Assalamualaikum,
KAwan-kawan pernah tak makan kulat sisir? Ada juga yang sebut cendawan sisir tapi aku panggil kulat sisir memandangkan kat kampung dikenali dengan nama ini. Kalau masa kecil dulu mana nak suka makanan "kampung" macam ni, rasa macam tak sedap sangat! Sekarang ini asal dengar aje orang bercerita terus teringin nak makan. Hai, faktor penuaan sangat dah ni T_____T"
Hari tu aku minta Kak Na poskan dari Kelantan lagi. Nasib baiklah dapat kakak yang baik hati sanggup melayan karenah adiknya yang mengada-ngada. Bukan tak ada di Shah Alam ni, cuma nak pergi mencarinya tu tak tahu di mana. Dalam GPS takde kot :P
Baruku tahu rupa-rupanya susah juga nak basuh kulat sisir ni. Nasib baik tanya dulu dengan Kak Na cara-cara nak kerjakan tumbuhan ini. Mula-mula kena rendam air dan garam. Lepas tu, masa bersihkan ramas-ramaslah buang segala jenis sampah seperti kulit kayu dan macam-macam lagi lah. Maklumlah kulat sisir ni kan tumbuh di kayu-kayu yang sudah mereput. Adalah dalam 10 kali juga aku ulang basuh. Itupun masih ada lagi pasir yang terasa. Hu hu hu
Ok, resepi ini sebenarnya Kak Na yang ajar. Boleh cuba ya :
Bahan-bahan :
- 5 / 6 ulas bawang merah *
- 3 ulas bawang putih *
- segenggam ikan bilis *
- sedikit cili kering (tapi aku guna cili boh dalam 2 sudu besar)
- 1 biji telur
- garam & gula untuk penambah perisa
Cara-cara :
- Tumbuk semua bahan di atas. Kalau nak kisar pun boleh juga tapi memandangkan sikit aku tumbuk aje
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi dan masukkan cili boh. Kacau sehingga sambal masak.
- Pecahkan telur dan perisakan dengan garam & gula
- Masukkan kulat sisir
Wallah! Siap untuk dihidangkan. Memang sedap sangat. Rugi kalau ada yang tak makan kulat sebab takut keracunan. Masa aku kecil dulu pernah juga tengok drama dalam TV ada yang meninggal kerana makan kulat. Ha ha ha Tapi lupa lah tajuk apa cerita tu, agaknya sebab itulah masa kecil tak suka makan kulat sisir ni. Pengaruh drama rupanya :) Sekarang dah makin tua ni semua makanan eksotik rasa nak makan. Eh!
Selamat mencuba :)
========================================================================
LINTAS LANGSUNG KELAS ASAS BLOG & FANPAGE (BISNES & PENULISAN)
Sungguh tak terkata gembiranya saya, pelaburan dalam membayar yuran penyertaan sebagai keluarga besar ABDR sangat berbaloi. Buktinya, belum pun sempat saya menghabiskan tugasan wajib 44 entri pertama, saya telah berjaya menerima prospek yang mengupah saya untuk mebuat 'FB Page' dan akan datang prospek yang sama mengupah saya untuk membuat blog. Sedangkan tidak pula pernah terlintas di hati untuk mengambil upah buat 'FB Page dan Blog'.
Zaman dunia IT semakin moden dan semakin canggih! Sesiapa pun boleh menggunakan aplikasi Google untuk belajar tentang apa-apa sahaja secara percuma. Namun, harus diingat bahawa setiap ilmu baru yang ingin dipelajari harus disertai dengan mentor/guru untuk membimbing kita. Jika tidak, kita mungkin tersasar dari matlamat sebenar.
Benarlah kata orang, tanpa ilmu pengetahuan, perkara yang senang akan jadi susah dan sukar untuk dilaksanakan. Kesukaran itu akan jadi batu penghalang untuk kita mengorak langkah ke hadapan. Penawar kesukaran itu hanya mampu di atasi jika kita mempunyai ilmu dan mentor. Carilah mentor yang ikhlas berkongsi ilmu pengetahuan dan mampu membimbing kita untuk menjadi yang lebih baik dari sekarang atau lebih baik dari mentor kita sendiri.
Senang sangat untuk menjana pendapatan secara online ni. Duduk rumah diam-diam tak payah sibuk keluar, kita ada produk fizikal dan juga digital, juga perkhidmatan kelas online dan offline. Semua ada SOP.
Bagi yang mahu mula bekerja hanya dari rumah, boleh mendaftar sebagai pengurus online di ABDR. Sangat sesuai mula dari sekarang, bila musim perayaan pos tutup kita masih boleh terus berjualan, kerana semuanya atas talian.
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/2015/08/berbaloi-dengan-yuran-kelas-abdr.html
Pendaftaran sepanjang tahun. Hubungi melalui :
Emel : zailamohamad@yahoo.com
Facebook : Zaila Mohamad
Whats App : 012-970 6828
1 ulasan:
sedap yer..first time dgr..hm...tu cendawan kering ker..
Catat Ulasan