Friday, September 4, 2015

Resepi Sizzling Yee Mee Yang Mudah


Assalamualaikum,

Beberapa hari yang lepas tekak teringin nak makan sizzling mee. Sudah lama tidak makan dan memandangkan sekarang aku jarang keluar rumah memang jangan haraplah ada harapan untuk orang belanja makan melainkan buat sendiri :P

Terus Whats App en suami minta belikan segala bahan-bahan. Walaupun rupa dah macam mee hailam pun ada tapi percayalah dengan kehadiran cendawan shitake berjaya membuatkan rasa seperti sizzling mee. Cuma pinggan aje takde yang macam claypot, sebab itu tak nampak macam sizzling mee kan?

Aku malas nak taip resepinya kerana resepi ini aku ambil dari facebook juga. Ribuan terima kasih kepada pemilik asal empunya facebook yang rajin memuatnaik gambar dan menulis resepi, maaf sebab aku pun ambil dari teman yang kongsikan resepi jadi tidak tahu mana sumber asal. Semoga ilmu yang dikongsi mendapat manfaat buat semua. Kita kasi besar sikit gambar supaya kawan-kawan boleh baca dan jangan lupa buat pula. Kalau kat luar susah sangat nak jumpa orang Melayu yang jual sizzling mee ni, kalau di pasaraya pun warga asing yang jual dan sudah semestinya tauke tu bangsa lain kan, jadi apa salahnya belajar buat sendiri dan lepas ni kalau teringin dah boleh buat sendiri.



Oklah sehingga bertemu lagi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015