Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 16 Oktober 2014

Kisah Makan-Makan (Lagi)

Assalamualaikum,

Kisah makan-makan lagi. Biasalah kalau masuk blog ini mesti ada gambar makanan kan? Nak buat macamana, dah tak ada cerita yang best tentang aku. Hari-hari pun buat rutin yang sama iaitu jaga anak, masak, membasuh dan "marah" anak. He he he

Sabtu lepas kami buat makan-makan di kediaman Shah Alam (wah bunyi macam ada banyak rumah aje). Idea en suami untuk ajak adik beradik en suami yang tinggal berdekatan dengan Shah Alam. Tak ada buat yang special pun, cuma nak habiskan saki baki daging dan tulang korban yang dapat masa raya haji tempoh hari. Aku buat sup tulang, hai jenuh juga lah nak mereneh tulang sampai lembut. Dari pukul 2 petang sampai ke Asar aku reneh atas dapur gas. Al maklumlah rumah kami tiada periuk tekanan. Agaknya hampir habis setong gas kot buat reneh daging ni :P


Mudah aje nak buat sup tulang ya, main campak-campak aje bahannya. 

Tetamu datang pada waktu maghrib. Elok sangatlah boleh makan malam terus. Lepas makan sup, ada acara bakar-bakar (bbq) pula. Lagi sekali idea en suami lah ni, aku layankan aje. Yang penting semua happy maaaa :)


Bukan tangan aku, tapi tangan belah kiri tu sungguh montel :)


Serius sedap! Ratah macam tu pun sedap, tabur bawang goreng dan letak sambal kicap. Nasib baik kakak ipar aku bawa sambal kicap. He he he Harapkan aku, nak hiris cili padi aje tabur dalam tu


Acara bakar-bakar pula dimulakan dengan bakar jagung, lepas tu sapu mentega. Nyam nyam sedapnya tapi tak boleh nak nikmati sangat sebab masa ni gusi dah start sakit sebab makan daging keras sangat.


Tengok tu sampai berebut-rebut nak makan jagung, aku ada perapkan ayam, pastu kakak ipar bawakan ikan dan paling best makan ikan siakap bakar dengan sambal kicap. Wallaweh rasa macam nak ulang makan sekali lagi aje. Yang pastinya makan secara berebut adalah sangat sedap :P


Malam tu masing-masing balik kekenyangan. Itu baru sedikit aje yang berkumpul, rasa lama sangat dah tak buat makan-makan di rumah sejak melahirkan Aaliyah ni. Oklah, meh nak belanja gambar che mek Aaliyah yang membesar dengan jayanya seperti mama dia :)


Abang Haziq dan kakak Husna memang suka melayan adik Aaliyah (tapi masa baik jelah, kalau Aaliyah dah start menangis semua pun tak nak pegang)


eh tanjat gegurl tau :)

Oklah, bagi yang mahu mengetahui perkembangan bisnes dan kelas asas blog & fanpage aku, boleh baca di link bawah ini :

www.zailamohamad.com
www.zailamohamad.blogspot.com

Untuk blog jualan pula bolehlah singgah di sini :

http://kedaibukuonlineanda.blogspot.com/
http://gedungsunnahonline.blogspot.com/

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^