Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label Akademi Bekerja Di Rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akademi Bekerja Di Rumah. Papar semua catatan

Khamis, 22 Januari 2015

Menu Paling Tak Menyihatkan Tapi Paling Menggiurkan!


Assalamualaikum,

Sejuknya di Shah Alam. Cuaca hari ini sekejap panas sekejap mendung. Tiba-tiba teringatkan menu yang paling tak menyihatkan seperti di atas. Sesekali tekak terasa ingin memakan megi. Ada orang suka makan mee yang keras ada orang suka makan mee yang sudah kembang. Ada orang suka makan kosong sahaja tapi ada orang suka makan dengan telur. Aku kongsikan cara aku masak megi kari jenama MAMEE

Bahan-bahan :

- 2 bungkus mee kari MAMEE
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji cili padi diketuk (untuk pedas) kalau tak suka pedas tak payah masuk
- isi ayam yang dihiris kecil
- 2 biji telur

Cara Memasak :

- Panaskan air dan masakkan mi dahulu, kemudian buang air rebusan tersebut. Toskan mee tersebut.
- Panaskan air yang lain dan curahkan perencah kari ke dalamnya, masukkan bawang putih, cili padi dan isi ayam ke dalamnya.
- Tunggu sehingga mendidih masukkan telur dan mee sekejap kemudian sedia untuk dihidangkan.
- Boleh tambahkan sayur sawi dan tomato jika ada.

Menu ini sangat tak sihat jadi jangan amalkan selalu :P Tipulah kalau aku cakap tak pernah makan megi. Di rumah ini bekalan megi memang ada cuma kami (aku & en suami) aje yang memakannya. Sesekali mereka menyelit juga nak makan sekali. Hai anak, makanan yang paling tak menyihatkanlah menjadi yang paling mereka suka. Agaknya sebab susah nak dapat makan kan? Kalau hari-hari mama jamu makan megi sudah tentu muak (tak mahu) makan juga kan?

Oklah, sehingga bertemu lagi. Wajah blog sudah berubah wajah sempena tahun 2015. Ini semua hasil Pn Sue Haida yang memang telah banyak kali memberikan servis design template & header blog / fb aku. Memang superb! lah hasilnya kan. Semoga lepas ini aku akan lebih bersemangat untuk menulis dan berkarya hanya dari rumah sahaja :)

Jika mahu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jana pendapatan dari rumah buat surirumah, boleh ke blog ini : www.zailamohamad.com / www.zailamohamad.blogspot.com

Terima kasih & assalamualaikum.

Rabu, 7 Januari 2015

Tempah Victoria Sandwich Cake Untuk Majlis Pernikahan / Pertunangan

Assalamualaikum,

Maaf andai entri ini bakal membuatkan mulut uols semua berair mulut. Sebenarnya entri ini bertujuan untuk mempromosikan bisnes teman satu Akademi Bekerja Di Rumah iaitu Puan Aishah yang ada menerima tempahan pelbagai jenis kek dan congo bars sesuai dengan majlis yang uols adakan.

Tempoh hari sempena cuti hari krismas, keluarga abang kedua belah en suami ada buat majlis kecil-kecilan sempena menyambut menantu sulung mereka. Majlis kahwin insya Allah akan dilakukan pada bulan Ogos nanti, yang ini hanya majlis akad nikah sahaja. Alhamdulillah sekali lafaz sahaja anak buah aku sudah menjadi isteri orang. Jadinya untuk majlis ini aku ada lah tempah kek Victoria Sandwich ni dengan kak Aishah. Selalu tengok dia dok letak gambar di facebook sahaja, nak buat tak reti jadi mari kita tempah sahaja :)


Komen aku : sedap! Sekali ngap sahaja. Pertama kali aku makan kek Victoria Sandwich ni, sebelum ini hanya melihat sahaja gambar-gambar kek ini di Instagram. Best kan kalau pandai membuat kek. Hohoho~


Selain dari kek Victoria Sandwich, kak Aishah bagi juga Congo bars. Sedap sedap :)


Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis pertunangan ke perkahwinan ke harijadi ke atau apa-apa sahaja majlis kesyukuran, bolehlah buat tempahan dengan kak Aishah, selain dari kek Victoria Sandwich ni, kak Aishah ada juga terima tempahan kek red velvet, carrot cake, chocolate cake & macam-macam lagi. Harga pun standard home-made (buatan rumah penuh kasih sayang) dan jangan nak bandingkan dengan kedai kek Secret Recipe pula yang dibuat entah berapa hari dah kemudian simpan dalam freezer :P


Tahun lepas (2014) 3 kali kami laki bini naik pelamin. Nasib baik adik bongsu aku kahwin takde pelamin, kalau tak pecah rekod en suami 4 kali bersanding atas pelamin ;) Tahniah buat anak saudaraku Huda di atas pernikahan dengan Abu Huzaifah. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini kekal hingga ke syurga. Kalau nak tahu perkahwinan ini sebenarnya aturan keluarga kedua-dua belah pihak, bagus kan? Bercinta selepas berkahwin, moga bertambah berkat dan cepat-cepatlah timang anak. Nampak gaya macam kakak iparku sudah tak sabar nak timang cucu tu ;P

Oklah, pada yang berminat untuk menempah kek, boleh hubungi di sini :

Nama : Kak Aishah
Blog : Tips Resepi Mudah Untuk Surirumah
No telefon (WA sahaja) : 013-383 7768

Iklan sekejap : Bagi mereka yang ingin mengiklankan produk di dalam blog aku boleh email ke zailamohamad@yahoo.com atau WA ke 012-970 6828 untuk pertanyaan harga. Insya Allah, aku akan letakkan link iklan selama tempoh yang ditetapkan.

Jumaat, 19 Disember 2014

Kembara Bumi Sabah : Day 1 Kota Kinabalu & TH Hotel Kota Kinabalu

Assalamualaikum,

Hari pertama kami di Kota Kinabalu telah diuji dengan insiden kehilangan MyKid Haziq. Sepatutnya dalam perancangan aku sampai aje di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, dapatkan kereta dan kami mahu ke Muzium Sabah dulu sebelum check-in di hotel, tapi rancangan Allah lagi bagus..Huhuhu Selepas aje ambil kereta kami terus berpusing-pusing sekitar bandar Kota Kinabalu mencari Balai Polis yang terdekat. Mula-mula tu ke Balai Polis Kota Kinabalu tapi rupa-rupanya kat situ tak boleh buat laporan jadi pusing-pusing lagi sehinggalah berjumpa dengan Balai Polis Karamunsing.

Hampir 3 jam jugalah menunggu dengan muka mengantuk penat kecewa marah dan macam-macam perasaan lagi lah. Inilah saat Allah nak uji ketahanan emosi. Ikutkan tertekan juga sebab sudahlah baru sampai niat untuk bercuti tiba-tiba diuji macam ni tapi sekejap sahaja rasa nak marah tu lepas tu terus istighfar banyak-banyak. Ya Allah, sayangnya Allah pada kami (terus tukar dari aura negatif pada positif). Yang pasti anak-anak pun memahami dan selepas aje siap buat laporan polis kami terus cari makan. Bayangkan pukul 3 petang baru nak makan. Aduiii laparnya Allah aje yang tahu!


Ikan bakar tapi tak tahulah nama apa ikan ini. Sedap juga rasanya. Isi ikan ini kenyal-kenyal sedikit. Hermm harga RM18 seekor tapi berbaloilah kan sebab makan untuk 2 orang. Anak-anak makan nasi ayam madu aje. Nak kata sedap sangat tu tipulah tapi tak berapa nak kena dengan selera aku :P

Selepas makan kami terus pusing-pusing mencari hotel Tabung Haji. Masa duduk pusing-pusing cari Balai Polis dah nampak dah dari kejauhan tapi tak tahu nak masuk kat mana. Jenuh juga lah buat U-turn sebab terlepas simpang. He he he Dah ada GPS pun masih sesat lagi :P


Inilah TH Hotel sekali dengan bangunan Tabung Haji. Yang penting memang best duduk sini sebab hotel yang patuh syariah dan sudah pastinya makanan yang disediakan juga halal.


Kami ambil bilik yang ada 3 katil single tapi kami rapatkan katil jadi dapatlah 1 katil Queen dan 1 katil single. (gambar diambil dari laman Agoda.com). En suami tempah melalui Agoda.com dan tebus mata ganjaran dapatlah bayar pada harga RM100 untuk semalaman. Berbaloi-baloi sangat rasanya. Alhamdulillah, inilah yang orang kata di setiap kesulitan pasti akan ada kenikmatan. Sekejap je pun Allah nak uji. Kalau nak rasa serik untuk jalan-jalan dengan anak memang tak lah kan :)




Gambar di atas semua diambil di bahagian lobi hotel. Hotel ni takde lah besar mana tapi cukup selesa kerana masih baru. Servis mereka juga bagus cuma part yang tak best adalah dalam bilik ada banyak semut. Eh bukan setakat di sini lah tapi semua hotel yang kami menginap di Kota Kinabalu memang ada semut-semut halus (bukan semut api). Tak mengapalah kan, janji jangan masuk dalam telinga Aaliyah sudah!

Bila dah check in tu kami berehat sekejap, solat jamak dan kemudian petang tu ingat nak ke UTC (bersebelahan dengan hotel) tapi rasa macam malas pula. Kebetulan salah seorang ahli Akademi Bekerja Di Rumah yang merupakan pelajar kelas asas blog & fanpage aku juga iaitu Dr. Fyda ajak berjumpa di Perdana Park untuk tengok pertunjukan air pancut berirama. Boleh singgah baca blog Dr Fyda yang banyak menulis tentang maklumat kesihatan dan perkongsian tentang Shaklee di sini : http://www.fydanoh.com/


Kami tak sempat borak lama pun memandangkan aku datang lambat. HAHA Siapa suruh salah masukkan alamat di Wayze. Huhu Entah ke mana-mana pakcik Wayze hantar kami *tutup muka* Alhamdulillah, sempat juga jumpa dan bergambar. Tak apalah, sekurang-kurangnya boleh laga-laga pipi. Selalunya duduk berjumpa di alam maya sahaja kan.

Anak-anak teruja juga dapat tengok air pancut berirama tu. Bila habis je semua pakat balik dan kami pun gerak balik ke hotel. Malam tu kami semua tidur awal sebab masing-masing pun keletihan juga. Sedar-sedar dah pagi nak kena turun sarapan pula. Untuk sarapan, kami diberikan 3 kupon memandangkan bilik itu untuk 3 orang dan kanak-kanak hanya dikenakan bayaran untuk usia 7 tahun ke atas. Fuuuh selamat=P

Tapi kalau kena bayar pun takde lah mahal mana, hanya RM10 untuk kanak-kanak & RM20 untuk dewasa sahaja. Pilihan sarapan pelbagai juga cuma biasalah lambat sedikit diorang tambah makanan bila dah habis. Oklah, sambung untuk entri lain pula yaaaaa ;)

Hari ke 2 kembara di bumi Sabah diteruskan lagi. Nantikan entri selanjutnyaaaaaaaaa :)

Jumaat, 12 September 2014

Dekorasi Bersama Ikea

Assalamualaikum,

Lamanya tak update blog :) Maklumlah semenjak sudah bergelar ibu kepada 5 orang anak ni, makin sibuklah pula rutin harian aku!

Ahad yang lepas aku ke Ikea. Masya Allah, ramainya orang kat situ. Rasa menyesal pun ada pergi waktu cuti dan kami sampai di sana pun agak lewat tengahari juga. Mula-mula pergi beli stok jualan kemudian pergi makan dulu kemudian baru ke Ikea. Sampai sana pun terus bergegas nak solat. Pening kepala bila manusia ramai dan anak-anak pun meragam.


Masa ni sedang menyusukan si Aaliyah. Bilik menyusu di Ikea ni kecil aje jadinya terpaksa bergiilir-gilir untuk menggunakannya. Nasib baik tempat menyusu tu dia letakkan langsir, jadinya ibu lain yang mahu menukar lampin anaknya bolehlah meneruskan kerja tanpa mengganggu ibu yang menyusukan anak.

Kalau ke Ikea tak sahlah kalau tak beli sesuatu kan. Adik ipar aku selalu bertanya apa yang menariknya Ikea ni? Bagi aku, tempatnya biasa-bias sahaja tapi Ikea ni cukup praktikal bagi mereka yang mempunyai masalah ruang dalam kediaman. Macam kami ni, sekarang suka beli rak pasang sendiri dan pasang dalam bilik sebab tak tahan anak-anak suka mengangkut barang kami. Dah puas dah sorokkan tapi mereka main juga, jadi solusinya adalah dengan meletakkan barang tersebut lebih tinggi dari mereka :)


Beli penyidai pintu ni untuk sangkut koleksi beg yang tak seberapa. Ada orang cakap kalau sangkut macam ni akan merosakkan handle beg jadi untuk elakkan dari rosak kita masukkan dulu dalam dust beg :)


Gambar selingan : aktiviti anak-anak. Husna memang suka melukis, Ashraf pula tak suka pakai baju dan Azzam si tukang sapu!


Tujuan utama aku ke sana adalah untuk beli rak ini. Harga dalam RM119 sahaja. Bukan apa, dapurku kan comel aje jadi perlukan rak untuk susun segala barangan yang ada. Maaflah rumah aku ada barang-barang plastik macam ni aje :P


Ini pula wajah terbaru SOHO aku. Dah beli rak pasang siap tapi kena tunggu en suami pasangkan cuti nanti. Nanti kat situ nak letak fail-fail dan peralatan printer.


Meja SOHO yang bersepah :)

Akhir kata, singgah baca blog baru aku di sini : www.zailamohamad.com untuk mengetahui tips dan panduan untuk menjana pendapatan dengan hanya berada di rumah sahaja :)

Bye! Selamat bercuti buat semua kanak-kanak riang. Kami nak balik ke kampung! Yeay :)

Jumaat, 30 Mei 2014

Susah Sangat Ke Nak Buat Dropship Ni?

Assalamualaikum,

Hari ini mari kita belajar mengenai dropship. Ramai yang masih tidak faham akan konsep dropship ni. Jadi, eloklah aku bagi penerangan sedikit supaya nanti kalian tahu apa itu dropship. Pada surirumah yang baru mahu bermula, aku nasihatkan jadilah ejen dropship di mana kalian tak perlu nak susah-susah keluarkan modal untuk permulaan bisnes. Modal itu termasuklah barangan, kos ambil gambar (jika mahu gambar yang cantik persis model, kos ulang-alik buat penghantaran dan banyak lagi). Jangan ingat modal untuk memulakan perniagaan hanya duit untuk beli barang sahaja. Tidak, tidak, bukan begitu ya, ada banyak juga kos yang perlu diambil kira lagi. Jadi dengan menjadi ejen dropship selalunya kita tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar melainkan yuran komitmen menjadi ejen sahaja.

Sebagai contoh, sekarang ini Akademi Bekerja Dari Rumah sekarang ini sedang menjalankan Projek Duit Raya dan menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen dropship pakej produk yang ABDR jual seperti pes nasi arab, serunding daging, ayam, ikan dan choco oat. Yuran komitmen hanya RM150 dan kalian akan mendapat tunjuk ajar dan bimbingan dari guru online tentang bagaimana mahu memasarkan pakej produk tersebut di dalam blog mahupun fanpage. Setiapkali ada pembelian, pihak ABDR yang akan membuat penghantaran dan menguruskan semua. Tugas kalian hanya membuat pemasaran dan nikmati komisen yang akan diberikan.

Mudah bukan? Aku dulu pun sewaktu mula-mula berhenti kerja hanya menjadi ejen dropship sahaja. Dapatlah juga kutip antara RM5 - RM50 sehari. Duit itu bolehlah buat belanja sikit-sikit. Kalau nak tengok hasilnya, cuba jangan sentuh dan asingkan siap-siap duit komisen walaupun hanya sekadar RM1. Mesti akan terkejut dengan jumlah yang bakal diterima bila hujung bulan nanti.

Di sini aku kongsikan kegembiraan protege aku yang baru bermula untuk menjadi ejen dropship. Bukan lama pun untuk menabung RM50. Yang penting perasaan puas hati apabila melihat hasil dari titik peluh menjual barangan (walaupun hanya sekadar menjadi tukang promosi sahaja)


Bagi surirumah yang ingin menjana RM100 ke RM1000 atau lebih dalam sebulan pun boleh. Segala-galanya boleh jika menjadi ejen dropship ini. Produk yang paling laku keras (sentiasa mendapat permintaan) sudah tentulah produk makanan. Walaupun komisennya sedikit tetapi "volume" permintaannya besar. Tambahan pula apabila menhampiri bulan Ramadhan dan Syawal nanti. Pengalaman aku sendiri pun sudah menjual hampir 200 kotak pes nasi arab walaupun hanya bermula pada pertengahan bulan April. Sambal kentang tak payah cakaplah, sudah terjual 300 peket lebih dan dijangka akan meningkat permintaannya sehingga hari raya nanti. Cuba kira, jika setiap kotak yang terjual komisen adalah RM2, jika 200 kotak maka RM2 x 200 menjadi RM400 untung bersih tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal (selain yuran komitmen yang aku cakap tadi).

Sekiranya berminat, bolehlah mendaftar atau hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoocom
Whats App / Sms : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu kembali. Jangan lupa untuk sertai Projek Duit Raya ABDR. Boleh singgah sini untuk lihat apa yang menarik untuk dijual. Klik sini : Projek Duit Raya

Khamis, 6 Mac 2014

Menu Popular Untuk Majlis Parti Harijadi Anak Anda


Imej : carian google (mini pasta)

Assalamualaikum,

Ada sesiapa yang merancang untuk mengadakan parti harijadi buat si cilik tak minggu ni? Sudah pastilah akan ada kan? Tak kisahlah majlis besar-besaran mahupun kecil-kecilan, tujuan kita semestinya untuk menggembirakan anak-anak dan kawan-kawan mereka.

Hari ini aku akan kongsikan antara menu yang sesuai atau popular untuk disediakan di majlis harijadi anak. Sesuai sangat bagi mereka yang melakukan sendiri majlis. Kalau nak tempah pun boleh juga, bergantung kepada tahap kewangan ibubapa yang merancangnya!

Selalunya majlis harijadi ini dilakukan pada waktu petang. Jadi, menu yang sesuai untuk dihidangkan kepada orang dewasa tidak perlulah terlalu berat seperti nasi lemak, nasi beriani atau nasi yang menghidangkan banyak lauk. Cukup sekadar untuk menyediakan menu seperti nasi goreng cina, mee goreng atau bihun goreng. Kemudian boleh ditambah dengan menu-menu sampingan yang sudah tentulah anak-anak juga boleh memakannya. Contohnya :

- sandwich gulung berintikan sardin
- kek cawan pelbagai perisa
- mini pizza
- pelbagai kuih muih tradisional Melayu 
- apam
- makaroni goreng 
- nuget, sosej dan kentang goreng
- buah-buahan seperti epal, limau, betik dan tembikai susu. Elakkan dari menyediakan buah seperti tembikai kerana dikhuatiri akan berair dan berlengas.

Sekiranya kita membuat tempahan, pastikan menu yang ditempah sampai awal majlis lagi. Sebolehnya biar makanan dihantar terus ke rumah supaya kita tidak tergekjar-kejar untuk mengambil makanan yang ditempah.

Membuat majlis harijadi di kediaman sendiri sememangnya memenatkan kerana sudah semestinya rumah akan bersepah selepas tetamu semua pulang. Jadi, anda juga kena bersedia untuk mengemaskannya kembali. Kalau boleh lakukan secara bergotong royong dengan ahli keluarga.

Oklah, semoga majlis yang dirancang akan berjalan dengan sempurna dan lancar. Jangan lupa like fanpage Barangan Parti Harijadi untuk mendapatkan pelbagai pilihan barangan parti pada harga borong. Tempah awal untuk mengelakkan berlakunya kehabisan stok.

Laluan iklan :


Jom ke Live Coaching dari salah seorang guru Akademi Bekerja Di Rumah yang akan membeicarakan tentang "Branding Yourself Strategies" di mana Pn Khairunnisa ini yang bermula dengan menulis blog, menghasilkan ebook dan kini seorang arkitek profesional yang bekerja dari rumah. Beliau sering mendapat jemputan untuk keluar di siaran television dan majalah tempatan. Nak tahu rahsianya? Boleh sertai seminar ini di mana-mana lokasi terpilih. Setiap lokasi terhad kepada 50 penyertaan sahaja.

Percuma 2 ebook dan buku Jana RM Dari Rumah hasil penulisan Pn Masayu Ahmad bagi setiap pendaftaran yang terawal! Boleh hubungi saya untuk pendaftaran melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats app : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Bagi sesiapa yang ingin beriklan di blog ini juga boleh menghubungi nombor di atas. Terima kasih.




Khamis, 2 Januari 2014

Selamat Datang 2014

Assalamualaikum,

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat datang tahun baru 2014 untuk semua pembaca blog ini. Alhamdulillah tahun 2013 memang banyak meninggalkan kenangan manis buat diri aku.

Antara pencapaian terbaik diri sendiri pada tahun 2013 :

- berjaya menjadi ibu kepada 4 orang anak pada bulan Januari 2013. Satu nikmat yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Syukur Alhamdulillah Allah berikan peluang untuk membesarkan anak sendiri.

- berjaya menjadi guru online di dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sekaligus mempunyai pendapatan sendiri walaupun hanya berada di rumah. Terima kasih di atas kepercayaan pengasas ABDR iaitu Pn Masayu Ahmad yang memberikan kepercayaan untuk mengambil aku sebagai salah seorang dari 13 guru online bekerja di ABDR

Aku sendiri tidak pernah menjangka untuk mempunyai pendapatan tetap memandangkan aku bukannya makan gaji. Tapi benarlah kata orang, jika kita ikhlas bekerja dengan Majikan kita YANG SATU, Insya Allah akan dipermudahkan segalanya. Pendapatan tetap ini pula bergantung kepada usaha aku juga. Ada masa lumayan, ada masa perlu bersyukur dengan rezeki yang Majikan bagi :)

Tahun ini aku berazam untuk bekerja lebih kuat lagi memandangkan semuanya telah dipermudahkan bagi aku. Syukur sebab tidak perlu keluar rumah berpanas terik bekerja membanting tulang, semuanya di dalam rumah sahaja. Hari ini juga bermulanya kelas yang aku sertai di dalam talian. Semua ini untuk memperbaiki diri supaya lebih bersedia dan boleh menjana kewangan dengan lebih lagi.

Aku juga berazam untuk lebih bijak dalam mengatur kewangan diri dan keluarga. Insya Allah mahu kurangkan merungut dengan segala kekurangan yang ada dan mahu kekal positif dalam menjalankan amanah Allah.

Sebagai seorang ibu, aku mensasarkan untuk bangun pagi dan menyediakan sarapan untuk anak-anak (hari ini masih kecundang tapi takpe, cuba lagi esok), Aku memilih untuk mengajar sendiri Husna di rumah, Ashraf juga. Sekurang-kurangnya boleh jimatkan sedikit duit perbelanjaan. Doakan aku berjaya ya!

Bagi mereka yang ingin mengikut jejak langkah aku dengan bekerja di rumah, nasihat aku mulakan dari sekarang. Jom daftarkan diri dengan menyertai kelas asas blog & fanpage atau mana-mana kelas di dalam Akademi Bekerja Di Rumah. Insya Allah anda tidak akan keseorangan lagi :)

Untuk keterangan lanjut mengenai Akademi Bekerja Di Rumah, boleh layari blog ini :

http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

atau blog rasmi aku di sini :

http://zailamohamad.blogspot.com/

Sehingga bertemu lagi :)

Khamis, 28 November 2013

Akademi Bekerja Di Rumah

Assalamualaikum,

Semalam dengan rasminya logo Akademi Bekerja Di Rumah telah ditukar. Tidak disangka-sangka pula selepas sahaja diperkenalkan, ramai yang berminat untuk menyertainya. Baiklah, di sini aku bagitahu lagi sekali apa itu Akademi Bekerja Di Rumah yaaaaa

Apa Itu Akademi Bekerja Di Rumah?

Akademi yang menghimpunkan kesemua kaum suri (tidak kira yang sudah berhenti kerja mahupun yang masih bekerja) yang bekerja di rumah (secara tetap mahupun secara sambilan). Ada yang menjalankan perniagaan online, ada juga yang mempunyai kedai offline. Pendek kata mereka ini terdiri daripada pelbagai latar belakang dan semua berlandaskan satu matlamat iaitu untuk berada di rumah bersama dengan keluarga.

Bagaimana Mahu Menyertai Akademi Bekerja Di Rumah?

Caranya mudah sahaja iaitu dengan menyertai mana-mana kelas yang telah disediakan Antara kelas yang ditawarkan di sini adalah :

- Kelas Asas Blog & Fanpage (untuk bisnes)
- Kelas Asas Blog & Penulisan
- Kelas Asas Blog & Iklan Mudah.my
- Kelas Asas Blog & Penulisan Kreatid

Nanti kalian akan dibimbing oleh guru-guru online yang sangat berdedikasi dan baik. Jika mahu masuk kelas asas blog & fanpage untuk bisnes atau kelas asas blog & iklan di Mudah.my, sila PM aku ya, kerana aku lah guru online yang baik itu:P Hehehe

Apa Kelebihan Menyertai Akademi Bekerja Di Rumah?

Pertama sekali setelah menguasai semua modul yang disediakan mengikut kelas, kalian akan dimasukkan di dalam kumpulan rahsia Akademi Bekerja Di Rumah di halaman facebook. Pentingnya kumpulan ini adalah untuk bergerak bersama-sama sebagai sebuah kumpulan dan memperkembangkan network blog keahlian Akademi Bekerja Di Rumah yang kini sudah mencecah lebih daripada 200 penyertaan (dan akan bertambah lagi). Selain itu, pelajar boleh sama-sama saling berkenalan dan mengeratkan silaturrahim sesama mereka. Setelah menyertai Akademi Bekerja Di Rumah ini ramai yang memberitahu trafik blog mereka semakin meningkat dari hari ke hari kerana setiap pelajar akan bertukar-tukar link alamat blog masing-masing.

Bagaimana Yuran Untuk Menyertai Akademi Bekerja Di Rumah?

Untuk menyertai Akademi ini, pertama sekali kena menyertai salah satu kelas yang ditawarkan di atas. Antara harga yuran yang ditawarkan adalah :

Yuran 1 : Harga RM150
- 1 ebook nota asas blog



Yuran 4 : RM300 menggabungkan kelas asas blog penulisan & perniagaan
- 1 e-book Asas Blog, Panduan Mula Bisnes Butik & 101 Idea Home-Based Bisnes

Bagaimana Cara Untuk Belajar?

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana kelas ini dijalankan. Iya, kami bergerak secara online dimana nota dan tugasan akan diberikan secara online iaitu berhubung melalui facebook sahaja. Tetapi atas desakan dan keinginan untuk berjumpa secara bersemuka, bolehlah membuat temujanji dengan guru online yang boleh menjalankan kelas secara offline (termasuklah aku juga ya). Waktu untuk belajar tidak terhad dan tiada desakan masa untuk menyiapkan semua tugasan. Jika cepat buat maka cepatlah siap.

Oklah, panjang lebar dah tu. Jika masih belum memahaminya bolehlah hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Whats app / sms : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Jom sertai keluarga besar kami :)



Sabtu, 14 September 2013

Ulasan Mengenai Akademi Bekerja Di Rumah


Assalamualaikum,

Bagi mereka yang mengikuti blog aku pasti tertanya-tanya juga apa itu Akademi Bekerja Di Rumah atau Dari Rumah. Aku pernah menerangkannya di sini http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/07/akademi-bekerja-di-rumah.html

Sekarang ini Akademi ini sudah mempunyai 7 orang tenaga pengajar dan telah berjaya menghimpunkan hampir 100 blog peserta dan juga tenaga pengajar di dalam Akademi ini. Alhamdulillah, dalam masa 2 bulan selepas penubuhan Akademi ini, kami telah berjaya menghimpunkan suri-suri yang bekerja di rumah mahupun suri bekerja yang masih memerlukan masa sebelum berhenti menjadi surirumah sepenuh masa. Boleh singgah baca blog kami di sini Akademi Bekerja Di Rumah

Sepanjang menjadi guru online di Akademi ini tentunya aku merasakan satu ukhwah yang terjalin di antara kami. Siapa sangka di antara guru-guru online ini tidak pernah bertemu mata tetapi kami dapat bekerja bersama di dalam satu pasukan yang saling bantu-membantu dan saling bertukar idea dalam mendidik protege. Wujud rasa saling hormat menghormati antara kami dan yang paling penting sifu utama kami iaitu Pn. Masayu pengasas kepada Akademi ini dan juga merupakan penulis buku Jana RM Dari Rumah (Panduan Bekerja Di Rumah WAHM SAHM SOHO) sangat-sangat membantu dalam memberikan kami motivasi untuk terus bekerja dengan lebih kuat lagi.

Alhamdulillah sejak berhenti kerja, Pn. Masayu terus memberikan aku peluang untuk "bekerja" di samping beliau dengan menjual rangkaian produk makanan sunnah dan juga buku-buku melalui kaedah "dropship". Dari sini juga aku telah memiliki pendapatan sampingan yang memberangsangkan bergantung kepada usaha aku membuat promosi. Aku diajar macamana untuk sentiasa melakukan promosi dan fokus kepada produk yang betul. Masya Allah, sepanjang berniaga online selama ini pun, rupa-rupanya aku masih ketinggalan dalam mengutip ilmu berniaga yang masih belum aku ketahui dan sedikit demi sedikit aku pelajari dari rangkaian kumpulan peniaga dropship makanan sunnah dan buku online.

Kemudian selepas itu aku beralih pula kepada menjadi guru online di Akademi Bekerja Di Rumah yang baru sahaja ditubuhkan. Segalanya memang berlaku dengan sangat pantas sekali. Pendaftaran demi pendaftaran berlaku dan yang paling seronoknya dalam bulan puasa yang lepas aku menerima hampir 30 orang pelajar dengan serentak. Alhamdulillah, Allah makbulkan juga cita-cita aku untuk menjadi seorang guru, walaupun bukanlah guru yang menyandang segulung ijazah perguruan tetapi guru online dalam kelas asas blog & fanpage bisnes yang sememangnya menjadi "passion" dalam diri aku. Bersandarkan kepakaran aku di dalam dunia blogging dan juga bisnes di dalam talian, aku menawarkan khidmat servis membantu mereka yang baru bertatih dalam dunia perniagaan online juga.

Selain dari menjalankan ukhwah yang baik dengan guru-guru online yang lain, aku juga telah membuka lembaran ukhwah baru yang terjalin antara aku dan pelajar-pelajarku. Masya Allah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! Memang terasa indahnya ikatan yang terjalin ini. Pelajar-pelajar aku terdiri daripada pelbagai latarbelakang; ada yang surirumah sepenuh masa, ada yang masih bekerja namun mengintai peluang untuk berhenti dan tak lupa juga ada juga kaum Adam. Taraf pendidikan pun bukan calang-calang juga, dari SPM sehingga peringkat master pun ada. Semuanya sanggup mengenepikan semua itu dan bermula dari bawah. Terima kasih wahai pelajar-pelajarku, moga ukhwah yang terjalin ini akan kekal hingga bila-bila. Sesungguhnya aku tidak akan berada di tahap ini tanpa jasa kalian juga.

Langkah perjalanan aku di dalam Akademi ini masih jauh dan masih banyak lagi kelemahan yang aku perlu atasi. Tapi berbekalkan semangat dari kawan-kawan yang lain, Insya Allah aku akan terus mara ke hadapan lagi. Matlamat kami sebagai guru-guru online di Akademi ini untuk menjana lebih lagi pendapatan melalui 3 sumber iaitu pendaftaran kelas yang merupakan sumber pendapatan aktif iaitu menerima pendaftaran sepanjang masa, e-book sumber pendapatan aktif dan pasif dan yang terakhir melalui ruang pengiklanan di SOHO Directory yang merupakan pendapatan pasif sepanjang tahun.

Masih berbaki 3 bulan lagi untuk berusaha mencapai target. Bertuahnya kerana sentiasa dibimbing oleh sifu yang rajin "menarik" kami masuk ke landasan yang betul. Alhamdulillah, Akademi ini bukan sahaja sebagai tempat untuk kami bekerja tetapi juga membuka peluang baru kepada kami. Ada juga ahli Akademi yang ditawarkan menjadi penulis di ruangan majalah, ada juga yang mendapat liputan media tulis dan media massa, selain itu trafik blog masing-masing juga semakin meningkat dengan tertubuhnya laman peminat (fanpage) WAHM SAHM SOHO ini di mana kami dapat menyumbangkan hasil idea dan penulisan kami di sini.

Matlamat penubuhan Akademi ini adalah untuk memberikan peluang kepada kaum Hawa terutamanya surirumah agar menggunakan peluang yang ada untuk menambah pendapatan keluarga. Dengan kemajuan teknologi dan kemudahan internet yang ada melalui telefon mahupun komputer, seharusnya kaum suri tiada masalah untuk mengambil peluang membantu suami memperbaiki ekonomi keluarga. Di tambah pula dengan kos keperluan hidup yang makin meningkat ini, kaum suri harus keluar dari zon selesa dan bekerja dari rumah juga. Semuanya tetap sama seperti sebelum ini di mana kita masih berada di rumah menyiapkan makan pakai suami dan anak-anak, cumanya maju selangkah dengan mencari sumber pendapatan aktif dan pasif melalui blog dan fanpage.

Bagi yang berminat untuk berubah, jangan tunggu lama-lama lagi kerana ahli Akademi semakin bertambah dari hari ke sehari. Bagi yang minat menulis boleh terus mendaftar ke kelas asas blog & penulisan. Insya Allah di sini anda akan dibimbing oleh guru yang berpengalaman seperti Pn. Masayu Ahmad sendiri dan siapa tahu bakal menerbitkan e-book hasil penulisan diri sendiri. Bagi yang berminat untuk memulakan bisnes dalam talian pula boleh mendaftar di bawah aku. Insya Allah akan diberikan bimbingan dan tunjuk ajar sehingga berjaya menyiapkan sebuah blog dan juga fanpage berniaga. Tentang tiada barang untuk dijual, kami juga ada menyediakan rangkaian produk makanan sunnah dan buku-buku. Selain itu, protege-protege aku yang lain juga bersedia menawarkan khidmat "dropship" produk mereka. Insya Allah, kalian tidak akan ketinggalan dan merasa dipinggirkan.

Tapi sebelum masuk mendaftar kelas asas blog & fanpage ini, tanya dahulu diri sendiri apakah mahu berubah untuk keluar dari zon selesa ke zon bekerja tanpa mengenal erti penat. Dalam apa juga perniagaan yang kita lakukan, fokus target dan usaha haruslah konsisten. Mana boleh sebuah empayar dibina dalam masa hanya seminggu dua, semuanya memerlukan masa tapi atas diri masing-masing samaada mahu bekerja keras atau bekerja pada kadar biasa-biasa sahaja. Semuanya atas diri masing-masing. Kalau rajin, Insya Allah pendapatan antara RM1k hingga tiada limit bakal menjadi milik anda!

Boleh mendaftar dengan menghubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Salam kasih sayang buat semua.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah



Rabu, 21 Ogos 2013

Iklankan Produk / Servis Di Rangkaian Blog Akademi Bekerja Di Rumah Sekarang

Pakej Iklan 1:

RM50- 1 gambar, link fan page, link blog
Tempoh 6 bulan
Renew iklan RM50 untuk 6 bulan

Pakej Iklan 2:


RM100


2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk, keterangan, 1 testimoni produk, ulasan blog pilihan
Tempoh 12 bulan
Renew iklan RM100 untuk setahun

Pakej Iklan 3:


RM250
2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk atau perkhidmatan, 1 testimoni, ulasan blog pilihan
Tempoh 12 bulan
-servis bonus 1: siapkan email dan blog (bagi yang tidak ada blog bisnes)
-percuma ebook super wahm super mom
Renew iklan hanya RM100 setahun

Pakej Iklan 4:


RM300
2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk atau perkhidmatan, 1 testimoni, ulasan blog pilihan
Tempoh 12 bulan
-Servis bonus 1: siapkan email dan blog
-Servis bonus 2: siapkan fan page bisnes, borang link produk
Percuma 1-ebook super wahm super mom (bernilai RM25)
Percuma 2: ebook asas blog (bernialai RM50)

Harga sebenar, RM375, bayar hanya RM300 sahaja. 

Renew iklan hanya RM100 setahun.

Peluang terbuka kepada semua usahawan online mahupun offline yang ingin mempromosikan produk mereka kepada pelanggan melalui pemasaran internet.

Melalui Akademi Bekerja Di Rumah sudah ada hampir 100 blog yang sudah mendaftarkan diri dan akan berfungsi sebagai platform untuk menyiarkan iklan.

Cepat tempah ruang sekarang sebelum terlambat. Hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Bagi mereka yang menyertai kelas asas blog & fanpage, yuran pengiklanan adalah PERCUMA!!!! Jom daftar sekarang

Rabu, 31 Julai 2013

Akademi Bekerja Di Rumah

**Entri Melekat, sila skrol ke bawah untuk entri baru**

Assalamualaikum,

Ramai yang bertanyakan tentang Kelas Asas Blog & Fanpage yang sedang aku jalankan secara talian sekarang ini. Di sini ingin aku ingin nyatakan jutaan terima kasih dan tahniah buat sifu tersayang, Pn. Masayu Ahmad di atas terbentuknya Akademi Bekerja Dari Rumah iaitu di mana menghimpunkan para suri hebat yang kebanyakannya bekerja di rumah atau sedang dalam proses membina tapak untuk bekerja di rumah. Syabas sekali lagi!

Boleh baca blog Pn. Masayu di sini (Panduan Bekerja Di rumah WAHM SAHM SOHO)
Jemput singgah baca & ikuti kami di sini (Akademi Bekerja Di Rumah)
Selain itu, kami juga ada menyediakan laman peminat di facebook di mana di sini tempat untuk berhimpunya para suri atau bukan suri yang bekerja di rumah. Ada ramai maklumat & penulisan-penulisan dari penulis yang menulis dan bekerja di rumah. Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat atau membaca pengalaman-pengalaman yang berguna, jemput klik & like laman fanpage ini (WAHM, SAHM SOHO)

Akademi Bekerja Di rumah ini sebenarnya bertujuan untuk melatih kaum suri mahupun hawa yang sedang bekerja supaya mencari peluang bekerja di rumah. Khas buat kaum suri, Akademi ini menawarkan tenaga pengajar yang bersedia memberikan khidmat coaching online untuk membantu kaum suri memulakan perniagaan di dalam talian. Sebenarnya ada banyak cara untuk menjana pendapatan dari rumah dan inilah yang menjadi fokus utama penubuhan Akademi Bekerja Di Rumah.  Antaranya adalah melalui perniagaan dalam talian (business online) melalui platform blog dan facebook. Bagi yang suka menulis bolehlah mencuba untuk menjual e-book secara dalam talian.

Bagi yang berminat untuk melakukan perniagaan secara dalam talian, bolehlah mengambil kelas asas blog & fanpage yang dikendalikan sepenuhnya oleh aku dan juga beberapa orang guru online yang lain. Kelas ini adalah kelas 100% melalui dalam talian iaitu cara berhubung melalui facebook. Nota akan diberikan berdasarkan silibus-silibus yang telah ditetapkan dan setiap peserta harus menyiapkan tugasan dan akan disemak/diperbetulkan oleh guru online. Tiada had masa untuk belajar tetapi sekiranya pelajar sudah boleh berniaga sendiri maka dikira sudah boleh lulus dari Akademi Belajar Di Rumah:)

Jom berkenalan dengan pelajar-pelajar di bawah bimbingan aku :

1) Pn. Wan Rokiah (Bandar Baru Bangi)

- Blog (Hidup Ceria Dan Bermakna)
- Fanpage (Kedai Online CikRoki)

Boleh baca testimoni Pn. Wan Rokiah di sini (Testimoni Belajar Asas Blog & Fanpage)

Alhamdulillah tak sampai sebulan berniaga, Pn Wan Rokiah sudah dapat balik duit yang dibayar kepada aku sebagai yuran kelas. Pn. Wan Rokiah memang seorang yang rajin dan bijak menggunakan kelebihannya dalam mengendalikan blog & fanpage sebagai platform untuk dirinya berniaga. Antara produk yang dijual terdiri daripada produk DCL, D'Herbs, Vitamin C dan macam-macam lagi.


Selain itu, Pn Rokiah juga telah menerima tempahan yang terdiri bukan dari golongan kaum keluarga mahupun teman rapat beliau sendiri. Pelanggan ini adalah dari hasil carian google yang sedang mencari produk yang diiklankan di blog & fanpage Pn Rokiah.


2) Pn. Azian Mohd Shapawi (Shah Alam)

- Blog (Kedai Mesra Cik Yan)

Masih lagi di peringkat permulaan, sekarang sedang sibuk dengan perniagaan biskut raya krunchy karamel almond. Masih belum menyiapkan lagi tugasan membina fanpage tapi tidak mengapa kerana bagi mereka yang mengikuti kelas aku, tiada paksaan dalam melakukan tugasan.

3) Pn. Nolizawati Mohd Saad (Terengganu)

- Blog (Besut Aku Datang, Tinggal Gaji Kejar Suami)
- Blog niaga (Kedai Makanan Sunnah Online)
- Fanpage (Makanan Sunnah Online)
- Fanpage (Tudung Mukminah Online)

Pn. Nolizawati merupakan seorang bekas pensyarah di salah sebuah Universiti Tempatan yang berkorban kerjaya demi anak-anak dan keluarga. Kini, ibu kepada 5 orang anak ini bahagia bersama suami tercinta dan berpeluang melihat anak-anak membesar di hadapan matanya setiap hari. Alhamdulillah kerana Pn. Nolizawati telah berjaya membuat fanpage makanan sunnah online dan telah berjaya mendapat jualan walau baru sahaja siapkan fanpage:)


4) Pn. Aida Nurani (Shah Alam)

Merupakan seorang penulis yang berjinak-jinak untuk menjadi peniaga tudung bawal online. Orangnya sangat rileks dalam belajar di kelas. Jemput singgah & like fanpage beliau di facebook

- Blog masih lagi dalam proses pembikinan
- Fanpage (Aidabawal Online)

5) Pn. Haslelawaty Mohd Arpa (Negeri Sembilan)

Seorang surirumah sepenuh masa yang menetap di Seremban. Berminat menyertai kelas asas blog & fanpage aku kerana ingin belajar dengan lebih mendalam lagi tentang cara-cara menambah pendapatan melalui blog. Sekarang ini Pn. Lela juga mempunyai bisnes menjual pakaian kanak-kanak yang diusahakan secara online & juga offline. Jemput baca pengalaman beliau shopping di Vietnam dan pengalaman membesarkan anak-anak sambil berniaga.

- Blog (~Rahsia Indah Seorang Surirumah~)
- Blog (Rizn Laila Collections)
- Fanpage (https://www.facebook.com/RiznLailaCollection)
- Blog (My Baby Apparel)
- Fanpage (https://www.facebook.com/pages/My-Baby-Apparel)

6) En. Suhimi Yahya (Pulau Pinang)

Merupakan peserta pertama berlainan jantina yang mendaftar kelas asas blog & fanpage aku. Syabas diucapkan kerana tidak lokek untuk membayar sejumlah duit demi berterusan mencari ilmu. Sebenarnya encik Suhimi baru sahaja diberhentikan kerja dan ingin mencuba mencari pendapatan tambahan melalui blog & fanpage. Semoga en Suhimi sabar dan tidak mudah berputus asa dalam mencari rezeki yang halal. Insya Allah berbekalkan dengan kerajinan & usaha yang bersungguh-sungguh, akan membuahkan hasil tak lama lagi:)

- Blog (Cerita Hati Si Lelaki)
- Fanpage (Kedai Makanan Sunnah Online Cawangan Utara)

7) Pn. Nor Azizainani (Selangor)

Merupakan seorang penjawat swasta yang ingin mencari pendapatan tambahan melalui blog & fanpage. Masih lagi baru di dalam kelas tapi Alhamdulillah sekejap sahaja boleh membina sebuah blog.

- Blog (Dhias Shop House Online)

Buat masa sekarang, ini sahaja pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kelas asas blog & fanpage di bawah bimbingan aku sebagai guru online Akademi Bekerja Di Rumah. Insya Allah semoga selepas ini akan ramai lagi yang akan tampil untuk mendaftarkan diri dan menjadi sebahagian dari kelas aku.

Alhamdulillah, semua pelajar kelas asas & fanpage ini semuanya belajar 100% melalui talian (online) sahaja. Mereka datang dari seluruh pelusuk negeri tapi bermatlamatkan satu objektif sahaja iaitu menimba ilmu untuk lebih berjaya & menambah pendapatan melalui blog & fanpage di facebook. Insya Allah selepas ini akan ramai lagi (kaum surirumah khasnya) akan mendaftar dan memulakan langkah untuk menambah pendapatan sendiri mahupun isi rumah. Yang penting kena ada minat & usaha yang berterusan.

Bagi mereka yang berminat, boleh hubungi / PM aku untuk pertanyaan melalui

email : zailamohamad@yahoo.com
sms / whatsapp / viber : 012-3228651
facebook : https://www.facebook.com/zaila.mohamad

Salam kasih sayang buat semua!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^