Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 22 November 2010

Tempat Terbaik Melepaskan Rindu

Salam Aidiladha semua walaupon hari ni dah masuk raya ke 3 Nampaknya setelah berendam airmata pada hari raya pertama, akhirnya hajat di hati untuk pulang makan daging korban beraya di kampung tercapai juga;) En suami tiba dari Vietnam lebih kurang pukul 10 malam hari raya pertama, tapi nasib baiklah Zaila dah siap packing semua baju untuk dibawa pulang ke kampung. Tapi malam tu tidur dahulu bagi mendapatkan tenaga;D Tepat pukul 5 pagi kami bergerak menghala ke Pantai Timur tanah air terchenta

Alhamdulillah, sepanjang jalan memang tak banyak kereta yang ada so sekejap aje dah sampai Gua Musang. Tapi bila lepas je GM & menghala ke Kuala Krai, mak aih banyak sungguh kereta-kereta yang keluar bawak anak-anak bersiar-siar atau kereta ko tak boleh pecut kot. Memang tension sebab nak potong memang jalan bertentangan tak putus-putus dengan kereta (agaknya anak Kelantan yang dalam perjalanan pulang ke KL kot) so terpaksalah follow kereta-kereta yang lembab tahap siput tu. Kami tiba di Tumpat pada pukul 12 tengahari (dalam 7 jam perjalanan) & ngam-ngam terus makan tengahari kat rumah MIL. Seronoknya tak terkira sebab dapatlah juga makan nasi dengan daging singgang & "nyicoh perot". Zaila & en suami memang membedal tak hengat donialah kan kasiklah can kan & pastu kami terus tertidur sampailah ke petang. Seb baik anak-anak pandai bawa diri masing-masing;D

Petang tu, kami ke Bachok (kampung Zaila pula). Ameeralah paling seronok sebab dapat berjumpa dengan Tok Ayahnya!! Asyik nak beriba dengan Tok Ayah aje;) Zaila sempat snap beberapa keping gambar guna handset baru untuk diabadikan di blog ini. Yerlah, bukan senang anak dara Zaila ni nak melekat dengan sembarangan orang. Hanya Tok Ayah je yang menjadi pilihan Ameera, kalau Mok (mak Zaila) pon dia reject tau;D
abaikan Ameera yang hanya pakai pampers & Tok Ayah yang tak berbaju tu (kat kampung ni memang agak panas sedikit cuacanya)
muka marah bila diusik oleh mama;D

Haziq pon tumpang sekaki tapi Ameera tak kasik duduk atas Tok Ayah
Perasan tak Mok sedang tidur di atas lantai tu?? Haaai, kesiiiiiian Mok

Rasa best sangat-sangat bila berada kat kampung ni kecuali ada beberapa benda yang tak boleh dielakkan macam banyak nyamuk, air slow, toilet tak selesa, habuk banyak,cuaca & bla,bla,bla..Heheeheehee..

Klah, sambung lain kali pula ya!!

3 ulasan:

Eliss berkata...

kampung sendiri jugak terbaek kan walaupun byk kekurangan banding rumah sendiri :)

nyicoh perot, owwos..terliuh weh..hr tu de make sket jah :p

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

wahh sempat balik kg lagik tuh..lama cuti yea?

maya amir berkata...

pheww..lepas rindu dendam..heheh..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^