Actually, lama juga Zaila tak cerita pasal perniagaan Zaila kan. Maklumlah lepas pindah, busy dengan kemas rumah segala & Haziq yang admitted tu, membuatkan Zaila terlupa yang Zaila sebenarnya ada join bazaar dengan organizer yang pernah menganjurkan bazaar masa Pesta Buku Antarabangsa bulan Mac lepas. Mesti ada di antara korang yang pernah dengar tentang Karnival Youth10 di PWTC kan?? Haaa..Zaila buka booth di sinilah!! Tapi 2 hari je iaitu pada hari Sabtu & Ahad. Tapi kali ni, crowd takdelah seramai Pesta Buku yang lepas so jualan pun takdelah kow-kow sangat..Tapi syukur Alhamdulillah, adalah habuan sedikit..memang adat berniaga kan..Tak selalu kita akan dapat untung, apa yang penting sentiasa bersyukur pada NYA;)
Kali ni memang agak ramai vendors yang meniaga di sini. Macam-macam ada dari pakaian, tudung, baju renang muslimah, ubatan, sabun, biskut & macam-macam lagilah. Pendek kata, haritu Zaila dok perabis duit je kejenya
Malas nak cerita banyak, jom layan gambar;-
ada barangan Tupperware (kawan Zaila yang jual) & hanger tudung (yang ni Zaila jual)
Bersama Jue aka owner kepada butik BabyandKids Collection. Zaila ada beli baju untuk Haziq;-
Teringat Nasi Ayam kat kedai dalam The Mall ni..silalah cuba Buttered Chicken Rice dia, sangatlah sedap!!!
bersama Matus, owner kepada House of Muslimah Swimsuit. Silalah jengah ke blog Matus untuk dapatkan baju renang muslimah yang cantik-cantik..Zaila dah ada satu, dapat harga vendor juga..seronoknyaaa;) nak tengok gambar baju renang Zaila?? Toksahlah..dah macam balut nangka dah gayanya;D
Hari kedua tak ramai sangat orang so sempatlah masuk ronda-ronda ke dalam exhibition Youth10 tu. Ingatkan dalam PWTC, rupa-rupanya kena berjalan jauh ntah ke mana-mana ntah. Pastu nak masuk sini kena bayar RM5 tapi kalau kita ada kad bank dari Maybank so dapat percuma..Seb baik Zaila ada kad bank tuwalau tak ada duit kat dalam tu
mula-mula masuk jumpa booth Celcom ni. Memang bingit bila masuk dalam ni..seb baiklah Zaila punya booth bukan kat dalam ni..Kalo tak, mahu pokak telinga mak;DHari kedua tak ramai sangat orang so sempatlah masuk ronda-ronda ke dalam exhibition Youth10 tu. Ingatkan dalam PWTC, rupa-rupanya kena berjalan jauh ntah ke mana-mana ntah. Pastu nak masuk sini kena bayar RM5 tapi kalau kita ada kad bank dari Maybank so dapat percuma..Seb baik Zaila ada kad bank tu
pastu ada booth Libresse (tuala wanita) & Zaila ada dapat free sample, nanti nak buat produk review pasal tuala wanita ni..memang best sangat-sangat * good bye Whisper & Kotex *
ni booth Maybank..kat sini ada ular, kura-kura & macam binatang lagi..tak masuk sangat sebab geli dengan ular;D
kat dalam ni ada shopping festival juga. Vendor yang dok kat sini diorang menyewa direct dengan organizer Youth10 ni..Tapi syukur juga Zaila tak ambil yang kat sini pasal dahle panas, peniaga ramai pastu surau ngan tempat makan pun jauh. Tapi jualan diorang pon khabarnya tak berapa juga sebab yang datang tu student-student so faham-faham sendiriklah ya;D
dia buat ala-ala style flea market gitu
Haritu ada juga artis yang datang memeriahkan GT Bazaar tapi kumpulan RAB.BANI sahaja..Itupon sebab RAB.BANI ni adalah duta satu syarikat minyak wangi (Zaila lupa namanya) yang menyewa kat booth sini, itu pasallah diorang datang sebentar buat promosi.
Haritu ada juga artis yang datang memeriahkan GT Bazaar tapi kumpulan RAB.BANI sahaja..Itupon sebab RAB.BANI ni adalah duta satu syarikat minyak wangi (Zaila lupa namanya) yang menyewa kat booth sini, itu pasallah diorang datang sebentar buat promosi.
sesi ambil otograf..Sian kooo, tak ramai pon orang yang datang minta otograf..Maklumler penyanyi nasyid kan..cuba kalo artis tuuuuut, sure berduyun berbaris macam reporter pula Zaila ni
Mereka ni datang nak promosi album terbaru diorang juga..So sape-sape yang datang kat situ mesti dapat poster free;)
masa ni pula RAB.BANI buat persembahan. Kalau arwah Ustaz Asri ada, sure sedap!! Al-fatihah buat arwah. Paling sedih bila ada salah seorang dari mereka suruh doakan moga RAB.BANI dapat teruskan perjuangan dakwah arwah ustaz Asri..Nak tahu apa lagi yang Zaila beli di bazaar tu??
table runner untuk console table kami (baru RM10)
Insya ALLAH, penghujung bulan Julai ini ada lagi GT Bazaar 3 di ruang legar PWTC bersempena dengan Tilawah Al-Quran Antarabangsa, International Malaysia Franchise Expo 2010 & MIDE Expo 2010..Hopefully masa ni crowd ramai maklumlah, kan nak raya
Pada sesiapa yang ingin membeli hanger tudung pada harga borong, bolehlah ke Kedai Zaila ya;)
Pada sesiapa yang ingin membeli hanger tudung pada harga borong, bolehlah ke Kedai Zaila ya;)
1 ulasan:
complete citer.. puas hati baca.. hehehe.. jue xsempat nak tangkap gambar banyak2.. sebab sibuk ke sana sini.. hehehe.. aah kan.. kali nie crowded kureengg.. tapi, alhamdulillah.. sebab ada juga sales..
Catat Ulasan