Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 25 Ogos 2015

Gadget Dapur Idaman Hati : Kitchen Aid Mixer

Assalamualaikum,

Apabila berbicara tentang dapur sudah tentulah kaum Hawa yang paling teruja bukan? Macam aku lah memandangkan dapur rumah ini adalah  nadi kepada rumah aku. Kat sini lah nak masak dan sediakan juadah untuk keluarga. Ikutkan hati sudah tentu mahukan dapur yang luas dan teratur susunanya. Senang nak buat kerja dan tak serabut mata memandang. Tapi buat masa sekarang kena banyak-banyak bersabar dahulu. Bukan semua kemahuan kita akan dapat kan? Sekarang kita pasang angan-angan dan cuba untuk realisasikan impian tersebut.

Dapur yang best sudah tentulah yang ada pelbagai gadget yang menarik. Pernah tak tengok siaran Food Network di Astro? Siaran 727 dalam versi HD. Fuuh boleh tangkap lelehlah kalau tengok deko dan gadget yang chef-chef gunakan. Aku suka tengok Ina Garten dari rancangan Barefoot Contessa, Nancy Fuller dari rancangan Farmhouse Rules dan banyak lagi lah. Tapi 2 siri tu dekat di hati sebab aku juga mengidamkan kediaman macam mereka. Mana tahu satu hari nanti boleh bina rumah ala-ala ladang di kampung halaman. He he Berangan adalah percuma kan?

Satu persamaan antara kesemua chef adalah gadget-gadget dapur yang mereka gunakan. Sudah tentu lah yang terbaik sahaja. Antaranya jenama Kitchen Aid, Philips dan Noxxa (eh saje je nak tambah ya). Ini bukan kerana barangan tersebut lawa (orang perempuan haruslah nak matching-matching dengan tema dapur) tapi ini kerana barangan tersebut berkualiti dan memudahkan mereka. Sekejap sahaja mereka dapat sediakan pelbagai jenis masakan kerana kapasiti produk yang bagus boleh buat kerja dapur dengan laju dan cekap.


Salah satu gadget idaman hati adalah si pinky ceri Kitchen Aid Mixer ni. Kat rumah ni bukan tak ada mixer tapi biasa lah nafsu wanita kan nak yang lawa-lawa aje. Takpe tunggu cukup haul dan nisab kita pinang dia :)


Nah! Tengok rumah Ina Garten di atas (sumber imej internet) bukan satu tapi dua mixer KA dia ada. Iyalah senang nak buat pavlova lah katakan. Menurut chef, mixer KA lebih stabil berbanding jenama lain kerana kualiti buatannya. Aku pernah tengok demo, memang tak bergegar langsung bila putar bahan-bahan.


Nah! Nancy Fuller pun sama ada juga di dapurnya :) Sumber imej adalah internet

Selain itu, aku juga teringin nak beli food processor jenama Philips ni. Walaupun jika dibandingkan harganya sedikit mahal berbanding jenama lain tapi sudah tentulah kualiti dan daya tahannya lebih berbanding jenama lain.

Kalau chef-chef selalu sediakan sos pesto dengan menggunakan Food Processor ni, bukan setakat tu nak buat ais krim, pau malah apam pun boleh. Kena tahu guna setiap gadget yang diberikan di atas. Memang memudahkan kerja dan produk yang terhasil pun lawa aje

Nak tahu tak? Bulan ni ada promosi best bagi sesiapa yang beli produk mixer KA melalui aku. Haa tengok gambar di bawah ini :


Beli pengadun (baru tahu terjemahan mixer) dapat percuma cerek jenama Kitchen Aid. Kalau di pasaran sebiji cerek ni mahu cecah harga RM300 ke atas. Tapi kalau beli melalui aku dapat FREE aje. Best kan? Kalau nak tahu lebih lanjut boleh hubungi aku melalui 012-970 6828 sekarang!

Tapi buat masa sekarang aku rasa aku nak beli Noxxa breadmaker dulu sebab anak-anak aku ni semuanya hantu roti. Ya Allah permudahkanlah segala urusanku. Aamin :)

=======================================================================

ULASAN KELAS ASAS BLOG & FANPAGE (MULA BISNES)

Seperti biasa waktu saya menulis dan luangkan masa dengan blog sewaktu anak-anak sedang tidur.

Petang ini suka saya ingin berkongsi perasaan dan pengalaman saya selama saya mengikuti "kelas Asas Blog & Fanpage" bersama guru online saya iaitu Puan Zaila.
Perkenalan berlaku secara tidak sengaja dan tanpa dirancang.Sewaktu itu saya berada di Johor mengikuti suami bertugas,dan secara tidak sengaja saya bertanya khabar pada sahabat lama yang telah lama tidak berhubung iaitu Puan Mardiana.Perbualan kami berkisahkan tentang kehidupan masing-masing,dan saya menceritakan yang saya telah berhenti berkerja awal tahun 2015,kerana mengikuti suami bertugas.

Dari itulah sahabat yang lebih mesra saya sapa kak na,membuka cerita dan menyuluh jalan perniagaan secara dalam talian yang dia sendiri ceburi dan dia sendiri berada dalam kelompok Akademik Bekerja Di Rumah.Semua ini kerana kebosanan apabila berhenti kerja dan inginkan pendapatan sampingan.Setelah kak na menceritakan kebaikan ABDR saya betul-betul tertarik dan ingin mencuba,kerana rasa tercabar apabila kak na berkata,"kalau tak belajar,memang tak akan pandai". Hari sama saya hubungi cikgu Zaila untuk bertanyakan tentang kelas yang dianjurkan.


Alhamdulillah sekarang dah hampir 3 bulan saya menjadi anak murid pada cikgu Zaila yang sangat baik dan segala urusan pembelajaran di talian menjadi mudah.Saya sukakan cara belajar yang dibawa oleh cikgu Zaila,kerana masa belajar ditentukan mengikut kelapangan saya sendiri.Itu adalah bonus paling besar bagi saya yang mempunyai anak yang masih kecil.

Saya sangat berpuashati dengan pembelajaran dan tidak rugi saya mendaftar di ABDR.Sangat teruja untuk siapkan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Zaila.Sekarang saya boleh menulis blog dengan cara yang betul dan boleh menggunakan medium Facebook untuk berniaga.


DAFTAR MELALUI :

Emel : zailamohamad@gmail.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu lagi.



2 ulasan:

ummul azkee berkata...

dapur kan office kite suri rumah..ada gadjet masak yg best..semangat nk masak macam2 kn.hehehw.. bw dr www.housewifearts.blogspot.com

Iela Fazielah berkata...

food processor philips tu pun dah lama ila ushar2..... Rm500++ gak kan??? tp KA mixer tu masih lom mampu bl kot.... mood masak kek jarang2..... hihi....

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^