Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 5 Mei 2010

Tips Bagi Mereka Yang Ingin Pindah Rumah

Sorry ya, tak habis-habis dengan tips berkaitan dengan rumah. Maklumlah, Zaila kan baru je berpindah so teringin nak berkongsi pengalaman Zaila. Setelah 3 tahun menyewa, tahun ni Alhamdulillah dapat juga kami berpindah ke rumah kami sendiri. Bak kata omputih, Home Sweet Home gituuu..Selama 3 tahun ini lah baru Zaila sedar yang banyak juga koleksi sampah yang berjaya Zaila kumpul. Definisi sampah ni bukanlah sampah sarap tapi barang-barang yang bila ingin dibuang, terasa sayang sebab fikir nanti-nanti boleh guna lagi. Contohnya macam stroller anak Zaila ni, memanglah rase macam nak buang tapi bila tengok keadaan stroller tu yang masih ok, terasa sayanglah pula!! so Zaila simpan kat dalam bilik stor. Haaaaa, tu pasallah yang jadi banyak barang yang tidak diguna tapi sayang untuk dibuang;D

Oklah, actually Zaila nak share some tips which i think can help for those yang nak berpindah randah ni. Tapi bukan semua Zaila aplikasi pun tapi ada certain things that Zaila rasa adalah kelemahan Zaila & patut diperbaiki lagi. Maklumlah kita kan belajar daripada pengalaman;D

1. Asingkan Barang - Mulakan dengan mengasingkan barangan mengikut bahagian rumah. Contohnya peralatan dapur diletakkan di dalam satu kotak yang sama & ditandakan di luar kotak sebagai "peralatan dapur". Baju-baju di dalam almari bolehlah dimasukkan ke dalam bag ataupun ke dalam kotak & dilabelkan juga. Di sini label adalah sangat penting supaya apabila sudah masuk ke rumah baru, kita boleh terus meletakkan barangan ke tempat yang sepatutnya & kalau nak cari apa-apa barangan pun senang;)

2. Hantar Barang Kecil Dulu - Kalau boleh, hantar barangan yang kecil-kecil (muat kereta) ke rumah baru dulu. Nanti bila nak pindah, kita hanya angkut barangan yang besar seperti sofa, meja makan, mesin basuh & lain-lain. Dengan ini bolehlah menjimatkan masa & kos;) Macam Zaila, Zaila angkut barangan dapur dahulu, kemudian pakaian, toiletries  & apa-apa juga barangan yang boleh diangkut dengan menggunakan kereta. Macam kami yang bekerja ni, selalunya selepas waktu pejabat kami akan terus mengangkut barang walau hanya untuk satu trip sahaja. Penat toksah ceritalah!! Sepanjang tempoh ni dapur Zaila tak berasap..Hehehee..Asyik makan kat kedai je, duit mengalir macam air..huhuhuhuhu

3. Buka Setiap Komponen - Kalau boleh, katil tu kita bukalah siap-siap. Mana-mana barangan yang boleh dibuka & dipasang balik, lebih baik kita buka siap-siap untuk memudahkan proses mengangkutnya. Jangan hari nak berpindah baru nak buat semuanya. Sudah tentulah akan melambatkan proses & membuang masa kita juga kan;)

4. Bersihkan Barangan Dari Habuk-Habuk - Kalau boleh sapu dulu habuk-habuk yang terdapat di bawah katil, sofa, meja makan & mana-mana barangan. Bukan apa, nanti orang yang nak mengangkut pun senang & takderlah asyik bersin-bersin..hehehee

5. Minta Tolong Famili / Kawan-Kawan - Bila berpindah ni tak sah kalau kita tidak meminta tolong ramai orang. Maklumlah kalau barangan yang sedikit, bolehlah dibuat sendiri semuanya tapi kalau semua barangan besar-besar macamana?? Inilah pentingnya hidup berkawan. Tapi Zaila haritu pindah pada hari bekerja sebab hari weekend sudah jatuh bulan baru so tak eloklah sebab dah janji nak kosongkan rumah sewa tu pada awal bulan. Tapi kami bertuah sebab ada ramai juga kawan-kawan hubby yang datang menolong. Lori nak pindah pun pakai lori kompeni so dah jimat duit sewa lori dah;D Tapi jangan dilupa untuk belanja kawan-kawan yang datang menolong tu, nanti orang tu serik dah nak tolong kita;D At least sediakan minuman dulu pun dah cukup!!

Tak dinafikan proses berpindah ni amatlah memenatkan. Agaknya sebab tulah orang kata jangan beli banyak barang sangat kalau duduk di rumah sewa ni. Haaaa, bila dah pindah rumah sendiri, semangat dia pun lain, kalau boleh perabut nak serba barulah;D hehehe tapi jangan diikutkan nafsu sangat ya, kalau bole dahulukan mana yang penting(^__') Tapi yang pasti bila dah ada rumah sendiri ni, nak beli apa-apa pun dah boleh.

Alhamdulillah, setelah 5 tahun berkahwin akhirnya Zaila & hubby dah ada rumah sendiri. Walaupon bukan rumah baru, tapi kami cukup berpuas hati. Di sinilah kami akan menetap sehinggalah Haziq & Ameera dewasa. Insya Allah, kalau ada rezeki bolehlah beli rumah yang lagi besar tapi nak kena tunggu 10 tahun lagilah nampaknya;D 

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam zaila..satu tips yg berguna.w/p penat tapi seronok tau dapat duduk rumah sendiri..muda2 lagi dah berjaya membeli rumah idaman..

N A N I E berkata...

Tahniah Zaila sebab dah pindah ke rumah sendiri :)

yantz-yeem berkata...

sgt bagus tips nieee,,,

Tie HT berkata...

best kan duk rumah sdiri..nak buat2 ape2 senang pasni :)

Mag berkata...

farah pon setiap kali g tgk rumah mesti bawak satu kotak barang yang bukan guna hari2..nanti nk pindah xde lah penat sangat

Zaila Mohamad berkata...

salam untie Meriam, gitulah kan rasa puas hati je bila dapat memiliki rumah sendiri..Alhamdulillah kami ni tunggu sampai 5 tahun kahwin juga baru dapat beli rumah sendiri..Orang lain baru kahwin pon dah dapat masuk rumah sendiri..Apa-apa pon, kami bersyukur di atas rezeki yang ALLAH bagi;-)

Zaila Mohamad berkata...

Nanie, thanks;)

Zaila Mohamad berkata...

yantz-yeem, sharing is caring;)

Zaila Mohamad berkata...

Tihara, betul tu..kalau rumah sendiri kita tidak teragak-agak kalau nak lakukan renovation ke apa, tapi kalau rumah sewa semestinya kena minta permisi tuan rumah sewa tu pula kan;)

Zaila Mohamad berkata...

farah, lagu tu lah..pahtu jange angkat hok berat2..farah kam preggy, kena jaga jugok;D

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^