Friday, February 26, 2016

Resepi Homemade Chicken Chop Yang Mudah Lagi Menjimatkan!

Assalamualaikum,

Penyakit biasa bagi seorang ibu mengandung adalah mudah terliur apa sahaja makanan yang melintas di wall facebooknya. Baru-baru ni viral kedai makan chicken chop berdekatan rumah aku di sekitar Jalan Kebun, Shah Alam. Pernah juga pergi cari sekali tapi masa sampai tu kedai tak buka lagi. Orang kata frust menunggenglah jugak tapi syukur sangat-sangat bila ada salahs eorang teman alam maya di facebook ada kongsikan gambar anak-anak beliau makan chicken chop yang dibuat sendiri. Terus komen minta resepi :)

Bila dapat resepi haruslah snap screen gambar dan simpan dalam galeri henset. Jangan beranganlah kalau kata "parking" di facebook sebab nanti akan juling mata nak mencarinya balik. Hari Rabu yang lepas, singgah Econsave cari bahan-bahan. Jom Mekla kongsikan resepinya yang sangat mudah dan sedap ni!


Masa buat ni en suami outstation di Vietnam, terus Whats App gambar ni pada dia di sana. HA HA Merasa lah menjejes air liur terliurkan masakan bini dia ni :P

Sebelum itu aku kongsikan juga resepi dari tuan asal facebook. Siap ada resepi sup cendawan lagi! Tapi aku gantikan susu segar bukan letak air.

Oleh kerana Mekla terlebih rajin ambilkan gambar, boleh rujuk gambar untuk langkah demi langkah buat ya :

Bahan-bahan :

- 3 keping boneless chicken (bahagian dada) yang dibeli di Econsave pada harga RM11, isi ayam tu tebal jadi Mekla potong tengah-tengah (horizontal)
- lada hitam ditumbuk
- garam
- tepung gandum
- telur dalam 3 biji
- breadcrumbs (Ambil yang keliling roti hak warna perang tu kemudian goreng sekejap atas kuali non stick lepas tu kisar)
- Minyak untuk menggoreng


Isi ayam tu diperapkan dengan garam dan lada hitam. Lagi lama perap lagi terasa lah kan


Isi ayam yang telah diperap tadi digolek-golekkan di dalam tepung gandum


Selepas golek dalam tepung celup pula ke dalam telur yang telah dipukul


Selepas itu golek-golekkan pula ke dalam breadcrumbs yang telah siap dikisar. Semua buat sendiri, kalau nak beli yang dah siap jual pun boleh tapi Mekla suka yang buat sendiri


Kemudian digoreng di dalam minyak yang banyak (deep fry). Pastikan masa kita masukkan tu minyak dah cukup panas, apabila dah masukkan ayam terus perlahankan api dan balik-balik sellau bagi mengelakkan ayam tu hangit.

Selepas itu siap untuk dihidangkan. Untuk sup cendawan, kali ni aku ikut je resepi yang diberikan iaitu menggunakan 1 tin sup cendawan jenama Campbells dan 1 tin susu segar. Kemudian masukkan sos lada hitam dan lada hitam kasar. Cendawan butang pun aku tambah juga. Untuk salad, aku gunakan salad, lobak merah, kobis hijau dan sos thousand island. Wallah! Sebijik macam makan di kedai cumanya dengan hanya bermodalkan RM20 boleh makan seisi keluarga dan banyak kali tambah :)

OKlah, hingga bertemu lagi. Biasalah beginilah kehidupan seorang surirumah yang tak boleh tengok makanan rasa nak cuba buat dan makan :) Zaman shopping baju henbeg dah berlalu T____T"
Syukur masih diberikan peluang oleh Allah untuk menyediakan makanan yang sedap (puji sendiri ni) buat anak-anak. Insya Allah kita jumpa lagi dalam siri resepi yang seterusnya.


2 comments:

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

Yekla..nmpak mcm chicken chop kat kedai..hihi..

Zaila Mohamad said...

Lily, presentation harus menarik..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015