Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 30 Disember 2009

Nasi Berlauk, Pantai Tok Bali & Adibah

Hi semua, lama sunggu Zaila tak menempel muka bercerita kat sini kan..Asyik copy paste pasal Nuffnang Friso Family's Day Out aje kan dahtu yang paling senang nak copy & paste ^__^

Actually Rabu lepas Zaila sekeluarga balik bercuti di kampung..last minute punya plan..Thanks hubby sebab sungguh bermurah hati memberikan pelepasan ntok mama bermalasan bermanja dengan Kak Na..Kami balik ni sebab nak berjumpa dengan Kak Na sebab hari Sabtu diorang sekeluarga dah kena balik ke Labuan dah..Ntah bila pula boleh berjumpa lagi;(

Kali ni, Zaila habiskan masa di rumah Zaila aje, umah MIL pergi juga tapi tidur semalaman aje..Moga MIL Zaila faham, Zaila bukan tak suka tinggal di rumah sana cuma Zaila nak habiskan masa bersama dengan Kak Na lebih sket, maklumlah nak jumpa pon once a year aje..

Paling suka bila tengok gelagat Adibah ngan Alisa (yap, yang ni cousin dia yang tidur dekat rumah Tok Ayah dari raya haji sampailah masa Zaila balik, sungguh kacip ngan Adibah tu) bermain ah..Habis semua binatang dibawa masuk ke dalam rumah!! Ada ikan(yang ditangkap di dalam parit depan rumah), kucing (lupa ntah nama apa), anak kucing (siap jaga tu) & macam2 lagi..tak tahan sungguh dengan gelagat mereka!!

Tapi yang paling seronok mestilah Adibah..Setahun dia tunggu untuk balik ke kampung jumpa Mok & Tok Ayah..K lah, biar gambar pula yang berkata2 ya;-


Gambar Haziq bersama dengan kakak2 si pari2 hangit (Dari kiri Aqilah, Alisa, Adibah, Haziq & Alia) sesambil tu mama layan blog..suke sangat pasal kat rumah ada streamyx & berok band pon laju yang amat!!
Petang Jumaat kami ke Pantai Tok Bali..saje ambil angin pantai..mula2 ingat nak g Pantai Irama je tapi last2 tukar plan pasal nak cari ikan di pasar Tok Bali..tapi Pantai kat sini tak best macam Pantai Irama, tak ada orang meniaga pon (tak tahulah kalau before jambatan tu ada) so just feeling2 main air jelah!!

Haziq orang yang paling penakut petang tu, ada ke takut ngan bunyi ombak..sampai sudah dia tak jejak kaki dalam air..bila Zaila dokong betul ke ejaan ni?? pon nangis2 juga tapi bila kaki tersentuh air, pandai pula dia suka..tapi memang sekejap jelah dia main air then dok perhati dari jauh aje..aperlah Haziq nii..

sedikit gambar pemandangan tepi pantai..banyak kulit2 siput & anak2 ketam berkeliaran kat situ..gambar bawah kiri tu adalah gambar anak ketam tapi tak tahulah korang nampak ke tak sebab ketam tu warna dia menyerupai warna pasir kan?

Kami haritu gamble aje pergi so tak sempat nak mandi manda, harus bila balik nanti kena g sana lagi sekali untuk acara mandi manda juga

Adibah dengan Aqilah aje yang nak ikut Zaila & the geng g pantai..Alia tak nak ikot while Alisa dah kena balik Pasir Mas sebab her mum datang ambik petang tu..Nampak muka Alisa masam aje sebab tak puas hati tak boleh ikot kami & terpaksa berpisah dengan Adibah..herm, kena tunggu tahun depan pula kalau mahu jumpa lagi..kesian Alisa;(

Haritu Ameera ok je main air..tapi ada jugalah nangis bila ombak kuat sket..tapi memang jelas Ameera ni lagi berani dari abang Haziq;P

Tengok!! mama tinggalkan sorang2 pon tak kesah..pastu Ameera jatuh dalam air sebab dihempas ombak..kesian anak mummy ya;)

Papa yang sedang melayan Ameera main air..Adibah ngan Aqilah pon sama naik ngan Ameera

Yang berdiri depan hubby tu adik hubby (sebaya ngan Zaila), kebetulan masa tu dia g kenduri kahwin kawan dia dekat kampung Zaila (kebetulan dua pupu Zaila)..what a small world kan?

Gadis ayu baju biru sedang buat istana pasir tu adalah adik hubby yang bongsu, masa tu dia ikut adik ipar Zaila p kenduri kahwin..Adik ipar Zaila ni tengah study lagi kat UIA Gombak (lupa dah amik course apa)..by the way, gambar kat bawah kiri tu Zaila snap sebab nak tunjuk kat uols makcik ni sedang bersantai kena tanam ditanam di dalam pasir pantai..Adik ipar Zaila bagitahu sebab nak berubat, berubat apa tu Zaila tak pasti..lupa pula nak g tanya makcik tu!!

Pastu kami ke pasar Tok Bali mencari sedikit ikan..Hubby ingat nak bakar makan ramai2..Last2 tak jumpa pon ikan yang berkenan di hati (kalau ada pon, tersangatlah tak segar & mahal) so kami just beli udang sahaja..tupon harga mengalahkan pasar besar Econsave yang ada kat Shah Alam ni..huhuhuhu..so kawan2 semua, janganlah tertipu dengan pasar Tok Bali ni, nama je tempat orang naikkan ikan tapi harga mak aih..cekik darah (bagi Zaila lah) baik beli di pasar dekat rumah aje lagi bagus!! hihihi

Tapi ais krim potong kat sini memang sedap..tengoklah gambar2 dua orang budak2 yang sukahatidapataiskrimsampaisayangnakmakanaiskrimtu..hihihihi..Kitorang kena tunggu Haziq & Ameera habiskan ais krim tu baru boleh balik, kalau tak..habis ah kereta!!

Tu sahaja cerita Zaila di kampung kali ni..Takde berjalan sangat sebab memang plan nak balik rehat kat rumah aje padahal duit takde hihihihi

Pagi esoknya, seawal 4 pagi Kak Na dah bersiap nak ke airport sebab flight dari KB ke KL pukul 6.35 pagi..Masa ni memang sedih sangat sebab nak berpisah dengan Kak Na kan..Adibah toksah cerita ah, dari semalam lagi tak makan nasi, muka moyok & mata hidung merah sebab tahan nangis..Kejap2 g jengok anak ikan, anak kucing yang dia bela tu..Pastu kat airport, ayah Zaila bagitahu siap nangis peluk ayah suruh ikot sekali..memang sedih bila teringat kat dia..takpelah, insya Allah, kalau ada rezeki mokla & CikDae akan bawa Haziq & Husna g Labuan ya..so doa2kan Mokla makin murah rezeki ya;-)

10 ulasan:

eynda berkata...

Sukaaaa tengok pemandangan tepi pantai :-)

zarin berkata...

kesian anak buah zaila tu...dia dah attached ngan atuk dia n cousins dah tu...tkpe, nanti boleh jumpa lg..

Lady of Leisure berkata...

takpe zaila.. ada rezeki boleh jumpa lagi kan...
bestnya main2 di tepian pantai... lady suka bau laut..
:)

Zaila Mohamad berkata...

Eynda, cantik tapi sayang haritu tak dan nak mandi manda

Zarin, dia memang macam tu..tiap kali balik mesti akan buat Tok Ayah makin teringat kat dia!!

Lady, betol tu..zaila ni nama je dok dekat ngan pantai tapi sepanjang hayat tak pernah mandi pantai;p

*gorjesmum* berkata...

rindu pulak kat kampung :)

yatie chomeyl berkata...

lamo tok gi tok bali. dulu2 suko g dgn family, dmbl tgk ore mancing ike kat atas batu tepi pantai tu

Zaila Mohamad berkata...

Gorjesmum, nanti balik klate g pantai irama tau

Yatie, a'a..rama oghe ngail kat atas batu tu, kalu dop bw budok2 ni zaila ukah doh;-)

Unknown berkata...

bestnye cuti2 tepi pandai

Tanpa Nama berkata...

hi ada COACH ali patchwork in gold for lelong...pls visit my shop! tq -ninie-

Zaila Mohamad berkata...

Ariffda, best kan main air kat pantai!!

Nanie, will promote to my friends ok!!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^