Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 10 September 2009

Lailatul Qadar Malam Ni????

Just nak share beberapa ilmu yang Zaila dapat;-
Tadi baru je dengar ceramah dari Ustaz sempena malam Lailatul qdar ni
Ceramah ni memang ada tiap2 minggu di bulan Ramadhan
Ustaz Ahmad Aron bagitahu;
Para ulamak telah bersetuju bahawa sekiranya umat Islam start berpuasa pada hari Jumaat
maka malam lailatul qdar DIJANGKA akan jatuh pada malam ke 29
sekiranya
umat Islam start berpuasa pada hari sabtu
maka malam lailatul qdar DIJANGKA akan jatuh pada malam ke 21
maknanya
MALAM INI
tapi janganlah berharap sangat kerana sesungguhnya hanya ALLAH s.w.t. sahaja
Yang Maha Mengetahui
namun kita boleh mengetahui kehadiran malam lailatul qdar dengan adanya tanda2 seperti
hujan di malam hari,
suasana pada malam tersebut tenang, tidak sejuk & tidak panas,
siangnya pula cahaya matahari tidak terlalu panas & berwarna pucat,
pokok2 seakan sujud,
selain itu malam lailatul qdar juga akan berlaku pada malam2 ganjil seperti malam ke 21,23,25,27 & 29
Apa yang harus kita lakukan pada malam tersebut???
kita disunatkan membeli juadah untuk dijamu kepada orang2 yang berpuasa
melebihkan atau meraikan berbuka puasa pada hari tersebut
contohnya dengan makan sesuatu yang istimewa sedikit
pastu kita dinasihatkan agar menjaga perlakuan kita
contohnya menahan marah & banyakkan bersabar
"sesungguhnya seseorang itu tidak akan bertemu dengan lailatul qdar selagi dia dalam keadaan ketagihan arak, tidak bertegur sapa sesama muslim, anak derhaka & orang yang memutuskan tali ikatan silaturrahim"
so kawan2
mulai hari ini, marilah kita sama2 bermaaf2an sesama kita
agar kita semua dapat menikmati
NIKMAT & RAHMAT malam lailatul qdar ini
P/s : Nanti nak buat entry lagi pasal lailatul qdar ni tapi masa tak mengizinkan..balik rumah nanti sambung lagi..apa2 hal, jangan lupa perlipat gandakan amalan kita pada malam ini & malam2 yang seterusnya ya;)



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Isya Allah..

mrs shaifull berkata...

baguslah n3 zaila kali ni, at least share something yg baik kan? :) part yg paling best adalah, kena makan yg istimewa sket :) heheheh... aura mengepow dah sampai huhuuu

N A N I E berkata...

thanx for the info Zaila..ade pendapat mengatakan antara 20 malam terakhir..walahualam :)

Zaila Mohamad berkata...

Has, semoga bertemu dengan lailatulqadar ya

Zaila Mohamad berkata...

Akak Ct..ya..pau jangan tak pau..pas makan sedap2 tu, jangan malas nak buat ibadah pula ya;)

Nanie, wallahua'lam sebenarnya..yang pasti kita gandakan amalan kita

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^