Rasanya Zaila haruslah mewujudkan suasana yang ceria & penuh kalerful untuk menarik minat mereka untuk belajar / berada di situ. Tapi of courselah dengan pantauan dari Zaila sebab takut nanti benda lain yang dicontengnya;D Rasanya perkara asas yang diperlukan adalah dengan membelikan mereka meja kecil & kerusi kecil supaya senang untuk mereka melakukan aktiviti dengan selesa;)
Selain itu haruslah ada rak buku kan, tak kisahlah yang jenis berdiri ke, gantung kat dinding ke..semuanya bergantung kepada keadaan bilik tersebut. Then Zaila rasa lampu juga memainkan pernan penting so nak kena pilih lampu yang jenis corak-corak untuk menarik minat anak-anak untuk duduk lebih lama di dalam bilik itu (especially bila waktu malam).
Owh, lagi satu, bilik aktiviti tu haruslah dipenuhi dengan poster-poster atau apa-apa jelah yang dekoratif *alaa, yang ala-ala dalam kelas tadika tu*. Hermmm, banyak juga yang nak kena cari ya..Tapi takpelah..demi kebaikan mereka juga, nanti sekurang-kurangnya mereka ada aktiviti yang berfaedah untuk dibuat di rumah selain dari menonton channel Ceria tu;D
Apa-apa pon, jom kita layan gambar-gambar dekorasi bilik anak-anak buat panduan untuk kita semua *thanks pakcik google*
bilik ini sesuai untuk anak-anak yang telah bersekolah
rak buku dirian macam ini sesuai untuk menyimpan mainan & bahan bacaan mereka;)
Dalam kepala otak Zaila macam ni lah gayanya
bagi ibubapa yang kreatif, bolehlah cat bilik anak-anak mereka macam ni
kelas ah katil ni, mana nak carik eh??
ni semua rangkaian produk dari IKEA
Pencahayaan amat penting juga so haruslah pandai menyusun atur kedudukan perabut
Pendek kata, kenalah kreatif juga demi memastikan anak-anak kita selesa & akan berterusan melakukan aktiviti di bilik tersebut. Nanti bila dah cukup segala kelengkapan Zaila update kat sini ya;)
5 ulasan:
emhh..cantik dan kemas kan
sure bebudak tuh suke dok dlm bilik, kalau bilik gitu kan:) bile zaila dah deco bilik anak zaila..nanti share sini ye:)
Tihara, a'a..semuanya cantik-cantik..rasa macam tak sabar nak hias bilik anak-anak!!
hmm best nya!
Maya, insya allah..kena tunggu budget ada dulu baru boleh deko2;)
Ernie, hias rumah memang best!!
Catat Ulasan