Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 20 Disember 2014

Kembara Bumi Sabah Day 2 : Muzium Sabah

Assalamualaikum,

Sambung lagi kembara kami di bumi Sabah. Hari kedua selepas sarapan kami terus check out dari hotel. Alhamdulillah, senang aje proses check out di hotel ini, takde pun nak kena tunggu mereka periksa bilik dahulu. Selepas itu kami terus ke Muzium Sabah memandangkan lokasinya yang berdekatan hotel. Tak sampai 10 minit dah pun sampai ke sini. Alang-alang datang bawa budak-budak haruslah masuk tengok kan ;)


Cuaca hari tu sangat panas. Kalau ikutkan baru aje pukul 10 pagi lebih ni


Kami dikenakan bayaran RM4 sahaja untuk 2 tiket dewasa manakala kanak-kanak percuma sebab semua masih di bawah umur lagi. Aku ni bukanlah pencinta sejarah sangat tapi dah en suami sibuk nak ajak masuk, maka layankan aje lah kan:P

Dalam muzium ni tak boleh ambil gambar. Jadi tak berani lah nak pandai-pandai ambil gambar kang kena saman kang naye aje. Mula-mula masuk dah boleh nampak rangka tulang ikan paus, besar sangat! Anak-anak aku ni bukannya nak tengok peninggalan sejarah tapi sibuk duduk lari ke hulu ke hilir main kejar-kejar. Sabar jelah. Risau juga kot-kot terlanggar monumen bersejarah atau terpecahkan sesuatu. Alhamdulillah semuanya selamat cuma memang kena pantau lah selalu terutamanya si kenit Ashraf dan Azzam.

Tempat yang paling anak-anak aku suka adalah tingkat atas di mana ada replika binatang. Ada macam-macamlah dari badak sumbu, kucing, burung hantu, kelawar dan macam-macamlah! Ada juga yang mereka khusyuk nak tengok. Kalau bahagian lain macam kureng sketlah kan sebab mereka masih kecil. Amirul Haziq ada juga bacakan maklumat-maklumat dekat adik-adik dia. Tapi kami masuk sekejap sahaja sebab muzium ini takdelah besar mana pun. Keluar cuaca punyalah panas kat luar tu!


Masa ni sedang menuju ke pintu masuk. Kaunter tiket ada di depan sekali. Jomlah layan gambar dari kamera telefon Samsung S5 ku ini


Kat luar ada pameran kereta antik. Kebanyakan kereta di sini banyak yang didermakan oleh mereka yang pemurah. Contohnya kat dalam muzium tu ada kelongsong meriam zaman perang dunia ke 2 yang dijumpai di ladang kepunyaan siapa entah (lupa daaa) dan tuan punya ladang tu bagi derma kelongsong tu pada muzium sebagai bahan pameran di situ. Yerlah kalau dia nak simpan pun buat apa? Sama juga kereta-kereta di luar ini. Ada yang didermakan oleh pemilik yang sangat berbaik hati untuk memberi peluang generasi muda mengenal kereta antik mereka.


Azzam & Ashraf asyik berlari-lari aje, mana nak tengok kereta ke apa ke


En suami sudah tentulah menunjukkan minat kalau bab-bab kereta ni. 


Jangan main-main, ini Audi tau!


Untuk tatapan uols


Penat dok kejar kanak-kanak ribena ini aje


Husna si kaki posing. Tudung terlupa nak bawa T_____T"


Penat berlari duduk sekejap tarik nafas. Kat tepi belah kiri ada kaunter tiket dan kedai jual cenderahati


Tengoklah asyik lari aje Azzam Haneef tu


Tak pasti ini dipanggil apa. huhuhu


Panas terik sangat ni tapi Azzam selamba aje lari-lari. Aku sempat juga ambil gambar bawah panas terik matahari dan selepas itu mula rasa pening kepala sampailah ke KUndasang kena migrain sampai tak lalu nak makan;(


Matahari betul-betul di atas kepala waktu ni

Selepas mengunjungi muzium kami pergi makan dahulu memandagkan anak-anak dah merungut lapar. Biasalah kalau berjalan dengan anak-anak memang kena banyak slot berhenti makan. Mereka ini kan aktif melompat sana melompat sini lepas habis tenaga senang aje minta makanan T_____T"

Kami makan di Marrybrown sahaja sebab malas nak pusing cari restoran halal yang belum tentu kena dengan selera kami. Kalau di sini sahih anak-anak suka dengan menu ayam gorengnya



En suami lah tukang bayar segala perbelanjaan kami di sini. Terima kasih bos!


Salah satu sebab mereka nak makan di sini adalah kerana nak duduk di meja yang ada buaian ini


Eh ada lagi yan gambar di muzium tu, layankan aje. Maklumlah mama dia takde benda nak buat jadi ambil gambar anak-anak jelah. Semoga dapat jadi kenangan untuk mereka satu hari nanti








Oklah, itu sahaja aktiviti kami di Muzium Sabah ni. Nasihat aku, jika anak-anak masih kecil tak payahlah beria nak bawa ke sini tapi kalau ada anak besar macam Haziq, elok sangatlah bawa dan bagi penerangan pada mereka. Yang kelakarnya Husna cakap "kenapa letak kereta buruk di sini" Adoiii anak, mulut memang takde insuran langsung tau. Tapi bukan salah mereka juga, salah aku yang tak bagi penerangan awal-awal lagi tentang muzium ini.

Selepas kenyang makan, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Alhamdulillah, anak-anak tak meragam sepanjang jalan tidur aje dan hujan sekejap sekejap aje. Dalam 2 jam lebih juga kami tiba di sana dalam pukul 3 petang lebih dan terus check in ke hotel yang kami tempah melalui Agoda.com juga iaitu 36 Mile Lodge. Nanti aku kongsikan entri ulasan hotel ini ya. Buat masa sekarang nak berhenti dulu pasni kita sambung entri di Desa Cattle Farm Mesilau pula :)

Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^