Tuesday, December 15, 2015

Apabila Elektrik Tiada


Assalamualaikum,

Penatnya hari ini. Bermula awal pagi (takde lah pagi sangat) keluar ke sekolah anak-anak untuk bayar yuran, beli buku teks dan baju sekolah Haziq & Husna. Amboi, sejak dah ada kereta ni, en suami macam dah lepas tangan dah bagi duit semua bini yang uruskan aje :P Tapi tak apa lah, sebab kalau duduk rumah aje pun bosan juga budak-budak ni.

Petang pula selepas solat Zohor aku keluar bersama Husna ke Pejabat Pos di Shah Alam. Bukan apa, pergi kat situ sebab nak beli plastik poslaju dan ambil borang poslaju banyak-banyak. He he he Nasib baiklah sekejap aje urusan di situ. Dalam perjalanan balik rumah singgah beli lauk basah di kedai runcit dan bila tiba masanya nak masuk ke rumah, alih-alih pintu pagar rumah tak nak terbuka. Adoi, patutlah! Sebabnya pintu pagar rumah kami ni jenis automatik dan bila takde elektrik terus tak nak buka T______T"

Merasa lah tunggu kat depan rumah selama setengah jam, perut berkeroncong kelaparan. Isy, tak boleh jadi ni, terus pandu ke kedai makan berhampiran rumah aku. Alhamdulillah, walaupun servis kat kedai makan ni lambat juga tapi sekurang-kurangnya dah dapat "buang masa" dengan menunggu kat situ. Yang bagusnya kedai makan ni ada pula elektrik walaupun kedai lain takde. Pertama kali aku merasa nasi goreng padprik di sini. Hermmm sedap juga (mungkin sebab lapar), Husna makan nasi ayam Hainanese tapi tak habis, mama juga yang tukang perabiskan ;)

Oklah itu sahaja cerita hari ini. Ada juga tergendala beberapa program seperti niat asal nak balik masak sup daging dan makan dengan nasi panas-panas, lepas tu nak bungkus barang dan pergi pos dan malamnya nak keluar hantar stok barang parti ke Sg Buloh tapi semuanya tak jadi. Inilah yang dikatakan orang "Kita hanya merancang, Allah yang menentukan". Apa-apa pun janji semuanya selamat dan beberapa tips yang aku nak pesan apabila ketiadaan elektrik di kawasan rumah anda ;

1) Pastikan jika rumah mempunyai pagar automatik maka kena tahu kunci yang boleh dibuka secara manual disimpan di mana dan sepatutnya pagar automatik ini walaupun tiada bekalan elektrik tapi sebenarnya masih boleh digunakan lagi sebab ada bateri simpanan. Macam kes aku ni, macam dah habis sebab dulu-dulu masih boleh buka juga walaupun elektrik tiada.

2) Pastikan kedudukan kunci dapur yang bahagian luar diketahui sebabnya nanti mana tahu boleh masuk ikut pintu dapur.

3) Pastikan jangan tinggalkan anak-anak tanpa pengawasan orang dewasa kerana jika berlaku apa-apa kecemasan memang susah juga. Jika tak dapat, pastikan ada anak yang sudah boleh faham arahan kita dan tahu menelefon kita sekiranya berlaku apa-apa kecemasan.

4) Berbaiklah dengan jiran. (Yang ini aku lemah sebab jiran-jiran aku semuanya bangsa Cina & India). Jadi sekiranya berlaku apa-apa boleh pergi rumah jiran lepak minum air (kalau baik lah, kalau tak jangan berangan ya)

5) Beli rumah berdekatan dengan kedai dan kedai makan. Kalau tak boleh memandu, kurang-kurang boleh berjalan kaki ke kedai makan terdekat. Boleh buang masa sambil-sambil menunggu elektrik kembali berfungsi seperti biasa :)

Oklah, hingga berjumpa lagi. Bye!

1 comment:

Nurhayati said...

blom lagi dok umah landed.. jd takde experience pagar otomatik ni.. bagus dapat info kot2 esok ada rezeki dok umah gini kan..
amboi sejak ada kete laju je skangkan.. kalah dah aku ni :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015