Alhamdulillah, nampaknya sambutan terhadap barangan parti harijadi memang menjadi-jadi sekarang ini, terutamanya tema Frozen. Meletop-letop dan yang pasti sekarang ini dari barangan parti sehingga barang kelengkapan sekolah seperti set alat tulis, beg, baju hujan dan macam-macam lagi sudah ada tema Frozen. Secara tak langsung aku juga "happy" apabila dapat memberikan layanan dan servis buat pelanggan yang sedang mencari tema Frozen.
Pada yang punyai anak perempuan memang elok sangatlah buat parti harijadi bertemakan Frozen; puteri Anna & puteri Elsa :)
Terima kasih pada pelanggan yang mempercayai aku. Alhamdulillah, rezeki datang dari sini pula. Tempoh hari nasi arab sekarang barangan parti pula. Yang penting, aku suka berniaga dan semoga dengan berniaga aku dapat menolong membahagiakan ramai orang lagi.
Set alat tulis Frozen bersama dengan bekas
Jika berminat, boleh masuk dan like fanpage ini (Barangan Parti Harijadi) atau hubungi aku melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Facebook : zaila mohamad
Whats App : 012-3228651 / 012-970 6828
Terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan buat aku. Nak tahu rahsia memikat pelanggan tak? Boleh baca seterusnya di sini :
Apakah rahsia untuk memikat hati pelanggan yang telah saya amalkan selama ini? Di sini saya kongsikan sedikit pengalaman dan juga tips yang selalu saya amalkan semasa berurusan dengan mereka.
Rahsia 1 :
Pelanggan suka diraikan. Jadi apabila pelanggan bertanya, cepat-cepat balas dengan ucapan terima kasih atas usahanya untuk bertanyakan harga atau tentang produk kita. Selain itu, banyakkan menjawab dengan penuh senyuman (ikon senyuman kan ada :) walaupun hakikat sebenar kita sedang berperang dengan anak-anak. Inilah kelebihan berbisnes online di mana kita boleh menyembunyikan emosi di sebalik urusniaga. Jika pelanggan tidak mahu / jadi membeli, jangan lupa ucapkan terima kasih juga. Mana tahu, berkat kesabaran kita melayan karenah mereka akan tertarik untuk datang kembali.
Rahsia 2 :
Jadilah seorang yang profesional. Terus terang setiap hari pelbagai lapisan (jenis) manusia yang menghubungi saya bertanyakan tentang produk. Ada yang tua, muda, remaja, kanak-kanak 9 tahun pun ada! Jadi tidak semua bahasa yang mereka gunakan sama dengan kita. Selalunya warga tua suka menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) manakala yang muda lebih selesa dengan Whats App atau Telegram. Ada yang menggunakan bahasa yang ringkas (short form) sehinggakan saya sendiri tidak faham apa maksudnya. Jadi di sini, jadilah seorang peniaga yang profesional iaitu menggunakan Bahasa Melayu yang betul dan jangan memarahi pelanggan sebaliknya meminta mereka menjelaskan kembali apa yang mereka mahu. Jangan sesekali marahkan atau menegur kesilapan mereka kerana ini boleh membuatkan pelanggan marah atau lari.

Seterusnya baca di sini.
4 ulasan:
alhamdulillah,
tema frozen memang tengah up kan zaila :)
anak sume dah beso...dan freeze...ngeee..
salam perkenalan .Bila baca tentang your profile buatkan saya terpegun banyak our accomplishment tahniah.
Jemput datang blog saya yer.menjalinkan ukhwah.Tq
Cantik....teruskan usaha.Jika memerlukan supplement kesihatan boleh ke blog sy sis...www.ainbeautifulhouse.blogspot.com
Catat Ulasan