Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label IKEA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IKEA. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Disember 2015

6 Idea Dekorasi Ruang Makan Dari Ikea

Assalamualaikum,

Beberarapa hari yang lepas ternampak gambar-gambar ini yang dikongsi di laman Ikea di Facebook. Jadi, aku kongsikan balik di sini. Macam biasalah, aku memang peminat idea dekorasi Ikea, berlambak-lambak juga gambar idea dekorasi dari Ikea yang aku letak dalam blog ini. Kebanyakan produk dalam rumah aku pun banyak yang dibeli di Ikea tapi yang murah-murah aje lah, yang mahal-mahal hanya mampu berangan aje buat masa sekarang. Hu hu hu

Kita ni kalau ikutkan nafsu semua nak beli, semua nak cantik di mata kita. Bagi yang bekerja dan mampu tu sudah tentulah boleh beli segala-galanya kan, tapi pada yang tak mampu cukuplah sekadar rumah yang kemas dan tidak bersepah (ayat nak sedapkan hati). Ok lah, jom cuci mata dengan idea dekorasi ruang makan dari Ikea. Semoga satu hari nanti aku dapat beli meja makan idaman hati dari Ikea. Meja makan kat rumah ni dah hampir 9 tahun dah dan makin lama makin kecil pula meja ni (mana taknya semua nak letak atas meja) hehe

Tengoklah 2016 macamana, kalau ada rezeki insya Allah tak ke mana :)


Kerusi putih pun lawa kan


Meja idaman hati aku adalah yang boleh sambung bagi panjang bila ramai tetamu datang. Hermmm, sekarang ni ada 6 kerusi kalau nak makan tu kena buat 2 kali jamu T____T



Kabinet kaca tu pun dah lama mengidam tapi tak pernah dapat. Asal ada duit je habis. Hu hu hu Sejak ada anak ramai ni memang keinginan untuk hias rumah terpaksa ditahan-tahan dulu, biarlah anak-anak besar dulu baru boleh kasi lawa sikit rumah ni



Suka kalau ruang makan diterangi cahaya matahari dari luar. Aku pun sebenarnya suka rumah konsep macam ni tapi kalau tinggal di KL ni macam seganlah pula terbuka macam tu ye tak? Nanti jiran kita nampak kita makan budu hari-hari. Opssss


Yang ini bukan gambar Ikea ya, tu gambar ruang SOHO aku. Gatal tangan nak kemas buku jadi tukar rak buku baru (ambil dari bilik anak-anak) tapi kesudahan masih tak cukup tempat juga untuk letakkan semua buku-buku. Best kan kalau ada bilik bacaan sendiri, boleh buat rak buku macam dalam perpustakaan :)

Berangan itu percuma tapi mana tahu satu hari nanti bakal terlaksana. Jadi jangan takut untuk berangan :)

Bye!

Rabu, 30 September 2015

Dah Dapat Katalog Ikea?

Assalamualaikum,

Ahad yang lepas dapat katalog dari Ikea. Kalau ikutkan kawasan perumahan aku tak dapat katalog free tapi aku "minta" dari laman Ikea. Alhamdulillah, merasa juga nikmat lap air liur berangan tak habis dengan menelaah katalog. Bagi sesiapa yang ikuti blog aku dari awal sampai sekarang, aku memang peminat barangan Ikea, bukanlah "die hard" sangat tapi ada setengah produk yang aku rasa sesuai dengan keadaan rumah kami dan budget kami memang kami akan beli. Sebenarnya dah lama tak deko-deko rumah sendiri sebab poket makin kempis sekarang ni, jadi marilah kita "jamu mata" sahaja ;)


Memang setiap tahun Ikea akan keluarkan katalog baru beserta design serta harga siap-siap. Jadi senanglah sikit pada mereka yang mahu beli perabut atau masuk rumah baru untuk buat budget yang diperlukan. Jangan ingat produk Ikea mahal, sebenarnya ada pelbagai jenis harga dan sudah tentulah lagi berkualiti lagi tinggi harganya!


Buat flatlays tepi katil. Side table ni beli di Ikea, bunga dan pasu pun sama begitu juga dengan jam. Ha ha ha Peminat Ikea sangat ni :P


Aku suka beli perabut yang murah-murah dan boleh pasang sendiri (DIY). Ada banyak sebenarnya yang dibeli dan pasang sendiri, bukan apa senang nak alih-alihkan. Maklumlah dapur rumah kami al sekangkang lembu sahaja. Asal rasa bosan dengan susun atur lama, mula lah aku alih-alihkan ikut suka hati aku :) Petang Ahad lepas susun bahan-bahan kering di dapur, alaaa bekas pun bukan dari jenama TPWR hanya guna pakai je bekas-bekas yang ada ;)

Aku jenis suka konsep "open pantry" sebab senang nak ambil bahan-bahan masak. Maklumlah chef amatur kan. Ada setengah orang suka simpan dalam kabinet tapi aku suka macam ni je sebab senang nak ambil. Tapi mana tahu nanti dah ubahsuai dapur cantik-cantik, sudah tentu lah nak sorokkan "mereka" ini semua kan. Biar nampak kemas aje ;) *iyolah tew*

Ok jom cuci mata dengan deko-deko dari laman sesawang Ikea.


Sesuai sangat untuk ruang dapur yang sempit. Hanya cari satu ruang dan gunakan meja simpanan barang sebagai kerusi juga (letak alas kerusi macam dalam gambar). Wallah! dah bertukar jadi ruang minum petang :)


Sebenarnya teringin nak beli troli macam ni untuk diletakkan di sebelah meja makan kami. Maklumlah meja dah semakin mengecil pula disebabkan semua benda nak letak atas meja tu. Kat situ lah nak letak sudu, gelas dan macam-macam. Hermmm boleh buat alasan pergi Ikea ni ;)


Cantik kan? Baju yang buruk jangan dibuang, nah kau buat alas kerusi. Ko mampu?


Susun atur meja pun dah menawan hati. Kalau meja kita, lantak lah susun macamana pun. Ha ha ha


Definisi kemas bagi aku tak semestinya memerlukan ruang besar dan tertutup. Kalau macam dalam gambar ni pun dah nampak kemas (bagi aku lah)


Nice kan? Kerusi tak semestinya sama, boleh campur-campur ikut keselesaan


Kabinet kaca ni sebenarnya dah lama masuk dalam senarai tapi sampai sekarang masih belum dapat beli. Sedih kan? sob sob sob kita tunggu rumah baru lah nanti (entah bila lah tu)

Ramai yang bertanya kabinet apa yang aku letak di dapur. Aku beli yang ini, harga dalam RM59 sahaja


Ko mampu nak sarapan atas katil macam ni? Ikea ni menggalakkan kita berfikiran kreatif dan tidak tertumpu pada satu produk sahaja. Macam ni, boleh tidur dan makan sekaligus. Ha ha ha


Yang ni idaman kalbu. Ya Allah moga aku diberikan rezeki yang melimpah ruah, tak nak beli mahal-mahal pun, dapat set meja makan Ikea pun dah sengih sampai telinga dah :)

Apa-apa pun, berangan memang best tapi jangan berangan sahaja. Semoga dengan berangan ini dapat menjadikan kita berusaha dengan lebih kuat lagi. Aku tahu orang perempuan ni memang sukakan rumah yang kemas dan teratur kan? Insya Allah kalau usaha lebih cari duit sendiri semua ini boleh dapat, percayalah!

Hingga bertemu lagi. Bye!

Khamis, 20 Ogos 2015

Beli Rak Buku Murah Di Ikea

Assalamualaikum,

Hujung minggu yang lepas aku pergi Ikea. Yang kelakarnya dalam fikiran aku memang nak ajak en suami ke Ikea dan rupa-rupanya en suami pun sama terfikir mahu bawa aku ke Ikea sebab nak bagi mak buyung ni ceria sedikit :) Paling kelakar bila tiba-tiba abang aku dari Bera telefon cakap macamana nak pergi Ikea? Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, memang menjadi lah "plan" kami untuk ke Ikea :)

Kami berjanji untuk berjumpa di Ikea. Macam bagus je aku pesan dekat abang aku supaya datang awal pagi lagi (kalau boleh selepas subuh) kerana tak nak bersesak berebut parking. Akhirnya kami yang sampai lewat. Dalam pukul 11 pagi lebih baru terhegeh-hegeh nak cari parking. Ha ha ha Aku memang FAILED bab bersiap awal, walaupun bangun awal pagi tapi ada sahaja perkara yang hendak disetelkan. Tambah-tambah hari cuti selalunya en suami akan pergi ke surau solat subuh dan balik tu baru kami bersarapan. Kena pastikan perut masing-masing kenyang kerana apabila sampai di sana faham-faham lah nak kejar anak-anak dan berjalan jauh tawaf bilik pameran dia, mahu ada yang bertukar jadi mak ghimau nanti :P

Panjang pula mukadimah aku ya. Kebetulan pergi Ikea waktu tengah SALE. Memang ramai dan rambang mata tapi faham-faham je lah pergi waktu poket nipis hanya mampu tengok-tengok sahaja. He he he Tapi tersambar juga rak buku LAIVA ni. Itupun sebab harga RM59. Walaupun hati berkenan pada siri BILLY tapi redhokan aje sebab duit tak berapa nak ada ni haaa. Terima kasih en suami sebab bayarkan ya :)
Maka gigihlah aku pasang berpandukan manual yang diberikan. Mula-mula tu tak yakin juga tapi dek kerana tak sabar aku cuba juga pasang. Alhamdulillah, dengan kuasa yang ada berjaya juga memasangnya tanpa rosak :P Fikir-fikir baik letak dalam bilik anak-anak memandangkan bilik mereka masih belum ada rak buku. Masa tu Haziq & Husna ke sekolah jadi aku saje lah konon nak buat kejutan :)


Ashraf tolong mama kemaskan buku. Tapi tak banyak pun buku anak-anak aku ni. Hari tu ajak juga en suami pergi MPH beli buku tapi dia buat tak layan T___T" Takpe, kita usaha lagi kalau tak kita beli online. Opsss


Bekas fail tu dulu aku letak atas meja anak-anak tapi sekarang pindah sini. Dah hampir setahun anak-anak aku sekolah dah memang takde rupa dah fail tu. Buku-buku pun main sumbat aje. Isy budak-budak ni memanglah jenis tak suka kemas *sama lah macam mama mereka*

Boleh baca entri ini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2015/01/kemas-bilik-anak-sekolah-dah-bermula-hoi.html



Aku dah banyak kali make over bilik ni dah. Meja biru tu dah dipindahkan pastu aku letak rak buku LAIVA tu di situ. Kabinet putih pun dah letak sebelah meja anak-anak. Kipas tu dah takde memandangkan bilik ni dah dipasang penghawa dingin. Haziq & Ashraf yang tidur dalam bilik ni manakala Husna tidur bilik kecil bersama Aini. Tunggu ada duit lebih sikit cadangnya nak pasang penghawa dingin juga bilik tu dan buat make over sikit. Buat masa sekarang bersabar aje dengan mana yang ada. Inipun syukur anak-anak sudah tahu tidur dalam bilik masing-masing. Misi nak suruh Azzam sertai abang-abang mereka aje masih belum berjaya lagi. Aaliyah masih tidur bersama dengan aku memandangkan dia masih menyusu badan. Kena sabar sikit je lagi.

Masa pergi Ikea tu berkenan juga dengan katil 2 tingkat yang dijual. Harga pun ada yang bermula RM500 tapi tulah kalau bilik anak-anak ni macam dah penuh sebab katil sudah tersedia. Kita tengok ajelah idea-idea dekorasi bilik yang aku ambil dari laman Ikea ni








Kita berangan aje lah sementara tunggu dapat pindah ke rumah yang lebih besar *entah bila lah tu*

Bye!

========================================================================

DAFTAR SEGERA UNTUK KELAS ASAS BLOG FANPAGE & BERIKLAN DI INSTAGRAM

Saya Faten. Seorang yang masih belajar mengenai kehidupan dan keadaan sekeliling. Suka menggunakan khidmat Pak Cik ‘Google’ untuk mengetahui mengenai apa sahaja. Dan melalui khidmat Google jugalah saya sampai ke blog Puan Zaila Mohamad.

Sejujurnya, saya telah membaca entri-entri yang terdapat dalam blog Pn. Zaila. Segala perkongsian dan pengalaman beliau selama ini. Kemudian, saya beranikan diri untuk menghubungi beliau dan bertanyakan mengenai Kelas Asas Blog & Fanpage ini.

Alhamdulillah, rezeki saya apabila dapat bertemu Pn Zaila sendiri ketika beliau balik bercuti ke Kelantan. Banyak sebenarnya yang saya telah belajar tapi masih banyak juga yang perlu saya belajar mengenai blog dan fanpage. Seronok sebenarnya apabila dapat belajar benda baharu dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan serta potensi diri.

Sudah 2 minggu saya menyertai keluarga besar Working At Home Mom (WHAM) ini. Takut sebenarnya untuk menyertai kelas ini kerana saya menyangka bahawa ini hanya untuk para ibu sahaja. Ternyata saya silap, semua orang boleh sertai kelas ini. Tak kira anda bergelar ibu  atau tidak. 

Melalui Kelas Asas Blog & Fanpage ini, saya mengenali ramai orang. Apa sahaja soalan atau masalah, kami kongsi dan bincang bersama. Walau tidak pernah berjumpa, tapi kami seperti sahabat yang telah lama berkenalan. Saya benar-benar rasa bertuah untuk mengenali semua ahli Kelas Asas Blog & Fanpage di bawah kelolaan Pn. Zaila.

Kelas Asas Blog & Fanpage ini boleh diikuti oleh semua orang. Tak kira anda siapa dan di mana anda berada. Kelas berjalan secara online dan mendapat tunjur ajar berterusan dari cikgu yang berpengalaman. Jika anda SURI RUMAH yang ingin membantu MENAMBAH PENDAPATAN keluarga, SERTAI kelas ini. Anda seorang GRADUAN yang masih mencari apa yang perlu dilakukan, SERTAI kelas ini. Anda ingin belajar bagaimana MEMBINA BLOG dan ingin mendapat tunjuk ajar dari  ‘blogger’ yang lebih ‘senior’? SERTAI kami di Kelas Asas Blog & Fanpage ini. Anda TIDAK akan MENYESAL.

Ya, saya masih baru dalam dunia blog ini. Masih banyak yang perlu saya belajar. Tapi saya yakin, rakan-rakan yang saya kenal dari Kelas Asas Blog & Fanpage ini akan terus membantu saya untuk maju dan menyokong segala usaha saya.

Sumber : http://fatenfattah.blogspot.com/2015/06/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage.html

Rabu, 5 Ogos 2015

Idea Deko Raya Bersama Ikea & Tirai Deco

Assalamualaikum,

Rata-rata sekarang ni mood rumah terbuka kan? Kalau sesiapa yang tinggal di bandar tu mesti tahu betapa meriahnya kalau ada rumah terbuka. Selain dari juadah makanan yang sedap-sedap, ramai juga yang akan berdeko-deko rumah. Tak kisahlah sikit ke banyak semuanya bergantung kepada kemampuan. Bagi aku, hanya mampu melihat aje, nak deko-deko rumah ni macam takde mood dah sangat. Maklumlah makin hari rasa macam makin sempit aje rumah ni T____T" (agaknya sebab bilangan penghuni pun sudah bertambah). Tahun ini kami tak buat open house yaaa :P

Jom layan gambar-gambar yang aku ambil dari website Ikea & laman facebook Ikea


Kalau tengok gambar dalam website Ikea memang semua lawa sampaikan letak kuih atau roti dalam dulang macam tu pun nampak unik, cuba kalau gambar sendiri yang ambil; kalau tak bergegar pun kain senget-benget. Tipikal!

Tapi gambar-gambar di bawah ini adalah dari pelanggan Ikea. Agaknya tangan mereka ni ada sentuhan tangan designer kot, buat apa pun berseni & ada style aje T____T




Gambar-gambar makanan macam kat atas tu dipanggil apa ya? "Food Flatlays" kan? Jenis ambil gambar susunan makanan atas meja ni. Orang berseni buatlah macamana pun nampak lawo tapi kalau aku buat, hampeh nampak macam pelik :P

Ok sambung cuci mata lagi dengan deko-deko dari Ikea









Sebenarnya dah lama teringinkan almari kaca dan set meja makan baru tapi daaaaah lama juga duit tabungan tak cukup-cukup. Ha ha ha Maklumlah kerja sendiri ni tak boleh nak ikut nafsu sangat apabila berbelanja. Kalau ada tabungan pun kena dahulukan mana yang penting, sekarang ini yang penting adalah masa depan anak-anak aku jadi tak mengapa lah rumah kekal "corak lama" asalkan pendidikan anak-anak tidak terabai. Eh melalut sampai ke situ lah pula ya.

Tapi sebenarnya ada banyak cara untuk menaikkan seri rumah. Bergantung kepada kekreatifan idea dan susun atur kediaman. Kadang-kadang dengan hanya menambahkan bantal / sarung bantal baru pun dah boleh menaikkan seri sofa lama. Tak pun dengan kehadiran gubahan bunga plastik atau bunga segar di meja makan pun dapat menutup kesan calar di meja makan lama. Sekarang ini konsep rumah aku adalah lebih baik takde dari ada. Ha ha ha Bukan apa, tak tahan nak mengemas dan tambah pula anak-anak sedang lasak, baik bersabar sedikit tunggu mereka dah besar boleh lah nak deko-deko gaya Eric Leong ke Rizalman ke boleh lah belasah ikut suka :)

Tapi kan, tahun ini rumah kita ada langsir baru tau. Langsir raya yang dibeli sebelum raya lagi. Terima kasih kepada Kak Rusliza Mustapa dan abang Tengku yang sangat berbaik hati poskan beberapa hari sebelum aku balik bercuti raya. Sudahlah beli langsir murah dapat lagi kopi percuma. Mak aih memang terbaiklah layanan dari tauke Tirai Deko ni. Bagi yang berminat boleh hubungi nombor di bawah nanti ya :


Facebook : Langsir Ready Made atau hubungi Pn Rusliza di 019-622 8072. Insya Allah layanan terbaik dan harga boleh runding lagi :)

Ok lah selamat berdeko-deko semua. Bye!

Rabu, 25 Mac 2015

Yeay! Ikea Akan Dibuka Di Cheras

Assalamualaikum,

Wah, rata-rata ramai yang sedang bercerita tentang khabar angin yang Ikea bakal dibuka di Cheras. Syoklah orang Cheras, hari-hari boleh pergi Ikea cuci ata dan cuci poket :P Bagi kami di Shah Alam ni, boleh aje buka mana-mana pun sebab selagi tiada benda penting yang akan dibeli, kami tidak akan pergi juga *demi keselamatan poket


Rasa-rasanya macam nak buat lawatan ke Ikea lah sebelum GST dikenakan. Hermmmm, itupun kalau ada yang mahu sponsorkan almari pakaian :P

Macam biasalah, kalau masuk ke laman sesawang Ikea, mesti hati ini akan terpaut dengan dekorasi Ikea. Simple dan cukup berkenan di mata aku (dan mata uols kan)


Mari berangan untuk beli day bed macam ni tapi harganya alahai...*kira duit tabung jual kerepek dulu


Salah satu angan-angan aku nak beli rak buku dan letak dalam bilik. Alhamdulillah memang ruang SOHO pun dalam bilik tidur jadinya satu rak sudah dipenuhi buku. Tunggu ada duit lebih kita beli rak yang lebih tinggi lagi.


Macam ini pun simple, tapi bilik aku ni masih dipenuhi dengan anak-anak kecil jadi macam tak sesuai pula nak tidur katil letak tengah macam ni.


Yang penting lampu meja kena ada kalau-kalau nak baca buku sebelum tidur *macam berangan aje lebih ni


Yang ni ngeri, kang ada tiba-tiba kepala orang masuk melalui tingkap tu. HAHA


Hitam kelabu memang warna yang selamat jika ada anak-anak kecil kan?

Hermm, hanya boleh berangan dahulu. Buat masa sekarang ini bersabarlah duhai hati kerana bayak lagi komitmen lain yang perlu diselesaikan. Tak tahulah macamana kehidupan selepas GST ni, harap-harap kami masih boleh bertahan. Rezeki memang sentiasa ada bagi yang berusaha cumanya tak bolehlah nak membazir tak tentu hala. Mana yang penting sahaja kita dahulukan ya:)

Iklan :


Mahu cantik? Mahu kekal menggoda suami? Boleh dapatkan NanoCenta di sini. Saya jual produk kesihatan keluaran bumiputera. Boleh PM / WA ke 012-970 6828 untuk pertanyaan harga :)

Isnin, 12 Januari 2015

Kemas Bilik Anak, Sekolah Dah Bermula Hoi!

Assalamualaikum,

Hari ini bermulanya sesi persekolahan tahun 2015 bagi sekolah di Selangor. Macam biasalah, aku ni anak dah 2 orang masuk sekolah, ada buat perubahan sedikit dalam bilik anak-anak memandangkan Haziq dan Husna dah masuk sekolah. Jadi, kenalah kemas bilik dan bagi ruang sedikit untuk meja belajar dan ruang untuk tempat simpan buku-buku sekolah mereka. Tak boleh nak letak bawah, nanti ada lah tangan-tangan kecil yang sibuk nak kacau buku abang & kakak mereka :)

Yeay!! Alasan kukuh untuk ajak en suami ke Ikea. Pandai mama cari alasan cakap nak beli meja untuk anak-anak. Kedai perabut AK Home depan rumah ni mahallah! (padahal belum masuk lagi tanya) HAHA Kami pergi Ikea pun dah lewat lepas setel masak sarapan dan makan dulu. Sampai sana, faham-faham jelah dengan jalan jem dan ramai orangnya. Sampai-sampai perut dah berbunyi balik dan Ashraf dah bising lapar, lapar. Hermm, nampak gaya kena lah isi perut dahulu kemudian solat dan baru lah boleh jalan-jalan dengan tenang :)

Macam biasa lah, beli barang untuk bilik anak-anak je lah. Ikutkan hati semua nak beli tapi kita dahulukan mana yang penting. Dah bincang dengan en suami untuk belikan meja untuk mereka belajar. Dulu Haziq seorang bolehlah guna meja komputer yang dhaif tapi sekarang dah 2 orang kena lah beli yang baru.


Tempat fail ni recycle aje yang mama punya. Lepas itu aku siap-siap cetak label "This Book Belongs to" dan tampalkan siap-siap nama Haziq & Husna. Lepas ini kalau bercampur aduk lagi buku-buku memang nak kena ketuk lah kepala masing-masing.


Berkenan dengan rak ni. Sebenarnya sepatutnya ada satu lagi rak bahagian atas untuk gantung baju tapi sekali habis stoklah pula. Jadinya beli dulu rak bahagian bawah untuk simpan baju anak-anak. Nanti target nak beli satu lagi. Dulu aku simpan baju anak-anak dalam drawer tapi sekarang semua dah tercabut sebab roda drawer baju tu dan patah. Huhu Biasalah anak-anak aku, kalau ambil baju tu ganas bukan main lagi. Tarik pun kuat-kuat T______T"


Beli lampu tidur ni juga. Husna jenis tak suka tidur dalam gelap jadinya en suami belikan lampu ini supaya nanti boleh tidur tutup lampu dan pasang lampu yang ni. Macam-macamlah kami buat nak bagi anak-anak selesa tidur dalam bilik sendiri. Setakat ini, Haziq & Husna dah berjaya dilatih tidur sendiri yang selalu gagal adalah Ashraf. Selalu pukul 3 pagi menangis nak masuk dalam bilik kami.


Alhamdulillah en suami rajin tolong pasangkan lampu dan mama minta pasangkan Buletin Board sekali. Kalau nak tahu, itu adalah tapak baby cot Haziq dulu. Memandangkan sudah tak digunakan lagi, mama transformkan jadi papan untuk letak jadual dan kata-kata semangat buat anak-anak. He he kreatif tak mama dia ni?

Oklah, Haziq dan Husna dah bersedia untuk memulakan sesi persekolahan balik. Semoga tahun ini mama dapat meluangkan lebih masa untuk mengajar anak-anak mengulangkaji pelajaran. Tambah-tambah dah ada set meja belajar dari Ikea. Hew hew hew mama memang hover

Bye! Selamat bersekolah untuk semua anak-anak Malaysia. Bagi negeri yang sekolahnya banjir, bertabahlah. Insya Allah setiap dugaan akan diakhiri dengan nikmat yang tak terduga. Semoga kalian dilindungi Allah selalu. Aamin.

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^