Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label famili. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label famili. Papar semua catatan

Selasa, 25 Oktober 2016

Kisah Cuti Awal Muharram : Mandi Kolam & Nasi Arab Hadramawt Kitchen

Assalamualaikum,

Sebenarnya kejadian dah lepas dah pun. Awal bulan Oktober yang lepas kami menghabiskan cuti Maal Hijrah bersama keluarga belah en suami. Saje simpan dalam blog sebagai kenangan :)
Awal pagi tu aku ke HQ Amway di Petaling Jaya sekejap uruskan pembelian alat ganti Noxxa Pressure Cooker dan selepas itu terus ke Wangsa Maju ke rumah abang sulung en suami. Budak-budak ni dah teruja sangat sebab nak mandi kolam. Maklumlah kat rumah kami mana ada kolam :P




Suasana petang tu hujan rintik-rintik. Sesuai sangatlah kalau nak mandi-manda tapi Ashraf, Azzam dan Aaliyah main air sekejap aje dah kesejukan.


Husna dan Haziq aje bertahan (siap masuk kolam dewasa lagi). Nasib baik ada Ayah Long mereka dan sepupu-sepupu yang besar tolong tengokkan. Kalau takde yang pandai berenang, memang mama diorang tak akan bagi turun ke kolam dewasa tu. Teringat kenangan budak-budak ni mandi kolam di hotel dekat Krabi, Ashraf hampir lemas juga. Ya Allah terbayang-bayang lagi rupa dia terapung dalam air. Minta dijauhkan Allah perkara macam ni tau.


Suka betul Husna bila Ayah Long ajar berenang. Mekla dari mereka kecil lagi niat nak hantar kelas berenang tapi sampai sudah tak daftar-daftar. Herm, maklumlah banyak sangat komitmen duit nak guna. Tengoklah tahun depan kot-kot ada budget lebih boleh hantarkan ke kelas berenang di Berjaya Park.

Sambungan kisah tadi, selepas solat maghrib kami semua pakat berkumpul di restoran nasi arab berdekatan rumah Ayah Long iaitu Hadramawt Kitchen berdekatan dengan Wangsa Walk. Semua adik beradik en suami yang tinggal di Selangor dan KL datang. Alhamdulillah, gegey riuh dalam restoran tu dengan suara set-set "speaking Klate". Naisb baik Kak Rah atau Mak Long rajin ambil gambar guna henset, maka adalah beberapa gambar boleh simpan sebagai memori nasi arab. He he he
Nak harapkan Mekla, henset awal-awal lagi sudah mati (habis bateri). Jom berkenalan dengan keluarga besar en suami :-


Tuan blog dan suaminya serta anak bongsu (anak no 6). Eh! Ada hati lagi ke nak tambah anak? Dalam keadaan ekonomi sekarang, rasanya kena fikir sepuluh kali :P


Mokra (tengah) diapit oleh anak-anak saudara. Besar (dari segi fizikal pun ya) dah mereka semua :)
Kalau berminat boleh PM tepi. Ha ha ha #sayapromoteaje


Ini pun anak dara kepada abang sulung en suami. Sekejap aje masa berlalu, dulu ingat lagi kalau ke rumah mereka masih kecil-kecil lagi.


Ayah long dan mak long bersama anak Mokla nama Fadhal Hamzah. Orang kata wanita yang anak ramai muka awet muda, kalau tak percaya tengok Kak Rah ni (promote sket) Ha ha ha Sebaya dengan anak-anak dara dah kan ;)


Yang ini pula anak saudara (depan sekali) dah muka gaya bapa saudara. Nasib baiklah lelaki muka "matured" takpe, kalau anak dara kesian pula. Ha ha


Kak Yah (kakak en suami) dan suami Abang Zul. Amboi romantik nampak. Anak mana? Anak mana?


Gambar ibu-ibu sahaja (dan bakal ibu juga)


Mokla (adik bongsu) dan suami Fazril. Tadi anak Mokla (yang Ayah Long pegang)


Mokra dan Rostam (kami panggil Tom trusted repairman sebab dia kerja membaiki alatan elekrtik). Mokra ni dulu waktu bujang selalu juga ikut kami bercuti ke Melaka, pergi Vietnam pun dengan dia lah, tapi sejak dah kahwin ada suami ada anak ni susah dah nak ajak pergi mana-mana. Sibuk kendong anak lah tewww


Anak-anak dara dan mak dara. Haaa cer tengok Kak Mar tu muka awet muda kan? Belah kiri tu Huda (anak sulungnya). Mekla nanti dengan Husna macamana lah ya?


Mekla makan di meja sebelah (boleh nampak tak minah kecoh sedang berbual tu)


Anak-anak dara (belah kiri tu baru habis UPSR) yang tengah dan belah kanan baru darjah lima uolsss


Anak dara diapit oleh "mak dara" >___<


Abang Zul & Kak Rah (lagi). Terima kasih malam ni Ayah Long yang bayar bil (sebenarnya semua pakat bayar juga tapi uhuk uhuk tak cukup dengan bil yang keluar). Semoga makin murah rezeki yang membayar bil malam itu.


Yang ini Abang Yi dan Kak Nurul (abang Yi ni kembar kepada Kak Yah)


Huda dan Huzaifah (pasangan ni berkahwin hujung tahun 2014). Masih ingat lagi sehari sebelum banjir besar di Kelantan, masa tu mak mertua datang dan tak boleh balik sebab jalan darat semua dinaiki air. Kenangan yang terpahat dalam hati.


Ayah Sir (abang no 2) dan Kak Mar 


Jamal (adik en suami) dan Azan


Gambar kami depan restoran. Boleh nampak tak mana anak-anak Mekla? Semua dipegang oleh anak-anak buah. Haziq Husna Ashraf dan Azzam aje yang takde dalam gambar sebab sibuk bermain. Malam tu balik rumah dah pukul 12 malam. Kenyang makan nasi arab sampai ke pagi :P

Oklah, itu sahaja gambar. Nak review pasal makanan pun tak boleh sebab tak ambil pun gambar makanannya tapi rasanya sedap juga (dah peminat nasi arab kan) cuma bab harga "standard" lah kan. Kalau nak makan nasi arab di restoran petuanya jangan order air banyak-banyak baru lah selamat poket bila nak membayar tu :P


Iklan sikit : Mekla adalah ABO (Amway Business Owner) jadi sekiranya berminat untuk membeli atau mengetahui akan produk yang dijual di bawah edaran Amway, boleh WA Mekla di 012-970 6828 ya. Sudah ambil minuman protin Nutrilite di atas? Kalau belum, anda patut cuba sebab memang berkhasiat dan sangat bagus untuk kaum wanita di mana kita memerlukan protin untuk membina dan menggantikan sel tubuh badan. Perisa kegemaran Mekla sudah tentulah beri dan teh hijau. Orang yang ada gastrik sesuai sangat ambil protin untuk mengelakkan perut dari cepat pedih. Tak percaya? Silakan cuba sendiri. Meh beli meh :)

Bye!

Sabtu, 26 Mac 2016

Memperkenalkan Arman Hakeem Ahli ke 6 Keluarga Kami

Assalamualaikum,

Lambatnya masa berlalu, hari ini baru masuk hari ke 22 Mekla berpantang. Pada yang berkawan dengan Mekla di Facebook mesti dah tahu yang Mekla dah selamat melahirkan bayi lelaki pada petang Jumaat 4hb Mac 2016 yang lepas. Alhamdulillah, kelahiran ke 6 buat Mekla dan semuanya dipermudahkan Allah. Sakit bersalin sekejap sahaja cuma Mekla agak tertekan sebab baby mula-mula tu lambat sikit nak keluar. Dia tak nak bagi mama dia sakit lama tapi mama dia tu punyalah penakut sampaikan belum apa-apa dah minta "pain killer". Yang kelakarnya, dalam 10 minit selepas mengambil ubat tahan sakit, baby terus mahu keluar tanpa boleh ditahan-tahan lagi. Doktor pun tak sempat nak sambut dan paling mama terkilan sekali en suami yang pada waktu itu berada di surau pun tak sempat nak jadi pom-pom boy buat isterinya. Alhamdulillah, tepat 2.38 petang lahirlah baby yang diberi nama Arman Hakeem.


Reaksi Aaliyah waktu mula-mula dapat adik. Masih terkejut dan nampak sedih tapi sekarang bangun tidur je cari baby sebab nak cium. Alhamdulillah, rajin je menolong mama jagakan adik, tapi kalau mengamuk boleh tahan juga T____T"


Gambar baby "fresh from the oven" lagi. Beratnya 3 kg lahir betul-betul ikut jangkaan ;)


Masa ni dah botak, muka terus berubah ;) Sekali pandang macam abang Azzam, sekali tengok macam Ashraf, sekali toleh macam Amirul.


Gambar en suami ambil sewaktu nak azankan baby. Dia punya menangis ya Allah rasanya baby Arman lah paling kuat (lagipun masa bersalin tu aku seorang sahaja yang bersalin). Alhamdulillah lega rasanya bila semua dah selesai. Tak sabar nak kembali langsing, EH! Tak mungkinlah kan :P

Oklah, nanti sambung lagi. Setakat ni baby Arman kuat tidur, menangis, berak dan kentut. He he he
Jaundice pun tak tinggi dan tak perlu ulang alik ke klinik ambil darah. Syukur alhamdulillah. Mama dia pun berpantang macam biasalah (tak berapa nak pantang sangat) tapi kali ni boleh lah pantang dengan tenang memandangkan ramai yang membantu ;)

Sambung lagi. Bye!

Isnin, 22 Februari 2016

Kisah Hujung Minggu

Assalamualaikum,

Sejak perut dah memboyot ni memang malas nak ke mana-mana. Lagipun sekarang ni boleh dikatakan selang seminggu Haziq kena pergi sekolah untuk program bagi pelajar tahun 4, 5 & 6. Cepat betul masa berlalu sebab anak bujang dah aktif dengan program sekolah. Kalau tak silap minggu ni ada program kem smart solat yang dianjurkan pihak sekolah. Sementara menunggu abang Haziq ke sekolah, kami duduk rumah dan kemas rumah (yang tak pernah sudah). Bukan apa, nanti aku nak berpantang jadi paksa juga en suami kemaskan rumah seperti sapu habuk, lap cermin, tukar langsir dan buang segala sampah yang terhasil dari renovation tempoh hari.

Sambil-sambil tu kita main masak-masaklah. Takde menu menarik pun cuma sarapan pagi en suami buatkan nasi lemak kemudian petang aku masakkan pasta fettucini untuk dimakan bersama kuah bolognaise (nanti cerita entri lain) dan yang kat bawah ni gambar ulang tayang dari facebook. He he he Biasalah asal lepas masak je mesti "tayang" kat facebook. Senang sebab tak payah nak transfer ke komputer bagai. Kalau dulu pakai kamera digital memang kena tunggu pindah masuk gambar dalam PC tapi sekarang tak perlu lagi. Errr faham ke idok Mekla dok membebels ni?




Daging masak lada hitam bersama cendawan shitake. Daging ni aku masukkan dalam Noxxa Pressure Cooker dulu dan buat HP selama 15 minit untuk bagi lembut. Kalau tak mesti liat dan nanti sakit pula gusi mak buyong ni. Untuk resepi daging masak lada hitam ni senang aje

Tumiskan bawang putih dan halia, kemudian masukkan daging dan cendawan shitake. Masukkan sos lada hitam dalam 3 sudu, sos tiram 2 sudu, kicap manis 2 sudu dan gaul rata. Kalau nak berkuah sedikit masukkan air rebusan daging tadi. Kalau nak kauh pekat masukkan bancuhan tepung jagung sikit. Aku malas nak masak sayur jadi aku tambah terus sawi yang dah dipotong sekali bersama daging ni. Hermm boleh tahan juga pahitnya kuah tu sebab sawi kan pahit :P




Petang sabtu tu buat home made steam boat. Macam biasa gunakan Noxxa Pressure Cooker sebagai tempat untuk menyediakan kuah. Mod Stir fry dan tunggu air mendidih kemudian masukkan 3 kiub tom yam. Kemudian masa kuah dah mendidih tu tukar kepada keep warm sahaja dan campaklah segala makanan yang kita nak bubuh. Puas hati bila buat sendiri sampai makan peluh menitik-nitik :)




Oh ya, dekorasi rumah aku sekarang dah berubah. Kalau dulu bahagian tangga ni ditutupi dengan kabinet kayu hitam yang besar gedabak tapi haritu masa buat renovasi dapur kami minta kontraktor tutup bahagian tangga tu. Sebenarnya lain yang aku bayangkan tapi lain pula kontraktor tu faham. Tapi takpe lah janji sekarang semua dah setel. Nampak macam "luas" sedikit ruang rumah kami ni sejak ketiadaan kabinet TV yang hitam tu. Tapi en suami ambil juga rak-rak yang ada dan pasang ke dinding macam gambar di atas. Biasalah deko-deko rumah rakyat marhaen, semua gunapakai aje barang yang ada :)




Yang atas ni pun kabinet TV juga kami terbalikkan buat macam kabinet memanjang :) Letak bunga dan pasu. Ha ha ha Bolehlah labuuuu

Gambar di bawah ni apabila sepupu datang bertandang. Alhamdulillah anak-anak aku ni jenis suka bergaul juga dengan sedara-mara, HAziq pun tak kekok pegang baby. Nampak sangat sukakan baby cuma dengan adik-adik aje suka bergaduh :P Biasalah kan, kita dulu pon kalau dengan adik-adik rasa nak gigit-gigit aje tapi kalau dengan adik kawan atau sepupu punyalah baik T______________T"




Itu sahaja aktiviti hujung minggu kami. Sekarang ni aku nak fokus pada jualan online bagi produk digital pula sebabnya dalam pantang manalah boleh keluar ambil stok barang lagi kan. Apa-apa pun doakan semoga dipermudahkan segala urusan aku ya :)

Bye!

Isnin, 7 Disember 2015

Bestnya Kelas Asas Penjagaan Kulit

Assalamualaikum,

Sebenarnya nak kongsikan pengalaman aku menyertai bengkel asas penjagaan kulit di HQ Amway Petaling Jaya pada 21hb November 2015 yang lepas. Memang best sangat sebab boleh dapat ilmu mengenai penjagaan kulit dan produk apa yang sesuai untuk kulit kita. Hari itu aku pergi bersama kawan seperjuangan dalam ABDR dan bersama kakak ipar dan anak buah juga. En suami duduk rumah diam-diam jaga anak :)

Untuk bengkel ini sudah tentulah produk yang digunakan adalah Artistry yang terdiri dari pelbagai pilihan penjagaan berdasarkan jenis kulit, ada set Hydra V, Youth Extend, Ideal Radiance dan terbaru sudah tentulah krim penjagaan yang mampu membuatkan kita kelihatan muda 15 tahun dari usia sebenar. Sejak bulan April lagi aku memang sudah berjinak-jinak dengan Artistry kerana aku percaya akan keberkesanan produk ini setelah melihat dengan mata sendiri mereka yang menggunakan produk ini secara konsisten memang tampak begitu muda dan kulit kelihatan sihat dan bukannya kelihatan palsu (make up tebal untuk sorokkan cacat cela).

Pertama sekali kena tahu dulu jenis kulit dan baru lah boleh membeli segala set penjagaan kulit bermula dari pencuci muka, losyen pelembut (toner) dan pelembap. Sekarang ini aku pakai set Youth Extend dan memang best sangat sebab dahlah bau wangi (macam masam-masam sitrus) dan esoknya bangun tidur kulit terasa lembut. Betul ni tak tipu! Tapi kalau nak berterusan cantik kenalah rajin tepek kat muka setiap malam tau :)


Tak diakui harganya sedikit mahal berbanding jenama biasa tapi percayalah boleh tahan hingga beberapa bulan. Di dalam bengkel kami diajar cara membersihkan muka dan memakai losyen pelembap dengan betul. Sebenarnya tak perlu gunakan produk dengan banyak pun, hanya beberapa titik sudah memadai bagi menyapu seluruh muka. Pada sesiapa yang berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang produk rangkaian penjagaan muka Artistry boleh Whats App aku ke 012-970 6828 atau boleh juga hadiri bengkel seterusnya pada 26hb Disember 2015 ini.


Sebelum balik, bergambar dengan upline dalam bisnes Amway diamond Dr Azi dan juga bersama biras aku iaitu Kak Mar (sebelah aku) dan Huda (kanan sekali) anak sulungnya. Haaa semua nampak muda kan?


Sebenarnya tak rugi pun sertai bengkel asas penjagaan kulit ni sebab banyak ilmu yang kita akan dapat. Antaranya bagaimana nak tahu jenis kulit, bagaimana nak buat facial sendiri dan bagaimana untuk jaga kulit muka. Selama ini aku hanya ingat kalau cuci muka tu main tonyoh-tonyoh aje di muka tapi rupa-rupanya salah! Bila dah belajar ni tiap-tiap malam semangat sket nak tepek-tepek di muka sampaikan en suami tegur bila masuk bilik je "bau apa ni yang?" Ehem ehem semangat bini dia nak cantikkan muka yoouuuuu T_____T"

Tapi kalau bukan diri kita yang ambil inisiatif untuk cantikkan diri buat suami nak harapkan siapa lagi kan? Biarlah orang nak kata apa pun, yang penting kita jaga penampilan muka buat suami, nak tidur tu kasi tepek segala lotion biar lembut sket kulit pipi, laki nak cium pun takdelah segan sangat! Ha ha ha melalut dah Mekla ni :P


Oh ya, hari tu kami diberikan kesempatan untuk mencuba krim malam Supreme LX dan krim mata Supreme LX juga. Memang lepas pakai esoknya pun masih terasa kelembutan di muka sendiri. Tak percaya boleh cuba sendiri. Nak beli sila Whats App aku di 012-970 6828. Betul tak tipu! Boleh tengok muka akak ni yang merupakan pengguna setia Artistry Youth Extend dan kini pengguna Supreme LX pula

Sila percaya yang gambar di atas ini adalah orang sama. Kiri semasa usia 40 tahun dan kanan sekarang usia 49 tahun. Wanita ini sudah mempunyai 2 orang cucu dah pun! Best kan? Siapa yang tak nak kulit muka kekal remaja tapi kalau nak kekal cantik kenalah korbankan sikit kemalasan dan duit untuk beli produk penjagaan muka tu :)

Bulan ini ada promosi belian produk Artistry akan dapat set rantai Swavroski seperti di bawah. Best kan? Kalau nak beli, cepat-cepat cari Mekla ya >>> 012-970 6828



Oklah cakap banyak pun tak guna juga, kita hanya perlu beri peluang untuk cuba dan lihat sendiri hasilnya. Oklah kita berhenti cerita pasal bengkel penjagaan muka, sambung lagi kisah hari tu balik dari Petaling Jaya aku tumpang Kak Mar terus ke Wangsa Maju untuk ke rumah Abang Zul dan Kak Rah yang baru sahaja berpindah di kediaman baru mereka. Balik dari Vietnam terus pindah rumah baru yang super cantik! Alhamdulillah kami tumpang gembira :) Mak mertua pun ada sekali di sini dan kami sama-sama sambut majlis harijadi mak mertua yang ke errrrrrrr menantu tak tahu :P


Makanan memang best-bestlah haritu, rasanya macam-macam jenis ada; keo teow sup, laksa penang, keropok lekor, pizza Noxxa, buah-buahan, ayam bakar, udang bakar dan macam-macamlah. Ya Allah tak pernah rasa begitu penuh perutku. Anak-anak aku menyusul datang kemudian dan memang mereka apa lagi bertambah suka lah bila dapat berjumpa sepupu-sepupu. Mainlah sampai lebam!


Waktu potong kek ni ada lagi yang tak datang. Kalau ada semua memang tak muatlah ruang tamu ni. Inilah kelebihan ada anak ramai yang aku rasa cukup bersyukur bila dikelilingi oleh ramai anak-anak. Memang penatlah nak layan karenah mereka tapi sesekali bila melihat mak mertua yang sentiasa disayangi oleh anak-anak, aku doakan yang aku juga satu hari nanti akan disayangi oleh anak-anak aku. Biar susah-susah dahulu kita senang-senang kemudian. Insya Allah.

Semoga Allah panjangkan usia aku dan en suami agar kami dapat melihat anak-anak kami membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Aamin.

Oklah, hingga bertemu lagi. Jom kita bertukar kepada Artistry :)

Rabu, 30 September 2015

Hari Raya Aidiladha 2015 : Erti Korban

Assalamualaikum,

Lamanya aku menyepi sejak entri terakhir minggu lepas. Banyak terlepas cerita menarik tapi apakan daya tuan punya blog sibuk bercuti balik ke kampung menyambut hari raya korban di Kelantan. Alhamdulillah, tahun ini berpeluang balik ke kampung dan merasai kemeriahan korban di kampung en suami. Tahun lepas kami berkorban di sekolah anak-anak, memang tak sama budaya dan sambutan di bandar dan kampung. Boleh baca kisah raya haji 2014 di sini : Raya Haji 2014

Kami bertolak balik ke kampung pada petang hari Isnin(21/09/2015) dan tiba di Tumpat pada pukul 2.30 pagi. Perjalanan yang lancar hanya mengambil masa 7 jam sahaja di kala bukan waktu "peak season" manakala perjalanan balik ke Shah Alam pula mengambil masa selama hampir 12 jam dek kerana kami bertolak pada hari Sabtu. Berpusu-pusu kereta menuju ke destinasi yang sama iaitu pulang ke sarang untuk kembali bekerja dan bersekolah. Nasib baik kami bertolak awal sedikit, bagi yang lewat ada juga sehingga memakan masa 18 jam perjalanan. Fuuh kena banyak-banyak bersabarlah ya!

Ok sambung cerita tengtang hari raya haji kami. Tahun ini keluarga en suami mengambil seekor lembu dan setiap bahagian mewakili adik beradik dan saudara terdekat sahaja. Pertama kali semua proses bermula dari merebahkan lembu, menyembelih, memapah dan membahagikan daging akan dibuat oleh adik beradik en suami. Apalagi, zaman sekarang Youtube lah menjadi sifu terbaik. Alhamdulillah, mudah sangat nak tumbangkan lembu ini dan tiada drama lembu terlepas atau mengamuk dapat dielakkan pada pagi tersebut ;)


Kalau tak silap abang sulung en suami yang menyembelih lembu dan dibantu oleh adik beradik lelaki yang lain. Mula-mula tak ada siapa yang mahu balik sekali bila "last minute" ramai pula yang dapat mengambil cuti dan bertolak balik ke kampung. Adik bongsu en suami pagi raya baru sampai di rumah tapi tak mematahkan semangat untuk sama-sama menolong memberishkan perut lembu. Bagus kan? Semangat ini lah yang kita mahu :)


Ini Abang Zamri suami kepada kakak ipar aku, sampai luka tangannya dek terkena pisau yang tajam. Adoi tengok darah rasa seriau juga


Yang ini sudah tentulah kesayangan aku ; ustaz Hamdan :P LOL tukang bahagikan daging dan tukang takir tulang


Anak buah kami yang sebaya dengan Azzam Haneef, nama pun nak sama dah. Yang ni Azzeem


Lauk sarapan pagi raya kedua iaitu kakah dalam (hati, paru & pelbagai bahagian eksotik lembu) goreng. Adoilah tengok gambar ni terus perut berbunyi


Pagi raya sebelum upacara korban dijalankan, Pokteh (adik en suami) usap-usap dulu lembu tu


Inilah lembu yang sudah menjadi arwah dan bakal menjadi tunggangan mereka yang berkorban di akhirat nanti. Haritu en suami ada bagitahu yang ustaz yang bagi kuliah di surau ada mengatakan yang bahagian kita korban setiap tahun nanti akan menjadi kenderaan kita di akhirat nanti. Kalau di dunia kita mesti mahu (atau sekurang-kurangnya ada keinginan nak pakai kereta mewah) guna kereta yang hebat, apa kata untuk akhirat nanti kita usahakan juga mencari kenderaan yang hebat juga. Pesan ustaz, tanamkan dalam minda setiap tahun mahu berkorban (tak kisahlah di negeri sendiri ke di luar negara ke) dan kalau ada rezeki yang lebih ambil bahagian untuk isteri dan anak-anak juga. Perkara ini memang kita tidak akan nampak di dunia tetapi akhirat nanti sangat membantu kita juga. Wallahua'lam.


Kaum hawa di dapur sibuk (makan) masak. Sarapan pagi kami dimulakan dengan nasi kerabu kemudian kakak ipar aku bawakan pula nasi dagang dan selepas siap daging kami mula masak daging goreng, gulai daging dan acar. Malam pula rebus perut dan cicah air asam. Adoi berlipat-lipat perut ni dengan lemak. Oh! ada juga menu sup tulang dimakan dengan megi. Sekali setahun kan;)


Bersungguh betul si baju hijau buat kerja. Bayangkan dari pagi sampai petang. Lepas tu mulalah suruh bini dia urut-urutkan tangan. Maklumlah, orang tak pernah buat kerja berat :P


Hasil bekerjasama dalam satu kumpulan, sekejap sahaja lembu tumbang


Memang tabiklah dengan kerajinan Pokteh ni. Bayangkan sampai bersih perut lembu tu dikerjakannya. Ha ha ha


Erti pengorbanan bagi aku adalah apabila kita semua dapat mengorbankan ego dan pegangan masing-masing dan duduk bersama menyelesaikan tugasan. Tahniah diucapkan kepada team adik beradik en suami yang sehati sejiwa menyelesaikan ibadah korban tanpa mengira pangkat jawatan ataupun pegangan politik. Walaupun lahir dari ibu yang sama, tipu kalau tak pernah bergaduh atau berbeza pendapat, tapi dalam keluarga kami mana ada bergaduh sampai tak bertegur sapa. Kita buang yang keruh kita ambil yang baik-baik sahaja :)


Tengok tu sampai terkeluar otot POkteh, dah jadi abang sado dah gayanya. He he he

Secara keseluruhannya memang seronok bercuti raya haji pada tahun ini. Walaupun belah mak aku takde korban tapi kami ada berikan juga sedikit daging korban untuk mak, Kak Na dan saudara terdekat. Sama-sama rasalah kan, yang penting memang berbeza sangat-sangat makan daging korban dengan daging bukan korban. Cuma dua tiga hari ni kena berhenti sekejap makan daging sebab gusi dah sakit. He he he

Oklah nanti kita cerita kisah lain pula. Tata titi tutuuu :) Thanks sebab baca kisah raya haji kami yang tak seberapa ni.

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^