Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Selasa, 7 Julai 2015
Resepi Pemanis Mulut Butir Nangka
Assalamualaikum,
Jangan marahlah kalau bulan-bulan puasa ni asyik tayang gambar masakan pastu konon-konon kongsi resepi. Eh iyalah, sebab idea nak berblog sudah beku apakata kita kongsi sahaja resepi mudah supaya lebih ramai ibu-ibu di luar sana yang akan memasak untuk keluarga. Sebenarnya nak masak ni tak susah pun cuma kita selalu merumitkannya dengan berfikir macam-macam. Eh betul ke aku buat ni? Eh nak bubuh apa lagi? Eh malaslah nak kemas! He he Sebenarnya itulah punca sebenar ramai yang lebih memilih untuk makan di luar iaitu malas nak kemas atau kotorkan dapur.
Memandangkan dapur Kak La memang bersepah setiap masa, sebab itu lah aku suka masak sendiri :P
Ahad yang lepas ada buat majlis berbuka puasa untuk kawan-kawan. Macam biasa lah mereka mesti nak makan nasi kerabu, jadi aku buat nasi kerabu, lauk ayam percik. Kawan-kawan aku pula bawa daging goreng Noxxa (hehe berjaya juga meracun kawan aku beli Noxxa), ikan celup tepung dan sorang kawan lagi bawa pulut durian. penuh satu meja makan rumah aku ni (hint bila nak beli meja baru). Aku ada buatkaan pemanis mulut kegemaran aku iaitu "butir nako". Nama kuih ni dah memang macam tu jadi jangan tanya kenapa dipanggil "biji nagka"
Resepi ini ikut resepi mak mertua aku. Teringat dulu masa duduk Johor dan mengandungkan Haziq aku teringin nak makan, en suami terus telefon mak dia dan tanya macamana nak buat. Ooo senang aje rupa-rupanya. Itulah, kalau tak belajar selamanya tak tahu.
Bahan-bahan :
- Tepung pulut
- Pewarna kuning, merah atau mana-mana warna yang ada (nak biarkan putih pun boleh juga)
- Air
- Sedikit halba
- 1 plastik santan segar
- Gula / nise
- Daun pandan
Cara-caranya :
- Panaskan 1 periuk air sehingga mendidih.
- Sambil-sambil tu bancuh tepung pulut dan air sehingga menjadi segumpal (tak lembik tak keras). Asingkan ikut warna.
- Gentel kecil-kecil (lonjong) dan masukkan dalam air mendidih
- Biarkan sampai benda tu naik ke permukaan. Teknik ni sama aje macam nak buat kuih onde-onde cumanya kita gentel kecil
- Dapur satu lagi panaskan santan, masukkan daun pandan. Pastikan api kecil supaya santan tidak membuak.
- Masukkan gentelan yang sudah naik di permukaan air ke dalam periuk yang ada santan.
- Masukkan halba, gula dan sedikit garam.
- Buat sehingga habis semua tepung pulut tu.
- Siap untuk dihidangkan. Kalau nak sedap masa makan tu masukkan ketulan ais, hehe
Mudah bukan? Tak tahu lah resepi orang lain macamana tapi aku kira yang senang-senang aje, janji boleh ditelan oleh anak tekak aku :P
Selamat mencuba!
Jumaat, 3 Julai 2015
Mengimbas Kenangan Ramadhan Waktu Kecil : Drama Bersiri Rumah Kedai
Assalamualaikum,
Semalam aku tulis status di facebook yang mengatakan rindunya zaman kanak-kanak apabila bulan puasa aje mesti akan tertunggu-tunggu drama bersiri seperti Rumah Kedai di TV3. Drama yang sungguh memberikan kesan pada ingatan zaman kanak-kanak aku. Waktu petang mesti akan tunggu punya lah, pastu lagi satu siri "Jejak Rasul" sampaikan bila sebut aje Jejak Rasul dah boleh terngiang-ngiang di telinga bunyi muzik latar dokumentari tersebut. Sekarang ini bukan tak ada Jejak Rasul tapi selalu aje terlepas nak tengok, maklumlah dah faktor usia ni, waktu petang banyak dihabiskan di dapur dan TV pun anak-anak yang "konker" T_____T"
Aku terlintas pasal drama bersiri Rumah Kedai ni bukan apa, sebab aku dok banding-bandingkan dengan drama Melayu zaman sekarang yang bagi aku tak tahu mana dia letaknya nilai-nilai positif atau yang boleh diambil sebagai tauladan. Maaf ya, bukan nak kutuk tapi mungkin pemikiran aku yang dah separuh kertu ni macam dah tak boleh nak terima lagi. Kalau tengok sekali tu boleh tapi mesti akan rasa meluat atau nak kritik. Ke sebab otak kita dah matang dan boleh tafsirkan sendiri yang realiti kehidupan bukan seindah drama? Contohnya seperti drama MAID yang mula-mula jadi orang gaji pastu terpaksa kahwin dengan bos (aku agaklah sebab tengok pun sekejap-sekejap aje). Oh semalam tertengok (bukan ter tapi tengoklah sebab sampai habis tu) yang ada adegan isteri jaga suami sakit dan konon nak balas jasa suami ajak tonton cerita seram dan isteri pun takut pastu minta kebenaran nak tidur sekali.
Hehe Tiba-tiba aku nak mengumpat ; hakikat realiti kehidupan jarang sangat kejadian macam ini. Ok itu sahaja. Nanti komen panjang-panjang kan ada peminat abang sado sentap pula. Ha ha ha.
Berbeza dengan drama Rumah Kedai tu, mungkin masa aku tengok pun zaman kanak-kanak dan jalan cerita ini "ringan" iaitu komedi dan sekali sekala ada juga adegan sedih yang kadang-kadang membuatkan aku menangis. walaupun pada waktu itu masih lagi belum akil baligh tapi boleh lah faham akan realiti kehidupan. Pendek kata, kalau tengok drama bersiri zaman dulu dah tak sama macam tengok drama zaman sekarang.
Semalam aku tulis status di facebook yang mengatakan rindunya zaman kanak-kanak apabila bulan puasa aje mesti akan tertunggu-tunggu drama bersiri seperti Rumah Kedai di TV3. Drama yang sungguh memberikan kesan pada ingatan zaman kanak-kanak aku. Waktu petang mesti akan tunggu punya lah, pastu lagi satu siri "Jejak Rasul" sampaikan bila sebut aje Jejak Rasul dah boleh terngiang-ngiang di telinga bunyi muzik latar dokumentari tersebut. Sekarang ini bukan tak ada Jejak Rasul tapi selalu aje terlepas nak tengok, maklumlah dah faktor usia ni, waktu petang banyak dihabiskan di dapur dan TV pun anak-anak yang "konker" T_____T"
Aku terlintas pasal drama bersiri Rumah Kedai ni bukan apa, sebab aku dok banding-bandingkan dengan drama Melayu zaman sekarang yang bagi aku tak tahu mana dia letaknya nilai-nilai positif atau yang boleh diambil sebagai tauladan. Maaf ya, bukan nak kutuk tapi mungkin pemikiran aku yang dah separuh kertu ni macam dah tak boleh nak terima lagi. Kalau tengok sekali tu boleh tapi mesti akan rasa meluat atau nak kritik. Ke sebab otak kita dah matang dan boleh tafsirkan sendiri yang realiti kehidupan bukan seindah drama? Contohnya seperti drama MAID yang mula-mula jadi orang gaji pastu terpaksa kahwin dengan bos (aku agaklah sebab tengok pun sekejap-sekejap aje). Oh semalam tertengok (bukan ter tapi tengoklah sebab sampai habis tu) yang ada adegan isteri jaga suami sakit dan konon nak balas jasa suami ajak tonton cerita seram dan isteri pun takut pastu minta kebenaran nak tidur sekali.
Hehe Tiba-tiba aku nak mengumpat ; hakikat realiti kehidupan jarang sangat kejadian macam ini. Ok itu sahaja. Nanti komen panjang-panjang kan ada peminat abang sado sentap pula. Ha ha ha.
Berbeza dengan drama Rumah Kedai tu, mungkin masa aku tengok pun zaman kanak-kanak dan jalan cerita ini "ringan" iaitu komedi dan sekali sekala ada juga adegan sedih yang kadang-kadang membuatkan aku menangis. walaupun pada waktu itu masih lagi belum akil baligh tapi boleh lah faham akan realiti kehidupan. Pendek kata, kalau tengok drama bersiri zaman dulu dah tak sama macam tengok drama zaman sekarang.
sumber gambar dari sini :OhDunia
Drama sekarang rasa lebih kepada penipuan (fake) semata-mata. Banyak dikaburi oleh hiasan dunia di mana kalau heroin mesti nak lawa, pakai tudung dalam cerita tapi kat luar masih belum berhijab sepenuhnya, kalau hero pula muka mesti hensem dan anak orang kaya :P Lokasi kediaman pun rumah besar, kereta besar dan segala-galanya tentang harta. Sikit-sikit mesti berebut harta pastu kena kahwin paksa, kahwin lari dan macam-macam lagi.
Ingat tak kisah "Opah"? Satu lagi drama bersiri terbitan TV1 yang sumpah aku rasa nak menangis jika berpeluang dapat melihatnya. Bukan nak tengok sangat tapi lebih kepada nak imbas kembali momen-momen menunggu drama ditayangkan dan tengok bersama mak dan Kak Na. Takpun pergi menumpang rumah jiran. Itulah kenangan bulan puasa waktu aku kecil-kecil. Memang berbeza sungguh bila dah besar ni. Betullah kata orang, biarkan anak-anak menikmati zaman kanak-kanak mereka kerana bila dah besar mereka akan rindu momen bersama mak & ayah. Sama macam kes aku lah, rindunya masa kecil bila mak masih belum berniaga lagi, kalau petang mesti masuk dapur tengok mak masak apa (bukan nak tolong tapi lebih kepada nak menyibuk). Kalau nak tahu, aku seorang pemalas *sekian*.
Antara resepi yang aku suka apabila puasa mak mesti buat lawa (makanan tradisi orang Kelantan), daging bakar dan satu lagi menu ikan sumbat sambal yang sampai sekarang aku lupa nak tanya mak apa resepinya. Ya Allah, Kau panjangkanlah usia mak aku supaya aku sempat menuntut ilmu memasak dari mak. Resepi gulai serati dan gulai kawah yang menjadi kesukaan orang kampung masih belum dipelajari ni, hehe
Eh melalut sampai ke resepi pula. Kesimpulannya zaman kanak-kanak memang bahagia, tiada masalah atau emosi yang boleh dibawa sampai tidur. Zaman dewasa penuh dengan pelbagai masalah dan tekanan tapi atas kita lah macamana nak hadapinya. Mana ada manusia yang tak ada masalah kan kecuali orang gila :P
Oklah, panjang Kak La mengarut pagi ni. Astaghfirullahalazim, maafkan kalau ada terkena batang hidung sesiapa. Tulisan ni hanya pandangan peribadi sahaja. Kita mungkin sependapat dan mungkin tidak sehaluan. Apa-apa pun ambil yang baik-baik sahaja.
Bye :)
Khamis, 25 Jun 2015
Resepi Nasi Ayam Hainan Yang Mudah & Sedap
Assalamualaikum,
Rasanya hari ini adalah hari untuk berkongsi resepi. Seperti yang aku katakan di entri sebelum ini, ini lah dunia aku sebagai seorang surirumah. Memasak dapat membahagiakan aku dan lagi bahagia apabila anak-anak dan suami makan masakan kita dengan selera. Ada orang cakap usah dikongsi lauk juadah berbuka kita kerana bimbangkan takut ada yang terliur tapi rasanya bagi aku semua itu datang dari diri sendiri. Kalau tak tengok di facebook, pasti ternampak di blog, iklan TV, bazar juadah, kedai, iklan tepi jalan dan macam-macam lagi. Jadi mari kita berfikiran positif, aku suka juga apabila kawan-kawan kongsikan resepi sebab nanti boleh lah aku cuba buat. Pernah sekali teringin nak makan kuih orang India panggil Vadei dan tak lama lepas tu ada kawan kongsi resepi di facebook. Alhamdulillah, kadang-kadang baru sahaja terdetik tapi dah dapat. Semalam aku cuba resepi tu tapi tak menjadi. Nanti lah cerita entri lain ya :)
Semalam berbuka dengan nasi ayam hainan. Menu yang paling mudah tapi sedap. Aku ni semua sedap kan? Tapi percayalah Husna cakap "Mama ni masak selalu sedap-sedap" Haaa terima kasih anak, kamulah pemberi semangat mama untuk terus memasak :) Resepi ini aku ambil dari group Whats App Noxxa. Best tau sebab hari-hari ada aje resepi baru dan sudah tentulah kita yang baca pon teruja sama nak cuba. Sudahlah mudah, isy isy isy *terpaksa promote Noja
Bahan-bahan :
Untuk bahan rebusan ayam
- 1 ekor ayam
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 kiub pati ayam tapi aku tak bubuh, aku gantikan sup bunjut
- garam
Kalau ikut resepi asal kena rendam seekor ayam yang telah dibersihkan ke dalam ais dan kemudian rebus (air paras-paras ayam) tapi aku buat cara aku tak rendam pun ais dan ayam siap-siap potong, kaki dan sayap nanti biarkan dalam kuah manakala isi-isi lain akan diperap). Masukkan semua bahan dan gunakan Noxxa HP selama 10 minit untuk lembutkan isi ayam. Kalau rebus biasa kena tunggu lebih kurang 20 minit.
Untuk bahan perapan ayam
- 3 sudu sos tiram
- 3 sudu sos cili
- 3 sudu kicap manis
Gaulkan ayam yang telah dikeluarkan dari kuah tersebut dan boleh goreng. Gunakan api perlahan kerana takut ayam hangit memandangkan ada sos tiram & kicap, tak perlu lama sebab ayam kan dah masak tadi. Kalau tak nak goreng, tak perlu perap.
Untuk bahan sos merah (kuah cili)
- 10 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 sudu garam
- 2 sudu gula (kalau nak manis lagi lebihkan)
- sos Thai tapi aku guna sos pencicah (separuh botol juga)
Tumbuk semua bahan dan campurkan di dalam mangkuk. Kalau nak amsak di atas api pun boleh juga, tak masak pun boleh.
Untuk kuah kicap
- 2 sudu sos cili
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu sos tomato (aku tak masukkan sebab tak ada) tapi aku gantikan dengan lebihan bahan perapan ayam tadi
- 3 sudu kicap manis
- 5 sudu air rebusan ayam (tapi aku lebihkan)
Masak di atas api sehingga kuah pekat.
Untuk nasi
- beras basmathi / beras biasa pun boleh
- daun pandan
- halia yang diketuk
- sedikit marjerin
- kulit kayu manis
- air rebusan ayam
Kalau nak tumis dulu boleh tapi aku tak tumis dah, masukkan aje dalam Noxxa dan buat mod tekanan tinggi selama 8 minit (nak guna mod steam pun boleh). Siap dan panjang-panjang aje berasnya. Puas hati lah masak!
Boleh dihidangkan bersama dengan timun, salad dan tomato. Nak tambah bawang goreng pun boleh juga. Memang gerenti bertambah-tambahlah makannya.
Selamat mencuba ya :)
sumber : perkongsian di facebook
Sehingga bertemu lagi dan buat surirumah jom memasak!
Rabu, 24 Jun 2015
Tips Berjimat Di Bulan Puasa
Gambar hiasan : juadah berbuka hari ke 2 Ramadhan
Assalamualaikum,
Sekejap sahaja kan dah seminggu puasa. Baju raya dah siap ke? He he ibu-ibu mestilah sibuk buat perancangan baju raya untuk anak-anak, untuk suami, tu belum masuk bab tempah-tempah kuih raya lagi. Bagi aku, tahun ni baju raya dah siap ditempah dan dah siap dijahir pun cuma belum diambil lagi, baju-baju yang lain tak terfikir lagi nak beli memandangkan budget dari en suami pun tak ada lagi. Kita tunggu jelah pengumuman ihsan dari suami, kalau ada alhamdulillah kalau takde kita redhokan aje (iya ke? Bukan pergi hempuk kepala suami ke sebagaimana yang aku baca dalam facebook beberapa hari yang lepas).
Tahun ini banyak benda nak buat jadi memang kena berjimat-cermat. Baju anak-anak memang kena beli tapi rasanya berpada-pada, tak nak kejar beli barang jenama sedangkan kualiti sama sahaja seperti barang borong dari China (pendapat aku lah mungkin tengok jenama juga kan). Kuih raya pun nak cuba buat sendiri walaupun aku tahu yang aku ni tak pandai sangat menguli biskut :P Tapi kita cuba layankan permintaan anak-anak yag mahu buat kuih raya. Ala biskut cornflakes je pun :P
Tak payah nak beli biskut yang pelik-pelik namanya (sampai nak sebut pun tak pandai) hanya bersederhana sahaja. Pendapat aku baik belikan kerepek sahaja buat kudapan di hari raya :)
Bab berbuka puasa pula, kalau boleh masaklah sendiri. Tak perlu nak keluar duit beli juadah di pasar Ramadhan. Alhamdulillah, aku memang sejak tak bekerja memang tak pergi lah bazar sebab tak tahu nak cari apa. Kami berbuka pun masak yang mudah-mudah aje, tapi dalam mudah-mudah tu selalu juga buat nasi arab, sup kambing dan macam-macam lagi. Semuanya dengan bantuan cik Noxxa. Memang berbaloi-baloi juga beli sebabnya macam-macam dah aku cuba buat. Kalau dulu nak buat kuih sri muka pun tak pandai (bukan tak pandai tapi lebih kepada malas nak keluarkan peralatan mengukus) tapi dengan Noxxa 13 minit dah siap. Bukan sedikit tapi banyak boleh buat, dah gaya nak menjual kuih pun ada :)
Tapi kalau nak berjimat lagi boleh pergi berbuka puasa di surau. Kalau surau kawasan rumah kami emmang ada disediakan juadah berbuka. Siap ada catering lagi, moreh pun sama. Kalau sahur boleh tunggu 10 hari terakhir kerana ada program qiamullai (kalau sebelum 10 hari terakhir bermula pada hujung minggu sahaja). Best kan? Alhamdulillah, tahun ini berpeluang pergi menunaikan solat terawih di surau tapi anak-anak aku tak bawa lah sebab takut diorang bising mengalahkan tok imam pula. Anak-anak aku semuanya Power Rangers belaka, nanti habis satu surau bergema suara mereka :) Walaupun surau tu mesra kanak-kanak, tapi masih belum ada keberanian untuk bawa. Tengoklah, mungkin hujung minggu boleh bawa anak-anak berbuka di situ. Boleh semaikan perasaan cintakan surau dan berkongsi makanan. Ye lah, kalau makan ramai-ramai tak boleh lah nak tamak kan? Kena ingat juga orang lain.
Itu sahaja tips berjimat dari aku. Rasanya ada banyak lagi cuma tak terlintas di fikiran aje. He he he
Bagi aku, bulan puasa sebenarnya sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain (dari segi belaja dapur) cuma kena masak sedap-sedaplah sikit. Kalau dulu beli ikan siakap goreng biasa tapi kalau puasa kena goreng 3 rasa, baru selera sikit nak makan :)
Yang penting bulan ini kena tambah ibadat dan banyakkan memohon keampunan dari Allah SWT. Semoga kita menjadi insan-insan terpilih yang dapat masuk ke syurga. Aamin.
Assalamualaikum.
Selasa, 23 Jun 2015
Resepi Roti John Mudah & Sedap
Assalamualaikum,
Wah, puasa sudah memasuki hari ke 6 dah. Rasa sekejap aje masa berlalu. Alhamdulillah, sejak mula puasa hingga hari ini aku masih belum jejakkan diri di pasar ramadhan berdekatan rumah. Tahun-tahun lepas pun sama, memang tak pernah pergi kecuali kalau balik kampung lah, jadi satu kewajipan pula. He he he
Sejak dua menjak ni memang ramailah kawan-kawna yang suka kongsikan resepi yang mudah-mudah dan memang bila dah buat sendiri teryata lah mudah. Sudahlah mudah, sedap dan bersih pula tu. Amboi puji lebih-lebih pula ya :P
Ini antara salah satu resepi yang aku tak sangka memang senang untuk dibuatnya. Terima kasih pada si pemberi resepi (aku ambil dari facebook kawan aku dan dia pun hanya kongsi dari lain so tak tahu sumbernya siapa)
Bahan-bahan :
- 1 peket daging kisar
- 1 labu bawang besar (potong dadu)
- 3 sudu serbuk kari (aku guna lebih sebab nak rasa kari)
- roti yang panjang untuk buat hot dog tu
- 5 / 6 biji telur
- sos cili, mayonis, sos lada hitam
- timun dan tomato jika mahu
- garam
Cara-caranya :
- Goreng daging kisar dengan menggunakan sedikit minyak
- Masukkan bawang dan bila bawang dah masak, masukkan serbuk kari
- Perisakan dengan garam
- Ketepikan daging
- Pukul telur dan masukkan sedikit daging tadi, oh ya sepeket ni sebenarnya sangat banyak jadi boleh simpan dalam peti sejuk beku sebagai stok
- Kemudian letak roti dan curahkan telur atas roti, balik-balikkan
- Letakkan sos cili, sos lada hitam dan mayonis
- Potong ikut suka
Anak-anak aku tak suka sayur jadi tak payah letak. Kalau letak pun mesti diorang akan tarik buang. Hermm, masalah juga ni. He he he tapi takpe, bagi mereka makan vitamin untuk kesihatan dan pertahanan diri. Nak beli vitamin sila Whats App 012-970 6828. Eh terpromote pula ya :)
Ok sekian sahaja edisi kongsi resepi ketuk-ketuk Ramadhan. Harap maaf kalau gambar itu menggiurkan anda, ucaplah dalam hati sesungguhnya aku akan berpuasa dan balik nanti aku nak buatlah untuk anak-anak dan suami :)
Nnatikan resepi lain pula. Rajin betul nak update blog dan kongsi resepi, maklumlah inilah kerja seorang surirumah, asek masak-masak dan masak pastu meroyan berat badan naik. Eh tu dulu lah, sejak amalkan GC Tea takde lagi nak komplen-komplen, eh! terpromote lagi:)
Ok bye. Assalamualaikum.
Wah, puasa sudah memasuki hari ke 6 dah. Rasa sekejap aje masa berlalu. Alhamdulillah, sejak mula puasa hingga hari ini aku masih belum jejakkan diri di pasar ramadhan berdekatan rumah. Tahun-tahun lepas pun sama, memang tak pernah pergi kecuali kalau balik kampung lah, jadi satu kewajipan pula. He he he
Sejak dua menjak ni memang ramailah kawan-kawna yang suka kongsikan resepi yang mudah-mudah dan memang bila dah buat sendiri teryata lah mudah. Sudahlah mudah, sedap dan bersih pula tu. Amboi puji lebih-lebih pula ya :P
Ini antara salah satu resepi yang aku tak sangka memang senang untuk dibuatnya. Terima kasih pada si pemberi resepi (aku ambil dari facebook kawan aku dan dia pun hanya kongsi dari lain so tak tahu sumbernya siapa)
- 1 peket daging kisar
- 1 labu bawang besar (potong dadu)
- 3 sudu serbuk kari (aku guna lebih sebab nak rasa kari)
- roti yang panjang untuk buat hot dog tu
- 5 / 6 biji telur
- sos cili, mayonis, sos lada hitam
- timun dan tomato jika mahu
- garam
Cara-caranya :
- Goreng daging kisar dengan menggunakan sedikit minyak
- Masukkan bawang dan bila bawang dah masak, masukkan serbuk kari
- Perisakan dengan garam
- Ketepikan daging
- Pukul telur dan masukkan sedikit daging tadi, oh ya sepeket ni sebenarnya sangat banyak jadi boleh simpan dalam peti sejuk beku sebagai stok
- Kemudian letak roti dan curahkan telur atas roti, balik-balikkan
- Letakkan sos cili, sos lada hitam dan mayonis
- Potong ikut suka
Ini rupa roti john sebelum diletakkan sos :)
Anak-anak aku tak suka sayur jadi tak payah letak. Kalau letak pun mesti diorang akan tarik buang. Hermm, masalah juga ni. He he he tapi takpe, bagi mereka makan vitamin untuk kesihatan dan pertahanan diri. Nak beli vitamin sila Whats App 012-970 6828. Eh terpromote pula ya :)
Ok sekian sahaja edisi kongsi resepi ketuk-ketuk Ramadhan. Harap maaf kalau gambar itu menggiurkan anda, ucaplah dalam hati sesungguhnya aku akan berpuasa dan balik nanti aku nak buatlah untuk anak-anak dan suami :)
Nnatikan resepi lain pula. Rajin betul nak update blog dan kongsi resepi, maklumlah inilah kerja seorang surirumah, asek masak-masak dan masak pastu meroyan berat badan naik. Eh tu dulu lah, sejak amalkan GC Tea takde lagi nak komplen-komplen, eh! terpromote lagi:)
Ok bye. Assalamualaikum.
Rabu, 2 Julai 2014
Diari Ramadan Haziq & Husna
Assalamualaikum,
Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke 4 kita sebagai umat Islam menunaikan ibadah puasa. Maaflah aku sekarang memang agak sibuk (atau buat-buat sibuk) sampai asyik lupa aje nak update blog. Tambahan pula, dah berpuasa (walaupun hakikat sebenar tak puasa :P) penat dia lain macam. Ada banyak juga yang ingin dikongsikan tapi nak kongsi kisah anak-anak lah dulu iaitu kisah Haziq & Husna yang sudah mula berpuasa pada tahun ini. Tahun sebelumnya memang tak pernah berjaya puasa walau sehari pun!
Tahun ini sehari sebelum puasa aku sudah ingatkan Haziq yang dia kena puasa dah sebab dia dah besar. Tambahan pula, setiap tahun sekolah Haziq akan berikan Ramadan Chart (gambar di atas) kepada setiap pelajar untuk ditanda oleh setiap ibubapa. Macam tahun lepas banyak yang tak bertanda sebab bukannya Haziq buat pun jadi tak bolehlah nak tanda buat semua kan. Tahun ini insya Allah aku akan pastikan yang setiap hari Haziq akan buat seperti yang dicadangkan di dalam Ramadhan Chart ini. Tapi, sudah tentulah ada juga yang tidak dapat dibuat hari-hari. Pendek kata, kena jujur dalam menanda Ramadhan Chart ini. Walau iainya sekadar untuk memberi galakan kepada anak-anak untuk berpuasa tapi jangan sampai mereka menipu semata-mata untuk mendapatkan hadiah atau ganjaran.
Panjang pula intronya ya!
Oklah, secara ringkasnya hari pertama puasa Haziq dan Husna memang aku kejut bangun sahur dan alhamdulillah mereka boleh makan cuma bila nak minum air masak tu macam kena paksa, siap nak termuntah bagai. Inilah ragam anak-anak aku yang memang susah nak terima air masak. Memandangkan puasa pertama jatuh pada hari Ahad, dugaan untuk berpuasa itu agak tinggi sedikit. Bayangkan hari pertama Haziq dan Husna kecundang awal pagi lagi. Mereka pergi makan biskut raya Almond London yang aku beli sebagai bekalan kudapan di malam hari. Nak marah pun takde gunanya juga tapi aku paksa Haziq teruskan puasa sehingga ke petang. Alhamdulillah, merasalah mereka nikmat berlapar dan dahaga pada hari itu.
Puasa kedua bangun sahur aku dah pesan siap-siap dekat Haziq supaya makan nasi dan minum air banyak-banyak. Esok dah sekolah kenalah makan banyak supaya bertenaga untuk ke sekolah. Alhamdulillah, permulaan yang baik juga apabila balik dari sekolah pun masih lagi berpuasa. Petang itu aku bawa Haziq ke hospital untuk menemani aku buat check up, jadi banyak masa dia terluang dengan bermain dengan adik-adik atau baring di atas sofa tempat menunggu tu aje. Balik dari hospital tinggal beberapa jam sahaja untuk berbuka, jadinya puasa penuh Haziq adalah pada hari kedua berpuasa :)
Husna pula toksah tanya, seawal pagi dia p makan biskut Tiger sambil-sambil bermain dengan adik-adik. Takpelah, kakak Husna masih di peringkat latihan lagi jadi memang tiada paksaan sangat. Cuma yang bagusnya Husna ni, walaupun dia tidak puasa tetapi dia tetap tidak makan nasi. Hanya minum air Milo dan makan biskut sahaja.
Kalau nak tahu gigi Husna kat depan semua sudah tercabut. Sekarang dah macam nenek dah sebab takde gigi depan :P
Hari ketiga semalam Haziq juga berjaya puasa penuh dan Alhamdulillah tiada drama air mata kerana awal-awal lagi aku sudah pesan dekat Husna jangan bercerita dengan Haziq tentang makanan atau jangan makan di depan Haziq. Di sini aku kongsikan beberapa tips untuk latih anak berpuasa (copy paste dari wall facebook) :
- Kejut bangun sahur dan pujuk supaya makan nasi dan minum air sebanyak mungkin
- Jangan paksa jika anak tidak larat, jika mahu berbuka bagi minum air sahaja atau makan biskut, esoknya cuba latih lagi
- Bila anak balik dari sekolah, seboleh-bolehnya jangan bagi dia nampak adik-adik sedang makan atau minum
- Minta anak tidur sekejap untuk melengahkan masa
- Tanya anak nak berbuka dengan air apa, sesekali layan permintaan mereka
- Cuba wujudkan suasana teruja untuk berbuka dengan meminta anak-anak menolong semasa menyediakan juadah
Selamat mencuba!
Oklah, nanti sambung lagi yaaaa!!!
Rabu, 30 April 2014
Peluang Buat Duit Hari Raya Nanti
Assalamualaikum,
Tak lama dah nak masuk bulan Ramadhan kan? Macam biasalah, bulan puasa memang akan dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Aku rasa orang bukan Islam pun akan suka juga sebab boleh pergi "menyibuk" di setiap bazaar-bazaar Ramadhan yang ada. Masa ini semua jenis makanan atau kuih-muih yang tak pernah ada di bulan biasa akan ada dijual di bazaar Ramadhan. Aduh! Teringat kuih nekbat, lawa dan seangkatan dengannya T_____T"
Ok, aku bukan nak cerita pasal makanan ya, aku nak cerita tentang peluang menjadi team bisnes atau ejen jualan produk aku masa bulan puasa nanti. Kalau sesiapa yang ikuti blog ini, mesti tahu yang tahun lepas aku ada berniaga kerepek. Iya, tahun ini akan ada beberapa pertambahan produk lagi dan yang pastinya semua ini boleh dijual semasa bulan puasa & raya. Nak kena rajin ambil pesanan aje! Kalau nak duit, memang kena usaha kan? Setahu aku duit tak akan datang bergolek-golek atau jatuh di depan mata :)
Jadi bagi sesiapa yang berminat, bolehlah tinggalkan email di ruangan komen atau terus email aku di zailamohamad@yahoo.com untuk aku hubungi nanti.
Apa?? Nak tahu bisnes apa?? Alaaa jual kerepek, pes nasi arab, kurma, telekung solat & hamper raya jer...
Apa?? Nak tahu lagi boleh dapat berapa?
Itu atas usaha sendiri lah kan, ada kawan-kawan, ada facebook, ada member tempat kerja, boleh promote, nak jual online mahupun offline. Kalau dekat aku akan hantarkan sendiri stoknya, kalau jauh kita guna poslaju / kurier. Apa susah? Antara nak dengan tak nak je kan. Kalau malas usaha maka berputihlah mata uolss semua.
Apa?? Nak tahu syara kelayakan pula?
Email sahaja di zailamohamad@yahoo.com nanti aku akan forwardkan terma & syarat untuk menjadi ejen jualan bisnes bulan puasa ini. Cakap banyak kat sini buat penat ai nak taip aje :P
Bye uolssss!
Alhamdulillah Catuan Air di Selangor Sudah Tamat
Assalamualaikum,
SHAH ALAM: Catuan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya membabitkan kira-kira 2.2 juta akaun pengguna sejak awal Mac lalu, akan ditamatkan serentak mulai esok.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, sebentar tadi.
Khalid berkata, keputusan menamatkan catuan air itu dibuat kerana yakin bekalan sedia ada mampu menampung permintaan untuk tempoh lima hingga enam bulan.
Katanya, kerajaan negeri tidak perlu menunggu empangan mencapai takungan 50 peratus kerana yakin usaha yang dilaksanakan seperti mengepam air kolam selain hujan berterusan di kawasab tadahan hujan dapat meningkatkan bekalan.
"Buat masa ini jumlah bekalan air di tiga empangan utama iaitu Empangan Sungai Selangor, Empangan Sungai Tinggi dan Empangan Klang Gates berada pada paras 40 peratus," katanya.
Khalid juga berkata, Selangor berhasrat menggunakan kepakaran Thailand bagi menjalankan pembenihan awan menerusi kaedah 'Enjectable Flare Rack'.
Katanya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi mendapatkan sokongan dan kebenaran Kerajaan Persekutuan.
"Berdasarkan maklumat yang diperoleh terdapat sekatan untuk melakukan teknik ini kerana dipercayai mempunyai unsur yang mungkin memberi kesan kepada isu keselamatan negara," katanya.
Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Catuanairdihentiserentakesok
Alhamdulillah, akhirnya berita gembira bagi semua rakyat Selangor yang terlibat dengan catuan air. Esok bolehlah guna air dengan suka hati. Kalau tak, mesti takut-takut nak membazir sebab dibuatnya air takungan habis kang naye :P
Pengalaman aku sepanjang berlaku catuan air sebenarnya tidaklah seteruk pengalaman orang lain. Memang bersyukur sangat-sangat sebab walaupun rumah kami terlibat juga dalam catuan air tapi bekalan air masih mencukupi buat kami sekeluarga (air tangki cukup untuk bekalan 2 hari). Yang bagusnya, jadual aku membasuh pakaian juga telah ditetapkan selang 2 hari iaitu apabila air sudah ada. Masa ini memang pulun lah membasuh segala pakaian kotor dan baju kerja en suami. Jika hari air dicatu, kita rilek-rilek aje di rumah dan kadang-kadang makan tengahari pun en suami yang belikan sebab air tidak ada di sinki dapur :)
Memang sentiasa ada hikmah yang tersembunyi bukan? Bil air bulan lepas pun percuma, harap-harap bulan ini juga sama memandangkan penggunaan air tidak sebanyak dulu.
Oklah, sehingga bertemu lagi. Sejak dua menjak ni, aku memang sibuk sikit. Maklumlah sudah ada projek baru iaitu projek ejen jualan raya. Alhamdulillah sambutan memang menggalakkan dan ramai juga yangmendaftarkan diri.
Bye!
Rabu, 16 April 2014
Cabaran Ketika Membuat Bisnes Di Bulan Puasa
Sumber asal : Blog Zaila Mohamad
Assalamualaikum,
Hari ini saya akan kongsikan pengalaman berniaga semasa bulan puasa tahun lepas. Alhamdulillah Allah gerakkan hati untuk mencuba perniagaan kerepek. Mulanya kami hanya terjumpa kilang kerepek sahaja, kemudian saya ternampak senarai harga produk kerepek keluaran mereka. Terus terlintas di dalam hati untuk fokus menjual kerepek. Mulanya takut-takut juga memandangkan saya tiada modal yang besar untuk dilaburkan, tapi saya tekad mahu mencuba kerana mahu carikan pengalaman berniaga di bulan puasa.
Perkara pertama yang saya lakukan sudah tentulah dengan mencari ejen-ejen jualan yang sanggup menjual produk tersebut. Saya iklankan di dalam blog saya selama beberapa bulan. Harus diingat, jika mahu berniaga di bulan puasa, seharusnya bermula dari sekarang. Jangan esok baru nak puasa hari ini baru mahu bermula. Jika begitu, lupakan aje niat suci murni itu.
Setelah mendapat beberapa maklumbalas dari mereka yang membaca blog saya, saya tapis pula. Iyalah, bukan semua orang kita mahu berurusan kan? Terutamanya mereka yang tinggal jauh dari Selangor, nak kena fikirkan masalah penghantaran pula. Jadi, setelah menetapkan beberapa syarat dan komisyen, saya telah ada lebih kurang 10 orang ejen yang betul-betul berminat menjual produk kerepek. Alhamdulillah, semuanya memberikan kerjasama yang baik dan jika tidak silap tahun lepas saya berjaya mendapat tempahan melebihi dari 100kg pelbagai jenis kerepek. Maaflah, jumlah sebenar tidak dapat diketahui sebab semua data saya hilang dek kerana laptop yang rosak tempohari!
Semasa mengambil tempahan, sudah tentulah saya juga harus mengeluarkan modal pendahuluan untuk membeli dan menyediakan sampel, kemudian saya juga memerlukan sejumlah wang yang banyak juga untuk membeli dahulu produk supaya setiap pelanggan bakal mendapat apa yang ditempah. Jika tidak silap, saya menggunakan dalam RM700 sebagai modal permulaan. Dari mana saya mendapat duitnya? Sudah tentulah dengan berhutang dahulu dengan mak saya. Hi hi hi Masa itu saya kasihankan suami yang terpaksa menanggung banyak beban kewangan keluarga jadi saya memilih emak saya sebagai sumber kewangan saya :)
Emak sememangnya seorang peniaga memang cukup baik dan memahami keadaan saya. Alhamdulillah, setelah mendapat bayaran, saya terus membayar hutang tersebut supaya nanti tidak akan terguna duit tersebut. Memang, apabila berniaga kita akan banyak berhutang terutamanya untuk dijadikans ebagai modal pendahuluan. Jika kita seagai pengeluar biskut raya, sudah tentu juga kita memerlukan duit yang banyak untuk membeli bahan mentah dan peralatan untuk membuat biskut raya kan? Kerana selepas siap baru pelanggan akan membayarnya. Jadi, nasihat saya bagi mereka yang mahu berniaga, simpanlah duit untuk dijadikan sebagai modal. Bergantung kepada jenis perniagaan anda, jika besar modalnya maka besarlah pelaburannya.
Selain dari masalah modal, saya juga mengalami masalah kekurangan stok dari kilang. Harus diingatkan ya, pada bulan puasa bukan kita seorang sahaja yang menjual. Ada ramai lagi peniaga-peniaga otai yang menjual dan membeli borong sampaikan habis semua stok di kilang. Memang mencabar fizikal dan mental apabila barang yang dijanjikan tidak ada. Hampir setiap hari saya telefon kilang dan bertanyakan stok. Akhirnya, dua minggu menanti di dalam bulan puasa, stok ada cuma ada beberapa yang tidak mengikut perjanjian asal. Contohnya pek 500gm tiada dan diberikan pek 5kg dan menyuruh kita membungkusnya sendiri. Aduuuhh, bila diingatkan pengalaman tersebut memang boleh patah semangat juga!
Saya cukup berterima kasih kepada suami saya yang sangat memberikan sokongan kepada saya. Bayangkan, selepas berbuka puasa suami berkorban pergi mengambil stok di kilang dan perjalanan pergi dan balik mengambil masa lebih dari sejam. Dengan pelbagai karenah pekerja kilang yang sudah hilang sabarnya, dengan keadaan kereta kami yang tak sesuai untuk mengangkut barang. Alhamdulillah, suami berjaya juga. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas segala jasa baik suami pada saya. Ikutkan hati, tahun ini saya sudah tidak mahu melihat suami bersusah macam itu, jadi saya telah rangka strategi baru.
Dalam perniagaan, sudah tentulah akan ada pengorbanan. Bukan senang untuk berjaya. Bagi saya yang hanya peniaga picisan ini, masih ada banyak lagi ilmu untuk digali melalui mentor-mentor di luar sana. Nasihat saya, jika kalian tiada wang modal yang banyak untuk bermula, mulakan dengan menjadi ejen jualan dropship dan nikmati komisen tanpa perlu bersusah-susah seperti saya. Bukan semua orang sukakan cabaran dalam berniaga. Ada yang mudah patah semangat, bila timbul masalah terus hilang semangat. Itu bukan diri saya. Alhamdulillah, bila kita diuji bermaksud semakin dekat Allah mahu kita berada di sampingNYA.
Niat untuk berniaga juga harus diperbetulkan. Bukannya semata-mata mahu mencari keuntungan wang ringgit dan dunia semata-mata. Saya bersyukur tahun lepas saya mampu memberikan duit raya yang lebih sedikit buat mak ayah dan ibu mertua saya dan ianya bukan duit suami. Iya, duit itu hasil dari berniaga. Walau tak banyak tapi besar maknanya kan? Insya Allah, tahun ini saya cabar lagi diri ini. Walaupun sedang mengandung dan bakal melahirkan anak kelima dalam bulan puasa ini, saya cabar juga diri untuk melakukan semua ini. Bukan kerana saya tamak, tapi saya mahu membahagiakan orang-orang lain; mak ayah, adik beradik dan ejen-ejen saya. Doakan semoga saya berjaya.
Jangan takut akan pandangan orang lain tapi takutlah pada Allah. Akhir kata, saya buka peluang bagi mereka yang berminat untuk menjadi ejen-ejen jualan produk saya pada bulan puasa nanti. Jom sama-sama kita kumpul duit raya sendiri :)
Daftar sini : Borang Tempahan
atau hubungi saya melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whatsapp : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad
Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.
Assalamualaikum,
Hari ini saya akan kongsikan pengalaman berniaga semasa bulan puasa tahun lepas. Alhamdulillah Allah gerakkan hati untuk mencuba perniagaan kerepek. Mulanya kami hanya terjumpa kilang kerepek sahaja, kemudian saya ternampak senarai harga produk kerepek keluaran mereka. Terus terlintas di dalam hati untuk fokus menjual kerepek. Mulanya takut-takut juga memandangkan saya tiada modal yang besar untuk dilaburkan, tapi saya tekad mahu mencuba kerana mahu carikan pengalaman berniaga di bulan puasa.
Perkara pertama yang saya lakukan sudah tentulah dengan mencari ejen-ejen jualan yang sanggup menjual produk tersebut. Saya iklankan di dalam blog saya selama beberapa bulan. Harus diingat, jika mahu berniaga di bulan puasa, seharusnya bermula dari sekarang. Jangan esok baru nak puasa hari ini baru mahu bermula. Jika begitu, lupakan aje niat suci murni itu.
Setelah mendapat beberapa maklumbalas dari mereka yang membaca blog saya, saya tapis pula. Iyalah, bukan semua orang kita mahu berurusan kan? Terutamanya mereka yang tinggal jauh dari Selangor, nak kena fikirkan masalah penghantaran pula. Jadi, setelah menetapkan beberapa syarat dan komisyen, saya telah ada lebih kurang 10 orang ejen yang betul-betul berminat menjual produk kerepek. Alhamdulillah, semuanya memberikan kerjasama yang baik dan jika tidak silap tahun lepas saya berjaya mendapat tempahan melebihi dari 100kg pelbagai jenis kerepek. Maaflah, jumlah sebenar tidak dapat diketahui sebab semua data saya hilang dek kerana laptop yang rosak tempohari!
Semasa mengambil tempahan, sudah tentulah saya juga harus mengeluarkan modal pendahuluan untuk membeli dan menyediakan sampel, kemudian saya juga memerlukan sejumlah wang yang banyak juga untuk membeli dahulu produk supaya setiap pelanggan bakal mendapat apa yang ditempah. Jika tidak silap, saya menggunakan dalam RM700 sebagai modal permulaan. Dari mana saya mendapat duitnya? Sudah tentulah dengan berhutang dahulu dengan mak saya. Hi hi hi Masa itu saya kasihankan suami yang terpaksa menanggung banyak beban kewangan keluarga jadi saya memilih emak saya sebagai sumber kewangan saya :)
Emak sememangnya seorang peniaga memang cukup baik dan memahami keadaan saya. Alhamdulillah, setelah mendapat bayaran, saya terus membayar hutang tersebut supaya nanti tidak akan terguna duit tersebut. Memang, apabila berniaga kita akan banyak berhutang terutamanya untuk dijadikans ebagai modal pendahuluan. Jika kita seagai pengeluar biskut raya, sudah tentu juga kita memerlukan duit yang banyak untuk membeli bahan mentah dan peralatan untuk membuat biskut raya kan? Kerana selepas siap baru pelanggan akan membayarnya. Jadi, nasihat saya bagi mereka yang mahu berniaga, simpanlah duit untuk dijadikan sebagai modal. Bergantung kepada jenis perniagaan anda, jika besar modalnya maka besarlah pelaburannya.
Selain dari masalah modal, saya juga mengalami masalah kekurangan stok dari kilang. Harus diingatkan ya, pada bulan puasa bukan kita seorang sahaja yang menjual. Ada ramai lagi peniaga-peniaga otai yang menjual dan membeli borong sampaikan habis semua stok di kilang. Memang mencabar fizikal dan mental apabila barang yang dijanjikan tidak ada. Hampir setiap hari saya telefon kilang dan bertanyakan stok. Akhirnya, dua minggu menanti di dalam bulan puasa, stok ada cuma ada beberapa yang tidak mengikut perjanjian asal. Contohnya pek 500gm tiada dan diberikan pek 5kg dan menyuruh kita membungkusnya sendiri. Aduuuhh, bila diingatkan pengalaman tersebut memang boleh patah semangat juga!
Gambar : sebahagian dari tempahan pelanggan
Saya cukup berterima kasih kepada suami saya yang sangat memberikan sokongan kepada saya. Bayangkan, selepas berbuka puasa suami berkorban pergi mengambil stok di kilang dan perjalanan pergi dan balik mengambil masa lebih dari sejam. Dengan pelbagai karenah pekerja kilang yang sudah hilang sabarnya, dengan keadaan kereta kami yang tak sesuai untuk mengangkut barang. Alhamdulillah, suami berjaya juga. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas segala jasa baik suami pada saya. Ikutkan hati, tahun ini saya sudah tidak mahu melihat suami bersusah macam itu, jadi saya telah rangka strategi baru.
Dalam perniagaan, sudah tentulah akan ada pengorbanan. Bukan senang untuk berjaya. Bagi saya yang hanya peniaga picisan ini, masih ada banyak lagi ilmu untuk digali melalui mentor-mentor di luar sana. Nasihat saya, jika kalian tiada wang modal yang banyak untuk bermula, mulakan dengan menjadi ejen jualan dropship dan nikmati komisen tanpa perlu bersusah-susah seperti saya. Bukan semua orang sukakan cabaran dalam berniaga. Ada yang mudah patah semangat, bila timbul masalah terus hilang semangat. Itu bukan diri saya. Alhamdulillah, bila kita diuji bermaksud semakin dekat Allah mahu kita berada di sampingNYA.
Niat untuk berniaga juga harus diperbetulkan. Bukannya semata-mata mahu mencari keuntungan wang ringgit dan dunia semata-mata. Saya bersyukur tahun lepas saya mampu memberikan duit raya yang lebih sedikit buat mak ayah dan ibu mertua saya dan ianya bukan duit suami. Iya, duit itu hasil dari berniaga. Walau tak banyak tapi besar maknanya kan? Insya Allah, tahun ini saya cabar lagi diri ini. Walaupun sedang mengandung dan bakal melahirkan anak kelima dalam bulan puasa ini, saya cabar juga diri untuk melakukan semua ini. Bukan kerana saya tamak, tapi saya mahu membahagiakan orang-orang lain; mak ayah, adik beradik dan ejen-ejen saya. Doakan semoga saya berjaya.
Jangan takut akan pandangan orang lain tapi takutlah pada Allah. Akhir kata, saya buka peluang bagi mereka yang berminat untuk menjadi ejen-ejen jualan produk saya pada bulan puasa nanti. Jom sama-sama kita kumpul duit raya sendiri :)
Daftar sini : Borang Tempahan
atau hubungi saya melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whatsapp : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad
Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.
Khamis, 29 Ogos 2013
Diari WAHM SAHM SOHO : Perniagaan Kerepek Di Bulan Puasa
gambar : sebahagian tempahan kerepek sebelum diedarkan
Assalamualaikum,
Minta maaf kerana aku berhutang cerita tentang perniagaan aku di bulan puasa yang lepas, Alhamdulillah sekarang ada sedikit masa, sekadar menulis berkongsikan pengalaman sendiri, sebagai penyuntik semangat khas buat kaum Hawa di luar sana.
Pernah baca entri aku yang bertajuk 5 Contoh Bisnes Yang Mendatangkan Duit Di Bulan Puasa tak? Antara cadangan yang aku berikan adalah dengan membuat perniagaan kerepek & kekacang (#4). Iya, bunyi macam tidak glemer kerana kita membayangkan mana mungkin bisnes ini mendatangkan keuntungan yang lumayan kerana harganya yang murah? Tapi kalau kena caranya, Insya Allah akan membuahkan hasil. Bulan puasa yang lepas aku telah mencabar diri sendiri untuk melakukan satu sahaja perniagaan tetapi mahu fokus dan melihat hasilnya. Bukan tak pernah berniaga tapi selalu aje bila barang habis duit berniaga juga habis..hihi
Antara langkah pertama yang aku lakukan adalah dengan memilih jenis perniagaan yang ingin dibuat. Aku sedar diri yang diri ini tiada bakat untuk membuat biskut raya, jadi memang sangat-sangat tidak sesuai untuk membuat perniagaan ini, untuk berniaga kurma pun sudah terlambat kerana sudah menghampiri bulan puasa masih tiada tindakan yang dibuat, kalau nak berniaga baju dan tudung pun hanya buang masa sahaja kerana dengan persaingan sengit di online dan kesulitan untuk bergerak menjadi salah satu penghalang untuk memilih perniagaan itu. Jadinya perniagaan kerepek menjadi pilihan aku yang utama.
Langkah kedua adalah mengwar-warkan pencarian ejen di dalam blog aku. Melalui entri ini Pencarian Ejen Kerepek. Alhamdulillah sambutan memang sangat-sangat menggalakkan.
tengoklah kerja si Ashraf selalu tukar font kepada tulisan Korea, setiap kali aku mahu membalas whats app pon terkena! Grrrrrrrrr geram je!!
selain dari whats app ramai juga yang menghantar email
aku tetapkan satu tarikh tutup supaya senang pemilihan dibuat. Bagi mereka yang betul-betul berminat sahaja
Selain itu, anak beranak, kawan-kawan sekolah, bekas teman sekerja dulu dan rakan blogger ada juga yang menjadi ejen aku. Alhamdulillah, Allah sentiasa temukan aku dengan insan-insan baik hati dan suka berniaga. Kadang-kadang mereka hanya PM aku sekadar bertanya tapi dengan kuasa Allah berjaya juga mereka menjadi ejen-ejen kerepek aku (diharap tiada paksaan dalam hubungan ini ya..hihi)
Antara ejen-ejen terhebat aku adalah :
1) Pn. Wan Rokiah (merupakan protege kelas asas blog & fanpage aku yang paling banyak tempahan iaitu 70kg atau lebih tempahan)
2) Pn. Fiza Rahman (merupakan teman blogger dari awal aku berblog sehingga sekarang~Oi Fiza, kenapa tak letak link blog ai dalam blog you, mak #sentap tau :P)
3) Ipar duai aku; Zura, Azan, Nurul yang masing-masing merupakan ejen di tempat kerja:)
4) Kawan-kawan; Che Nik, Leney, Shida dan tak lupa juga kawan-kawan lain yang banyak memberikan sokongan dengan membeli kerepek dari aku:) Ada yang tempah pada minggu terakhir dan ada juga yang dah lama tempah. Jutaan terima kasih buat anda semua:)
Langkah Ketiga pula dengan mengedarkan sampel. Masa ni kenalah keluarkan sedikit modal untuk beli dalam jumlah yang banyak dan kemudian peket balik dalam plastik kecil. Terima kasih buat en suami yang membelikan peralatan yang diperlukan. Memang en suami banyak sangat menyumbang tenaga dan keringat dalam membantu isterinya berniaga. Hihihi Pak supirlah katakan :P Selepas itu bermulalah proses pengedaran sampel, Nasib baiklah setiap ejen tu tinggal berdekatan jadinya memang memudahkan kerja-kerja aku untuk menghantar sampel. Ada juga yang tidak memerlukan sampel, sekadar bertanyakan harga sahaja. Alhamdulillah semua ejen-ejen memang memberikan kerjasama yang cukup baik dan memudahkan kerja aku.
Langkah Keempat adalah membuat rekod segala tempahan. Memang aku ada letakkan satu tarikh tutup kepada ejen-ejen supaya memudahkan aku untuk membuat segala senarai tempahan. Syukur sangat-sangat dengan berbekalkan pengalaman kerja dalam bahagian tender dahulu dimana selalu menggunakan perisian Microsoft Excel sangat-sangat membantu aku dalam merekodkan tempahan. Inilah yang dikatakan pengalaman bekerja yang tiada nilainya. Dulu selalu merungut nasib diri yang bermula dari bawah tapi sekarang baru nampak ada hikmahnya. Sesungguhnya perancangan Allah itu maha teratur. Dia letakkan aku di situ supaya ada ilmu yang dapat aku kutip, mana nak dapat kalau bukan benda itu yang kita buat hari-hari. MAsa belajar di UPM dulu pun ada belajar tapi masa tu sekadar belajars ebab nak lulus periksa sahaja
T______T"
Oklah, aku terpaksa berhenti di sini dahulu, nantikan sambungannya nanti. Cabaran dan halangan yang terpaksa aku hadapi di dalam bulan puasa. Memang mencabar dan mendebarkan. Jeng jeng jeng..
Salam kasih sayang buat semua!
Khamis, 1 Ogos 2013
Bonus Hari Raya Sebulan
Lamanya tidak bersiaran lantaran kesibukan melanda;( Sungguh setiap masa pun begitu berharga. Kadang-kadang aku rasakan yang Ramadhan tahun ini adalah yang paling sibuk dalam hidup aku. Tapi tidak mengapa, sendiri yang cari kerja maka sendiri kena bersyukur akan nikmat Allah yang tak pernah putus. Syukur Alhamdulillah ya Allah, Ramadhan kali ini juga menjanjikan bonus hari raya yang tidak pernah aku duga. Syukur kerana sentiasa ditemukan dengan insan-insan hebat yang banyak merubah perjalanan hidup aku:)
Ok Jumaat cuti Nuzul Quran yang lepas, pertama kali berpeluang berbuka puasa di luar. Kalau bukan undangan dari syarikat tempat en suami bekerja (alah, bekas tempat aku bekerja juga) mungkin kami selesa makan di rumah sahaja. Tapi rezeki jangan ditolak, maka tahun ini moh ke Hotel Summit, USJ pula!!
Makanan di sini biasa-biasa sahaja, tapi ada kambing bakar sampai 8 ekor! Fuuh tapi nak merasa kambing bakar haruslah sabar beratur T____T"
Sebahagian besar warga Solar Alert Sdn Bhd. Tahun ini kalau aku masih bekerja sudah pasti dapat habuan berkhidmat selama 5 tahun tapi apakan daya, rezekiku hanya di rumah sahaja:) Tahniah buat teman-teman lama yang berpeluang naik ke pentas mengambil sijil penghargaan:)
Wajah anak daraku..Seronok bukan main dapat berjumpa dengan kawan-kawan anak teman sekerja aku, dahulu mereka tinggal sebumbung setilam di taska tapi sejak aku berhenti kerja sudah jarang dapat berjumpa melainkan majlis sebegini. Alhamdulillah masing-masing masih saling ingat mengingati dan gembira bermain bersama:)
Budak yang paling aktif pada malam tersebut sudah pastilah si kecil Ashraf ni, berapa kali menghilang di celah orang ramai..Adusss, memang penatlah kalau nak kejar dia sorang..huhu
Ada persembahan dari kumpulan nasyid UNIC, bila dah nak habis majlis semua kanak-kanak dijemput naik. Anak-anak jantan aku semua pemalu, tinggal Husna je yang berani naik atas pentas buat miming lagu..HAHAHA
Terima kasih buat SASB yang sudi membuat majlis berbuka puasa, tahun hadapan cubalah buat di tempat yang ekslusif lagi..hihi
Alhamdulillah tahun ini walaupun tidak bekerja tapi Allah hadiahkan bonus berbulan-bulan padaku..Tapi nak kena rajin mencarinya setiap masa di 10 hari terakhir bulan Ramadhan:)
Buat semua pembaca blog aku, selamat hari raya, ampun maaf dipinta & berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung!
Isnin, 29 Julai 2013
Diari WAHM SAHM SOHO : Peranan Seorang Surirumah Dalam Keluarga
gambar hiasan ihsan dari google
Assalamualaikum,
Bulan ini bil elektrik rumah kami mencecah RM260, kalau dulu sebelum aku berhenti kerja, paling tinggi pun hanya cecah RM150 sahaja. Apa lagi, mulalah bising en suami suruh berjimat-cermat. Al maklumlah, dia kan tukang bayar bil setiap bulan jadi haruslah terasa macam geram juga dekat kami anak beranak yang hanya duduk berilek-rilek sahaja di rumah ni..HAHAHA
Jadinya aku sebagai Home Manager (cewah!) telah membuat beberapa peraturan baru bagi penjimatan bil elektrik iaitu :
1) Tutup lampu / kipas sekiranya tak nak duduk di ruang tersebut, contohnya lampu toilet bila nak masuk baru buka
2) Penggunaan air-cond hanya pada waktu malam sahaja, kalau dulu hampir setiap masa buka air-cond..hihihi
3) Hadkan masa untuk anak-anak menonton television. Sejak berhenti kerja memang jarang sangat aku tengok TV kecuali malam minggu sebab nak santai-santai layan movie bersama en suami dan anak-anak tapi kalau tengahari aku selesa berada di dalam bilik SOHO aku bersama si kecil manakala kadang-kadang Husna & Ashraf akan tengok TV di bawah. Mana tak banyak penggunaan elektrik kalau kipas atas bawah pun terpasang kan? Jadinya, kali ini anak-anak hanya boleh menonton TV bila aku berada bersama mereka sahaja..hihi
4) Kurangkan membasuh pakaian. Yang ni memanglah susah sedikit sebabnya rumah ini sekejap sahaja pakaian kotor menimbun, maklumlah isi rumah sahaja ada 6 orang, kalau seorang pakai sehari 2 helai, 6 x 2 sudah 12 helai sehari, kalau seminggu sudah 84 helai. Nampak gaya kena membasuh hanya pada hujung minggu sahaja.
5) Menggosok pakaian untuk seminggu. Yang ni aku paling lemah sekali. Walaupun sudah ada iron steamer, tapi tetap ahkak malas jugak nak gosok baju T____T"
Aku rasa itu sahaja langkah-langkah yang patut dilaksanakan dari sekarang. Tapi macam pelik juga sebab rumah ini tak ada pun pertambahan barangan elektrik, nak cakap hari-hari guna vacuum buat vacuum sampah pun tak juga, nak cakap hari-hari guna pengisar buah pun jarang sekali tapi bil elektrik tetap juga naik. Ke tarif elektrik dah naik?? *saja nak salahkan TNB lah pula* kihkihkih
Oklah, nak bercerita sedikit tentang peranan surirumah dalam keluarga ni, kalau dulu surirumah ditakrifkan sebagai #wanitayangbelajartaktinggitapidudukrumahjagaanakharapduitlakisahaja tapi sekarang zaman sudah berubah, Rata-rata aku jumpa ramai sangat kaum surirumah yang berpendidikan tinggi yang telah mengambil keputusan untuk meninggalkan alam kerjaya demi menguruskan keluarga. Bagi yang pernah bekerja, sudah pastilah tak boleh hidup tanpa memegang duit kan? Aku faham kerana aku juga alaminya di awal-awal peringkat menjadi seorang surirumah.
Pada yang suaminya bergaji "lumayan" sudah tentulah akan mendapat juga bayaran gaji (walau tidak sebanyak gaji semasa bekerja) tapi syukur Alhamdulillah masih ada juga sumber kewangan, tapi aku memilih untuk bekerja dari rumah juga kerana tidak mahu membebankan en suami. Cukuplah sekadar en suami membayarkan hutang PTPTN & insuran aku, yang lain aku tidak mengharapkan duit en suami kerana dengan bekerja dari rumah, Alhamdulillah aku juga sudah mempunyai pendapatan yang stabil.
Rezeki Ramadhan agaknya, tak putus-putus ada sahaja orang yang mendaftar untuk kelas asas blog & fanpage. Ramainya yang cintakan ilmu & tak sabar untuk belajar. Sekarang ini sudah ada dalam 19 orang pelajar yang berada di bawah pengawasan aku. Insya Allah kelas akan bertambah keahlian dan akan bertambah lagi. Pendaftaran masih terus dibuka sepanjang tahun kerana waktu belajar adalah sangat-sangat fleksibel. Jika berminat, bolehlah hubungi aku melalui
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / whats app : 012-3228651
Facebook : https://www.facebook.com/zaila.mohamad
Dengan terwujudnya Akademi Bekerja Di Rumah, aku pasti selepas ini ramai lagi kaum surirumah akan tampil belajar untuk berniaga melalui talian kerana ianya memang mudah dan kita tidak perlu keluar dari rumah pun. Semuanya hanya di hujung jari sahaja. Ada banyak cabang / jenis perniagaan yang boleh dibuat. Untuk konsultasi boleh hubungi aku sekarang juga:)
Alhamdulillah perniagaan kerepek juga berjalan dengan baik. Walaupun ada beberapa permasalahan yang tak dapat dielakkan tetapi ianya banyak memberikan aku satu pengalaman yang sungguh berharga dalam berniaga. Pertama kali aku mencuba untuk berniaga kerepek di dalam bulan Ramadhan, hasilnya mendapat tempahan sebanyak 300 kg tapi apakan daya, apabila tiba hari yang dijanjikan untuk mengambil stok di kilang, tiba-tiba kilang bagitahu banyak kerepek yang kehabisan stok. Memang mencabar fizikal & mental bila berurusan dengan semua orang yang terlibat. Tambah-tambah kita berpuasa, rasa macam nak mengamuk aje tapi itulah..kena banyak bersabar.
Akhirnya satu penyelesaian sudah ada. Insya Allah dalam minggu ini semuanya akan berakhir. Semoga dalam sibuk aku mengejar harta dunia, aku tidak lupa untuk mengejar harta akhirat iaitu malam Lailatul-Qadar. Semoga kita semua diberikan peluang oleh Allah untuk bertemu dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Amin
Nantikan selepas ini akan kuabadikan kisah pengalaman berniaga kerepek di bulan puasa sebagai tatapan / panduan bagi mereka yang ingin mencuba untuk berniaga juga). Insya Allah.
Salam kasih sayang buat semua!
Selasa, 23 Julai 2013
Mari Menderma Sempena Bulan Ramadhan Yang Mulia
Assalamualaikum semua,
PELANCARAN TABUNG ASNAF ZAKAT e-
KASIH DAN MAJLIS BERBUKA PUASA
PELANCARAN TABUNG ASNAF ZAKAT e-
KASIH DAN MAJLIS BERBUKA PUASA
Sukacita
dimaklumkan bahawa Pertubuhan Kebajikan
dan Perlindungan e-Kasih Kelantan merupakan satu badan sokongan bertujuan membela dan menjaga kebajikan insan yang kurang
bernasib baik khususnya asnaf e-Kasih Kelantan.
Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak 1434H,
kami AhliJawatankuasa Pertubuhan e-Kasih Kelantan akan mengadakan
majlis diatas seperti berikut:-
Tarikh : 03 Ogos 2013, Bersamaan 25 Ramadhan
1434 (Sabtu)
Jam : 5.30 petang hingga 7.30 malam (Waktu
berbuka)
Tempat : Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran
Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), 15000 Kota Bharu, Kelantan
Bagi menjayakan cita cita murni ini
kami dengan rendah hati ingin memohon jasa baik TUN/TAN
SRI/YAB/YB/TENGKU/DATO’/DATIN/TUAN/PUAN agar dapat bersama menyumbang/menaja
peserta seramai 300 orang terdiri dari pelajar anak yatim, warga emas, ibu tunggal,
saudara baru(mu’alaf) dan OKU.
Segala
sumbangan berupa cek hendaklah ditulis atas nama:
Pertubuhan kebajikan dan Perlindungan e-Kasih
Kelantan
Akaun Bank Islam : 0303 60100 52560
2) PROJEK PEMBINAAN SEKOLAH IBNU
KHALDUN
Projek ini dijangka akan mengambil masa 2 tahun bagi melihat ianya disiapkan.Pelbagai usaha dan perkembagan telah dicapai dalam masa terdekat ini menjadikan kompleks ini dijangka boleh digunakan pada tahun 2014.Jesteru itu sumbangan dari masyarakat dan pihak-pihak yang prihatin amatlah diperlukan bagi menjayakan matlamat pembinaannya.Insya Allah sama-samalah kita menginfakkan sedikit dari imbuhan gaji kita bagi menyaksikan pembinaan KOMPLEKS SEKOLAH IBN KHALDUN terlaksana dan memberi manafaat kepada agama, bangsa dan negara.
Mahfumnya, "Ingatlah, kamu adalah orang yang diajak untuk menginfakkan (hartamu) di jalan Allah. lalu di antara kamu ada orang yang kedekut/kikir, dan barangsiapa kedekut/kikir maka sesungguhnya dia edekut/kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah Yang Maha Kaya, dan kamulah yang memerlukan (kurnia-Nya). Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (derhaka) seperti kamu.
Surah Muhammad ayat 30
Mahfumnya, "Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan"
(hadis Riwayat Tirmizi)
http://www.ibnkhaldun.edu.my/rendah/
Surah Muhammad ayat 30
Mahfumnya, "Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan"
(hadis Riwayat Tirmizi)
http://www.ibnkhaldun.edu.my/rendah/
Khamis, 18 Julai 2013
Diari Ramadan WAHM, SAHM SOHO ; Balik Kampung & Resepi Lawa & Kuih Pelita
Assalamualaikum,
Baru berpeluang nak cerita al-kisah balik kampung minggu lepas. Kami balik sekejap sahaja, sekadar menjenguk ayahanda aku yang sakit tempohari. Alhamdulillah rasa lega sangat-sangat bila keadaan ayah semakin baik, sudah boleh bekerja seperti biasa dan muka ayah pun dah kembali ceria. Sekarang ayah sedang menjalani rawatan di sebuah klinik di Kota Bharu. Ada lagi 3 sesi untuk diteruskan. Alhamdulillah, semoga Allah panjangkan usia ayahanda & bonda di kampung.
Kami bertolak balik dari Shah Alam pukul 10 malam hari Jumaat lepas. Perjalanan pulang ke kampung macam dah nak balik raya memandangkan jalan memang penuh dengan kereta. Agaknya tujuan mereka juga sama dengan aku iaitu mahu balik merasakan pengalaman berbuka bersama keluarga di kampung. Kami sampai di rumah mak en suami ngam-ngam waktu sahur. Sesudah sahur masing-masing tertidur keletihan tapi anak-anak aku, Haziq, Husna & Ahraf memang tak tidur. Seronok sangat balik kampung, ke hulu ke hilir bermain di dalam rumah & luar rumah. Sempat menjenguk itik-itik serati peliharaan Pok Teh juga!
Haritu aku sempat juga ke pekan Tumpat membeli sedikit barangan & sempat juga sediakan lawa sejenis masakan tradisi oghe Klate yang merupakan makanan kesukaan ayahanda. Memang setiapkali bulan puasa menu ini akan dicari ayah. Alhamdulillah Allah gerakkan hati aku untuk belajar membuat lawa. Zaman sekarang cukup senang tak payah nak telefon mak minta resepi hanya "google" sahaja & berderet keluar resepi-resepi mengenai cara-cara membuat lawa. Petang itu bila balik berbuka di rumah mak, ayah makan bertambah sampai 3 pinggan. Rupa-rupanya sejak puasa, inilah kali pertama ayah menjamah lawa kerana mak cakap dia tidak berkesempatan lagi untuk membuat lawa. Lagipun bekalan ikan segar sangat susah untuk dijumpai. Inipun aku kirim dekat adik ipar aku yang ke Tak Bai, Thailand untuk beli ikan tamban segar di sana. Ya Allah betapa tersusunnya perancangan yang Allah telah buat untuk aku. Syukur Alhamdulillah.
Di sini aku ingin kongsikan resepi lawa versi aku (maaf tiada gambar kerana aku telah berazam untuk tidak meletakkan sebarang gambar makanan di blog ini sepanjang bulan puasa ini yaa)
Bahan-bahan :
- ikan tamban (yang banyak tulang tu) di ambil isinya dan potong kecil-kecil
- 5,6 biji cili padi
- garam
- 3,4 biji limau nipis
- daun ulaman seperti kacang panjang, daun kesum, pucuk ketereh dan apa juga ulaman kesukaan
- garam
Cara-cara :
- Tumbuk garam, cili padi dan isi ikan sampai lumat. Kemudian perahkan air asam limau kemudian gaul sehingga sebati
- Simpan di dalam peti sejuk selama setengah jam atau lebih supaya rasa pedas, masin & masam bercampur di dalam isi ikan
- Hiris ulaman halus-halus kemudian campurkan dengan isi ikan tadi
- Simpan dalam peti hingga waktu berbuka
Memang sedap di makan bersama nasi..perghhhhhh kalau buat pedas-pedas kompom meleleh hingus tu :P
Oklah, kami balik kampung tak lama pun. Hari Ahad dah balik ke sini. Memang tergesa-gesa sangat tapi nak buat macamana, ini sahaja weekend yang free. En suami memang seorang yang busy, semalam pukul 2 petang bg mesej dekat aku suruh siapkan baju dia untuk ke Miri. Alhamdulillah hari ni dah balik dah pun. Beginilah kehidupan baru aku, syukur sangat-sangat sebab ada hikmahnya Allah gerakkan hati aku untuk meletakkan jawatan & menjadi surirumah sepenuh masa. Semua ini memang perancangan dari NYA..
Petang semalam teringin nak makan kuih pelita sebab hari tu masa di kampung hanya sempat jamah sebiji sahaja. Mana cukup..huhu so terus menggoogle cara-cara nak buat dengan harapan senang untuk disediakan. Memang pun! Tak sangka semudah ini membuat kuih tepung pelita ni. Jadi di sini aku kongsikan resepi tepung pelita. Kredit kepada blog http://www.dapurkakjee.com/2012/07/tepung-pelita-idamanku.html
Bahan-bahan :
Bahagian bawah (warna hijau)
- 1 cawan tepung beras
- 1 sudu tepung jagung (aku derhaka sikit sebab kehabisan tepung jagung so aku bubuh tepung kastard, haha)
- 1 cawan gula
- 7 cawan air pandan (aku blend daun pandan)
- sedikit pewarna hijau
Cara-cara :
- Satukan kesemua bahan dalam periuk. Dengan api perlahan kacau dan biarkan sehingga mendidih dan berkilat. Kemudian tuang ke dalam bekas acuan (kalau takde daun pisang boleh je gunakan gelas atau bekas yang sesuai). Biarkan sejuk
Bahan-bahan
Bahagian atas (warna putih)
- 3/4 cawan tepung beras
- 1/2 sudu besar tepung jagung
- 7 cawan santan (2 air 5 pati santan)
- 1/2 sudu kecil garam (aku terlebih sebab tu termasin, kuikuikui)
Cara-cara :
- Satukan bahan dalam periuk dan dengan api perlahan biarkan sampai mendidih dan berkilat. Masukkan ke dalam acuan yang sudah diletakkan warna hijau. Masukkan dalam peti & sedia untuk dimakan bila berbuka nanti
Memang berbaloi-baloi buat tepung pelita ni sebab anak aku Husna tu cukup sukakanya. Alhamdulillah hari ni baru habis. Kalau beli RM2 baru dapat 5,6 bekas kecil tapi kalau buat boleh makan berkali-kali & sememangnya sedap! Eh puji masakan sendiri pula :P
Oklah, bagi yang ingin mencuba, bolehlah beli bahan & buat sendiri. Insya Allah aku pun akan buat lagi memandangkan en suami belum sempat merasa air tangan bini dia ni sebab semalam kan outstation..Kenalah buat lagi sekali..
Bye!
Rabu, 10 Julai 2013
Ramadhan Chart
Assalamualaikum,
Pertama sekali selamat menunaikan ibadat puasa kepada semua pembaca blog aku :) Alhamdulillah semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Insya Allah..
Malam tadi anak bujang tunjukkan aku Ramadhan Chart yang sekolah Haziq bagi untuk setiap pelajar di situ. Memang terkedu sekejap memandangkan banyaknya amalan yang harus aku pastikan Haziq buat dalam sehari. Tapi fikir positif memandangkan kita juga boleh cuba untuk lakukannya. Bak kata orang tua "Kepimpinan melalui tauladan" ke "teladan" eh? hihihi
Pada yang ingin mengambil Ramadhan Chart ini sebagai contoh untuk diri sendiri, sila-silakan copy & paste. Memang penuh dengan pengisian sepanjang hari di dalam bulan puasa. Semoga kita mendapat keberkatan darinya. Selain dari Ramadhan Chart ni, ada lagi beberapa helaian amalan seperti zikir dan bacaan-bacaan yang boleh diamalkan sempena bulan puasa ni. Waktu sekolah juga telah dipendekkan dari habis pada pukul 4 petang ke pukul 2 petang.
Tahun ni harapan aku semoga Haziq dapat berpuasa penuh. Tapi tak tahulah macamana performance nanti. Nak kena tengok sampai petang nanti. Mencabarnya nak suruh anak berpuasa, kalau suruh solat pun kadang-kadang aku dah tak tahan sabar..lagilah nak suruh tahan lapar dan dahaga. Moga Allah permudahkan segalanya. Kalau Haziq tak larat untuk teruskan puasa pun, tidak mengapa..yang penting semoga dia akan faham nanti apa ertinya puasa. Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja!
Oklah, salam kasih sayang buat semua!
Dapatkan pakej asas WAHM SAHM SOHO bagi mereka yang ingin bekerja dari rumah. Harga kasih sayang sempena Ramadhan kali ini adalah RM100 sahaja:)
Dapatkannya melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats app : 012-3228651
Facebook : https://www.facebook.com/zaila.mohamad
Semoga bermanfaat :)
Isnin, 8 Julai 2013
Diari WAHM SAHM SOHO : Fokus Fokus Fokus Dalam Berniaga
Assalamualaikum,
Alhamdulillah tinggal sehari lagi sebelum kita masuk ke bulan Ramadhan. Sudah bersediakan fizikal & mental untuk menyahut dan melaksanakan seruan Allah? Masih berhutang lagi ke puasa dengan Allah? Di sini aku ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan andai ada tersalah kata / tulis sepanjang menulis di blog ini.
Tahun ini masuk tahun kedua aku menjalani kehidupan sebagai seorang surirumah sepenuh masa. Tahun lepas aktiviti jualan tidak berapa rancak kerana aku sedang mengandung anak ke empat. Sekarang aku mulakan balik perniagaan tudung, baju kanak-kanak dan tambah satu lagi iaitu kerepek untuk jualan hari raya. Semoga kali ini aku akan fokus, fokus dan fokus dalam berniaga. Dahulu sebelum berhenti kerja, berniaga sekadar "suka-suka" untuk cari duit lebih tapi kali ini aku cabar diri sendiri supaya jadikan perniagaan aku ni sebagai satu lagi sumber pendapatan keluarga. Alhamdulillah, buat masa sekarang tempahan kerepek memang di luar jangkaan iaitu melebihi 100kg dah, suka tapi dalam masa sama berdebar-debar juga. Mohon Allah permudahkan segala urusanku..
Alhamdulillah juga sejak menjadi suri yang bekerja dari rumah, aku berpeluang bertemu dengan ramai kenalan hebat di dalam alam maya. Siapa sangka, sejak berhenti rutin harian aku tidak pernah TIDAK sibuk. Begitu juga hari minggu, Sabtu Ahad memang akan penuh dengan aktiviti juga. Macam Sabtu yang lepas, selepas aje mengambil Husna di sekolahnya, kami bergerak ke Kota Damansara, Banting, Bangi dan bermalam di Kajang rumah abang ipar en suami. Keesokannya pula terus ke Bandar Kinrara menghantar barang jualan dan mengambil tempahan kerepek. Alhamdulillah di atas nikmat masa yang diberikan oleh Allah; anak-anak memang sentiasa bersama kami untuk melihat penat-lelah ibubapa mereka berusaha mendapatkan duit. En suami juga sentiasa sibuk dengan kerja, dalam perjalanan pun kena patah balik masuk ke pejabat. Merasalah kami anak beranak berkampung dalam kereta selama lebih 3 jam menunggu en suami siapkan kerja. Itupun sepanjang hari mendapat panggilan demi panggilan membincangkan hal kerja!
Begitulah rutin kami. Dulu kalau en suami terpaksa keluar ke pejabat mahupun outstation, aku selalu marah-marah kerana terpaksa jaga anak seorang diri. Hihi Itu dulu, zaman muda remaja anak pun masih tak ramai lagi:P Sekarang ini, apa yang penting dalam sebuah keluarga adalah semangat kerjasama dan saling bertoleransi. Suami keluar bekerja, isteri duduk rumah jaga anak-anak. Kalau masing-masing faham dan tahu peranan masing-masing, Insya Allah boleh bekerjasama membentuk sebuah keluarga bahagia. Insya Allah..itu yang aku harapkan dalam hidup ini.
Alhamdulillah, hari ini anak-anak didik dok pakat PM cakap masing-masing sudah mendapat order melalui online. Syukur tak terhingga aku panjatkan pada Mu ya Allah..Semoga lepas ini akan makin ramai kaum suri yang akan menceburkan diri ke dalam bisnes online ini. Bukan susah pun nak cari duit poket, yang perlu ada hanya kesungguhan dan minat untuk merubah cara hidup. Tentukan matlamat dan mulalah fokus untuk mendapatkannya. Selagi kita tidak mencuba selagi itu kita tidak akan tahu yang kita akan berjaya.
Buat mereka yang ingin mengikuti kelas online asas blog dan fanpage, boleh hubungi aku melalui
email : zailamohamad@yahoo.com
sms / whatsapp : 012-3228651
Pada mereka yang ingin memiliki e book pakej asas WAHM SOHO, boleh dapatkannya sekarang pada harga RM125
Salam kasih sayang!
Langgan:
Catatan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^






























