Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 7 Mei 2010

Kita Hanya Merancang, ALLAH Yang Menentukan

Salam Jumaat semua!!
Pada yang bekerja mesti akan berseri-seri je sebab esok kan dah cuti;)
Pada yang surirumah pula mesti akan lega sebab suami & anak-anak akan ada bersama. Nanti ke mana destinasi hujung minggu korang??

Sepatutnya hujung minggu ni Zaila akan menghadiri majlis sempena perasmian kedai kawan Zaila yang main femes ni, tapi tetiba pula ada hal emergency so kami terpaksa balik kampung malam ni juga. Pada Mummy Lyna, hopefully majlis yang dirancang selama berbulan-bulan ini berjaya ya;) Dengar cerita ada banyak sponsor yang akan menyumbangkan doorgift pada haritu. Artis pun ada juga..Memang agak rugi juga tidak dapat mengglemerkan diri pada hari tersebut;( tapi nak wat macamana kan..dah takde rezeki Zaila;(

Walaupon kena balik kampung tanpa dirancang, tapi hati tetap berbunga riang sebab memang Zaila ada bersungut juga mahu pulang ke kampung. Maklumlah, kali terakhir kami balik adalah pada cuti Krismas tahu lepas..Huhuhuhuhuuu..Sudah rindu dengan gulai Mak Limah;)

Alhamdulillah, ALLAH makbulkan juga hajat hati Zaila ni. Semoga kami selamat pulang & selamat kembali ke sini juga. Dengan itu, blog ini pon akan turut bercuti sehinggalah tuan rumah bersedia untuk berceloteh balik;D Banyak nak cerita ni,nak cerita pasal rumah baru, langsir baru, wallpaper baru, pendek kata semua nak cerita cuma masa je yang tak begitu mengizinkan..

Till then, have a nice weekend;)

4 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

safe journey zaila..
:)

Unknown berkata...

salam ..apa khabar..akak pun suka tgk adamaya..

mrs shaifull berkata...

lama ke cuti ni zaila? sunyi sepi je blog ni, meh lah balik cepat, blh tgk curtain baru :)

Tanpa Nama berkata...

salam zaiila..bila balik kelantan ni..dah dekat tu, jemputlah kerumah..binjai,on the way to bukit marak..one kilometer from the junction..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^