Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 25 Oktober 2009

Introducing Emmer Eshan Zariff

Owhh (nada excited) hari ini Zaila ke majlis kenduri selamat anak kawan Zaila di Taman Ibu Kota, Setapak..Baby Farashima Aini ni baru jer berusia 4 bulan tapi badan dia..ya ampunnn..terkejut pasal anak2 Zaila semua jenis yang kecil2 aja..~~tak macam mama mereka yang makin kembang tu~~Baby Shima namanya Emmer Eshan Zariff..By the way, Zaila baru je kenal dengan Shima (masa tu kebetulan satu group masa program PAC untuk pemilihan PTD)..Alhamdulillah dia dah selamat menjadik seorang PTD yang berjaya tapi Zaila??~~no comment~~sedih!!!

Nak dijadikan cerita, Shima juga merupakan kawan baik kepada coursemate Zaila merangkap rakan artis teman sebulian di U dulu..Ingat tak entry ni, haaaaa..orang yang samalah ni, baju pon still sama juga;) ~~aperlah Najwa ni, lain kali tukarlah tema baju tuuuu~~

Walaupun tak sempat borak lama, tapi tetap rasa happy sebab dapat berjumpa setelah lebih kurang 10 bulan terpisah~~ceewahh~~ Shima pon dah makin kurus berbanding ngan Zaila yang makin kembang ni..Aduishhh..tak suka tengok gambar Zaila kat bawah ni..serious mak rasa gemok!!~~ya saya tahu~~isk isk sambil mengelap air mata..saya tahu saya patut deletekan aje weight ticker yang kat atas tu..huhuhuhuhuhu;(

Jangan give up Zaila, selagi mata belom pejam selamanya tidur, ko mampu mengubahnya~~deep voice within~~


P/s : Haaaaaaaaaaa..saper2 yang nak jadik mak bedah iklan produk nak kurus bolehlah ampu saya dengan segera ya~~theeee~~

4 ulasan:

abrahyn berkata...

tembunnyer...gerammm!!!

Lady of Leisure berkata...

alalal comelnya baby ni zaila..
gebu betul dia.. hehehe..

Mag berkata...

haha..meh saya jadi mak bedah..meh beli herbalife..=p

itu budak sangat chubby + botak.. i loike!

Zaila Mohamad berkata...

Haidah, tembam kan;)

Lady, memang gebu!!

puan.farah, haa silerlah hantar maklumat ke email saya ya : zailamohamad@yahoo.com

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^