Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 12 Mei 2010

Terima Kasih

First of all Zaila nak ucapkan jutaan terima kasih pada kawan-kawan yang begitu caring dengan kehilangan Zaila. Ada yang call, sms, tinggalkan pesan di comment box, facebook, tweeter * ok, ini bohong pasal mak tak reti pon bertweeter bagai;D * bertanyakan tentang blog Zaila yang hampir boleh diibaratkan "Hidup Segan Mati Tak Mahu" betul ke peribahasa ni?? Hehehe..Tak kurang juga ramai yang menantikan update gambar terbaru dari rumah Zaila..Thanks guys..Zaila betul-betul hargai semua keprihatinan korang;)
Rase macam celebrity pula..kah kah kah!!

Sejak balik dari kampung haritu Zaila akui agak pancit penat dengan rutin harian. Ditambah pula husband outstation lagi * nak ikot pon tak boleh;( * so lagilah pancit kan. Ditambah pula pindah rumah baru yang 2 tingkat (dulu setingkat je) lagilah pancit tapi tak juga kurus. Tambah pula rumah baru agak jauh dari office, lagilah pancit..Berapa kali pancit aaaahhhh..hehehehe;D so kesimpulannya Zaila masih belum bersedia untuk berblog;D kan senang cakap straight to the point gitu

Tapi setelah membaca blog kawan-kawan, aduiiii..baru tahu macam ni rasanya bila G.I.A.N. untuk berblog again..Especially bila baca blog Lady, Zarin, Has, Nanie, Farah, Kak KV, Untie Meriam & ramai lagilah..Zaila memang baca blog kawan-kawan semua tapi tak dan nak tinggalkan jejak..Tupon curi-curi masa kat office ni baca *thanks to my Celcom Broadband * kalau tak, sohih tertinggal keretapi kan..hehehe..Teruja bila tengok semangat kawan-kawan yang selalu mengupdate blog & tetiba rase macam i should do the same;) Beside that akaun Nuffnang pon dah boleh cash outkan lagilah semangat nak berblog kan..*Howyeah*

Kedai Zaila pon sudah lama tak berupdate. Busy punya pasallah ni sampaikan banyak order terpaksa ditolak ketepi..Bilalah nak siap kemas rumah ni, bukan apa..Zaila dah reservekan satu bilik di bawah untuk menjadi kedai sementara Zaila. Insya ALLAH, pasni nak fokus pada satu kerja je iaitu bisnes (mak tak larat nak buat semua benda dalam satu masa) * rasa macam nak fengsan * so doa-doakanlah moga dipermudahkan segalanya..By the way, nanti Zaila akan buat clearance sale untuk habiskan stok tudung-tudung lama..Harga jangan risau, sudah semestinya terendah di pasaran & berbaloi-baloi so kenalah selalu jenguk kedai Mari Kelih tu;D

Owh, bersempena dengan ini Zaila berbesar hati nak buat kuiz..Tapi kenalah tunggu esok sebab barulah fair kan. Hadiahnya adalah barangan dari Mari Kelih Store * macam tak biasa * so tungguuuuuuuuuu;)

8 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

hi zaila... lady dapat bayangkan betapa bznya zaila... takpe take yr time... slowly nanti zaila update yer, mmg kitorang semua nak sangat tau update zaila..
:)

Mag berkata...

hoho..i tunggu.i tunngu~

Tanpa Nama berkata...

salam zaila..weh jangan lama sangat tak buka rumah ni bimbang berserawan susah nanti..cari2lah masa tu ..rindu nak baca cerita terkini zaila..

sisdee berkata...

zaila okay tak pakai celcom bb..sbb rmai tul kmplen pki maxis now..i still setia ngan celcom broadband :)

ada TAG ek :)

Zaila Mohamad berkata...

Lady, thanks ya..sokongan dari Lady buatkan Zaila rasa begitu berharga (poyo je ayat ni) tapi apa2 pon it's my pleasure;))

Zaila Mohamad berkata...

farah, kak ila dah publish dah..cepat teka;)

Zaila Mohamad berkata...

Wsalam Untie Meriam, insya Allah saya cuba untuk update tapi sejak dua menjak ni agak kekurangan idea untuk merapu;D

Zaila Mohamad berkata...

Sisdee, thanks sebab pass tag;)
Zaila ok je ngan Celcom BB ni, dah pakai lebih one year dah;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^