Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 18 Ogos 2015

Bagaimana Untuk Menjadi Surirumah Yang Berpendapatan

Assalamualaikum,

Wah lamanya tak menulis di sini. Semakin meningkat usia ni makin malas pula nak update blog ya. Tapi tak dinafikan blog ini banyak berjasa pada diri aku. Dari blog inilah datangnya duit bulan-bulan untuk bayar bil broadband, bil telefon, bayar kutu, shopping buku & macam-macam lagi lah. Rezeki itu pada yang berusaha dan bagi aku seorang surirumah yang hanya tahu duduk rumah update blog, alhamdulillah rezeki aku tak pernah tersalah alamat. Baik ada daripada tak ada langsung kan?

Ramai yang hantar email, bagi mesej di facebook malah ada yang Whats App pada aku. Kadang-kadang rasa diri ini jadi macam kaunter pertanyaan pun ada. Ada yang tanya macamana nak jana $$ dari rumah hanya dengan blog? Banyak ke pendapatan akak sebulan? Berbaloi ke berhenti kerja semata-mata nak duduk rumah? Selalunya kalau mood aku baik aku layankan aje tapi kalau mood tak berapa nak baik, aku tetap layan dengan sabar tapi malas nak terangkan dengan lebih lanjut. Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kita bagitahu bla bla bla dia akan balas oooo aaaa oooo iya ke oooo baru saya tahu ooo TAPI lepas tu senyap. Kemudian tak lama lepas tu timbul balik dalam kotak Whats App nombor yang sama. Mujurlah dalam dunia online ni tak boleh nak nampak muka aku yang sebenar. He he he Bukan apa, aku ni pun manusia juga, kadang-kadang telefon ni sampai hang sebab WA masuk bertalu-talu, pastu dalam masa yang sama anak-anak menangis buat perangai mahukan perhatian kita. Sudah tentulah sedikit sebanyak emosi kita juga akan terganggu dengan pertanyaan yang sama bukan?

Hari ini mood aku mahu berkongsi kisah bagaimana aku cari duit dengan hanya duduk rumah sahaja. Eh tapi tak bermaksud hanya duduk rumah goyang kaki sahaja tapi duit masuk berkepuk-kepuk dalam bank. Tipulah kan? Setakat aku berhenti kerja dan berada di rumah, tak pernah lagi tiba-tiba buka internet banking tengok ada 2.6 bilion dalam akaun. NEVER! Jadinya terus terang semuanya perlukan usaha. Macam sekaranglah! Usaha untuk luangkan masa duduk depan PC dan update blog. Walaumacamana sibuk atau malasnya, kena cuba juga untuk kemaskini blog. Sebabnya kenapa? Ini kerana kebanyakan pelanggan aku datangnya dari blog dan pakcik Google.

Tapi kalau setakat jual satu barang mampu ke kau nak bayar bil broadband, bil telefon, hutang PTPTN, kutu, pastu nak beli belah dalam talian lagi *ops*. Jawapan aku, kalau produk ko jual sekali jual dapat untung 5, 6 ribu mungkin ya tapi kalau tak maka kena lah usaha lebih. Macam aku ni buat macam-macam untuk tambah pendapatan. Kalau hari ni laku produk A esoknya mungkin produk B pula yang terjual. Pendek kata, kena lah rajin promosi dan usaha. Kalau sekali promosi orang tak tahu maka kenalah buat berkali-kali tanpa malu T____T"

Jadi, bukan senang ya nak senang.

Lagi satu kena rajin "upgrade" diri juga. Macam tahun ini aku beri peluang pada diri untuk sertai Amway iaitu salah sebuah syarikat jualan langsung yang terbesar di Malaysia dan dunia. Sebelum sertai mana-mana syarikat MLM pun memang aku ada tercari-cari juga peluang. Alhamdulillah rezeki untuk bersama Amway lebih dekat dengan aku di mana ianya bermula dengan pembelian tanpa rela periuk Noxxa. Sebenarnya dah lama aku mahu cuba beri peluang untuk menceburkan diri dalam dunia jualan langsung jadi rezeki lebih kepada Amway. Malah bertambah-tambah bertuah kerana kelas untuk menimba ilmu pula dekat sangat dengan rumah. Mungkin rezeki Allah beri bila kita mahukan sesuatu hanya minta padaNYA, insya Allah Dia akan tunjukkan kita jalannya. Lepas dah tahu tu, atas usaha diri sendiri lah nak buat macamana. Tak dinafikan banyak juga kena berkorban seperti kena pergi kelas, seminar dan rajin menuntut ilmu. Alhamdulillah sepanjang 3 bulan bersama Amway, setiap bulan aku menikmati pendapatan bulanan hasil dari menjual produknya. Nak kata banyak tu tak adalah tapi sudah terkumpul lebih dari 4 angka juga (ribu). Siapa yang nak bagi kan?

Sekali lagi semuanya perlukan usaha yang konsisten. Tak dinafikan sebagai manusia aku juga ada saat-saat malas dan rasa mahu berhenti tapi entah kenapa ada sahaja perkara yang membuatkan aku teruskan apa yang telah aku usahakan ini.


Gambar semasa seminar keusahawanan Amway di Petaling Jaya pada 8hb Ogos 2015 baru-baru ini. Kali ke 3 aku pergi meninggalkan anak-anak di rumah pada en suami kerana mahu menambah ilmu dan bersama dengan orang-orang yang berjaya. Memang terasa lain auranya ya tapi bila balik rumah tu atas diri sendiri lah nak teruskan bersemangat atau lemau kembali :P

Selain itu, kena aktif bina networking secara online juga. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab berada dalam jaringan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) di mana banyak membantu aku dikenali oleh ahli-ahlinya yang lain. Masa bulan puasa ramai juga ejen jualan yang terdiri daripada ahli ABDR yang menjual produk aku jual :) Rezeki sama-sama dikongsi, walau tak banyak tapi terasa nikmatnya apabila apa yang kita jual orang beli. Betul tak? 

Pendek kata kena usaha secara konsisten tanpa kenal erti putus asa. Emosi juga kena jaga. Tipu lah kalau aku tak sentap atau bengang dengan pelbagai karenah pelanggan. Nak-nak setiap hari ada 10 orang bertanyakan soalan yang sama. Contohnya seperti "Tumpang tanya, set barangan parti harijadi harga berapa ya" Penat tau tapi kat sini lah kita kena fikirkan tindakan dan buat sesuatu seperti senaraikan siap2 template harga dan hantar terus pada pelanggan. Lepas tu kena sabar lagi bila ada yang tanya "banner tu panjang berapa?" Takpun "saya tak ada idea nak buat dekorasi, boleh bla bla bla" dan segala macam pertanyaan lagi. Haaa pendek kata kena sabar ya puan-puan semua :) Walau macamana rasa nak meletop tahap gunung berapi pun jangan marah pelanggan kerana kita tak tahu rezeki kita ada pada siapa :)


Takpun kena bersabar bila ada yang suka-suka WhatsApp kita untuk tanya harga. Pendek kata macam-macam ragamlah dan hadapinya dengan tenang. Ini adalah asam garam berniaga. Kalau tak sanggup nak hadapinya maka jangan beranganlah boleh jana pendapatan hanya dari rumah sahaja.


Lagi satu nak kena rajinlah kan. Rezeki tak akan datang bergolek jadi TIADA JALAN SINGKAT UNTUK BERJAYA OK!!! Oh ada satu lagi iaitu jangan malu untuk berniaga atau mempromosikan produk yang kita jual. Bukan apa, kalau tak bercerita di blog atau di laman sosial yang lain, mana kawan-kawan kita nak tahu kan kita menjual. Takpun, janganlah sekali jual orang tak nak beli terus "give up" dah. Selain daripada menjual online, sesekali keluar juga lah berjumpa atau menambah kenalan secara offline. Tak rugi kalau kita menjadi seorang yang peramah demi mencari seuap nasi. Asalkan jangan sampai memaksa-maksa orang sudah lah :)


Gambar semasa aku menyertai jualan di surau berdekatan rumah dalam bulan puasa yang lepas. Alhamdulillah, selain dapat berkenalan dengan ahli jemaah yang lain dapat juga cari duit poket untuk raya. Kebetulan stok nasi arab memang banyak di rumah, jadi apa salahnya korbankan masa berehat di hujung minggu untuk sertai jualan macam ni. Seronok juga bila dapat berbual-bual dengan orang yang tak pernah kita jumpa tapi mesranya sama seperti berbual dengan kawan-kawan kita :) Pendek kata, jangan malu ya sebab kalau malu semua pun tak boleh!

Akhir kata bukan senang untuk berjaya. Sebenarnya perjalanan aku pun baru aje bermula ni, masih banyak lagi perkara tentang perniagaan yang harus aku belajar. Kenapa aku buat semua ini? Sudah tentulah untuk kepuasan diri dan memikirkan anak-anak yang makin bertambah setiap tahun :P Duit hasil menjual mahupun segala apa yang aku usahakan disimpan di dalam akaun bank anak-anak. Bukan apa, kalau masuk akaun sendiri sudah tentu tangan pun gatal nak menghabiskannya. Harus diingat, bekerja sendiri ni kita tidak tahu apa yang berlaku di masa hadapan jadi kena sentiasa beringat dan jangan terlalu boros dalam berbelanja. Lagipun kalau dapat nampak simpanan hasil dari titik peluh sendiri (walaupun sedikit) sudah tentu dapat menaikkan semangat untuk terus berusaha kan?

Semoga sedikit perkongsian daripada aku dapat membuka pintu hati surirumah di luar sana agar berusaha untuk mencari pendapatan sendiri. Zaman serba maju memang kemudahan semua di hujung jari jadi sangat-sangat rugi jika tidak menggunakan kelebihan yang ada. Bagaimana nak belajar berniaga melalui blog? Haaaaa, jangan lupa sertai kelas asas blog & fanpage (mula bisnes) di bawah bimbingan cikgu Zaila Mohamad secara online mahupun offline di Shah Alam. Nak tahu lebih lanjut? Sila WA ke 012-970 6828.

Ok Bye!

2 ulasan:

ummul azkee berkata...

terima kasih aats perkongsian..saya pun akn terus berusaha..insyallah..xmudah kan..

Nadiah Hanum berkata...

Tahniah cikgu zaila...kagum dgn semangat cikgu..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^