dua Kali Diuji

Dua kali dia diduga tetapi pasangan ini tabah menghadapinya. Namun hanya Tuhan yang mengetahui apa tersirat di dalam hati mereka. Dengarkan curahan hati pasangan ibu bapa ini.

Kediaman Zuraidah Abdul Rahman, 24 dan Idris Md Jadi, 30, sunyi dan sepi tanpa suara bayi kecil. Walhal si isteri baru seminggu melahirkan bayi diberi nama Nurzahra Damia. Bagaimanapun, si kecil ini terpaksa ditahan di wad NICU Hospital Sg Buloh kerana mempunyai...
masalah jantung.

Dua tahun lalu, kisah sedih keluarga ini pernah dipaparkan dalam majalah ini. Ketika itu, anak sulung mereka iaitu Robbul Izzati menderita sakit paru-paru akibat dijangkiti kuman sejak lahir. Penderitaan permata hati mereka itu berakhir apabila adik Robbul Izzati pergi meninggalkan mereka pada Januari tahun lalu.

Biarpun sedih dengan hakikat itu, namun Zuraidah dan Idris redha dengan ketentuan-Nya. Allah itu Maha Kaya apabila beberapa bulan selepas pemergian adik Robbul, si ibu dikhabarkan bakal menerima anak kedua. Kegembiraan jelas terpancar namun jauh di sudut hati si ibu, terselit rasa bimbang. Bagi Zuraidah, dia harus reda dengan apa jua ketentuan yang tertulis buatnya.

Diuji Lagi
Kini mimpi ngeri tersebut seakan berulang sekali lagi. Anak kedua yang dilahirkan secara pembedahan caesarean pada 14 Februari lalu berkedudukan songsang di saat akhir turut menanggung derita kesakitan.

Menurut Zuraidah sepanjang mengandung anak kedua tiada sebarang kelainan dikesan pada janinnya menerusi ujian imbasan terperinci yang dilakukan oleh doktor pakar. Zuraidah yang sekali lagi menghidap kencing manis semasa mengandung dan tekanan darah tinggi yang turun naik diarahkan bersalin awal dua minggu daripada tarikh jangkaan.

Biarpun menjalankan pemeriksaan di Hospital Selayang di bawah pemantauan doktor pakar tetapi di akhir kehamilan dia bertukar ke Hospital Sg Buloh.

Lihat anak selepas tiga hari melahirkan Jika orang lain dapat mendakap anak yang dilahirkan sebaik selesai bersalin tetapi ia tidak berlaku kepada Zuraidah. Walaupun hatinya tertanya-tanya bagaimana rupa anak yang dikandung namun akibat bius yang disuntik membuatkan beberapa jam terawal dia tidak mampu membuka mata.

“Selepas bersalin, doktor langsung tidak cakap apa-apa kepada saya. Bila saya sudah sedar dan masuk ke dalam wad bersalin, perasaan berdebar-debar. Terkejut kenapa anak tak ada sekali dalam wad. Suami pun tidak beritahu apa-apa. Masuk hari ketiga barulah saya dapat tengok anak.

Mula-mula tengok dia, saya rasa sebak dan tidak sampai hati hendak melihat sebab teringat kembali kepada arwah Robbul. Sedih dan tidak terkata apa. Sebagai manusia biasa hati saya tertanya-tanya kenapa agaknya saya sekali lagi diuji sedemikian.

Tapi kemudian saya reda dan terima dugaan daripada Allah,” ceritanya menahan air mata. Sebenarnya menurut suami Zuraidah pula, sejak hari kedua lagi anaknya sudah dibawa ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan tetapi doktor tidak dapat mengesan masalah jantungnya dan hari keempat dibawa pula ke Institut Jantung Negara (IJN) yang akhirnya dapat mengesan masalah pada jantungnya.

Pelbagai Penyakit Lain
Si kecil yang lahir seberat 2.75 kg mempunyai masalah jantung yang besar di mana salah satu saluran untuk menyalurkan oksigen ke paru-paru tertutup.

Oleh itu pembedahan segera untuk memasang tiub menggantikan saluran yang tertutup itu perlu dilakukan segera sebelum pembedahan membuat saluran baru dilakukan apabila Nurzara berumur tiga tahun.

Menurut Idris lagi, sekarang ini jangka hayat anaknya hanya bergantung pada ubat sahaja. Ubat tersebut diberi untuk mengelakkan saluran PDA yang ada pada setiap bayi baru lahir tertutup.

“Kata doktor, biasanya saluran itu akan tertutup sendiri dalam masa seminggu. Oleh kerana anak saya tiada saluran lengkap jadi dia perlu bergantung pada saluran PDA tersebut.

Jadi pembedahan perlu dilakukan segera kerana dia seolah-olah di ambang maut,” ujarnya menambah kos pembedahan menelan belanja sehingga RM25 ribu atau lebih.

Selain daripada menderita masalah jantung, Nurzara juga disahkan mempunyai masalah pada buah pinggangnya, pertumbuhan otak yang perlahan dan ibu jari tangan yang terlipat. Otak Nurzara tidak mempunyai saluran utama dan sebelah kiri buah pinggangnya tidak ada.

Si kecil perlu bergantung 100 peratus pada mesin ventilator untuk bantuan pernafasan. Hasil perbincangan antara doktor di IJN dan Hospital Selayang mendapati otaknya tidak boleh berfungsi seperti orang lain walaupun pembedahan jantung dilakukan.

Mohon Segera Dibedah
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kesusahan yang ditanggung oleh pasangan muda ini terlalu berat. Sakitnya hanya mereka yang tahu.

Dengan pendapatan bulanan daripada Idris seorang sahaja yang bekerja pastinya sukar untuk mereka mengumpul wang sebanyak puluhan ribu untuk membiayai pembedahan anak mereka.

Apatah lagi Idris yang bekerja sebagai pemandu bas di sekitar bandar Rawang dibayar gaji mengikut hari bekerja. Ketika temu bual, dia sudah seminggu bercuti menguruskan masalah anaknya yang ditahan di hospital. Itu bermakna tiada gaji diterima untuknya sepanjang tempoh tersebut.

Mereka sangat reda dan tabah menerima ujian untuk kali kedua biarpun hakikatnya hati terlalu pedih dan sedih menghadapinya. Apatah lagi mereka berdua masih belum dapat mengangkat dan mendakap zuriat tersayang sejak dilahirkan.

Biarpun pilu menjalankan tempoh berpantang tanpa anak di sisi tetapi Zuraidah dan suami tidak pernah jemu berdoa memohon agar anaknya dapat segera dibedah hasil sumbangan kewangan daripada orang ramai yang sudi menghulurkan bantuan.

Menurut Idris, dia hanya mengikut apa sahaja yang terbaik demi melihat anak tersayang selamat.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 162012795648 (Idris Md Jadi) atau Bank Islam 14153020161917.

SUMBER DARI MAJALAH PA N MA
Mohon dipanjangkan artikel ini agar dapat membantu mengutip dana untuk menampung kos rawatan adik Damia dengan segera. Terima kasih
Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Jumaat, 28 September 2012

Belanjawan 2013, Apa Kesan Terhadap Anda?


Assalamu'alaikum,

Mesti rata-rata rakyat Malaysia sekarang ni tengah mendengar pembentangan Budget 2013 kan? Well not for me..Kalau masa kecik-kecik dulu, bengangnya bila semua siaran TV (masa tu kat rumah takde pon Astro lagi) sebab tukar TV1 muka PM, TV2 TV3 pon sama..Ya Allah sudahlah lama..hehehe nak-nak kalau petang tu ada siaran kartun/cerita cina kegemaran..grrrrrrrr bengan je rasanya kan?

Tapi sekarang pon tak ambil port sangat..Eh! bukan tak ambik tahu langsung tapi selalunya tunggu esok jelah di mana mesti semua akhbar (& sekarang blog-blog) akan bercerita tentang budget 2013 ni..Aku ni harapkan yang baik-baik sajalah buat negara..semoga barang-barang kat pasaraya ni akan terkawal & tak naik sesuka hati aje..Eh!

Nak bercerita juga tentang budget keluarga aku..Jangan ingat bila dah berhenti kerja ni aku duduk rumah goyang kaki sajork..Sebagai "Home Manager" merangkap timbalan menteri kewangan, aku pon bertanggungjawab juga jaga budget perbelanjaan dapur ni..Hisy, bila tak kerja ni rasanya belanja dapur memang naik sebabnya setiap minggu memang akan shopping barang dapur punya..Kalau dulu, bawang dalam seminggu tak pernah habis, tapi sekarang ni..memang akan habis punya sebab hari-hari guna:P

Setiap hari Sabtu, selalunya setiap pagi lepas sarapan, kami (yaaa aktiviti shopping secara jemaah ya) akan ke kedai cari bekalan ayam, lepas tu singgah Econsave dekat rumah beli barang kering, sayuran & ikan-ikan..Kalau pagi semua masih segar..Antara bekalan wajib kami setiap minggu adalah buahan seperti anggur, limau, mangga, jambu batu, sayuran macam tomato, sawi, cendawan dalam peket tu (yap, aku penggemar cendawan), kobis, terung, carrot, cili & bekalan kering seperti bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili kering (semua ni kena beli ikut sukatan seminggu sebab kalau beli banyak-banyak nanti rosak). Pastu beli lagi susu segar Dutchlady (3 kotak), cheesedale, calciyum (bekalan tumbesaran anak-anak), roti gardenia, biskut, susu pekat manis & few things yang takde dalam stok..Takderlah sampai penuh troli pon!

Pastu balik acara memenuhkan peti..Mencabar juga jadi home manager ni sebab aku kena make sure barang-barang kawalan kegemaran anak-anak bertahan sekurang-kurangnya seminggu..kena sorok-sorok sket, kalau letak bawah-bawah kompem habis dalam sekelip mata sahaja dimakan oleh kanak-kanak ribena tu T___T

Eh apa aku melalut ni..orang sibuk cerita budget 2013 ko sibuk nak cerita budget perbelanjaan rumah ko pulak..hehehe oklah kita baca paper esok atau tengok berita TV3suku malam ni:P

Thanks sebab sudi membaca! bye!

Dapatkan pelbagai makanan sunnah di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Rabu, 11 April 2012

Gempa Bumi Di Acheh


Petang tadi negara kita dikejutkan dengan rasa gegaran & memang betul pon, rupanya ada gempa bumi berukuran 8.7 pada skala Ritcher di Acheh, Sumatera Utara Indonesia. Waktu kejadian lebih kurang 4.50 petang..

Masa tu aku tidur petang bersama dengan Ashraf *kantoi* Dapat alert pon bila terbaca status facebook kawan-kawan:) *facebook & Twitter lagi cepat menyebarkan berita dari saluran berita rasmi tau*

Ya Allah, kami mohon berlindung kepada MU dari segala bala & musibah..Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa & Maha Mengetahui..


Kenangan tsunami Acheh pada tahun 2004..hanya masjid ini yang terselamat dari menjadi mangsa kerakusan ombak tsunami..Dalam berita tadi pon ramai yang pergi mendapatkan perlindungan di dalam masjid selepas sahaja amaran tsunami dikeluarkan.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan & jagaan ALLAH selalu..

Rabu, 29 Februari 2012

Kisah Tampal Mulut Bayi, Korang Dah Tengok?

Semalam kecoh di facebook ada video & gambar anak-anak yang disaletep mulut & dibedung kemas-kemas tersebar. Aku tak tahulah sumbernya dari mana (siapa yang mula-mula menyebarkan) tapi rata-rata ramai kawan-kawan aku yang share di wall masing-masing. Naluri keibuan aku melarang aku untuk melihat video tu kerana aku tak sanggup, tak sanggup sangat-sangat nak tengok..Nanti terbayang-bayang kalaulah itu terjadi pada anak aku sendiri..Nau'zubillah!

Tapi en suami berkeras nak tengok *well hatinya keras sedikit* tapi bila aku klik video, rupanya sudah di delete..Bila aku trace balik dari facebook siapa ntah & baca balik komen-komen di bawah video tu, rupa-rupanya itu semua adalah perbuatan khianat dari bekas pekerja Taska berkenaan. Boleh baca laporan akhbar di sini. Pengusaha Taska berkenaan dah pon buat laporan polis & apa yang aku dapat simpulkan dari kes ini adalah;-

1) Kita sebagai pengguna facebook, berhati-hatilah jika ingin berkongsi sesuatu..Memang mudah untuk tekan butang "share" tapi kita selalu terlepas pandang akan kesan dari apa yang kita share kepada individu yang berada di situasi tersebut. Ini sebagai peringatan untuk aku jua..Apa kata, lepas ni kita pakat "share" mana-mana yang baik sahaja..kata-kata renungan, hadis-hadis, ataupon mohon share kutipan derma bagi membantu mereka yang memerlukan ke..Ada juga faedahnya..dapat juga pahala..Insya Allah

2) Eventho laporan polis sudah diambil & majikan tu bagitahu yang itu adalah tindakan bekas pekerja mereka tapi kan, terdetik dalam hati aku ni..Takkanlah dia sebagai majikan tak tahu apa yang pekerja dia buat?? Ok aku bersangka baik, mungkin masa tu majikan dia keluar membeli barangan keperluan taska..Tapi aku masih nak cakap yang majikan itu sendiri cuai..CUAI dalam mengendalikan taska..Sepatutnya dari awal lagi sewaktu pemilihan, kena cari pekerja yang bersesuaian dengan kerja ni (contohnya wanita yang berusia & sudah ada pengalaman menjaga anak-anak ke kerana selalunya kaum ibu-ibu ni naluri keibuan mereka akan melarang dari melakukan perkara sebegitu even bukan anak mereka pon) & sepatutnya sebagai majikan, itu adalah tanggungjawab mereka untuk memastikan taska tu sentiasa di bawah pengawasan dia..Ko dah ambil bayaran, ko dah berjanji nak jaga anak orang, so kenalah tunaikannya..So aku rasa majikan tu pon sama juga bersalah dalam hal ini. Sekian.

3) Bila terjadi kes-kes macam ni, rata-rata yang hantar anak ke taska semua akan risau..Even aku..ya, anak-anak aku semuanya duduk taska sejak Haziq berumur 10 bulan sampailah Ashraf..Kami tak pernah tukar taska..Walaupon ramai yang nasihatkan suruh ambil orang gaji, letak rumah pengasuhlah atau ambil orang yang kerja balik hari. Semua kami tolak atas alasan tersendiri..dalam banyak-banyak pilihan, aku rasa baik aku je yang berhenti kerja jaga anak..Tapi setakat ni aku nak kongsikan beberapa perkara yang ibubapa patut tahu sebelum hantar anak ke taska;-

- Kalau mengikut Akta Taska 1985 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat nisbah seorang pengasuh kepada kanak-kanak berusia 0-3 tahun adalah 5:1, kanak-kanak usia 3-4 tahun adalah 10:1. So aku nasihatkan agar para ibubapa mengambil tahu jumlah kanak-kanak yang diterima di taska yang kita hantar anak-anak. Kalau nampak macam tak cukup pengasuh, kenalah nasihatkan majikan agar menambah bilangan pekerja & kalau tak nampak perubahan juga..bolehlah mencari alternatif yang lain seperti bertukar taska.

- Kenalah check di laman web Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat & cuba check ada tak taska anak-anak korang berdaftar dengan Kementerian?? Bagi Negeri Selangor, boleh semak di sini. Haritu aku check taska anak-anak aku pon tak berdaftar (tapi haritu majikan dia cakap sudah berdaftar, tak tahulah kot-kot lesen dah tak direnew ke apa) so aku tulis surat terus ke majikan dengan harapan dia tidak mengambil remeh perkara ini. Harapnya selepas ni, akan ada tindakan susulan.

- Kena pasang spy / selalu buat sport check..Macam aku, spy aku adalah Haziq & Husna..Setiap hari bila anak-anak masuk je kereta, aku akan bertanya "Hari ni makan apa?", "Ashraf makan tak bubur yang mama bagi?" & anak-anak pon selalu mengadu dengan aku kalau ada sesiapa yang membuli mereka tapi of courselah aku akan bertanya dulu macamana boleh berlaku, bukannya membabi buta percayakan anak-anak:D Mostly kawan-kawan diorang aku kenal & biasalah budak-budak, kadang-kadang terkasar bila bermain! Sport check ni aku selalu buat juga, kadang-kadang terlupa hantar ubat so aku terus je pergi hantar..Alhamdulillah, setakat ni belum lagi budak-budak terbiar / dibedung sedemkian rupa..

- Hubungan dengan majikan & pekerja juga kita kena jaga. Aku bukan nak cakap taska anak aku terbaik..Selalu je kami tak puas hati dengan penjagaan mereka. Selalunya aku akan tegur dulu / sampaikan pesanan pada pengasuh..Hampir semua pengasuh aku kenal & memang baik dengan mereka. Tapi biasalah, manusia ni tak sempurna so kalau ada mana-mana kelemahan yang kita patut tegur, aku akan bagitahu dengan harapan diorang akan perbaiki.

- Tawakal pada Allah, itu sahaja yang aku boleh buat..Setiap masa, bila ingat anak-anak di bawah jagaan orang lain, aku hanya mampu berdoa moga anak-anak aku selamat & sentiasa di bawah lindungan Yang Maha Kuasa..Hanya pada Allah aku berserah..so pada ibu di luar sana, bersyukurlah kalau korang diberikan peluang menjaga sendiri anak-anak..

Oklah, emo pula aku bila memikirkan benda ni..

Cepatlah masa berlalu...

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^