Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 25 Oktober 2016

Penangan Suri Hati Mr Pilot

Assalamualaikum,

Ramai tak kawan-kawan yang layan Suri Hati Mr Pilot ni? Mekla pun terjebak sebab tak tahan melihatkan si Fatah Amin tu, dalam banyak-banyak cerita rasanya watak pilot tu memang sesuailah dengan tahap kehenseman dia tu (badan segak pakai Ray-Ban, adui cair tau). Lepas tu secocok sangat dengan Loopa tu, sama cantik sama padan. Waaahhhh tapi hanya dalam drama je lah kan.

Sebenarnya Mekla memang tak layan sangat drama-drama ni, sebab tak sempatlah nak hadap TV tapi haritu tertengok yang siaran ulangan punya, haruslah melekat kan. Lagipun sekarang ni waktu pagi dah macam free sikit sebab anak-anak dah ke sekolah, tinggal si kenit 3 orang aje. Kalau Azzam masih tidur takpe, Aaliyah dan Arman tak pandai nak tengok kartun lagi ;) Kalau Azzam dah bangun mulalah suruh tukar siaran budak-budak!


Tapi bila tengok drama ni kena tanam awal-awal dalam kepala supaya tak terbuai dengan dunia kekoyalan cerita ini. Bukan nak cakap tak logik tapi macam terlalu "koyal". Tapi takpelah asalkan kita waras nak menilai mana yang realiti mana yang fantasi :P


Awal-awal cerita memang macam banyak babak sweet je tapi sekarang ni macam bosan sebab mereka (Wardah & Ejaz) dah mula bergaduh. Tak suka betul dengan mereka yang suka merosakkan rumahtangga orang ni, orang macam ni bukan wujud dalam drama aje tapi bersepah-sepah kat luar kan? Nak-nak anak dara yang jenis tak reti bahasa suka rampas suami orang. Eh melalut pula Mekla ni, haha sebab tu memang tak boleh menulis, mulalah nak melebih-lebih.

Oklah, letak gambar bakal Mr Pilot Mekla pula iaitu Arman Hakeem. Aamin kan aje ya. Mana tahu doa ibu kan selalunya dimakbulkan Allah. Kalau ada rezeki mahu juga anak lelaki yang jadi abang pilot. Mama nak tumpang dapat tiket penerbangan percuma. Kih kih



Alhamdulillah dah masuk 7 bulan. Sibuk nak berdiri dah. Pantang dilepaskan mulalah capai kerusi, sofa, kabinet TV dan tangga. Alahai anak, cepat sungguh Arman membesar! Jangan cepat dapat adiklah kan sebab mama tak bersedia lagi. T___T"

Iklan sekejap :


Ada peminat Pokemon tak? Berminat untuk mengadakan parti harijadi tema Pokemon boleh like fanpage : Barangan Parti Harijadi atau terus WA ke 012-970 6828. Stok terhad dan sila tempah sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum majlis :)

Bye!

1 ulasan:

DaZzlingLilLy berkata...

hai zaila..aku pun gigih gak skrang tgk suri hati mr pilot tu..sweet je kan diorang

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^