Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label bisnes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bisnes. Papar semua catatan

Rabu, 9 Disember 2015

Jom Berniaga Gaya Jutawan Senyap!


Gambar : Antara produk yang boleh dihasilkan secara home industry

Assalamualaikum,

Semalam masa tengah kemas meja terjumpa majalah Anis keluaran Mac 2014 yang aku beli di sekolah anak-anak. Tengok tajuk muka depan "Hendak Jadi Jutawan Perlu Berniaga" kata Dato' Dr. Haji Rusly Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Chef Li. Kalau tak silap Chef Li ada menulis banyak ebook dan juga buku bertajuk Jutawan Senyap. Jadi, aku nak kongsikan di sini sedikit daripada nasihat yang diberikan oleh Chef Li kepada mereka yang mahu memulakan perniagaan.

Antara nasihat Chef Li adalah suami isteri perlu menjadikan diri mereka terampil, mahir dan produktif. Kalau perbelanjaan bulanan keluarga tu dah tak cukup, maka kenalah rajinkan diri untuk mencari sumber pendapatan yang lain iaitu dengan berniaga. Formulanya ialah dengan menambah nilai sesuatu sumber yang kurang bernilai menjadi produk baharu yang lebih komersial dan boleh dimanfaatkan untuk keluarganya sendiri. Kaedah ini dipanggil TNS atau TAMBAH NILAI SUMBER.

Bagi kaum wanita pula boleh memanfaatkan tanah yang ada untuk bercucuk tanam tanaman keperluan dapur seperti cili, kacang botol, serai, kunyit, daun limau, daun pandan, halia, sayuran dan ulaman. Kata Chef Li lagi, anehnya kebanyakan dari kita sanggup mempunyai sehingga tiga set televisyen, tetapi tidak membeli walaupun sebuah mesin pengisar, mesin penguli, oven atau pengukus besar. Bercakap mengenai penguli, teringat pula aku akan mesin Noxxa Noodle Maker yang aku beli tu, alhamdulillah dah ada beberapa kawan yang mahu tempah mee kuning hasil tangan aku, Insya Allah selamat dan dibuat dari bahan-bahan yang halal serta tidak mengandungi pengawet langsung. Ada orang tak boleh makan mee kuning yang dibeli di kedai sebab nanti akan migrain atau angin berlebihan dalam badan adalah disebabkan kandungan asid borik dan kapur yang digunakan untuk mengawet mee tersebut. Jadi, berbaloilah beli untuk kegunaan sendiri. Jika rajin bolehlah jual pada kenalan atau jiran-jiran :)



Seronok dan puas hati bila dapat buat mee hasil tangan sendiri. Hari tu ada tersebar dalam facebook & Whats App yang ada sebuah kilang di Sungai Buloh yang dimiliki oleh bangsa lain tapi menggunakan nama seperti produk Muslim telah disita sebab tak menepati piawaian JAKIM. En suami cakap macam dah jadi fardhu kifayah pula bagi kita menghasilkan produk muslim sebab tengoklah dunia sekarang ramai yang suka ambil kesempatan ke atas orang Islam. Pengguna memang tak dinafikan ramai tapi bangsa kita ni memang *ehem*ehem* (faham sendiri) bab meniaga ni. Jadi, kalaupun tak nak meniaga secara besar-besaran, jomlah kita ubah gaya hidup dan beli segala gadget yang memudahkan kita menghasilkan sendiri produk yang terjamin halal dan toyyiban. Setuju tak? Nak beli Noxxa noodle maker? Meh WA aku di 012-970 6828 untuk pertanyaan harga.

Oklah, nanti aku kongsikan lagi tentang tips-tips untuk menjadi jutawan sepertimana yang dikongsi oleh Che Li. Sehingga berjumpa lagi. Bye!

Rabu, 7 Oktober 2015

Kenapa Surirumah Perlu Buat Bisnes?

Assalamualaikum,

Lamanya tak update blog :) Tiada apa yang menarik sangat untuk dikongsikan cuma aku mahu bercerita tentang pengalaman menghadiri seminar Moving Up Seminar (MUS) yang dianjurkan oleh upline aku di Melaka. Sebenarnya seminar ini 2 hari penuh dengan aktiviti tapi memandangkan hari Sabtu tak dapat menghadirkan diri, aku gagahkan juga pergi hari Ahad (walaupun sampai agak lewat juga). Rugi rasanya jika tak menghadirkan diri walaupun pada awalnya hati berbelah bagi juga memandangkan program akan habis tengahari Ahad juga. Alhamdulillah, syukur ada suami yang "sporting", sanggup jadi pemandu dan penjaga anak-anak semasa aku dalam seminar, en suami bawa anak-anak masuk ke Zoo Melaka. Syukur juga seminar tu diadakan di D'Village Ayer Keroh yang terletak bersebelahan juga dengan Zoo Melaka.

Walaupun mama tak dapat masuk zoo bersama anak-anak, tapi dalam hati ni rasa macam mahu lari aje untuk bersama-sama mereka. Tapi apakan daya, mama juga ada agenda bisnes mama sendiri (eceh bunyi macam poyo je). Alhamdulillah, pengisian perkongsian pada hari tu memang terus menyentap ke dalam jiwa aku ni. Banyak kali juga air mata ni berjujuran jatuh dengan sendirinya apabila mendengar perkongsian-perkongsian daripada mereka yang sudah berjaya. Paling aku suka sudah tentu perkongsian dari seorang surirumah anak 7 (pasangan puan Rokiah & Ustaz Suhaimi). Bayangkan dengan gaji seorang guru mungkin agak "tenat" untuk menampung perbelanjaan keluarga kan? Dari situ Pn Rokiah berazam sungguh-sungguh untuk majukan bisnesnya dan alhamdulillah berkat duit penat lelah buat bisnes berjaya menampung perbelanjaan anak beliau yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi tanpa mengambil pinjaman PTPTN pun.

Iya, aku rasa macam kena sentap aje pangkal jantung ni sebab aku juga ada anak yang ramai (menyusul 6 orang dikira ramailer kan?). Bukan tak bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan melalui en suami tapi apa salahnya jika kita berniaga juga demi masa depan anak-anak kan? Sambil-sambil isi kelapangan tu boleh pilih nak buat bisnes apa tapi kalau tanya aku sudah tentulah bisnes yang mudah untuk dijalankan dan tak perlu keluarkan modal yang banyak. Iyalah, kita kan surirumah, bukannya usahawanita yang perlu keluarkan modal besar untuk bina kilang belakang rumah :P

Jadi jika tanya aku, sebenarnya jawapan aku mudah ; Am.way lah antara salah satu jawapannya iaitu bisnes yang tak perlukan modal yang banyak untuk bermula dan semua produk sudah tersedia. Kalau tak silap ada lebih dari 800 jenis produk untuk dijual. Bagaimana nak jual? Hanya kongsikan kebaikan produk kepada kawan-kawan mahupun jiran tetangga mahupun kenalan alam maya dan ajak mereka membeli  atau menggunapakai produk di kedai Amway yang berdekatan dengan anda. Kalau kedai jauh, tak payah pening kepala hanya order sahaja secara dalam talian (online). Mudahlah sangat-sangat kan? Jadi, surirumah semua rugi kalau tak ambil peluang ini. Mahu tahu lebih lanjut tentang bisnes ini boleh Whats App aku di 012-970 6828 ya.

Jika mahu berbisnes pertama sekali jangan fikir hanya untuk dapatkan duit poket untuk beli lipstik atau henbeg sahaja (yang itu minta dengan suami sebab memang kewajipan mereka untuk sediakan kepada isteri) tapi niatkan demi masa depan anak-anak kita. Kita tak tahu akan datang sudah tentu kos pendidikan akan makin meningkat dan sudah tentu kita juga tak mahu anak-anak kita mengikut jejak langkah kita dengan mengambil pinjaman PTPTN (eh aku lah tew) kan? Jika begitu, maka jawapannya adalah dengan berniaga dan dedikasikan duit hasil penat lelah berniaga ke dalam akaun anak-anak. Sebenarnya ada banyak caranya tapi yang tu kita stori lain kali pula. Jom layan gambar budak-budak terlampau seronok dapat masuk dalam zoo ;)

Tahun 2012 rasanya kami pernah ke Zoo Melaka, waktu ni Ashraf kecil lagi. Sampai lenguh kaki berjalan dalam zoo ni (punyalah besar) dan balik dari percutian di Melaka Ashraf masuk wad di DEMC sebab sakit mata. Ha ha ha Kenangan sungguh! Tahun ini mereka masuk lagi untuk mengimbas kenangan lama (kecuali bagi Azzam & Aaliayah sudah tentulah pertama kali buat mereka)


Bila balik tu masih teruja anak-anak bercerita tentang ular, zirafah, monyet dan kura-kura. Kita yang dengar pun tumpang "excited" sekali. Nanti kalau ada rezeki nak bawa anak-anak ke taman burung di KL pula!


Amboi mek Husna silang kaki lagi. Alhamdulillah cuaca di Melaka ok sikit tahap jerebunya, tak macam di Shah Alam yang masa tu agak teruk sampai sesak nafas ni. Masa mama dalam seminar, kecoh group Whats App berkongsikan maklumat yang sekolah tutup 2 hari. Yeay! Lega hati mama :)


Azzam seronoklah dapat tengok kura-kura. Tengok sahaja boleh tapi jangan nak bela ya sebab mama kamu ni "rajin" orangnya. Nanti nak kena cuci tahi kura-kura satu hal pula bertambah tugas mama ni


Permata hati mama. Insya Allah walau apa dugaan dan halangan mama akan terus berjuang demi anak-anak.


Sekejap aje mereka dah besar. Walau macamana sibuk kita mengejar impian atau matlamat jangan abaikan kasih sayang untuk anak-anak. Semoga mereka akan ingat penat lelah mama & papa dalam membesarkan mereka (yang kuat makan ni) Opsss


Ashraf dan Azzam memang cute. Eh puji anak sendiri pula


Azzam nak buat "peace" tapi tak reti lagi. Double cute lah!


Alhamdulillah Haziq walau nampak seorang yang manja tapi dah boleh tolong dukung adik Aaliyah dan jagakan adik, kalau Husna nampak macam tak boleh harap sangat. Koyal jah lebih (diva sangat ni)


Papa terpaksa sewa kereta ni sebab ada budak malas nak berjalan. Mencabar juga katanya sebab tak semua tempat boleh naik (kena usung kalau ada tangga atau batu) dan Ashraf pula jeles nak naik juga. Macam-macamlah papa cari alasan untuk pujuk. He he Cute lah kamu anak-anak dan terima kasih en suami sebab berjaya menjadi superdad tengahari tu. Sampaikan lenguh tangan buat dukung Aaliyah. Petang tu kami terus bertolak balik dan sampai di rumah sebelum maghrib. Satu pengalaman yang bermakna bagi aku dan anak-anak. Semoga lepas ini makin rajinlah untuk berusaha!

Sehingga bertemu lagi. Maaf pada yang bertanyakan tentang Genius Aulad, anak-anak aku sudah tidak bersekolah di situ dan aku tidak ada senarai harga yuran terbaru. Boleh google dan cari sendiri di website mereka ya. Insya Allah tahun depan Ashraf pun akan ke tadika, mama pening juga nak pilih yang mana tapi kali ni nak pilih yang biasa-biasa aje memandangkan poket dan komitmen yangs emakin bertambah. Semoga dipermudahkan segala urusan kami dan kawan-kawan yang membaca entri ini. Bye!

Selasa, 25 Ogos 2015

Gadget Dapur Idaman Hati : Kitchen Aid Mixer

Assalamualaikum,

Apabila berbicara tentang dapur sudah tentulah kaum Hawa yang paling teruja bukan? Macam aku lah memandangkan dapur rumah ini adalah  nadi kepada rumah aku. Kat sini lah nak masak dan sediakan juadah untuk keluarga. Ikutkan hati sudah tentu mahukan dapur yang luas dan teratur susunanya. Senang nak buat kerja dan tak serabut mata memandang. Tapi buat masa sekarang kena banyak-banyak bersabar dahulu. Bukan semua kemahuan kita akan dapat kan? Sekarang kita pasang angan-angan dan cuba untuk realisasikan impian tersebut.

Dapur yang best sudah tentulah yang ada pelbagai gadget yang menarik. Pernah tak tengok siaran Food Network di Astro? Siaran 727 dalam versi HD. Fuuh boleh tangkap lelehlah kalau tengok deko dan gadget yang chef-chef gunakan. Aku suka tengok Ina Garten dari rancangan Barefoot Contessa, Nancy Fuller dari rancangan Farmhouse Rules dan banyak lagi lah. Tapi 2 siri tu dekat di hati sebab aku juga mengidamkan kediaman macam mereka. Mana tahu satu hari nanti boleh bina rumah ala-ala ladang di kampung halaman. He he Berangan adalah percuma kan?

Satu persamaan antara kesemua chef adalah gadget-gadget dapur yang mereka gunakan. Sudah tentu lah yang terbaik sahaja. Antaranya jenama Kitchen Aid, Philips dan Noxxa (eh saje je nak tambah ya). Ini bukan kerana barangan tersebut lawa (orang perempuan haruslah nak matching-matching dengan tema dapur) tapi ini kerana barangan tersebut berkualiti dan memudahkan mereka. Sekejap sahaja mereka dapat sediakan pelbagai jenis masakan kerana kapasiti produk yang bagus boleh buat kerja dapur dengan laju dan cekap.


Salah satu gadget idaman hati adalah si pinky ceri Kitchen Aid Mixer ni. Kat rumah ni bukan tak ada mixer tapi biasa lah nafsu wanita kan nak yang lawa-lawa aje. Takpe tunggu cukup haul dan nisab kita pinang dia :)


Nah! Tengok rumah Ina Garten di atas (sumber imej internet) bukan satu tapi dua mixer KA dia ada. Iyalah senang nak buat pavlova lah katakan. Menurut chef, mixer KA lebih stabil berbanding jenama lain kerana kualiti buatannya. Aku pernah tengok demo, memang tak bergegar langsung bila putar bahan-bahan.


Nah! Nancy Fuller pun sama ada juga di dapurnya :) Sumber imej adalah internet

Selain itu, aku juga teringin nak beli food processor jenama Philips ni. Walaupun jika dibandingkan harganya sedikit mahal berbanding jenama lain tapi sudah tentulah kualiti dan daya tahannya lebih berbanding jenama lain.

Kalau chef-chef selalu sediakan sos pesto dengan menggunakan Food Processor ni, bukan setakat tu nak buat ais krim, pau malah apam pun boleh. Kena tahu guna setiap gadget yang diberikan di atas. Memang memudahkan kerja dan produk yang terhasil pun lawa aje

Nak tahu tak? Bulan ni ada promosi best bagi sesiapa yang beli produk mixer KA melalui aku. Haa tengok gambar di bawah ini :


Beli pengadun (baru tahu terjemahan mixer) dapat percuma cerek jenama Kitchen Aid. Kalau di pasaran sebiji cerek ni mahu cecah harga RM300 ke atas. Tapi kalau beli melalui aku dapat FREE aje. Best kan? Kalau nak tahu lebih lanjut boleh hubungi aku melalui 012-970 6828 sekarang!

Tapi buat masa sekarang aku rasa aku nak beli Noxxa breadmaker dulu sebab anak-anak aku ni semuanya hantu roti. Ya Allah permudahkanlah segala urusanku. Aamin :)

=======================================================================

ULASAN KELAS ASAS BLOG & FANPAGE (MULA BISNES)

Seperti biasa waktu saya menulis dan luangkan masa dengan blog sewaktu anak-anak sedang tidur.

Petang ini suka saya ingin berkongsi perasaan dan pengalaman saya selama saya mengikuti "kelas Asas Blog & Fanpage" bersama guru online saya iaitu Puan Zaila.
Perkenalan berlaku secara tidak sengaja dan tanpa dirancang.Sewaktu itu saya berada di Johor mengikuti suami bertugas,dan secara tidak sengaja saya bertanya khabar pada sahabat lama yang telah lama tidak berhubung iaitu Puan Mardiana.Perbualan kami berkisahkan tentang kehidupan masing-masing,dan saya menceritakan yang saya telah berhenti berkerja awal tahun 2015,kerana mengikuti suami bertugas.

Dari itulah sahabat yang lebih mesra saya sapa kak na,membuka cerita dan menyuluh jalan perniagaan secara dalam talian yang dia sendiri ceburi dan dia sendiri berada dalam kelompok Akademik Bekerja Di Rumah.Semua ini kerana kebosanan apabila berhenti kerja dan inginkan pendapatan sampingan.Setelah kak na menceritakan kebaikan ABDR saya betul-betul tertarik dan ingin mencuba,kerana rasa tercabar apabila kak na berkata,"kalau tak belajar,memang tak akan pandai". Hari sama saya hubungi cikgu Zaila untuk bertanyakan tentang kelas yang dianjurkan.


Alhamdulillah sekarang dah hampir 3 bulan saya menjadi anak murid pada cikgu Zaila yang sangat baik dan segala urusan pembelajaran di talian menjadi mudah.Saya sukakan cara belajar yang dibawa oleh cikgu Zaila,kerana masa belajar ditentukan mengikut kelapangan saya sendiri.Itu adalah bonus paling besar bagi saya yang mempunyai anak yang masih kecil.

Saya sangat berpuashati dengan pembelajaran dan tidak rugi saya mendaftar di ABDR.Sangat teruja untuk siapkan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Zaila.Sekarang saya boleh menulis blog dengan cara yang betul dan boleh menggunakan medium Facebook untuk berniaga.


DAFTAR MELALUI :

Emel : zailamohamad@gmail.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu lagi.



Jumaat, 14 Ogos 2015

Set Berpantang Paling Lengkap Khas Buat Ibu Mengandung

Assalamualaikum,

Bagi laluan sat untuk sesi iklan. Hari ini aku nak bercerita tentang set berpantang yang paling lengkap khas buat ibu-ibu yang bakal melahirkan anak. Pendek kata semua sudah ada dalam set ini untuk ibu dan bayi. Siapa yang tak tahu tentang Set Lepas Bersalin Tropical Herbs boleh google je, rasanya ramai yang sudah tahu dan menggunakannya. Set ini sudah lama berada di pasaran cuma mungkin ada yang tak tahu nak beli melalui siapa. Kalau dah tahu tu, sila hubungi aku di 012-970 6828 untuk urusan pembelian ya :)
Dalam set ni ada herba pembersih wanita, herba mandian, campuran param pilis, minyak urut herba, campuran penghangat badan, minyak bayi dan juga pil untuk dimakan. Jangan risau, dalam set ni siap disertakan jadual pengambilan dan penggunaan. Jadi, tak payah nak pening kepala nak mulakan dengan apa dan yang mana.


Tahu tak bulan ni ada promosi best belian dengan belian. Kalau tambah lagi RM40 boleh dapatkan set periuk seramik LOCK & LOCK STONE macam dalam gambar di bawah :


Aku dah rembat awal-awla lagi sebab bila tonton Youtube tentang keistimewaan periuk ni terus terpikat. Ha ha ha Tahu tak ramai orang cina yang berebut nak beli periuk ni sebab mereka guna untuk buat reneh sup dan herba-herba. Ibu berpantang sesuai sangatlah boleh buat reneh sup haruan dalam ni, ianya sesuai digunakan di atas dapur gas mahupun dapur elektrik.


Kalau berminat cepat-cepatlah hubungi aku di 012-970 6828 untuk urusan pembelian. Tawaran hanya sah pada bulan ini sahaja tau.


Set ini juga diberikan lengkap dengan bengkung dan paling best penghantaran percuma seluruh Malaysia. Jadi, tak payah pening kepala nak fikir set berpantang mana yang bagus. Percayalah set bersalin Tropical Herbs ni memang pilihan semua ibu dari dulu sampai sekarang. PM / WA ke 012-970 6828 untuk harga dan cara-cara pembelian.

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum :)

Khamis, 2 Julai 2015

Tips Jimat Cermat Hari Raya

Assalamualaikum,

Sekejap sahaja sudah memasuki separuh bulan puasa. Hari ini sudah 15 hari puasa, macamana KPI puasa kita? Adakah semakin bertambah amalannya atau semakin sedikit? Aku nak kata makin banyak tu takde lah tapi makin lama makin malas pula, ni mesti terlebih tidur siang hari ni. Opsss

Tapi niat di hati nak teruskan beramal, kena kuatkan semangat sikitlah. Tambah-tambah bulan puasa ni dengan berniaganya dengan jaga anak-anaknya. Kadang-kadang mencabar keimanan juga :( Macam-macam karenah nak kena layan, baik yang sudah besar mahupun yang kecil. Mencabar betul!

Semalam aku ada terbaca di dalam facebook Tuan Shamsuddin Kadir yang memberikan tips berjimat khasnya untuk kakitangan kerajaan yang sedang menunggu 45 hari sebelum gaji. Mak aih lama juga tu ya, kalau yang jenis ada bisnes bolehlah ada pendapatan sampingan tapi kalau yang harapkan gaji semata? Memanglah kena "ikat" perut sedikit. Aku kongsikan di sini antara tips yang diberikan oleh Tuan Shamsuddin Kadir.

1. Bayar hutang wajib, sebaik sahaja mendapat gaji untuk bulan Julai,
2. Beli keperluan rumah (termasuk beras, sos cili, lada, kicap,
3. Jangan bawa ATM yang ada duit gaji balik kampung
4. Bawa balik duit bonus RM 500 itu sahaja.
5. Kurangkan bagi duit raya, kerana malu nanti apa orang kata, jika tidak bagi kepada anaknya, dia bagi duit raya kepada anak kita.
6. Tidak perlu beli emas palsu untuk hari raya ini,
7. Tidak perlulah beli tudung beratus-ratus, kerana orang bukan nampak tudung kita, orang nampak otak kita, sama ada otak itu hidup ataupun beku.
8. Balik kampung bukan untuk menunjuk baju baru satu keluarga.
9. Zakat fitrah jangan lupa ya.

Selain itu aku nak tambah lagi :

10. Beli baju-baju raya anak semasa jualan gudang sebab harga jauh lebih murah tapi nak kena rancang masa lah iaitu pergi awal-awal pagi dan kalau boleh jangan bawa anak-anak tapi ambil ukuran siap-siap.
11. Abaikan jenama kerana waktu raya tak ada orang akan belek dan tengok anak-anak kita pakai jenama apa dan kita tak akan merasa satu kepuasan pun jika anak-anak kita pakai pakaian berjenama jika kita sendiri pakai biasa-biasa sahaja (Faham tak?).
12. Bab duit raya tu sebenarnya adalah tradisi, aku rasa macam nak ubah sedikit iaitu bagi duit kepada ibu bapa dan saudara mara terdekat. Walau tak banyak tapi mereka akan rasa lebih dihargai. Sebagai contoh untuk kanak-kanak bagi duit raya antara RM2 - RM5 tapi untuk mak saudara apa kata bagi RM10 - RM30 seorang. Bergantung kepada budget masing-masing.
13. Beli siap perkakas dapur atau barang yang ingin dibawa pulang ke kampung. Bukan apa, nak raya selalunya memang akan penuh mana-mana tempat pun jadi jika kita beli awal-awal bolehlah berehat-rehat di rumah sahaja :) Kalau di kampung harga di kedai juga akan melambung sekali ganda kerana biasalah waktu cuti ramai anak-anak yang pulang beraya, masa ini lah peniaga nak kaut keuntungan (tapi tak semua juga). Yang penting barang-barang runcit seperti susu anak, lampin, makanan kering seperti bihun, makaroni, air kotak atau kordial beli siap-siap.
14. Kalau nak lagi bagi bagus belia siap-siap juadah hidangan hari raya nanti. Apa lagi kalau bukan nasi arab. He he Mehler order dengan aku. Ada 4 perisa iaitu Mandy ayam, mandy kambing, maqlubah ayam dan kabsah ayam. Semua pun sedap :)


Oklah itu sahaja sesi tips jimat cermat bersama aku. Oh ada satu lagi, pada yang berminat sangat nak beli GC Tea tapi takut membazir kalau beli satu kotak, kini dah ada pek percubaan iaitu RM30 (tak termasuk kos pos). Cepat PM / Wa laju-laju ke 012-970 6828 untuk pembelian.


Musim raya ni kena jaga kesihatan juga, amalkan meminum GC Tea setiap hari suaya dapat detoks balik apa yang telah kita makan. Kalau boleh, jaga pemakanan dan tambah dengan bersenam baru akan menghasilkan kesan yang mantop!

Oklah, itu sahaja tips yang dapat aku kongsikan hari ini. Sebenarnya ada banyak lagi tapi tak terfikir lagi buat masa ini. Semoga kita sentiasa merancang dan menggunakan duit kita dengan sebaiknya. Duit raya anak-anak jangan lupa simpan elok-elok, jangan diajar anak-anak habiskan duit dengan membeli benda-benda yang tak berfaedah pula. Haa boleh buat tips lain ni, nanti kan ya :P

Hingga bertemu lagi dan selamat berbuka (nanti petangler). Bye!

Rabu, 1 Julai 2015

Mudahnya Buat Popcorn Dengan Noxxa

Assalamualaikum,

Maaf hari ini lambat keluar, biasalah bila puasa ni sel-sel otak aktif untuk projek lain. Alhamdulillah jualan dropship hari raya memang sentiasa mendapat sambutan. Walaupun agak perlahan tahun ni tapi sekurang-kurangnya masih lagi mendapat tempahan. Pada yang tak tahu, boleh lihat pada sebelah kanan blog aku ni, macam-macam produk sebenarnya aku jual tapi sudah tentulah produk makanan yang paling laju. Tambah-tambah bulan puasa kan, ramai yang mencari nasi arab al bayt tu.

Ahad yang lepas macam biasa aku ke kelas demo masakan menggunakan Noxxa. Iyalah, kelas ni dekat sahaja dengan rumah jadi apa salahnya pergi untuk "menyedut" ilmu bersama kawan-kawan yang lain. Alhamdulillah banyak tips dan resepi mudah memasak yang aku dapat. Paling best apabila dapat mendengar kisah-kisah dan pengalaman kawan-kawan yang berniaga. Banyak tips dan motivasi yang dapat diambil dan sikit sebanyak menaikkan semangat aku untuk terus berniaga :)

Oklah, di sini aku mahu kongsikan resepi popcorn mudah menggunakan periuk Noxxa. Hanya 1 minit sahaja penyediaannya. Lepas ini dah boleh buat sendiri untuk anak-anak ya, tak payah dah nak beli di pasar malam atau Garret lagi. Eh!

Bahan-bahan :

- 1/2 cawan biji jagung kering (guna cawan yang Noxxa ya)
- 2 sudu besar marjerin (kalau nak lebihkan sikit pun takpe)
- 3 sudu gula perang untuk karamel

Cara-caranya :

- Tekan mod stir fry untuk panaskan & seterusnya cairkan marjerin.
- Kemudian off mod stir fry dan masukkan biji jagung.
- Tutup rapat Noxxa dan tekan mod "high pressure" selama 1 minit.
- Halakan tombol penutup pada "high pressure"
- Tunggu sehingga bunyi meletop-letop sudah berhenti. Selalunya dalam 1 minit memang akan siap.


Bila dah siap keluarkan dari periuk dan masukkan ke dalam bekas lain


Selepas itu sediakan karamel dengan meletakkan 3 sudu gula perang ke dalam periuk Noxxa. Tunggu sehingga betul-betul cair. Sekiranya mahu tambahkan madu atau marjerin dan pewarna juga boleh.


Apabila gula dah cair boleh gaulkan kembali di dalam periuk Noxxa dan sudah semestinya siap. Anak-anak mesti suka :) Gambar di atas ni masih belum gaul dengan gula lagis ebab itu warnanya putih lagi.

Kalau uols nak tahu, sempena bulan Ramadhan ini sesiapa yang membeli Noxxa akan menerima hadiah bekas letak beras seperti gambar di bawah ni :


Bekas ini berisipadu 12 liter. Comel je kan? Kalau yang jenama Tupperw@re tu rasanya ratus-ratus kot (aku pun tak pasti sebab dulu ada terliur juga tapi tak beli-beli)


Haaaaa, tawaran ini sehingga hujung bulan ini sahaja dan sehingga stok masih ada. Faham-faham je lah periuk ajaib ni memang ramai yang mencarinya dan untuk pengetahun hari Isnin lepas baru aje gudang keluarkan stok baru. Jadi pada yang lama dah dok mengidam atau teringin nak beli, cepat-cepatlah PM / WA aku ke 012-970 6828 untuk pembelian. Nanti raya bolehlah pakat-pakat bawa balik kampung untuk masak dodol. Haaa ni lagi satu kelebihannya, kalau dulu kat kampung pakat-pakat dok kacau dodol dalam kawah depan api yang panas tu kan, tapi zaman sekarang orang kacau dodol depan TV / kipas lagi. He he seronok tak?


Pada sesiapa yang beli periuk Noxxa melalui aku memang aku akan berikan resepi buat dodol ni. Alah, senang bangat aje. Kalau dulu aku ni seorang yang tak reti masak pon dah boleh buat macam-macam kuih tradisi dengan bantuan periuk ajaib ni. Jangan lupa PM laju-laju ya. Pelaburan yang berbaloi-baloi di dapur kita kerana ianya multifungsi, beli seketul tapi dapat buat macam-macam.

Penatlah nak taip, apa kata PM / WA sahaja ke 012-970 6828 untuk pertanyaan. Kalau nak uruskan tempat untuk aku buat demo pun boleh juga. Jom jom bernoja bersama :)

Bye!

Khamis, 16 April 2015

Servis Baiki Peralatan Elektrik Di Rumah

*Ini adalah entri tajaan, sila skroll ke bawah untuk entri terkini*

Assalamualaikum,

Pernah tak kawan-kawan mengalami kerosakan perakatan elektrik di rumah? Saya pasti tentu ramai bukan yang mengalami masalah begini. Tambah-tambah lagi jika peralatan elektrik tersebut sudah lama dibeli dan sudah habis tempoh "warranty" dari kedai. Pening juga nak cari siapa yang boleh membaikinya kan?

Jangan risau, sekarang ini ada perkhidmatan membaiki peralatan di rumah kalian. Jika kerosakan tidak teruk akan terus dibaiki di situ tapi jika perlukan siasatan lebih lanjut, maka akan diangkut masuk ke bengkel. Jangan risau semua ini akan diurus oleh pekerja Yhillsolution Service & Repair. Anda hanya perlu tunggu sahaja barang elektrik anda siap dibaiki.


Antara perkhidmatan yang mereka tawarkan adalah :

- Servis komputer, laptop, mesin basuh, peti sejuk dan pelbagai peralatan lain terus ke rumah pelanggan.

- Membaiki komputer, mesin basuh, peti sejuk dan pelbagai peralatan lain terus ke rumah pelanggan

- Menjual peralatan elekrtik yang "second hand" pada harga yang berpatutan.

Bagus bukan? Bagi surirumah macam aku ni tak payah nak pergi jauh-jauh semata-mata untuk hantar barang elektrik yang rosak. telefon sahaja mereka dan buat temujanji untuk mereka datang baiki. Semudah itu? Ini maklumat mereka :

No Telefon : 013-364 9828 (Zainy) / 013-235 7001 (Rustam)

Website : Service-n-repair.yhillsolutions.com

Kawasan Kerja : 

Selangor

  • Kajang

  • Bangi

  • Cyberjaya

  • Putrajaya

  • Sepang

  • Cheras

  • Sg Buloh

  • Shah Alam

  • Ijok

Kuala Lumpur

  • Ampang

  • Taman Melawati

  • Gombak

  • Selayang

  • Kepong

Hubungi team kami di 0133649828 (Zainy)/0132357001 (Rustom) yang akan terus ke rumah anda untuk kerja-kerja servis dan membaiki.



Semua peralatan elektrik mereka baiki (selagi tidak rosak kekal)

Jadi apa tunggu lagi? Sila telefon sekarang!! 

Pesanan tuan blog : Untuk segmen tajaan sila PM aku di 012-970 6828 untuk pertanyaan harga :)



Selasa, 7 April 2015

Resepi Mudah Sotong Goreng Telur Masin


Assalamualaikum,

Seperti dijanjikan malam tadi di facebook Kak Ila, ini dia resepi sotong goreng telur masin yang Kak Ila buat malam tadi. Dah sapa entah yang kongsi resepi artis mana ntah (lupa dah namanya) di facebook, jadi kebetulan bahan-bahan dah ada, apa lagi mohler kita memasak :)

Bahan-bahan :

- sotong dipotong bulat (macam cincin tu)
- tepung beras
- putih telur dari sebiji telur (bergantung pada sotong, kalau banyak maka lebihkan telur tu)
- bawang putih
- cili merah
- daun kari
- mentega untuk tumis
- kuning telur dari telur masin (aku guna 2 biji telur masin)
- susu pekat (resepi tu cadangkan susu pekat tapi kalau boleh guna sedikit sahaja sebab nanti manis)
- garam

Cara-caranya :

Mula-mula celupkan sotong ke dalam putih telur dan gaul dalam tepung beras. Kemudian goreng dan toskan (hati-hati meletop-letop pula sotong ni ya). Kemudian dalam kuali yang lain panaskan mentega, kemudian tumiskan bawang putih (yang dipotong dadu/halus), cili merah dan daun kari. Masukkan kuning telur masin, kacau-kacau dan masukkan sedikit susu pekat. Masa ni perisakan dengan garam ya, semalam telur masin aku guna tu tak masin sangat jadi rasa macam terlebih manis pula. Sepatutnya akan rasa manis, masin dan pedaslah kan.

Apa-apa pun memang sedap sangat. Sepinggan tu aku dan en suami je yang hadap. Anak-anak tak suka sangat sotong, kalau udang mungkin akan berebutlah juga. Selepas makan, terus minum GC Tea, malam tadi berpeluh-peluh macam lepas lari marathon. Ramai yang bertanyakan aku dah kurus ke lepas amalkan minum GC Tea ni. Jawapan ikhlas masih belum kurus lagi ya :P

Produk apa pun yang kita ambil kena lah ambil secara konsisten baru nampak hasil. Untuk sekotak GC Tea ada 60 uncang bersamaan 60 hari (jika diminum secara konsisten) kalau tak, faham-fahamlah mesti lambat juga akan nampak hasilnya kan?

Bagi mereka yang mahu mencuba dan mahu cari peluang untuk menjual / menambah pendapatan. Boleh hubungi aku di 012-970 6828 atau emelkan pertanyaan ke zailamohamad@gmail.com

Iklan sat :
Jom jana pendapatan dengan menjual produk bumiputera. Yang penting ianya memang memberikan kebaikan dan banyak khasiat. Sambil minum sambil jana pendapatan juga. Bagi sesiapa yang berminat untuk jual, boleh PM 012-970 6828 dengan segera ya :)

Khamis, 26 Mac 2015

Minum Teh Untuk Kurus? Betul ke?

Assalamualaikum,

Ingat tak semalam aku bagitahu nak kongsikan kisah Kak Na lagi? ehem ehem ambil peluang glamourkan kakak sendiri sebab kalau bukan aku yang buat nak harapkan siapa? Dia bukan retis pun, dia hanya manusia biasa sahaja tapi cukup menjadi kesayangan anak-anak aku (dan mamanya juga).

Tahun ini bila berjumpa eh terkejut juga sebab nampak Kak Na dah makin kurus, takdelah kurus slim macam Fasha Sandha tapi of courselah sebagai adiknya yang selalu jumpa Kak Na 2, 3 kali setahun dah boleh perasan yang Kak Na dah makin kurus. Setahu aku Kak Na memang ada sejarah kencing manis yang serius (sewaktu di Labuan). Aku rasa dia keep on struggle dengan penyakit ini sehinggalah baru-baru ini kencing manisnya sudah terkawal dan alhamdulillah Kak Na dah makin sihat. Katanya mahu jaga pemakanan demi untuk menjaga anak-anak perempuannya dan juga mak ayah aku. Aku memang tabik spring dengan kekuatan dalaman Kak Na. Kalau nak cerita kat sini, 10 muka surat pun tak akan habis:P Bagi aku, dia seorang ibu yang penyayang dan walaupun telah menghadapi pelbagai rintangan dan cemuhan dalam hidup, akhirnya Kak Na berjaya juga.

Ok, ni nak kongsikan gambar Kak Na semasa aku ke Labuan 2 tahun lepas. Masa ni Ashraf masih lagi anak bongsu, tengoklah sekali pandang macam Aaliyah pun ada kan?


Masa ni makan di Anjung Ketam, Labuan. Wah kau tengok lengan Kak Na, macam hulk hogan youuuu *ya ampun kakak jangan marah :P


Masa ni di tapak kaki gunung Kinabalu. Rindunya zaman berjalan-jalan dengan Kak Na di Labuan dulu. Anak-anak memang enjoy habislah walaupun pelbagai rintangan dan dugaan datang melanda tapi akhirnya kami bertemu juga :)

Rahsia Kak Na turun berat badan adalah setelah mengamalkan GC Tea. Lama juga dia minum dan hasilnya memang kandungan gula di dalam darah Kak Na terkawal dan badan Kak Na juga sudah kurus. Yang bagusnya teh ini adalah campuran teh hijau, gymnema sylvestre, daun pudina, daun mulberi, rooibos dan daun stevia. Ianya bebas bahan kimia yang berbahaya, tiada gula tambahan dan tiada perisa tambahan juga.



Sebagai kakak yang baik hati, Kak Na bagi ler sampel GC Tea ni untuk aku cuba dan masih awal lagi untuk dikatakan yang aku telah berjaya kurus. Hermm, ramai pula yang dok sibuk suruh aku buktikan yang dengan minum teh boleh kurus. Tapi aku kan malu-malu kucing, kalau kurus pun tak naklah tayang body pada umum. Auuuuwww biar en suami aje lah yang menilainya. Ok, berbalik pada Kak Na, katanya berat dia dulu 87 kg sekarang sudah turun pada 76kg, ambil masa berbulan-bulan juga dan sesiapa yang mengenali Kak Na memang akan tahu yang Kak Na ni memang kuat makan :P

Sekarang ni bila tubuh dah makin ringan, senanglah nak melakukan ibadah dan berbakti pada mak ayah. Jangan tak tahu pada usia menginjak 50 tahun, Kak Na masih bertenaga memandu dari Kuala Krai ke rumah mak dan menguruskan keperluan mak ayah. Pantang ayah cakap nak apa Kak Na mesti akan tunaikan. Waah ni kira puji melambung ni, tapi jujurnya memang aku pun akui yang sampai sekarang aku masih tak pandai nak ambil hati mak ayah. Balik pun sesekali, inikan nak jaga mereka. Tapi jauh dalam sudut hati memang bersyukur sangat sebab bila Kak Na dah ada di kampung, mak ayah pun dah makin sihat dan terjaga sekarang ni.

Gambar tahun lepas bulan 9 sewaktu cuti sekolah. Masa ni kami bercuti di Sudara Beach Resort.



Dan di bawah ini gambar sewaktu aku balik cuti sekolah yang lepas. Memang nampak perbezaan sedikit cumanya maklumlah Kak Na ni tak reti nak bergaya jadi takde lah nak dijadikan model produk ya. HAHA


Sebagai kakak yang baik Kak Na juga menjadi pendorong dan pemangkin aku untuk terus berniaga. Banyak juga jasa Kak Na terutamanya dalam menjodohkan kami dengan Aini. Panjang kisahnya dan sudah semestinya aku tidak akan bercerita di sini. Kak Na pernah cakap dekat aku jangan terlalu ego untuk tidak berniaga. Iyalah, aku ni semua reti tapi malas nak mencuba. Hamboi, terkena seketul atas muka ni. Jadinya, kali ini aku nak tolong Kak Na jual produk Kak Na ni. Sudi-sudikan beli ya sebab ini perkongsian ikhlas dan testimoni kakak aku sendiri.

Jika berminat boleh dapatkan dan hubungi aku melalui WA 012-970 6828 (WA sahaja). Oklah, nanti aku cerita pengalaman sendiri meminum GC Tea ni. Bukan kerana kencing manis tapi untuk kesihatan. Maklumlah lemak ai kan banyak :P

Jumaat, 12 Disember 2014

Set Barangan Parti Harijadi Frozen

Assalamualaikum,

Hari ini kita bagi laluan iklan sat yaaa. Pada yang sedang merancang untuk mengadakan majlis parti harijadi anak-anak bertemakan Frozen, bolehlah singgah tengok apa-apa yang menarik di sini. Malas nak taip panjang-panjang kerana masa itu begitu berharga bagiku. Apa kata uols layan dulu gambar-gambar di bawah ini :


Set Goodies Frozen 1 mengandungi :
- 1 pc Frozen plastik bag
- 1 set alat tulis Frozen siap pemegang
- 1 set lunch box
- 1 pc buku nota Frozen (kulit tebal)

Untuk harga, sila PM / WA ke "Set Goodies Frozen 1" ke 012-970 6828


Set Goodies Frozen 2  mengandungi :

- 1pc Frozen Plastik Bag
- 1 set Stationery Frozen
- 1pc Blower Frozen
- 1pc Mini Notebook Frozen complete with mini pen

Untuk harga sila PM / WA "Set Goodies Frozen 2" ke 012-970 6828
Set Birthday Frozen 1 mengandungi :

- 2pcs Alas meja Frozen
- 20pcs Topi Frozen
- 20pcs pinggan Frozen
- 20pcs cawan Frozen
- 20pcs blower Frozen

Untuk pertanyaan harga sila PM / WA "Set Birthday Frozen 1" ke 012-970 6828
Set Birthday Frozen 2 mengandungi :

- 20pcs Blower Frozen
- 20pcs Belon Frozen
- 20pcs Pinggan Frozen
- 20pcs Cawan Frozen
- 20pcs Mini notebook complete with pen
- 2pcs Banner Frozen

Untuk harga sila PM / WA "Set Birthday Frozen 2" ke 012-970 6828
Set Birthday Frozen 3 mengandungi :

- 20pcs Belon Frozen
- 20pcs Blower Frozen
- 20pcs Stationery set Frozen
- 20pcs loot bag Frozen
- 2pcs Alas meja Frozen

Untuk harga sila PM / WA "Set Birthday Frozen 3" ke 012-970 6828

Jangan lupa like fanpage kami di sini : Barangan Parti Harijadi untuk sebarang update mengenai produk / barangan yang terkini. Jangan lupa rancag dulu majlis seawal mungkin dan tempah dengan kami sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum majlis. Terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan.


Terima kasih kepada pelanggan kami yang mengirimkan gambar ini. Dekorasi semua pelanggan buat sendiri. Alas meja, belon, topi dan plastik bag Frozen dibeli dari kami. Cantik kan? Yang penting anak-anak suka kita ibubapa pun mesti "happy" sama :)

Oklah. Kalau nak buat tempahan jangan lupa PM / WA ke 012-970 6828. Tempahan untuk bulan Januari 2015 sudah dibuka.

Rabu, 10 Disember 2014

Ruang SOHO Terkini

Assalamualaikum,

Lama sudah mahu kongsikan gambar terkini SOHO di rumahku ini. Cewah! Hari tu en suami baru berpeluang menambah rak DIY yang dibeli di Ikea berbulan-bulan yang lepas. Maklumlah, en suami kan sokmo sibuk, jadinya baru-baru ni ada masa terluang terus dia pasangkan rak tu. Itupun berpeluh-peluh ketiak sebab tukang pasang amatur sangat. HAHA Nasib baik dah belajar banyak dari pengalaman yang lepas-lepas, jadi mudahlah sikit nak pasang tu guna gadget kesayangan en suami tu.

Hasilnya, dapatlah ruangan SOHO terkini inspirasi suri. Cewah!


Tapi sekarang ini tempat letak dokumen yang besi tu aku dah alihkan letak meja kecil di bawah tu. Walaupun atas meja dah kosong tapi masih bersepah-sepah dengan kertas dan buku. Malas nak kemas sebabnya kalau kemas mesti mood nak bekerja hilang *alasan*


Rak buku yang masih sedikit koleksi buku-bukunya. Nampak sangat yang kami ni bukanlah pencinta buku. HAHA Tapi azam baru dan tahun-tahun sebelumnya memang nak jadi pencinta ilmu. Takpe, sikit-sikit kita kumpulkan koleksi buku. Ada antara buku-buku yang dibeli dan ada juga yang dihadiahkan oleh teman-teman. Terima kasih buat semua, lepas ni kalau harijadi saya sila hadiahkan buku ya :)

Oh pada yang bertanya selamat ke letak mesin pencetak (printer) kat atas rak itu? Insya Allah, jika diizinkan Allah selamatlah kan. Bukan apa, mama nya stress sangat bila printer tu ada di bawah, mulalah askar-askar cilik yang sentiasa berhubung sel-sel otaknya memasukkan benda-benda kecil dalam feeder printer tu. Tempoh hari masa en suami mahu print tempahan hotelnya, tengok-tengok ada pemadam lah, broochlah, tag nama Haziqlah. Patutlah printer selalu tersekat-sekat. Alahai anak~


Fail kertas tu beli di Ikea pada harga RM4.99 untuk 5 keping (rasanyalah sebab tak ingat dah). Bolehlah asing-asingkan dokumen ikut bisnes yang aku buat. Cewah! Ala-ala 5S gittewww


Tengoklah keadaan meja SOHOku, memang habis diconteng oleh askar-askar kecil ni. Pantang dapat chop (stamp) habis diorang pi chop meja, dinding dan langsir. Mak jemah redho jelah sebab anak-anak mak jemah memang kreatif;)

Alhamdulillah, makin lama makin kemas dan tersusun ruang SOHO ini. Bukan sahaja aku juga selesa buat kerja tapi en suami juga menumpang sama. Di sini, segala impian aku paparkan di ruangan "vision board" sebagai pemangkin semangat untuk terus berniaga mencari sesuap nasi buat diri dan keluarga. Haritu ada yang komen ruang SOHO aku lebih kemas berbanding dapur sendiri, iya. Memang benar sebab kat dapur tu tak pernah nak kemas sebab selalu aje guna. HAHA Boleh terima tak alasan ni?

Sebenarnya inilah "passion" aku. Kalau dulu sebelum berhenti kerja memang tak pernah terfikir yang akan mempunyai ruang SOHO sendiri. Maklumlah, apa yang ada dalam fikiran hanya bangun pagi nak pergi kerja dan hujung minggu nak spend masa dengan anak-anak sahaja. Tapi cukup-cukup berbeza apabila aku bekerja dari rumah di mana pentingnya ada ruang SOHO sendiri untuk fokus bekerja. Kalau dulu lepas ada pelanggan beli dapat duit pun terus habis je entah ke mana tapi sekarang ini sudah lain. Sudah ada sistem untuk merekodkan (ala buat sendiri aje guna Google Sheets) dan yang penting sudah ada rekod resit-resit yang dikeluarkan. Alhamdulillah, berbaloi juga pengalaman kerja dulu. Adalah boleh aplikasikan sikit-sikit dalam bisnesku ini.

Sebenarnya nak cerita banyak lagi tapi macam takde idea nak tulis apa. Pada yang baca blog ini dan ikuti blog ini, terima kasih diucapkan dan kalau ada soalan jangan malu jangan segan boleh hantar kepada emailku di zailamohamad@gmail.com

Sekian. Bye!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^