Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 19 April 2009

My Little Ameera

Cepat sungguh masa berlalu..Anak gadis aku ni dah pon masuk 9 bulan dah..makin hari makin ligat & lincah..Sekarang ni, dah pandai merangkak so memang nak kn tengok betol2 apa yang ada kat atas lantai..tapi kadang2 benda yang xnampak di mata kita, tulah yang dia nampak kan?? Last check-up 7hb aritu, berat Ameera baru cecah 7.5 kg tapi masa dukong dier..Masya Allah..beratnyeh!!

Ni gambar baru snap petang tadi masa aku nak lipat kain2 yang bertimbun macam Gunung Everest tu..biaserlah, umah akak xder orang gaji so kenalah buat semuanya masa cuti ujung minggu macam ni..Ameera dok sibuk pegang gambar baby..ai, nak adik ker??

Ameera sedang gigih berusaha ntok tolong mama die..xperlah sayang, xtolong pon xper coz Ameera bukannyer betol2 tolong pon..tolong sepah ader;0

Kat sini, aku nak kongsi maklumat tentang perkembangan baby bulan demi bulan (dipetik dari majalah Pa&Ma edisi Oktober 2006)

Bulan PERTAMA:
  • Angkat kepala dalam tempoh masa yang pendek
  • Kepala digerakkan ke kanan & ke kiri
  • Anggota badan digerakkan
  • Tangan dibawakan ke muka
  • Mempunyai pergerakan yang kuat
  • Penglihatan fokus dengan jarak 8 hingga 12 inci
  • Beri perhatian suara atau bunyi yang dikenali
  • Bunyi kuat tarik perhatiannya
  • Mata berkelip pada cahaya yang terang
Bulan KEDUA:
  • Senyum
  • Mengesan objek dengan mata
  • Buat sesuatu bunyi daripada menangis
  • Mungkin ulangi bunyi seperti "ah" atau 'uh"
Bulan KETIGA:
  • Angkat kepala & dada apabila letakkannya di atas perot
  • Angkat kepala sehingga 45 darjah
  • Tendang bahu & luruskan kaki bila dibaringkan
  • Buka & genggam tangan
  • Tolak ke bawah dengan kaki apabila berada di permukaan keras
  • Mencari objek di persekitarannya
  • Genggam & goncang permainan
  • Kesan objek yang bergerak
  • Kenal objek & orang yang sering dilihat walaupon dalam jarak jauh
  • Mulai bina hubungan mesra dengan memberi senyuman
  • Mula bina kordinasi pergerakan kepala & mata
  • Kedua2 tangan digerakkan bersama
  • Minat dengan corak berpusar2
  • Tendang dengan tenaga yang kuat
  • Kepala diangkat dengan kawalan
Bulan KEEMPAT:
  • Boleh tidur lebih kurang 6 jam waktu malam sebelum terjaga
  • Duduk dengan bantuan bantal / objek sokongan
  • Angkat kepala 90 darjah
  • Boleh ikot pergerakan objek hingga 180 darjah
  • Bercakap sesuatu & lakukan sesuatu bunyi yang baru
  • Tindak balas kepada semua warna & bentuk
  • Menerokai objek yang diperolehnya dengan mulut
  • Mengenali susu botol atau susu ibu
  • Beri perhatian pada "rattle" dan loceng
Bulan KELIMA:
  • Beri perhatian pada objek yang kecil
  • Boleh melihat dalam bilik
  • Mula guna tangan ntok dapatkan barang permainan kesukaan
  • Mula proses menggigit
Bulan KEENAM:
  • Keluarkan bunyi vokal konsonan
  • Duduk dengan sendiri dengan bantuan alat
  • Mulut dibuka apabila melihat susu (suapkan makanan)
  • Mula cari & gapai objek
  • Bergolek belakang & hadapan
  • Minum air daripada gelas dengan bantuan
Bulan2 seterusnyer..korang kenalah carik sendiri majalah Pa&Ma bulan 10 tahun 2006 ni..aku dulu memang suka baca majalah ni..sangat2 membantu sebab masa tu mengandungkan Haziq..maklumlah..anak sulonglah katakan..pengalaman pon xder lagi..tapi Alhamdulillah, banyak juga ianya membantu..masuk anak kedua..bukan xnak beli tapi kesibukan kerje yang jadik penghalang..kalo beli pon mesti kn conteng ngan Haziq..xpon kena koyak dek Ameera..tunggu yang ketiga lah aku langgan balik;0

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^