Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 30 Oktober 2010

Bebelan Mak Buyong

Ni entry bosan ibu mengandung yang sedang mengalami tekanan emosi dek kerana masalah hormonnya sendirik~laaaayaaaaankan aje;D

Lately ni tak tahulah apa nak jadi dengan your truly ni, rasa macam boring sesangat dengan penampilan diri *yang makin gemoks ni* tapi rasa macam malas nak berubah tapi bila datang angin nak berubah, mulalah rasa macam nak berubah but then malas again. Huh!! mood orang mengandung ni macam-macam kan?? Kengkadang jeles tengok orang (baik rakan-rakan seopis mahupon blogger) yang dreeing sakan, bermake up sakan..rase macam diri ni dah tua sangat-sangat kekdahnya;(

Start dari atas sampai ke bawah memang sememeh je gayanya *dari dulu pon macam ni jugak kan* Kadang-kadang g keje dengan baju tak bergosok, tak match in, tak bermake-up, baju sendat & macam-macam lagilah..huhuhu memang sedih tau;-( Ni yang susah kalau jadi preggy mummy yang bekerja, satu hal nak fikir pasal baju kerja, al maklumlah perut pon dah makin membesar so baju-baju kurung mahupon baju kerja yang lama dah tak muat..Serious nampak macam balut nangka dah Zaila ni;-( Lagi satu, kalau pregnant Zaila tak suka pakai baju mengandung yang jenis mexi dress tu, rasa macam orang tua aje *macamlah haku muda sangat* tapi bila terpandang baju mexi dress yang ala-ala macam dalam gambar ni, rase macam cantik aje kan??
jenis-jenis maxi-dress yang terkini

hot mama *tapi idoklah teman nak pakai terbuka cam tu, mahu kena luku dengan tok laki teman*
kalau pakai dengan cardigan kan cantik!!

kalo Paris Hilton yang kurus ni cantiklah, untuk Zaila yang debab ni ada saiz ke??

Teringat masa ke Phuket last year memang Zaila ada beli sehelai maxi dress tapi seganlah nak pakai sebab memang rasa macam tayang tubuh aje, dahle kat bahagian dada tu terbuka je so sohihlah husband tak bagi pakai kan? Kalau pakai kat dalam bilik memang lepas;D

Lagi satu pe'el Zaila sekarang adalah malas untuk bersiap. Kalau weekend tu kadang-kadang keluar dengan muka tak bermake-up, baju tak bergosok & tak matching *again* tapi nasib baiklah mandi;D hehehe kalau dibuatnya malas mandi camno?? harus pening sang suami & orang sekeliling kan?? Pastu kalau balik kerja memang akan tidur dengan muka tak berbasuhnya (seb baiklah muka Zaila ni jenis tak berjerawat mana) so takderlah nampak buruk sangat *ayat sedapkan hati* Tapi itulah, kadang-kadang diri ni teringin sangat nak touch up muka Zaila ni tapi bila tiba masanya, rasa macam malas je nak sapu apa-apa *sigh*

seb baiklah koleksi make up tak banyak, kalo tak mahu berhabuk macam tu aje;D

Lagi satu tak tahan sangat bila sakit gigi..Memang stress aje, kalau tersalah makan benda yang keras sikit, mulalah rasa berdenyut-denyut, bukan setakat dekat gigi kadang-kadang sampai sakit kepala tau!! Masa ni, kalau duduk dalam office yang air-condnya sejuk macam dok kat kutub utara, mahu rasa macam nak lempang je sape-sape yang buat Zaila bengang *especially bos haku* larikssss!!

sakit tau;-(

Lagi satu Zaila sekarang kepingin sangat-sangat nak keluar shopping bersama teman-teman tapi sorang pon tak nak keluar dengan Zaila;-( huhuhuu al-maklumlah, masing-masing dah sibuk dengan aktiviti kekeluargaan masing-masing, mana nak ada dah masa untuk berjimba-jimba dengan Zaila ni *serious ayat orang merajuk* Nak keluar shopping dengan laki sendirik tak best pula, nak-nak kalau anak ikot sekali..aduuh, bukan shopping namanya tapi sesi pekik memekik..hehehehee..Tapi rasanya macam lama dah tak habiskan masa berjimba berduaan dengan laki sendirik, next month dah masuk 5 tahun usia perkahwinan kami, syok juga kalau boleh keluar berdua-duaan kan??

Entah hape ntah yang Zaila bebelkan di sini. Maklumlah salahkan pada hormon mengandung yang sedang menguasai diri ni;-( harap-harap lepas bersalin nanti, Zaila akan maintain balik body anak dara *ahakss* & makin meletop gituuu kalau rajin berpantang r

4 ulasan:

Tihara berkata...

banyak nye berus mekap..maternity dress tu cantik2 :)

linahilmin berkata...

i takkan pki dress while preggy, sbb rasa i lagi berganda gumukss! kena pandai cari material utk tutup2 part2 yg kurang lawa! he he! tp bab makeup tu perkara wajib bila langkah kluar rumah, walau sekadar kekedai depan umah! :)

maya amir berkata...

ok2..meh i layan bebelan u:)
1) maxi zaila tu, zaila cover dgn cardigan..very the vasss:)
2) sakit gigi mase preggie..uwaaaaa..yg tak preggie kalau sakit gigi pun melalak laa jugak..tapi kite penah kene sakit gigi mase preggie..gilak bengkak pipi...sabar ye.. kene minum susu byk2, sbb sakit gigi mase preggie ni sbb anak serap kalsium ibu..
3)aah laa kan, kalau shoppin bawak anak2, mmg sesi test suara..hehehe..

take care zaila:)

zailamohamad berkata...

Tihara, tu hanya gambar hiasan semata;-)

Lina, rajin u make up, kalau i muka sememh aje;D

Maya, thanks pasal sanggup layan bebelan mak buyong yg kurang kasih sayang ni;D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^