Tuesday, September 27, 2016

Rindunya Untuk Berblog Kembali

Assalamualaikum,

Selamat pagi :) Rasa janggal pula bila nak sambung menulis tapi tipulah kalau cakap tak rindu untuk berblog. Semalam anak-anak tengok henset dan entah macamana mereka godek, terkeluarlah gambar-gambar lama yang disimpan di dalam folder Picasa. Sebenarnya semua gambar yang Mekla masukkan dalam blog akan terus dimasukkan ke Picasa (jangan tanya lebih-lebih sebab Mekla main agak je tu, maklumlah otak pun dah kertu tak larat nak kejar teknolohgi) maka keluarlah gambar-gambar anak-anak dan aktiviti Mekla masa aktif berblog dulu. Ya Allah sampai menitis airmata tengok betapa lajunya Haziq & Husna membesar. Dulu waktu mereka masih kecil dan Mekla masih bekerja, setiap hujung minggu ada je aktiviti kami ke hulu ke hilir semata-mata untuk hiburkan hati mereka.

Sekarang ini sejak rakyat pun dah bertambah ramai, aktiviti ke pasaraya ni makin perlahan sikit. Kalau ada nak beli buku ke apa-apa, kami lebih suka ke Subang Parade dan had masa sejam sahaja di situ. Sampai masuk parking tuju MPH atau PArkson (jika nak beli baju anak-anak) dan terus balik. Tak daya nak mengejar atau melihat mereka berlari-lari. Adui bukan seorang tapi enam! Pengsan Mekla tau :)

Tapi aritu Mekla hantar gambar-gambar ni pada en suami dan malam tu en suami bawa kami makan di Saba Cyberjaya. Yeay! Tak dinafikan sekarang ini memang kami sibuk dengan kerja rumah dan en suami pula dengan kerjanya. Memang tak dinafikan agak "stress" juga keadaan kami sekarang. Maklumlah anak-anak semakin membesar dan belanja rumah juga sudah makin bertambah, nak tak nak Mekla kena cari duit "poket" sendiri untuk bantu en suami. Alhamdulillah, walaupun tak pernah lagi menjadi jutawan (kecuali jadi jutawan Dong matawang Vietnam) syukur kami masih boleh "bertahan". Yang penting kena sentiasa bersyukur dan jangan selalu merungut.

Panjang pula tulisan Mekla ni, apa pun jomlah kita sambung kembali berblog (maksudnya konsisten menulis). Insya Allah ada masa Mekla nak singgah ke blog kawan-kawan juga, alahai rindu juga nak baca blog kawan-kawan. Alhamdulillah ada kawan yang bertemu di alam maya telah bertemu di alam realiti. Semoga ukhuwah kita sentiasa terjalin dan pada yang baru nak berkenalan tu, jangan malu-malu. Kalau Mekla tak layan tu bukan bermaksud sombong tapi Mekla sibuk kejar anak-anak. Hu hu hu :)
Gambar Husna bersama kucing kami. Waktu ni sebaya Aaliyah. Anak-anak kami semua sukakan kucing;)


Gambar Arman. Apa yang bagusnya blog adalah tempat untuk abadikan gambar anak-anak. Kalau bosan-bosan boleh baca balik karenah anak-anak :)


Yang ni gambar Asraf Hariz masa sebaya Arman. Ada iras-iras kan muka mereka? Masa ni e suami pun selalu out station pergi negara-negara seperti Turkmenistan, Uzbekistan dan Iraq. He he Ada iras-iras anak pak Arab pun ada (eh siapa lagi nak puji anak sendiri kan?).

Tak sangka perjalanan hidup Mekla dipenuhi dengan karenah anak-anak. Setiap hari memang macam-macam dugaan dalam menjaga mereka tapi apalah sangat jika mahu dibandingkan dengan mereka yang keluar bekerja. Mekla memang "salute" dnegan ibu-ibu yang bekerja dan dalam masa yang sama menguruskan keluarga. Penat tau! Cuma mungkin penat mereka tak sama dengan penat surirumah. Apa-apa pun, banyakkan bersyukur ;)

Insya Allah Mekla kaan terus berblog dan abadikan kenangan di sini (selagi hayat masih ada) nak kongsi yang baik-baik sahaja. Bukan tak nak kongsi kisah pahit tapi biarlah kita simpan sendiri aje perkara-perkara negatif tu, tak perlu nak canag-canang kecuali mengadu hanya pada Allah :)

Oklah sehingga bertemu lagi. Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015