Tuesday, November 25, 2014

Kelas Asas Blog & Fanpage (Mula Bisnes) Offline


Assalamualaikum,

Cuti sekolah sudah bermula, seperti biasa awal-awal cuti sekolah ni aku banyak duduk rumah sahaja. Maklumlah en suami agak sibuk dengan tugasan kerja jadi tak dapatlah nak cuti-cuti Malaysia. Tapi insya Allah nanti nak balik kampung untuk perkahwinan adik bongsu en suami.

Oklah, nak war-warkan di sini sesi coaching online bersama aku untuk kelas asas blog & fanpage (mula bisnes) dan bagaimana beriklan di laman Mudah.my & Instagram. Sepertimana yang aku lakukan sekarang, menggunakan platform percuma untuk berniaga online. Jika ada yang berminat kelas borong di Plaza GM Klang pun boleh juga. Insya Allah, aku akan kongsikan bagaimana untuk berniaga borong melalui blog & fanpage tanpa menggunakan modal yang banyak seperti yang aku telah lakukan sepanjang berniaga online ini. Untuk sesi hari Sabtu, ada cabutan bertuah barangan Tupperware & demo masakan oleh pengusaha Tupperware juga. Kalau mahu terus menjual Tupperware pun boleh! Tapi jangan risau, tak semestinya kena jadi ahli Tupperware ya :)

Jika berminat boleh PM / WA di 012-970 6828 untuk tempahan.

TQ

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015