Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 14 Oktober 2009

Resepi Solok Lada Versi Zaila~~lalalalaaaaa~~

Kali ni Zaila nak berkongsi resepi tersohor dari Kelate
menjadi kegemaran Zaila & hubby tiap kali balik bercuti
apalagi kalau bukan solok lada
sesuai dimakan bersama nasi kerabu ataupon makan bersama gulai kawah
ditambah pula ngan ayam masak merah & sira labu
wah, ini sudah jadi menu kenduri kahwin di Kelantan (bekwah)
dulu sebelum kahwin, Zaila selalu tolong mak sumbat isi solok lada
tapi yang paling best sekali, ayah yang tolong sediakan isinya
bila dah kahwin ni, makin jarang menyumbatnya
tapi haritu (hari terakhir Ramadhan), Zaila dengan bangganya menolong MIL
tapi Zaila perhatikan cara MIL ngan mak amat berbeza
tapi rasa still sama
dua2 pon sedap
MIL slalu buat dalam kuantiti yang sedikit
mak pula dalam kuantiti banyak (untuk jualan)
haruslah berbeza caranya;)
Berikut adalah resepi yang Zaila nak kongsi bersama
SOLOK LADA VERSI ZAILA~~lalalalaaaaaaaa~~
Bahan2:
lada solok
kelapa~~pilih yang agak muda sket~~
isi ikan selayang/sardin/selar
bawang merah
garam
gula

Cara2nya:

asingkan isi ikan tadi atau rebus & asingkan isi
MIL Zaila suka guna isi ikan mentah sebab rasanya yang fresh & manis
mak Zaila pula suka rebus pasal boleh rebus dalam kuantiti yang banyak
so dapatlah jimat masa, lagipon mak Zaila gunakan ikan rebus ntok dimasukkan dalam kerabu nangka juga

gaulkan isi ikan, kelapa, bawang (blender), garam & gula secukup rasa

inilah rupa lada solok, cili merah atau hijau tidak sesuai digunakan pasal keadaan cili tersebut yang kurus kering berbanding lada solok yang besar2 gitu

buangkan biji yang terdapat dalam lada tersebut, ada caranya (picit hujung kemudian toreh sedikit & bersihkan biji2 dengan mengoreknya menggunakan hujung pisau) then basuh lada2 tersebut..masa ni tangan akan terasa sedikit panas so jangan risau, basuh dengan cuka & then barulah bilas dengan air biasa

setelah itu, sumbat lada tersebut ngan isi ikan yang kita gaul tadi, macam MIL dia tidak kukus lada tersebut sebaliknya meletakkan lada2 tersebut dalam periuk & menyiramnya dengan sedikit santan, then dimasak diatas api yang sederhana sehinggalah lada tersebut masak
tapi mak Zaila pula mengukus lada2 tersebut di dalam periuk kukusan sehingga masak
sungguh berbeza kan??
tapi rasanya tetap sama;)

and wallah, solok lada sudah siap~~sila tengok sisi tepi gambar ya, bukan di tengah gambar~~

P/s: isi ikan ini juga boleh dibuat sata, just put in daun kelapa / pandan and then bakar..owh, sungguh sedap;)

17 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

thanks for sharing zaila...
lady pun sblm ni tak tahu macam mana cara org buat solok lada, lady tau makan jer..

mrs shaifull berkata...

aik zaila, camna plak 'pelakon utama' letak kat tepi, 'pelakon tambahan' ada kat tgh plak ni :) ni mesti kes malas nak upload gambar lain kan?

Norhayati berkata...

simple jah caranya..tp sedap sengoti.. err..terliur nasi kkabu wei lok..

Tanpa Nama berkata...

ni fav hb has ni. 7 thn kawin x pernah buatkan lg ;)
n 1st time tau yg ada cili nama "lada solok"!

Zaila Mohamad berkata...

Lady, biaserlah masa cuti raya banyak makan2 kan so just wanna share resepi yg sempat Zaila belajar dr mak & MIL, btw Zaila lupa sebenarnya kalau mak Zaila, dia suka masukkan sedikit santan ke dalam adunan inti solok tersebut psl nanti dia kukus kan..tapi kalo masak cara MIL Zaila sudah xperlu tambah santan

Zaila Mohamad berkata...

Kak CT, bukan malas nak upload gambar lain, masalahnya lupa nak snap gambar pelakon utama tu..hahahahaha;)

Zaila Mohamad berkata...

Yati, bila nak buat nasi kerabunya??

Has, kalo kat pasar Kelantan mesti ada banyak lada solok ni..kat Besut pon rasanya ada juga..apakata balik kg nanti has cuba masakkan ntok hubby has, sure dia makin sayang kat has;)

jane_doe3328 berkata...

Kat KL nie takde jual lada solok neh kan?

Zaila, nak resepi Nasi Berlauk Ayam ngan Sambal sekali

Zaila Mohamad berkata...

ada Jane, Zaila jumpa kat pasar tani Kota Kemuning tapi xpernah beli pasal malas nak buat..hihihihi..

Jane, ya Jane..lamo doh dok tunggu entry tu..huhuhuhuhu..bilolah nak try buat yoo...nanti ya Zaila usahakan;)

Unknown berkata...

saya mmg suka nasi kerabu .. kalau dgn solok lada lagi best..yummy..

Zaila Mohamad berkata...

Zaila masa kecik2 cukup xsuka nasi kerabu tapi bila dah besar ni, otomatik jadik sukeee;)

Ami berkata...

bestnyoooo,make dgn nasik kerabu or nasik berlauk ko.ami tok rajin buat tapi rajin tgk mak ami buat jer hehe,die buat cara MIL k.ila kot part masak dgn santan tue.buat sendiri puas hati kan?tambah2 make ramai2.

Zaila Mohamad berkata...

sebut solok lada mesti ore teringat nasi kerabu..tapi memang best kan??

abrahyn berkata...

zaila,
buat la banyak siket...pastu kita jumpa kat mana2 u pass me sket solok tu ye...aci tak? ala aci la...hehehe

Zaila Mohamad berkata...

Haidah, just wait for my invitations for our upcoming housewarming..sure u boleh makan solok lada punya;)

Lieynanilaz berkata...

tengok entry ni tetiba rasa nak makan nasi kerabu....carilah petang ni kat pasar malam..

Tanpa Nama berkata...

HII..Nka tanye..dkt mana beli cili solok ni?sbb susah sgt nak cari..tq

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^