Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 31 Disember 2009

Ikan Siakap Bakar

Sejak dua menjak ni, Zaila perasan seluar & kain baju kurung semakin mengecil..herm..hairan sungguh kan?? Tak kanlah pinggang Zaila makin lebarrr kot^__^

So Zaila rase Zaila kena control sket pemakanan Zaila ni..yerlah, sejak balik kampung haritu, mulut Zaila tak berhenti makan..pagi makan nasi berlauk, tengahari makan gulai kawah & malam makan nasi ngan budu..Mana tak naik selera berat badan ni kan;P

Lagipon bila tengok kawan2 yang makin cantik menawan walaupon sudah beranak dua/lebih, makinlah buat Zaila tercabar kan..hahahahaa..buat masa sekarang ah..Herm, mungkin kena masukkan dalam salah satu azam tahun baru 2010 kot untuk kurangkan berat badan ni (read:dengan lebih bersungguh2)

Malam tadi Zaila just bakar ikan siakap aje & tak sangka rasanya sedap sangat2..Zaila just lumurkan isi ikan siakap dengan sedikit asam jawa & garam sahaja..that's it!! then bakar atas stove sampai ikan masak..Pastu Zaila buat kuah cicah dengan menggunakan kicap+cili padi+bawang merah..Berselera sungguh!!
Yang ni pula sayur kobis goreng bersama dengan cendawan..Zaila tumis sedikit bawang putih, campak sayur kobis & cendawan, masukkan serbuk pati ayam, sos tiram & air..wallaaah, boleh diratah begitu sahaja!!

Insya Allah, tahun depan Zaila akan jaga pemakanan kami sekeluarga..Bukan apa, sekarang ni suka sangat makan makanan yang bergoreng & berlemak..Kalau rajin buat exercise takpe, so cara yang paling baik adalah dengan menukar kaedah masakan Zaila..hermm, pasni makin bergunalah oven & tempat bakar ikan yang Zaila beli tu;-)

5 ulasan:

N A N I E berkata...

baca entry zaila tetibe insaf jap..kene diet jugek ekekeke :)

eynda berkata...

Yummy la ikan bakar tuh...btw sudah klik2 iklan windows 7 satu ;-)

Lady of Leisure berkata...

zaila sedapnya lady makan siakap bakar malam tadi kat melaka hehehe...
lega rasa...
:D

ME berkata...

wah ramainya yg nak mendiet.

ikan siakap tu nampak mengancam.

Zaila Mohamad berkata...

Nanie, kom kita diet sama2;)

Eynda, thanks..nanti kita singgah blog Eynda ya

Lady, sedap kan ikan siakap bakar ni

ME, azam tahun barulah katakan..wakakakakaa

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^