Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 23 November 2009

Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya

Skema je tajuk di atas kan??Hihihihihi..saje je tuu..Actually sejak dua menjak ni Haziq suka sangat pointed to the sky whenever he just saw an aeroplane..Sudahler pelat; "Aelopain, aelopain!!" Macam dengar "ello pain" pun ada!!! Ape2 jelah Haziq..janji anak mama tahu yang benda tu dipanggil "aelopain" bukannya keretapi atau basikal;p


Semalam, memang hari yang sungguh tidak produktif buat kami sekeluarga..Bayangkan celik mata aje perut sudah berbunyi, lepas makan sang suami sambung tidur lagi..Tepat tengahari kami keluar makan dekat restoran ikan bakar sri muda..Memang best makan ikan keli bakar cicah air asam..sampaikan last2 cicah jari ke dalam air asam tersebut!! hahaha..punyalah sedap;)
Balik rumah, kami membuta lagi sampailah ke petang..

Selepas solat Asar, sang suami mengajak anak2 ke KLIA untuk melihat "aelopain"..Of courselah Haziq yang over excited..Sepanjang jalan dok tunjuk "aelopain, aelopain"..Rosak sungguh vocabulary anak aku ni;p
Kami pergi semata2 nak bawa Haziq tengok kapal terbang sahaja..Tiada niat lain mahu shopping tie rack ya;p Maklumlah, kalau mahu anak jadi pilot kalau mahu melentur buluh, biarlah dari rebungnya..Konon2 mahu bagi pendedahan dari awallah ni?? Tak aderlah..Actually this is part of our weekend activity juga..Bosanlah kalau asyik hang out dalam shopping mall sahaja padahal takut habis $$ kan..so baik kita jalan2 cuci mata sahaja kan;p selamat duit hakuuuu

Layan gambar jelah..gambar yours truly tak ada pasal dia malas tak pakai make up so tak boleh kasi korang tengok..kang masing2 mahu terjun bangunan dek kerana terkejut beruk terpegun kang;P
Awat mata anak jantanku layu tu??

Ameera tak paus hati tuu, muncung sampai sedepa;p

Abang Haziq yang excited sampai tak nak balik!!

Buat Amirul Haziq, mama tak kisah pun bila besar Haziq mahu bekerja sebagai apa..yang penting Haziq jadilah seorang anak yang soleh, patuh kepada perintah ALLAH & tidak melupakan jasa mama & papa ya;)

~~Hermm..tetibe je teringin nak bercuti2 Malaysia~~

12 ulasan:

Mag berkata...

ari tu air asia ade tiket murah..tapi xbook. lambat sangat. takut nak merancang. cuti-cuti malaysia balik kelate main air banjir je lah =p

Mag berkata...

ari tu air asia ade tiket murah..tapi xbook. lambat sangat. takut nak merancang. cuti-cuti malaysia balik kelate main air banjir je lah =p

Tanpa Nama berkata...

ohh has if ke klia haruss ke tie rack! x blh tidakkk..hehhehe...haziq ni pilot to be la..Insya Allah

KV berkata...

hubby akak pun suka bwk anak gi epot tgk kapal terbang. Konon2 nya nak tanam minat. Haha

jane_doe3328 berkata...

ikan bakar sri muda tuh memang sokmo penuh kan?

dah try nasi ayam pakmal??

zarin berkata...

wah!bakal pilot dah pi melihat2 aelopain dah...
cute je kepelatan dia tuh:)

Zaila Mohamad berkata...

puan.farah, macamana nak kelik kampung ni?? banjir sana sini..huwaaaaaa;(

Has, murah tak TR kat situ??

KV, betol tuu..biar ado minat sket baru mudah nak suh jadi pilot nanti..ahakss;)

Jane. kat mano tu?? bagitau r

Zarin, Haziq memang pelat & cakap terbalik!!

mrs shaifull berkata...

hehehe mcm tau2 saja, akak baru nak tanya x shopping itu tie rack kah? :)

Tanpa Nama berkata...

normal rm59. murah sbb ada less 15%
tu yg besh tuh...

Zaila Mohamad berkata...

Kak CT, tak tahu pon kat sana ada jual TR

Has, iya?? ok juga pasal beli trough online pon agak mahal juga..lain kali nak p beli kat sanelah..jom kita p sama2 nak??heehehehe;)

yatie chomeyl berkata...

haaa bagus haziq minat kapal trube, nanti besar2 leh join venture dgn aunty hehe

Zaila Mohamad berkata...

aunty yatie jangan lupa ajar Haziq ya;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^