Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 13 Oktober 2009

~Cerita Hujung Minggu Yang Basi~

salam semua, lamanya tak update blog
bukan apa, memang Zaila agak busy minggu ini
ditambah pula ngan kelembapan broadband Celcom ni
lagilah bertambah malas nak story mory
seb baik hari ni ada masa terluang
so bolehlah cerita sebelum ianya menjadi basi;)
well, our weekend was full of open house invitations
hari sabtu aje ada 4, kami jelajah satu Selangor on that day
bermula dari Bandar Salak Tinggi (rumah kawan sekampung Zaila)
kami tiba kol 12 tengahari & menunya sungguh menyelerakan (nasi beriani, roti jala, tapai, ketupat palas, kuih muih & banyak lagi) tapi kami tak sempat nak merasa semua dek kerna Haziq & Ameera mula menunjukkan tanda2 kelasakan mereka menghuruharakan majlis;p
then kami terus gerak ke Jalan Duta (setelah sesat ke Bandar Nilai; dan2 tu juga ada orang tu suruh Zaila belajar cara baca GPS kat Nokia Map tu)
di rumah SIL Zaila, kami makan laksam, roti jala, lemang, kuah kacang & many more
sedap masakan SIL Zaila (nak kena tempah ngan dia ni)
then pas solat Asar, kami ke Setia Alam rumah junior merangkap roomate Zaila di UPM dulu
kat sana Zaila just borak2 jer, perut dah tak boleh terima dah
memang FULL!!!
dari Setia Alam nak ke Klang, tapi kawan Zaila nak keluar (selepas menunggu Zaila dari tengahari lagi), Murni..so sorry ya..penat2 je masak nasi ayam tu tapi Zaila tak sempat nak merasa pon..huhuhuhu..jangan marah ya!! next time takyah susah2 masak
seriously i feel sorry because i couldn't make it to your house that day
blame it on me (yang tak pandai baca Nokia Map) so dah sesat2 ntah ke mana
jangan serik untuk jemput kami lagi ya:)
owh, sorry cause haritu kamera Zaila kehabisan bateri
pasai tulah takde gambar hot Zaila makan2 pada hari tersebut
malamnya, kami tidur kepenatan
Esoknya,
open house yang ditunggu2
of courselah office Zaila yang anjurkan
penuh kontroversi & drama
malas nak cerita lanjut, kang ada yang mengadu membaca blog ini
Zaila pula jadi AJK air haruslah datang awal hari tu ~~tapi takderlah awal sangat pon~~
nak tahu menu yang kami melantak makan??
nasi beriani ayam, nasi kerabu, bakso, mee sup, sate & kuah kacang, lemang, rendang ayam, bbq kambing, ayam, udang, sotong, puding, rojak buah & pasembor,agar2, buah2an, ais krim punyalah banyak menu!!!
hasil dari paksaan gotong royong potluck setiap department
tapi rasa macam membazir je pasal banyak yang tak habis
confirm, tahun depan takde jamuan raya!!!
hari tu juga ada pertandingan mewarna anak2 staff, sesi sumbang suara karaoke, pengagihan duit raya & sesi merapatkan silaturrahim antara staff & family masing2
Zaila juga agak sibuk pada haritu
bukan sibuk jaga air, tapi jaga anak2 supaya menjadi seorang kanak2 yang comel bukannya comot;p
nak bergambar pon tak sempat nyesal sungguh jadik AJK
because most of the time i'm running here & there
bimbang tak cukup air (mak AJK air) kang tercekik plak diorang tu
overall the event went smoothly eventho ramai yang boikot tak datang
ops..enough on that, kang mamp*s mak kena tuuuuut
so just layan gambar yang sempat Zaila snap sket jelah ye

antara juadah pencuci perot mulut

nasi kerabu


mama Deboom ke mama Debab??


Haziq tengah asah bakat mewarna


Lebih kepada menconteng bukannyer mewarna;p

Ni anak2 ke ibu2 yang tolong colourkan??

Ameera sudah keletihan

Anak saperlah ni??;p


~~Lastly, inilah cerita hujung minggu saya~~

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

n3 makan² di hjg minggu ;)
lama dah x mkn nasik kerabu!

mrs shaifull berkata...

zaila, bestkan open house, ari ni kitaorang plak beropen house :) heheheh...

abrahyn berkata...

eh,syok la kalau jamuan pot luck cam nih....katering pun bkn semuanyer sedap!

Mag berkata...

alaaa..tak jumpa lagi openhouse yang ade nasi kerabu

Lady of Leisure berkata...

i love nasi kerabu..
letak budu.. huuhhh.. pastu makan dengan telur asin dengan daging bakar...
perfect combination..

:: LadyVerde + Mr.Doc :: berkata...

sweet je bju raya u babe :)

Zaila Mohamad berkata...

Has, dah 2 tahun berturut2 Zaila buat open house bertemakan nasi kerabu..tahun ni aje M*las nak buat pasai nak merasa orang lain punya juga;)

Zaila Mohamad berkata...

CT, bestnyer..makan sampai kenyang tau;)

Zaila Mohamad berkata...

Abrahyn, a'ah pot luck best bila ramai2 datang bawa juadah masing2 tapi kalau terlampau banyak juga amatlah tak best pasal nanti membazir;)

Lady, memang best..Zaila suka makan dengan bawang jeruk..so yummeh!!

Zaila Mohamad berkata...

puan.farah, meh datang umah Zaila ni..Zaila tolong buatkan;)

Verde, i'm blushing now~~lalalalalaalaaa~~

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^