Thursday, March 3, 2016

Mengimbas Kenangan : Biskut Mayat


Assalamualaikum,

Siapa kenal biskut dalam gambar di atas? Kalau kat kampung aku ianya dipanggil biskut mayat. Kalau tak silap aku ini kerana ianya selalu dihidangkan dengan Teh O atau kopi O sewaktu majlis tahlil di kampung. Jadinya sinonim dengan mayat :P Teori aku sahaja tu, tak tahulah kenapa dipanggil begitu. Biskut ni mungkin juga boleh dipanggil biskut dalam pantang :)

Memori biskut ini sudah tentulah bersama arwah nenek belah mak aku. Al fatihah buat Allahyarhamah Mek Binti Allahyarham Miss. Dulu kalau pergi rumah mok (kami panggil mok Tok Mek) arwah mesti sediakan air teh O dalam bekas kole yang besar tu dan rendam biskut ni sampai "bengkak" (mengembang) dan suapkan pada cucu-cucu. Eh sedap tau! Sekarang ni anak-anak aku pun makan biskut kering ni macam tu (kecuali air teh yang tak manis macam arwah buat) He he he

Kenangan kan?

Balik kampung haritu lupa pula nak beli untuk dibawa ke Shah Alam. Maklumlah kat sini susah nak jumpa biskut kering lemak berkrim ni. Mujoooor ada Kak Na (baca dalam nada Dato Vida buat iklan Pamoga) maka dia lah yang tolong poskan dan selitkan sedikit kiriman ikan haruan kering dari mak buat anaknya yang bakal berpantang ni. Syukur sangat, walaupun mak tak boleh datang jaga cucu tapi mak masih titipkan kiriman kasih sayang buat anaknya. Begitulah kasih seorang ibu kan?

Hermm baby no 6 ni tak tahulah bila nak keluar. Kalau ikutkan tarikh jangkaan adalah 4hb Mac iaitu esok tapi setakat ni tak ada apa-apa tanda lagi. Hari ini insya Allah aku ada check up lagi dengan Dr Siti di SALAM Specialist dan harapan aku moga cepatlah dapat bersalin. Hu hu hu Tak larat dah nak bawa perut yang membuyong ni :P

Apa-apa pun mohon pembaca blog ini doakan semoga dipermudahkan segala urusan Mekla ya. Terima kasih :) Hingga berjumpa lagi. Bye! Pada yang ingin beriklan di blog ini boleh hubungi Mekla di zailamohamad@yahoo.com

Bayaran serendah RM30 untuk slot iklan sepanjang hayat blog ini. Tiada syarat yang remeh dikenakan :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015