Petikan dari Utusan Malaysia Online:
Awas banjir kedua
KUALA LUMPUR 21 Nov. - Penduduk di negeri-negeri di pantai timur Semenanjung terutama Kelantan dan Terengganu diminta berjaga-jaga kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir ekoran amaran hujan peringkat merah yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini.
Amaran itu dikeluarkan ekoran ramalan hujan dijangka berterusan sehingga minggu depan yang berkemungkinan paras air di kebanyakan sungai utama di kedua-dua negeri itu terus meningkat dan memburukkan lagi keadaan banjir yang telah pun melanda.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, amaran hujan peringkat merah merupakan hujan monsun yang lebat dan meluas berlaku atau dijangka berlaku dalam masa beberapa jam.
''Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berada berdekatan tebing-tebing sungai,'' kata kenyataan itu.
Selain itu, di Pahang, Perak, Kedah dan Perlis, amaran hujan lebat peringkat kuning telah dikeluarkan di mana berlakunya luruan monsun dalam tempoh 24 hingga 48 jam.
Menurut kenyataan itu lagi, amaran peringkat kuning akan menyebabkan berlakunya hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang turun dari semasa ke semasa melibatkan beberapa daerah di Pahang, Perak, Kedah dan seluruh Perlis.
Bagi Pahang, ia melibatkan daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Maran dan Rompin dan dijangka berterusan sehingga Selasa depan.
Di Perak pula, ia melibatkan daerah Hulu Perak, Larut dan Matang, manakala di Kedah ialah daerah Sik, Baling, Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar dan Pendang dan Perlis dijangka berterusan sehingga Rabu depan.
''Keadaan tersebut juga boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berdekatan tebing sungai," katanya.
Tambah kenyataan itu, semasa tempoh hujan lebat, orang awam diminta untuk lebih berhati-hati dan mengikut arahan pihak berkuasa serta mematuhi arahan berpindah jika banjir berlaku di kawasan mereka atau jika keadaan memerlukan.
Dalam pada itu, amaran angin kencang dan laut bergelora juga dipertingkatkan ke kategori kedua untuk angin kencang timur laut di perairan Condore di Laut China Selatan dengan kelajuan 50-60 kilometer sejam dan ombak setinggi 4.5 meter dijangka berlaku sehingga esok.
Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
Angin kencang sehingga mencapai kelajuan 40-50km sejam dengan keadaan ombak setinggi 3.5 meter pula berlaku di perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Kudat di utara Sabah juga dijangka berterusan sehingga esok.
Keadaan ini turut berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Ribut petir yang berlaku di perairan Langkawi, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah (Kudat dan Sandakan) dan Laut Sulu dijangka berterusan sehingga tengah hari ini menyebabkan ombak setinggi 2.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Selain itu, kawasan pantai di pantai timur Semenanjung (Kelantan, Terengganu dan Pahang) terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut dan keadaan ini dijangka berterusan sehingga Selasa depan.
Harap2 minggu ni dah tak hujanler pasal Zaila nak balik kampung..uwaaaa..janganlah banjir..huhuhuhuhuhu..Memang mencabar kalau balik kampung musim banjir..Perjalanan yang makan masa 8 jam pon boleh bertukar ke berbelas2 jam..fenat tauuu..Asal balik kelantan je tak kiralah musim raya ke, cuti sekolah ke mesti akan melalui perjalanan yang meletihkan..aduishhh bilalah penyeksaan ini akan berakhir??
Insya Allah, Zaila akan pulang ke kampung pada malam Rabu ini memandangkan hari Khamis kami semua tidak bekerja..Harap2 banjir akan surutlah..Janganlah sampai tersekat perjalanan kami..Maklumlah tahun ni Zaila wajib balik beraya di kampung pasal Zaila nak jumpa kakak kandung Zaila yang menetap di Labuan..Bukan selalu boleh jumpa dengan dia, maklumlah dia hanya akan pulang bercuti sekali setahun aje tupon pasal dapat tiket free Owh rindunya mahu jumpa anak buah Zaila yang bernama Adibah ituuu..rindunya nak makan ubi kayu rebus cicah kelapa tupon kalo ubi kayu tak carok dan yang paling best, kami sekeluarga (mak, ayah, abang, Zaila) akan korban..Errr, tapi Zaila ambil satu bahagian aje untuk dibuat akikah Ameera nanti
Nanti jemputlah datang ke rumah Zaila pada hari raya ke dua nanti..Pada member blogger yang sememangnya menetap di Kelantan pun jangan malu untuk bertandang ke teratak usang mak ayah Zaila ya;P especially Kak KV tuuu..dekat jah tu nga rumah kak KV yang besar tu^__^
Kawan2 yang lain pulang ke kampung tak?? Have a nice journey back ya!!
**carok = rosak akibat banjir
12 ulasan:
syoknye dapat balik kg.. yati doakan zaila n family selamat pulang ke kg.. happy holiday yer!!!
Yati, harap2 jadilah balik kg..takut juga ni pasal banjir..huhuhuhu
tu la..camno ni???
haha lamo dop guno perkatae carok tuh
kelik molek la pie2 banjir neh, berayo dale air pong sedak jugop :)
Hopefully perjalanan Zaila tak terganggu..doakan semoga surut cepat..Akikah kat sana yer..bestnyer! :)
puan.farah, kalu nak booking flight buleh botok palo ni;)
Nanie, thanks Nanie..itulah plan nak buat akikah tapi tgk kondisi banjir macamana dulu;p
Yatie, huhuhuhuhu..kampung kito xbanjir tapi jalan nak balik tu hok terputus dek bajir..kalu ada mutor bot, buleh jah redoh..haahahahah
zaila, am visiting yours!!
nanti amik pics banjir ya..nak imagine dalam mana air naik.
ritu smangat lawat klantan n singgah sungai krai.
teringin nak rasa banjir!!hehehe
che'puan idot, ya welcome..welcome..huhuhuhu..insya allah akan bersiaran di dalam banjir nanti, me too so excited to feel it;)
kami ni pun cam. nak balik ke tidak ni. mak ckp x yah balik x pe. hujan non stop di kg! jln tutup sana sini..huhuhu
Has, janganlah banjir..huhuhuhuhu
selamat kelik kelate,drive safely kak ila.best nyo make daging,perut dan sekaliannya huhu.
Ami, thanks!! nati Ami pun nak kelik kampung juga kan..
Catat Ulasan