Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 12 November 2009

~~Resepi Ikan Singgang Versi Zaila Laaalaaalaaa~~

Hari ini Zaila nak berkongsi resepi ikan singgang (sejenis lauk yang femes di negeri Pantai Timur)..Ikan singgang namanya..Kalau dimakan bersama nasi yang panas, cicah pula dengan budu..perghh..meletop!!!

Bahan2 :
- Ikan tongkol (ikan aye)~~boleh juga digantikan dengan kepala ikan tenggiri atau ikan "mayo" (Zaila tak tahu nama komersialnya)
- sedikit lengkuas~~dimayang halus
- sedikit bawang merah~~dimayang halus
- sedikit bawang putih~~dimayang halus
- asam keping
- cili besar (hijau)
- budu
- garam & gula~~boleh juga digantikan dengan "nise"(gula melaka)
- bendi jika suka~~dipotong serong

Cara2 :
Jerangkan ikan yang telah dibersihkan bersama dengan sedikit air, bawang merah, bawang putih, lengkuas di atas dapur..Kemudian masukkan asam keping..Tunggu sehingga mendidih, bolehlah masukkan sedikit budu (jika suka), garam, gula, cili hijau & sayuran bendi..Agak2 bendi sudah masak & cukup rasa, bolehlah dihidangkan bersama nasi panas & ulaman cicah budu atau sambal belacan..Arghh..laparnya;)

Mak Zaila suka gunakan kepala ikan tenggiri atau ikan "mayo" kerana rasanya yang sedap & sedikit berlemak..Kadang2 mak Zaila guna ikan siakap juga..Herm, mak memang suka dengan singgang ni..Pendek kata, kalau makan dengan budu..mesti bertambah2 nasinya^___^

Ada juga yang memasukkan cili kering yang telah dikisar ke dalam kuah singgang bagi menjadikannya sedikit merah tapi Zaila tak suka..Cukuplah sekadar singgang yang berwarna putih!! Kawan2 silalah cuba ya..Zaila rasa inilah menu yang paling senang dan mudah untuk disediakan;)

15 ulasan:

zarin berkata...

sedap ikan singgang
zarin suka kalau taruk cili api instead of lada hijau tu...
makan ngan budu dan solok lada...huh, mak mentua lalu pun tak sedar :D

Tanpa Nama berkata...

ikan singgang mmg evergreen.. sedappp cicah budu!

Unknown berkata...

sedapnye...tak sabar nok kelik klate rayo haji nih.

Zaila Mohamad berkata...

Zarin, has & ComeyBelako..sedap kan make nga budu..aduuuhhh..tak sabar nak balk berbuka puasa;)
ops..Zaila puasa hari ni^___^

Pn Leya berkata...

salam kenal zaila.....sedapnya ikan singgang makan dgn nasi panas bertambah-tambah makan...

ME berkata...

Me pun dpt resepi ni from one of my kelantanese fren, tapi ada letak kunyit hidup sekali & guna ikan selar yg kecik2 tu .. kalau waktu sahur bebudak tak lalu makan, ha masak ni mesti laju sbb masam2 kan .. pastu kalau tgh demam & mulut rasa pahit, kena singgang dgn nasi panas .. fuhh sedapnya

jane_doe3328 berkata...

bestnya! tapi ambo tokleh masak singgang sebab hubby tok make. huhu

Ami berkata...

sedap!cicah dgn budu,ulam2.ma ami sokmo gune ikan kecik2 mace ikan kembong.ikan tule banyok,ikan selayang kot namo die,pon die sokmo singge jugok.

Lady of Leisure berkata...

lady sangat suka masakkan singgang ni.. pakai ikan kembung kecik tu pun sedap sbb lemak ikan tu kan.. tapi mcm yg zaila katakan ikan tenggiri mmg best sbb isinya yg lembut tu..
zaila, budu ni kat pasaraya ada jual ke?
lady tak penah beli untuk simpanan kat umah, makan kat kedai ada la..
brand apa yg sedap ye zaila?
:)

Zaila Mohamad berkata...

Leya, salam kenal!!!

ME, wah tak sangka ME pon pandai masak ikan singgan ya..baguslah kalo anak2 suka;)

Jane, bakpo husband demo xmake?? tapi Zaila rasa kalu ore laki meme xberapo nk sukolah masakan warna ceroh2 ni;P

Ami, ike singgang ni guno ike mano2 pon sedap blako;)

Lady, haritu Zaila perasan kat Jusco ada jual budu, Tesco pon ada jual cuma nak kn tgk betol2 r..kadang2 tersorok sket..Lady, bg Zaila jenama yang best adalah cap gajus tapi jangan tertipu ngan produk tiruan..Lady kn cari yang keluaran dr Tumpat, yang tu sedap;)

Norhayati berkata...

wah..baca entry ni pepagi, perut aku terus rasa lapar..pdhal br lps mentekedarah..

Male ni nk gi cari ike ayo la kat econsave(haha,dan2 tu jgk!)

Zaila Mohamad berkata...

Yatica..buat jangan tak buat..aku pon xleh tgk gambar ike singgang ni..terus lapar!!!

Ernie Khairina berkata...

nyummmm!!

Adinda Amy Sensei berkata...

sedak weeeihh..haha

Zaila Mohamad berkata...

Ernie & Cik Amy, sedap tuuuu:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^